I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Telur Asli Dari China Yang Meloyakan

Salam..

Ustaz Love memberi amaran terlebih dulu kepada para pembaca.. seandainya anda tengah makan ke, tengah mengunyah ke, ataupun tengah meloya (morning sickness), maka jangan la baca entry ni. Mintak kawan2 bacakan ke.. Sebab entry ni sangat meloyakan.. Ustaz Love sendiri terasa kembang tekak dan perut.. Nak kentut pun tak lalu..

Ini antara budaya orang Cina di China (kat Malaysia takde kot) yang telah lama ditinggalkan. No wonder kalau penyakit2 utama biasanya berpunca dari sana. Walaupun, ini bukan telur asli, tapi menggunakan ramuan asli untuk memasaknya..

Bukan nak cerita pasal telur budak yang kencing tu.. Tapi ini gambar budak lelaki yg kencing..

Telur dibasuh.. bagus betul telur tu dibasuh.. Kadang2 kita nak makan telur separuh masak kat restoran pun, ada nampak tahi ayam kat kulit telur tu..

Selepas dibasuh, maka ia direbus dalam air yg sama..

Kenapa agaknya telur tu jadi warna mcm tu? Ada mcm warna telur pindang pun ada.. mungkin berpunca daripada ramuan air rebusan kot?

Hakikatnya tidak sama sekali… Sila baca petikan di bawah :

RATUSAN telur direbus dengan menggunakan air kencing di wilayah Zhejiang, China dengan menggunakan resipi berusia ribuan tahun lalu.

BEIJING – Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.

“Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya,” katanya.

Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk ..

p/s : Terima kasih pada kakjem sebab sudi berkongsi berita yg meloyakan ni.. Tapi tak perlu risau, sbb Malaysia tak import telur dari China.. apatah lagi telur rebus.. uwekkkk!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

Add a Comment
    1. Salam mekar..

      Tak semua mcm tu.. org2 Islam kat China, alhamdulillah pembersih orangnya πŸ˜‰

  1. punyalarrr pengotorrrrr..
    teringat masa menginap kt satu hotel di melaka, restoran utk pelancong dari china n hongkong di asingkan. bila tanya kenapa? staff tu cakap..budaya diaorg yg suka berkahak tak sesuai nak di campurkan dgn tetamu lain.

    1. mereka dah terbiasa dengan budaya mereka.. sama la dgn org myanmar yg makan sireh, pastu sembur air sireh merata2 πŸ˜€

  2. Boleh menyembuhkan:
    -Demam:pasal trkejut bila tu ramuanya
    -Tingkat konsentrasi & hilangkn mengntuk: Pasal mloya memanjang bila makan telur nih…..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme