I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Terlanjur? Apa Nak Buat?

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan lanjutan daripada Maharaja berkaitan isu zina sebelum ni :

ustaz, ada seorang kawan saya nie dia dah wat kesalahan zina.. and dia nak bertanggungjawab tetapi bg saya .. dia nie mana mampu kahwin lagi sebab masih belajar dan umur pun muda sangat baru 18 tahun.. patut ker dia buat pengakuan kepada ibu bapa kepada kekasihnya tentang kesalhan mereka dan meniggalkan pelajaran utk berkerja..

Pertama sekali, bagi mereka yang telah terlanjur, hendaklah bertaubat kepada Allah atas dosa yang dilakukannya itu.. Sbb dosa zina ni bukan kecik2.. tapi suatu dosa besar.. kesannya juga besar.. terutama bila wanita itu mengandung anak luar nikah yang membawa risiko dosa yg lain spt pengguguran janin atau pembuangan bayi.. Kalau bayi tu selamat dilahirkan, maka beliau akan membesar dalam keadaan kekurangan  (takde nasab, tak bleh mewarisi dsb). Kesan hasil perzinaan ini akan menghantui sesiapa yg terlibat sampai ke mati..

Bila dah bertaubat sungguh2 serta menyesal dan tak nak mengulangi perbuatan itu lagi, maka ketika itu barulah fikirkan apa yang perlu dilakukan selepas itu.. Iaitu ketika pemikiran dah semakin tenang. Bila fikiran tak serabut, baru boleh memikir tindakan2 yang sewajarnya.. takde la sampai ke tahap nak terjun bangunan shopping complex..

Kena pastikan betul2 apa tindakan yang nak dibuat.. Terutama kalau mengambil keputusan untuk bernikah.. nikah ini perkara yg besar.. bukan setakat akad nikah hari ni dan kemudian esok bercerai. Sebab itu bab nikah ni, nak tak nak kena bincang dengan keluarga.. sbb keluarga itu yang akan menguruskan pernikahan (bab merisik, meminang dsb). Bukan tak boleh berbincang dengan member2, tapi member2 tu pun belum kahwin lagi.. mcm mana nak bagi nasihat berdasarkan pengalaman, ye tak?

Langkah pertama kalau dah mengambil keputusan untuk bernikah, adalah dengan memberitahu keluarga tentang perkara ini.. Kalau ada ibu, lebih baik bagitau ibu dulu.. sbb ibu ni lebih lembut hatinya dan lebih mudah dibawa berbincang.. Biar ibu yang bagitau kepada ayah.. insyaAllah, dengan skill ibu, ayah juga akan faham.. Lelaki kena bagitahu ibu bapanya.. dan perempuan kena bagitahu ibu bapanya.. Kalau lelaki yg bagitau ibu bapa pempuan, mau lebam lubang idung kena tumbuk..

Kemudian, baru bincangkan soal nak meminang dsb.. Dalam hal ini, kena ada kata putus kedua2 pihak yang nak menyatukan pasangan tadi.. Kalau satu pihak nak, satu lagi tak nak, mungkin akan jadi masalah lebih besar. Tambahan lagi kalau wanita itu masih di bawah umur dewasa (bawah 18 tahun).. Memang mudah2 je bapa perempuan tu nak buat report anaknya dirogol.. Padahal zina tu atas suka sama suka.. Kalau ikut undang2, kalau melakukan seks dengan gadis bawah umur, sekalipun atas kerelaan wanita itu, dianggap sebagai rogol (sila betulkan kalau tersilap fakta)..

Jangan buat tindakan sendiri (kahwin lari ke, kahwin lompat ke).. sbb masalah tu akan jadi lebih besar.. Jangan selesaikan masalah dengan masalah.

Soal lelaki itu masih belajar dan muda, itu soal kedua.. Sbb kalau betul dia nak bertanggungjawab (padahal sama2 kena bertanggungjawab, dah sama2 sukarela berzina.. lain la kalau kes rogol), maka beliau akan memikirkan bagaimana nak menyara keluarganya selepas itu.. kerja part-time ke.. Ramai je yg bernikah semasa belajar.. siang belajar, malam jual burger..

Apapun, jangan lupa minta petunjuk daripada Allah (istikharah) semoga Allah tunjukkan jalan terbaik.. Bila dah ada keputusan untuk bernikah, barulah rujuk kepada ibu bapa.. Tapi jangan ambil masa lama sangat.. Sbb ibu bapa ni, kalau kita bagitau awal, insyaAllah marahnya tu tak lama.. Kalau dah buncit perut baru nak bagitau, memang hancur la hati mak ayah.. mana dengan aibnya lagi..

Fikirkan pasal taubat tu dulu.. Itu yang perlu ditekankan.. jaga solat.. insyaAllah, Allah akan mudahkan segala urusan selepas itu. 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

72 Comments

Add a Comment
        1. citer hantu kuar malam2 zaman dulu je.. zaman sekarang, siang2 pun ada hantu (sila rujuk cerita kemboja putih) 😀

  1. salam, ustaz saye nak tanyer, terlanjur or berzina seperti artikel di atas adalah merujuk kepada hubungan seks yg mcm suami isteri kan.tapi macam mane pula kalo couple tu juz tdo sama2 dan melakukan oral seks?kemudia salah seorang dari mereka da insaf dan bertaubat, dan die berniat utk bernikah dgn psangan nyer kerana utk menebus segala dosa yg pernah dilakukan, tetapi pasangan die tidak sudi.apa yg harus die lakukan, kerana hati die terlalu berharap. – telah berbagai usaha dilakukan seperti solat hajat, baca doa pelembut hati dan berdoa.ada tak cara laen untuk melembutkan hati pasangan nye?

  2. saya telah bersetubuh tetapi kami tidak memasukkann alat sulit.. still dikira berzina.. saya menyesal.. saya melakukannya kerana kehendak dia.. pada mulanya saya tepis “tak nak la, nnty i dh bagi u lari.. tak nak la..” namun dia marah “u ni ragu2 kat i plak..” merajuk…. saya bagi.. kemudian kami bertunang.. time kami bertunang dia baru saja mndapat kerja..saya plak sudah kerja hampir setahun.. dia pada waktu itu baru 2bulan lebih bekerja… akhirnye. baru sebulan tunang, kami putus.. dia cakap sudah tawar hati sume..padahal, saya dpt tau dia knal dgn ofismate dia yg sgt seksi, cantik, kaya, free hair… sy teringin nk baik dgn dia semula, sbb nak menginsafi dosaa silam kami.. tapi apekan daya.. saya benar2 nk taubat.. tapi jauh dihati sy, sy sygkan dia.. nk bersama dgn dia serta hbgn diredhai allah,, cukuplah dulu kami dh buat dosa…jd ape komen ustaz??? terima kasih
    herm herm recently posted..Surat Terbuka Buat Super Spontan Dan AstroMy Profile

    1. jika belum memasukkan alat sulit, itu tak dikira bersetubuh (zina)..

      insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba komen dalam entry..

  3. ustaz,saya nak tanya,saya dh pun terlanjur berkali2 dgn pasangan sy..dan saya dh sedar akn dosa yg saya buat,dan saya ingin bertaubat,akan tetapi pasangan saya seperti tidak suka akan keputusan saya yang ingin bertaubat dan tak mahu mengulangi perbuatan zina lagi,,adakah saya patut meninggalkannya?

    1. saudari memang patut meninggalkan lelaki sebegitu, sebab beliau akan terus menarik saudari untuk terjebak dengan perbuatan zina.. lakukan segera sebelum terlambat..

      1. tapi ustaz, saya masih lagi xdapat lari dari dia.. saya sudah terlanjur beberapa kali, mcm mana saya nk tepis sayang saya terhadap dia. mohon bantu saya. saya sgt tertekan dengan sikap dia.

        1. dengan kudrat yg Allah kurniakan kepada saudari, saudari mampu untuk menyelamatkan diri sendiri. Andainya saudari mati tanpa sempat bertaubat, adakah saudari rasa saudari boleh gunakan alasan tu untuk menyelamatkan diri di akhirat nanti?

          bertindak sekarang.. saudari mampu mengubahnya..

  4. Aslmkm ustaz, , sy adalah seorg lelaki dan saya pernah berzina dengan pasangan saya berkali2 sampai satu masa dia pernah mengandung tp gugur. Setelah sekian lama xberjumpa, pasangan saya ni membuat keputusan untuk tidak mahu meneruskan hubungan ni lg padahal sy baru nak masuk meminang dan ingin mengahwini dia. Saya sudah bertaubat di atas perbuatan saya.. Tetapi dia melarikan diri Tanpa ada sebab. Soalan sy, perlukah saya membuat pengakuan zina kpd ibubapa dia sbb sy ingin bertanggungjawab diatas perbuatan saya… Dia melarikan diri Tanpa sebab sdgkan saya sgt menyayanginya dan sy ingin bertanggungjawab… Sy pernah berjumpa dengan ibubapa dia. Tp ayh dia ckp xboleh tlg sbb ank dia mcm menjauhkan diri dari sy. Sdgkan ayg dia xtahu saya dgn ank dia telah berzina

    1. Tak perlu buat pengakuan berzina itu sebab bukan saja mengaibkan diri saudara, bahkan mengaibkan bekas kekasih tersebut.. Jika benar saudara cintakan bekas kekasih itu, buatlah dengan cara yg betul. Jangan ikat perhubungan dgn cara ugutan dsb.

  5. salam ustaz, ada seorang insan ni dia telah terlanjur dan ada anak luar nikah. tetapi pasangan perempuannya berkata tidak perlu untuk bertanggung jawab ke atasnya. Soalan sy, apakah perlu insan ini lakukan dan adakah perlu ia memberi nafkah kepada anak tersebut?(insan ini tidak mahu berkahwin dengan pasangannya)
    hamba Allah recently posted..Terasa Seperti Mula-Mula BerbloggingMy Profile

  6. salam,sy dah perah berzina dan sy telah bertaubat dng melakukan solat sunat taubat dan tidak bercouple dng mna2 lelaki msg skadar kwan pon tidak pendek kata sy x berhubung dng lelaki bkan muhrim kerana tiada apa2 sebab….sy berharap teman lelaki sy akan bertangungjawab terhadap sy..kerana dia lelaki pertama sy dan masa sy bersama dia melakukan hubungan tu hati sy separuh rela sy lakukan jgk kerana atas dasar syg dan percaya yg dia akan ambik sy jdi isteri..semakin sy dekatkan diri kepada ALLAH semakin besar pengharapan sy agar sy dijodohkan dengan dia…sy mohon ustaz doakanlah pintu hati kekasih sy tu terbuka…tolonglah sy ustaz sy harap dia nikahi sy dan akhiri episod luka dan pengharapan sy…sy tak terbuka hati kepada lelaki lain dan tak harap nak nikah lelaki lain sbb sy takut akan jadi ungkit ungkitan bila bergaduh jika sy jujur dan jika sy tutup aib tkut sy x aman dan tenteram kerana sy perempuan yg pernah berzina..jika sy nikah dng teman lelaki sy mesti xde nak ungkit bagai sbb dia pham sy xda dara sbb dng dia..sy sygkn dia hati sy xnk orang lain salahkah sy ustaz..

    1. Saudari.. kita hidup ni jangan utamakan logik akal semata, sebab kuasa Allah itu melebihi daripada logik akal kita. Kita jangan terlalu mendesak untuk dipenuhi kehendak kita, sedangkan kita sendiri tak pasti apa yang kita perlukan.

      Sebenarnya, saudari perlu bertenang. Bila saudari tak bertenang, saudari takkan mampu berfikir secara waras. Kelak, saudari akan melakukan tindakan yang lebih saudari kesali suatu masa nanti.

      Jangan mengharap tanggungjawab daripada pasangan zina, kerana jika dia seorang yang bertanggungjawab, nescaya dia akan pelihara dirinya dan maruah saudari daripada perbuatan zina. Saudari juga dikira bersalah dalam hal ini sebab zina itu tak mungkin terjadi tanpa kerelaan. Jadi, masing2 bertanggungjawablah dulu atas diri masing2 dengan memperbaharui taubat dan memperbanyakkan amalan soleh selepasnya.

      Saudari doalah pada Allah semoga diberikan yang terbaik buat saudari. Jangan menyempitkan fikiran pada perkara yg belum berlaku. Tanggungjawab saudari adalah menyimpan kemas2 aib yang pernah dilakukan kerana itu adalah perintah Allah. Jangan ingat bila aib saudari terbuka, saudari akan lebih tenang..

      Serahkan saja pada Allah berkaitan jodoh ni. Yang penting, saudari perbaiki diri menjadi lebih baik agar saudari dapat bersedia bila tiba masanya berjodoh nanti.

      WA

  7. Salam ustaz saya nk critakan pengalaman saya . Mcm ni saya dgn pasangan terlanjur lalu kami mnikah di smpdan . Saya berkahwin dgn pasangan masa tu kandungan saya 3bln . Ad kah perkahwinan kami sah ?

  8. Salam ustad sy telah telanjur dgn sorg laki2 tetapi dia mempunyai isteri kini saya sarat megandung 7 bulan lelaki tersebut hendak brrtanggung jawab tetapi isterinya x mengizinkan dia bernikah dengan saya..isterinya berkata jika hendak bernikah jua dgn sy dia hendak minta di lepaskan sy tak inginkan perkara ini berlaku untuk pegetahuan ustad sy seblum ni tak megetahui dia mempunyai isteri.setelah telanjur baru sy megetahui…dulu lelaki tersebut pernah berkata kepada sy (saya bersumpah demi allah S.W.t bahawa sy tidak mempunyai isteri) sekarang sy hampir melahirkan anak dia tpi satu apa pun x di lakukan nikah pun belum apa patut sy lakukan anak ni mcm mana kerana lelaki itu muslim sy pula bukan muslim…

    1. sebaiknya awak tak perlu mengharapkan lelaki tu.. kerana saya pernah mengalaminya walaupun berlainan situaasi ..jangan berharap dia bertanggungjawab .. kerana dia telah menunjukkan dia seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab..

    2. Buat masa ni, saudari fokus dulu untuk urusan melahirkan anak. Bila dah selesai nanti, baru fikirkan perkara yang lain.

      Sekalipun anak itu adalah hasil hubungan terlarang bersama lelaki itu, namun anak itu sendiri adalah anak saudari yang sah. Jika saudari memeluk Islam, anak itu berhak untuk mewarisi harta saudari dan tiada bezanya dengan anak2 saudari yang lain (suatu masa nanti bila saudari sudah berkahwin dan mempunyai zuriat yang baru).

  9. Salam ustaz love….

    Mohon pendapat tuan… kerana sya pun xmampu nak beri buah pandangan kerana kedaifan ilmu dan pengalaman. Sahabat saya telah melakukan zina dengan temannya hal ini kerana dia terlalu memikirkan tentang nikmat seks yang sering menjadi perbualan rakan sekerja. Setelah itu mereka sering bersama dan melakukan seks. Sahabat sya itu seringkali menangis dan sentiasa berjanji utk tidak melakukan dosa tu lagi tetapi kehendak seks tu semakin meningkat walaupun dia cuba utk menahan tp tetap juga tertewas. Akhirnya pihak keluaga shabat sya telah mengahwinkan dia dengan seorang lelaki pilihan bapanya. Sahabat sya tidak melawan kerana dia ingin berubah, mgkin dengan berkahwin dia akan lupakan teman zinanya… namun perkara itu meleset dr jangkaan. Suaminya tidak mampu utk melakukan seks di mana sahabat syg sudah berkahwin selama 4 bulan tetapi masih tidak melakukan seks. Hal ini membuatkan shbt sya kembali melakukan zina dgn temanny kerana nafsu seks… sya sudah berulang kali menasihati shbt sya supaya bersabar tetapi dia ckp dia byk kali utk menahan nafsunya tetapi psgn zinanya sentiasa menggoda … sya ada trfikir utk mntk sbht sya bercerai dan kawin shj dgn psgn zinanya tp sya takut salah tindakan sya menasihati dia berbuat begitu… mohon batuan dr pihak yg lebih arif

    Terima kasih

    1. Seorang isteri yang tidak mendapat haknya dalam perkahwinan (antaranya hak menikmati persetubuhan disebabkan keengganan suami atau kelemahannya), maka dia boleh memohon fasakh di mahkamah syariah. Buatlah dengan cara yang betul. Jangan selesaikan masalah dengan menambahkan masalah. Tindakan beliau berzina dalam keadaan beliau telah berkahwin, bukan saja haram bahkan dianggap sebagai nusyuz yang tergugur haknya untuk menuntut apa2 kepada suami.

      Jika nak tinggalkan zina, bertaubat tinggalkan terus punca perzinaan itu. Bukannya dengan berkahwin dan merosakkan perkahwinan itu sendiri disebabkan masih belum pulih daripada ketagihan berzina. Jika beliau bercerai pun, belum tentu beliau akan berhenti berzina sebab pasangannya itu akan tetap memujuknya dan beliau akan tetap lemah dan kalah kerana beliau juga dahagakannya.

      Cara terbaik adalah berhenti kerja di situ dan berhijrah ke tempat lain. Jauhkan diri daripada pasangan zina dan bertaubat dengan taubat nasuha. Seterusnya, bantu suami untuk memulihkan masalah kelelakiannya. Jika terbukti beliau tidak dapat dipulihkan, mohon fasakh dan selepas itu terpulanglah pada beliau sama ada nak bernikah lain atau tak.

      Nasihatkan beliau supaya banyakkan berpuasa supaya nafsunya itu dapat dikendurkan. Ingatkan juga azab yang beliau bakal terima sekiranya beliau masih bergelumang dengan perbuatan zina tersebut. WA

  10. Salam ustad. Saya perempuan yg berusia 24 thn. Saya berkeinginan utk berkahwin dgn pasangan sy tapi setelah hampir setahun sy cuba memujuk ahli keluarga sy ttg hasrat sy ini tp gagal kerana pasangan sy tu foreingner yg telah brcerai dn mmpunyai bbrapa org anak. Utk pngetahuan.. Dia warga eropah yg sudah tggal di mlysia sudah lebih 15 tahun. Kadang2 dia dtg ke rumah sy di kl dengan anak2nya.. Kdg2 mereka tidur rumah sy dn kami hidup mcm sbuah keluarga ( kami tak pernah tidur bersama). Sy nk elakka brlakunya zina dgn minta izin utk kahwin dgnnya memandangkan ibu bapa sy tinggal jauh di kampung. Ayah sy trlalu garang dan abang saya pernah ugut utk bunuh dn hncurkan hidup sy jikalau sy berani minta izin utk nikah dgn lelaki pilihan saya tu lagi.. Saya buntu… Anak prrempuan prrlukan izin bapa utk kahwin tapi apa hukumnya apabila ibu bapa menghalang niat anaknya berkahwin sedangkan mereka tahu itu adalah jalan utk mengelakkan zina???? Dan apakah dibolehkan sy berkahwin dgn psanagn saya di luar negara (berwakilkan wali hakim) tanpa keizinan ibu bapa??

  11. Ustaz kawan saya Ni dia agak tak boleh nak berfikir sebelum bertindak dan dia mudah kalah dengan rayuan. Dia dan terlanjur, saya dah nasihat dia banyak kali, dia ada La jugak menangis ckp nak insaf tapi tak lama tu dia ckp dia ulang lagi dosa yg sama. Saya tahu lelaki yg lakukan seks dgn dia tu mmg jenis cuma nak kepentingan sendiri, dia x syg pon kwn sy ni tapi kwn sy ni.. Entahla sy pon x thu nk ckp ape.. Ustaz ade x ayat yg deep2 seram2 spya kwn sy ni berubah dan x ulang lagi 100%. Ustaz, dia masih bawah umur bru 15. Dan parents dia x thu. Sy kecewa dgn dia dan rse dia terlalu muda utk hanyut sejauh Ni…

  12. sya bercinta n sdh terlanjur dgn suami org.. saya rasa bersalah ats perbuatan itu lgi2 isterinya.. pada masa yg sama sy mahu kekasih sya menikahi sya suatu hari nanti..rasa bersalah tu bersarang dalam hati dan sya tak sanggup kehilangannya.. =(

  13. Salam ustaz,
    Sy mempunyai seorang teman lelaki dan hubungan kami diketahui oleh kedua ibu bapa kami..ibu bapa teman lelaki sy slalu mengajak sy bermalam di rumah mereka kerana mereka tiada anak perempuan (sy rasa tidak selesa pada mulanya tp tidak mampu menolak kerana mereka suka dgn kehadiran sy)..dalam masa yg sama sy takut terjebak dgn perkara yang dilarang kerana tinggal serumah..
    Bila cakap pasal kahwin, ibu teman lelaki sy mesti melenting dan cakap jgn mengada2 nak kahwin awal..umur kami 25 tahun dan kami masing2 sudah bekerja tetap..sy buntu, ibu bapa dia benarkan sy bermalam di rumah mereka dan anggap sy anak perempuan dan bakal menantu tp tidak benarkan kami berkahwin dgn cepat..ibu bapanya takut anak lelaki mereka mengabaikan mereka jika sudah berkahwin atas pengaruh keadaan semasa..teman lelaki sy pun sudah besetuju untuk bertunang dahulu tp tidak tahu bagaimana untuk memujuk hati ibunya..

    1. Tanyakan pada ibu bapa, bilakah tarikh yang beliau benarkan untuk berkahwin? Takut2 dia kata umur 40 baru boleh kahwin, itu dah mengarut. Jadi, nak tak nak, lelaki itu kena fikirkan macam mana nak pujuk ibu bapanya. Jangan bertangguh2. Dan saudari pula bantu beliau dengan doa sungguh2 supaya Allah membuka hati kedua ibu bapanya.

  14. salam ustaz kawan sy kini sudah hamil 3 bulan dan dia bru thu bhawa teman llkinya itu suami org..jadi tmn llkinya itu tak nak bertggjawab atas dirinya ketana alasan dia sudah berkhawin..apa patut dia buat ..dia tiada siapa didunia ni hanya si ibu kandung dia…hanya minta pandangan apa yg perlu dia buat kerana sy jugak tiada pngalaman sebegini

    1. Daftarkan diri di rumah perlindungan bagi wanita hamil dan tinggal di sana sehingga melahirkan anak. Jika mahu menjaga anak itu sendiri, sebaiknya maklumkan kepada ibu beliau akan situasinya supaya si ibu boleh bersedia menerima keadaan ini. Jika beliau tak berhasrat nak menjaga anak itu, boleh berikan kepada orang lain sebagai anak angkat.

  15. Assalam ustaz.. sye bkenalan dengan seorang wanita.. die merupakan anak angkat yg dbela dri umur 3tahun lagi.. kiteorang dh beberapaka kali terlanjur.. now kiteorang ingin halalkn hubungan ni dgn sah.. masalahnya keluarga angkatnye ingin jodohkn die dgn pilihan sndri sedangkan dalam mase yg same die sdh ade calon..
    Si ibu angkat nye mengugut n paksa ” jika ko xnak dengan pilihan aku, ko boleh keluar dri rumah ini dan balik ke keluarga asal ko”.. now die dalam dilema.. apekah yg perlu sye lakukan ustad..

    1. keluarga angkatnya bukan wali dan mereka takde hak nak memaksa beliau bernikah dengan pilihan mereka. Jika keluar dari rumah itu adalah pilihan terbaik, keluarlah dari rumah itu dan berkahwinlah. Hiduplah di rumah baru dengan aman dan damai.

      1. Now sye mmg mnyesal ustad.. sye ingin saje bernikah, sye ingin bertanggungjawab dengan perbuatan lalu kami.. saye malu jika saye digelar habis madu sepah dibuang.. now masalahnye wanita tu dlm dilema, kjp on kjp off & susah diajak berbincang.. adekah saye bersalah jika saye hanye biarkan die dipinang orang lain? Sye dh cube untuk yakin kan die,. Tetapi die hanye mampu menangis & bkata ” maafkn i, i terpaksa & diugut mcm ni”.. ape yg perlu saye lakukan?? Sye betol2 nak ambil die sbgai isteri n ingin bertanggungjawab..

  16. Sye juga pernah berjanji bserta sumpah dengan nama ALLAH yg saye tidak akan meninggalkannye n sye akan menjaga die.. saye dh cuba yakinkan die, tetapi die terkenang budi ibu angkat nye n ugutan itu.. now adekah sye berdosa jika saye mninggalkan nye??

    1. en.herow.

      Alhamdulillah atas apa yang saudara mahu lakukan.cuma payah nya ade sedikit halangan.bukn mudah lelaki ingin myesali n mgakui serta ingun btgjwab atas kslpan lalu..Saudara, sy hnya mberi pndapat agar saudara meminta dan berdoa agar saudara dapat btgjwab pd dia.doakn juga semoga dia dan saudara dpermudahkan utk meniti jalan Allah bersama.insyaAllah.

  17. Salam ustaz,

    Saya pernah terlanjur dengan teman wanita sy dulu. tapi sy tak pernah pecahkan dara dia or tak masukkan alat sulit pun. sy banyak kali tido bersama. skrang ni bila sy dah sedar, jadi sy taknak lg ade hubungan ngan mana2 perempuan. bila sy nk putus ngan dia, dia skrang ugut suruh sy bertanggungjawab & sampai nak datang rumah family sy untuk cerita semua aib2 yg pernah sy buat. sy taknak memalukan diri sy depan keluarga sebab sy betul2 menyesal dengan ape yg dah jadi. macamana sy nak buat ni ustaz? harap ustaz tolong sy. sy dah tawar hati ngan dia & sy rasa tak boleh dah nak ade hubungan or apa2. sy tak tau macamana nak bagitau dia supaya tak dedahkan aib ktorg dulu depan mak ayh sy..

    1. Assalamualaikum.

      Saya sgt brminat utk mmberi pandangan berkaitan isu saudara. Harap segala apa yg sy akn katakan kelak, tiada menyingung atau buatkan saudara terasa hati. Apa yg saya katakan ni berdasarkan pengalaman sy sendiri.

      Pertama kali, Alahmdulilah, hati saudara dah terbuka dan sedar diatas perbuatan yg telah saudara lakukan.

      Tapi sedikit teguran yg sy nk bagi, mengambil jalan mudah utk memutuskan perhubungan sgt dgn dia sgt2 tidak relavent. Dengan apa yg saudara telah perlakukan bersama semasa bercinta,saudara seharusnya bertanggungjawab, bukan dengan lepas tangan.

      Jika saudara dah btol2 dah menyesal, bertaubatlah, ajak dia sekali utk kembali ke jalan yg besar, bukan dengan lepaskan tangan mcm tu. Be gentleman saudara. Bertanggungjawab dgn apa yg saudara dah buat. Sgt tak adil untuk dia, jika saudara perlakukan dia sebegitu. Saudara jangan fikir malu dan aib diri sendiri. Dia pun ada maruah, hati & perasaan, juga aib yg turut perlu dijaga.

      Tawar hati tu dtg disebabkan perbuatan saudara sendiri (dgn melakukan perkara yg tidak sepatutnya sebelum halal). Jadi jgn gunakan alasan itu utk lepaskan diri daripada masalah. Lagi sekali sy tekankan, saudara bertanggungjawablah dgn perbuatan saudara itu.

      Cuba saudara bayangkan jika perihal ini terjadi sendiri kpd adik atau akak ataupun apabila saudara berkahwin kelak (bukan dgn Dia) mungkin terjadi pada anak2 saudara. Jadi sebelum terlambat, cuba perbaiki apa yg dah terjadi. Menang nasi dah jadi bubur, tp jgn pula dibuang bubur itu. Jika kena dgn cara, masih boleh dimakan dan mengenyangkan.

      Akhir kata, sy harap sgt2 saudara pertimbangkan kata2 dan teguran saya. Sy doakan agar saudara sentiasa ada di dalam rahmat Ilahi.

      Assalam~ 🙂

      1. sy xtahu nk komen kat saudara atau saudara atas.tapi nnti sy komen kat saudara atas juga.Ya Allah..first time sy dgr or baca org komen mcmnie..dan sy rasa amat terharu..semoga Allah merahmati saudara..insyaAllah.

    2. salam kaum adam,
      sini kaum hawa nk cerita apa yang kaum hawa rasa.Untuk aku buka cerita ni aku rasa malu dan hina yang amat.Tapi biarlah setidaknya kaum adam tahu mcmana perasaan kaum hawa.

      Aku adalah seorang pendosa yang sama seperti kamu.Ditinggalkan sendirian atas alasan dia ingin berubah.Hanya tuhan yang tahu betapa hancur berkecai hati aku.Kenapa? kerana bodoh nye diri ini.percayakan lelaki sepruh mati akan menikahi aku lalu menyerahkan segalanya.Aku bukan insan yang hina asalnya.Namun, kerana aku rasa dialah segalanya, dialah tempat aku bcerita dia lah org yg buat aku bhgia.Dia juga bukan insan hina. Lelaki yang baik, banyak juga mengajarkan aku tentang ilmu2 agama.

      Sudah banyak kali kami cuba berubah namun gagal kerana nafsu nya.Dan cinta nafsu aku.Bagi lelaki mungkin kau tidak bersalah kerana berlaku nya perkara itu kerana keduanya.Tapi aku, kau orang yg ptama yg aku buka aib ku kerana percayakan kamu.Bodoh aku.Lupa.Tuhanlah yg wajar aku ikut.Tapi sekalipun tak pernah aku salahkan dia.

      Kau cakap kau hilang perasaan.Tapi kau tahu bilakah perasaan aku pada kamu alan hilang? seumur hdup aku mungkin? seumur hidup aku pasti ingatkan kamu.sebab engkau insan yang amatbaku cinta sampai aku boleh korbankan benda paling berhrga.

      Lelaki.esk mungkin lusa.kau jumpa lagi yang lebih istimewa.Aku? tak mampu terima mana mana lelaki yang cuba terim aku.kerana rasa berdosa.rasa hina xpernah luput dri otak aku.

      Mungkin aku wanita, banyak kerenahnya.banyak susahnya.tapi engkau sebagi lelaki tak bolehlah kau bawa aku bimbing aku bersama-sama kita berubah? aku manusia biasa.banyak buruknya.tapi aku juga ingin berubah.apatah lagi jik org yang aku cinta ingin berubah aku rasa bangga.

      Wahai kaum adm, kamu org ptama yg dia cinta smpai sggup myerahkn seglnya.Kamu tidak tahu berapa tahun dia menitiskan air mata penyesalan atas apa yg dia silap.Kmu xtahu berapa lama dia menitiskan air mata ketika berdoa agar Allah kembalikan kamu pada nya.Kamu xthu betapa susah dia cuba untuk memaafkan drinya.Kamu xtahu betapa sukar dia cuba menjadi wanita yang mjga dri seperti mana sebelum dia kenal kamu.

      Memang benar perasaan tak boleh dipaksa.Tapi adakah orang yg bnikah atas aturan ibu bapa xkn selamnya xtimbul prasaan cinta?mereka bermula dengan tanggungjawab kerana Allah.dan tidakkah kau patut melakukan hal yang sama?.

      Tiap kali aku teringat bagaimana aku dtinggalkan seprti perempuan murahan dan kau menyatakan kau mencari wanita solehah.aku merasakan diri aku tak jauh seperti anjing kurap.

      Tapi kerana cinta dan kasih aku pada kamu xpernah berkurang aku sentiasa mendoakan kamu mendapat apa yang kau cari yang terbaik utk hidup kamu.Jadilah kamu si soleh supaya layaknya kamu mendapat si solehah. Aku redha.Aku bukan yang terbaik utk kamu malah kini aku xmampu lagi jadi terbaik utk yg lain.dan aku, cuba untuk memperbaiki diri aku kdg tersungkur bangun sendiri lagi dan lagi.

      Kau berubahlah, jadi lelaki soleh, agar aku xprnah mnyesal dicintai mu dulu.Biar aku myesal denga dosa silam kita.Mungkin aku bukan yg terbaik di dunia buat kmu.Tapi akan aku usaha untuk meminta pada yang Esa agar kamulah yg tbaik utk aku dsana.

      Hubungan di dunia hanya sementara.Biar aku usaha untuk jadi bidadri syurga agar aku boleh membukakan pintu buat kmu disana.

  18. salam ustaz.
    saya ada soalan. adakah Allah menerima taubat seorang wanita yang telah selamat melahirkan anak tidak setaraf tanpa melaksanakan solat taubat tetapi dia melakukan solat wajib sahaja tapi niat beliau ingin bertaubat. dan satu lagi soalan, ustaz saya cetek ilmu agama dan saya ingin sekali mencari keredhaan Allah semula. saya ada masalah selepas melahirkan anak tidak setaraf. keluarga saya telah berbincang dengan keluarga lelaki dan beliau bertanggungjawab tetapi dia nak nama anak ber bin nama dia walhal ikutkan tidak boleh. tapi beliau tetap berkeras sama juga keluarga beliau. dan sekrang surat beranak anak masih belom didaftarkan. anak saya tidak lama lagi perlu dienjit. apa patut saya buat ustaz. saya takut sekiranya di bin kan nama beliau saya dan keluarga saya juga dapat dosa ustaz. saya nak elak dari dosa dalam masa yang sama saya ingin menyelesaikan masalah ini dengan baik antara dua pihak. mohon ustaz bantu saya. terima kasih

    1. InsyaAllah. Allah menerima taubat hambaNya. Teruskan melakukan amal kebaikan. Taubat itu tak semestinya kena buat solat taubat.

      Bukan mudah untuk membinkan anak tanpa dokumen yang sah. Antara dokumen yang diperlukan adalah sijil nikah. Jika tiada, maka rekod pendaftaran anak akan diletakkan anak tidak sah taraf (atau pun sekarang ini cuma dikosongkan saja pada bahagian bapa.. saya kurang pasti sikit bab ni)

      1. UstaZ saya nak tanya klau kita berhubungn dngn seorang permpuan..lepas itu tahu permpuan 2 penah berzina dngn lelaki lain..apa saya perlu buat..

  19. Asslamualikum ustat.
    Apkah hukum seorng anak dipaksa supaya tidak memanggil ibunya dgn panggilan ibu di khalayak ramai, kerana takot keluarga suami nya tahu tentang status dia sudah mempunyai anak luar nikah. Yang menyedihkan ibu kepada wanita tersebut menyuruh cucu nya tdak memanggilkan gelaran ibu kerana takot keluarga besan nya tau ttng hal tersebut.

    1. Ada perkara yang kita terpaksa rahsiakan demi mengelakkan mudarat yang lebih besar. Semua ini boleh diselesaikan melalui perbincangan. Berdoalah banyak2 semoga dibukakan hati ibu untuk mengakui akan anaknya sendiri.

  20. assalamualaikum ustaz.. ada pekara yang menimpa saya. dan ia amatlah berat bagi saya utk selesaikan. untuk meringkaskan cerita saya. adik ipar saya berumur 24 tahun lelaki.. telah terlanjur dengan sepupunya berumur 15 tahun perempuan, pada awal tahun ini, akan tetapi perempuan itu tidak mengandung. kedua duanya telah mengaku berbuat demikian atas dasar suka sama suka. dan pihak perempuan telah berbincang secara sulit dgn adik ipar saya tanpa pengetahuan keluar pihak lelaki. dan adik ipar saya telah bersetuju untuk bertangungjawap dgn menikahinya. tetapi pihak perempuan beri tempoh 3 tahun sehingga si perempuan itu tamat persekolahan nya. akan tetapi.. adik ipar saya tidak bertaubat dan masih berzina tetapi dengan perempuan lain dr tempat kerja nya. dan bila perkara ini diketahui oleh pihak perempuan. mereka barulah ceritakan kepada pihak lelaki. dan oleh kerana ayah dan ibu mertua kami terlalu uzur. maka saya seakan terpaksa menerima tangungjawap ini. soalan saya ialah
    1) menurut hukum islam, adakah mereka ini harus dinikahi?
    atau adakah hukum harus dinikahi ini adalah hanya mengikut
    hukum “melayu”?
    2) dan jika ianya diharuskan utk bernikah.. adakah ianya mengikut matlamat pernikahan sebenar atau sekadar menutup malu.
    3) adakah umur 15 tahun sudah boleh bernikah mengikut undang2 islam / undang2 malaysia?
    4) adakah pernikahan ini jalan yang terbaik? memandangkan adik ipar saya tidak insaf?
    5) atau adakah pernikahan ini akan memburukan lagi keadaan? seperti contoh.. adik ipar saya hanya menurut sahaja akan kemahuan pihak perempuan
    6) akhir sekali, saya minta pendangan ustaz, apa yang harus saya lakukan?

    diharap ustaz dapat membantu saya. maafkan saya kerana kurangnya ilmu didalam diri saya.

    1. 1. Islam tak menetapkan seseorang itu mesti berkahwin dengan pasangan zinanya, sebaliknya Islam menetapkan sesiapa yang berzina, hukumannya adalah 100 sebatan atau direjam sehingga mati. Kesalahan zina tidak boleh ditutup dengan pernikahan, kerana di akhirat nanti para penzina itu akan menerima hukuman drp Allah sekiranya tidak bertaubat.

      2. Ia sekadar menutup malu, sedangkan Islam menyuruh seseorang mencari pasangan yang baik. Seorang penzina bukanlah seorang yang baik. Maka, tidak wajar kita memilih seseorang hanya sekadar untuk menutup malu, sedangkan kita dah nampak yang natijahnya mungkin perkahwinan itu akan porak peranda.

      3. Boleh, dengan kebenaran mahkamah syariah.

      4. Bagi saya, pernikahan ini bukanlah jalan terbaik. Tuan lebih mengetahui bagaimana sikap adik ipar tuan itu. Jika tuan tahu di dalam bilik itu ada ular, sanggupkah tuan mengurung seseorang dalam bilik itu? Ataupun sepatutnya tuan buang ular itu dahulu?

      5. Jika tidak berkahwin pun, ia boleh jadi sesuatu yang buruk kepada adik ipar tuan. Seorang yang dibawah umur adalah dilindungi oleh undang2 negara. Seks bawah umur adalah dikira sebagai jenayah rogol, sekalipun dengan kerelaan. Jika pihak keluarga perempuan membuat laporan polis, adik ipar tuan boleh didakwa dengan jenayah rogol. Masa depan beliau akan gelap nanti.

      6. Pada pandangan saya, dalam hal ini, yang lebih baik tuan dahulukan adalah menasihati adik ipar tersebut. Slow talk dengan beliau. Nyatakan baik buruk tindakan beliau. Suruh beliau bertaubat. Namun, jika beliau masih lagi tak berubah, tanggungjawab tuan dah selesai. Biarlah dia menerima baik buruk hasil daripada tindakannya itu. Dia akan belajar sesuatu daripada pengalamannya.

      WA

  21. Salam ustaz. Sy bzina 4thn yg lalu. Tp kami dah ptus. Skrg kami contact balik. Dy nak nikah, tp family sy xbg sbb dy diploma dan sy dgree. Masalahnya kami mungkin akan bzina lg kalau mcm ni. Apa sy nak buat ustaz?

      1. tak usaha bicara semuda bahasa. kalau kamu gelar diri kamu ustaz kamu akan memberi pandangan yang luas yang lebih rasional bukan pandangan atau jawapan orang yang cetek akal

    1. apa alasan kamu untuk mungkin akan berzina? dekat diri dengan Allah kawal nafsu kamu pujuk orang tua yakinkan mereka dan berdoalah agar terbuka pintu hati mereka
      Papa Zola recently posted..Kim awek koreaMy Profile

  22. Assalam ustaz.. kami student sekampus dan bercinta sehingga beberapa kali terlanjur. Kami bertaubat kerana sedar dgn dosa besar, tetapi perkara seperti berpegangan susah untuk dielakkan kerana setiap hari berjumpa. Pernah diajukan pd keluarga msing2 ingin berkahwin tetapi dilarang kerana masih belajar. Sekarang si lelaki berusia 20 dan gigih berusaha mengumpul duit untuk berkahwin. Kami malu dgn diri sendiri kerana sudah byk kali bertaubat tp masih melakukan dosa, mengapa ustaz? Keadaan juga bertambah buruk apabila berjumpa setelah berpisah lama,ia tetap membawa kpd penzinaan. Jd kami bercadang utk kahwin lari supaya kami berhenti dri melakukan dosa dan sama2 meraih redha. Bantu kami ustaz. Bila ibubapa izinkan kmi akn berkahwin lagi sekali di Malaysia. Kami tdk ingin terus menerus berbuat dosa.

    1. Alasan orang tua sekarang masih muda tak perlu berkahwin, hal in menyebabkan kes nikah di thailand kerana org tua itu sendiri perkara yang baik tidak perlu dilambatkan tapi harus diingat nikah bukan sekadar akad kamu akan pikul tanggungjawab yang berat tapi jangan risau Allah sedia membantu hambanya dalam kesusahan. berdoalah semoga terbuka hati mereka

  23. Assalamualaikum
    Ustaz sy nak tanye,
    Kawan sy mempunyai seorg teman serumah yg telah terlanjur,
    Sekarang kwn sy menjaga dia,
    Sehingga dia melahirkan nanti,
    Kan kemudian ingin memberi anak tu kepada org yg memerlukan anak,
    Bagaimanakah caranya??
    Apa yg perlu dibuat?

  24. ustaz . saya ada seorang member (lelaki) . dia baru berumur 15 tahun tapi dah terlanjur dengan seorang budak perempuan berumur 14 tahun . sekarang dia asyik lari ke sanan sini . dia takut family budak perempuan tu cari dia . saya kesian tengok hidup dia kelam kabut sebab saya kenal dia dah lama . soalnya ustaz boleh ke diorang tu berkahwin walaupun bawah umur ? takpon ada cara lain untuk selesaikan masalah ni ustaz ?

    1. Kalau diorang nak berkahwin pun, ingat family diorang mudah2 je nak bagi? Silap2, family budak perempuan tu buat report polis, memang kena la tuduhan rogol bawah umur.

      Nasihat pada beliau, takutlah pada Allah dan bertaubatlah serta banyakkan amal kebaikan. InsyaAllah hidupnya akan kembali tenang.

  25. Salam ustaz. Sy dan pasangan hampir melakukan zina. Bile difikirkan sy rasa sngat berdosa ustaz. Dlm masa yg sama sy ingin berubah. Sy ingin mnejadi lebih baik untuk dia. Tapi perkara ni terjadi kalau kami keluar bersama. Tolong sy ustaz. Saya x nak perkara ni memebelenggu sy. Sy berumur 22 bekerja tetap die 18 dan masih lagi belajar.

  26. Dalam masa yang sama ustaz. Sy ingin bertanggungjawab disebabkan dosa yng saya lakukan. Sy menyesal sangt2 dengan ap yang berlaku

  27. Salam ustaz , sy nk cerita segan . Fikiran sy tak tenang , serabut rase mcm tak semangat je . Sy baru putus dgn psgn sy . Km bercinta dh 8 tahun ,mse memula couple pakwe sy dh bersumpah yg dia serius dgn sy depan mak sy ttg km . dan 7 hari pas couple dia ajak dtg rumah dia utk kenal dgn mak dia dan bgtaw ttg km . Semua ok mse , bahagia nye jiwa . Dh lme kenal hampir 3 bulan sy terlanjur dgn nya , km berzina di rumah pkwe sy mase mak ayah dia tade . Berulang kali km terlanjur atas suka sme2 suka . Pendek cerita, km terlanjur setiap tahun smpai dr 2010-2016 .tp km buat oral seks, dia tak pernah pecahkan dara sy tiap kali km bersenggama . Ade sekali tu , sy bgtaw mak ayah dia ttg km terlanjur sbb sy rase dosa sgt2 pd allah . Tiap waktu sy solat , sy rajin buat solat sunat mlm . Sbb sy tak tenang .pkwe sy bukan jenis kaki wudhuk , byk kali dh sy ajak solat , kite tataw ble kite mati .
    Setelah mak ayah dia taw ..mereka kecohkan hal ni bukan selesaikan .
    Sy bgtaw slh , tak bgtaw pun slh ..sy nk tinggal kekasih , ya allah berat nye hati . Setelah taw Kekasih sy berjanji akn mengumpul duit utk kawin dgn sy . Sy pun terima dia balik . Em .hbgn km ok lepas tu , mak ayah dia mcm kurang dgn sy . Ok sy phm , bg sy bukan sy slh sorg ank dia pun slh jugak . 2015-2016 km duk jarak jauh , dr c2 sy dh mula insaf dan dekatkan diri dgn allah . Dia cuba ajak berzina dgn fon , mcj , kol , video . Sy ikut je ..sy hrp dgn cara tu dia takkan tinggalkan sy . Ble sy tak lyn dia , dia ok je takde gaduh ..km biasa je . Tp sy naik angin entah knp …mgkin sbb 8 tahun dh bersme , naluri hati sy cepat tahu ape dia buat . Dia syg sy mcm isteri , sy rase sy patut bgtaw hal km terlanjur sekali lg pd mak ayah dia sbb melampau sgt smpai mntak video ,pastu kwn2 dia salu anta video lucah . Sy rase terhina sbg puan . Ble mak ayah dia tau , dorang kecohkan smpai abis 1 Femli taw sme bukan selesaikan tp diam . Tahun ni , sy dpt tau mak dia tak suka sy dan bertanya kat anak dia ,, ank dia dgn sy lg ke ??Sy naik angin …sy 10sion, knp tak memula couple mak dia benci sy . Knp skrg ? Dh 8 tahun . Dr mula tu , mulut sy tak terkawal . Sbr sy dgn ank dia sy pendam , sy suh kekasih sy masuk minang sy dan lekas nikah . Sy tak mintak duit hntran , sy nk al quran je walaupun sy asal org berada . Sejak2 ni km salu gaduh , nk marah sje, pkwe sy tak nak kawin lg sbb duit tade , byk komitmen lain . Dia ank sulung mcm2 nk byr . Sy kesian kat dia .
    Sy 10sion psl mak dia . Susah utk sy tinggal dia , bygkan tiap kali dia balik kampung ..km oncall , dia ckp takut sorg2 balik mlm2 , sy pun bacakan surah yassin smpai dia tiba di rumah dia .Johor . Ble dia ade mse free , drive lori mse keje ..dia kol sy , sy mesti baca surah pape ..yg salu surah al waqiah , sy baca dan niatkan semoga dia dimurahkn rezeki dan tenang ble dlm kesusahan .Ble sy tgk kwn sy dh kawin , sy cuba desak dia utk nikah .dia menolak krn tade duit . Sy kira gaji dan komitmen dia mmg tak cukup , sy pk sy nak gadai brg kemas sy utk km nikah , atau pun sy bg dara sy utk sy hamil dan bg jln mudah utk km bsme .Sy pk balik tak perlu smpai mcm tu , dia nak sy dia mesti usaha .Hm. sy lyn dia baik ikut kehendak dia ape je , ade hari tu sy rase was2 kat pkwe sy , dgn
    spontan sy doa ..ya allah sekiranya dia lyn aku lebih kurang
    Ape sje dia miliki , fon , motor , kereta , ape sje . Bnde tu akn musnah. Mmg bnde tu terjadi , motor ( dia eksident ) , fon ( asyik jem / hang langsung ) , kereta ( salu rosak ) , minyak kereta cepat abis . Ade je nk kena baiki , duit dia cepat abis ntah beli byr ape tah . Dia bgtaw sy semua tu , sy terkejut . Ya allah cepatnya doa aku kau makbulkan .tgh tahun 2016 ,, dia eksident sme sy doa spontan . Dia beli motor baru tak bgtaw sy ,,dr c2 sy mula sakit hati sbb byk bnde dia sorok . Sy dh mcm pelacur bg dia , Sy nyumpah dia ..dia siap bgtaw dia dh tawar hati dgn sy , sy dh mula curiga dan sy rase dia ade puan lain . Sy rase mcm dh rugi , bdn sy dia dh dpt . Sy nk di bertanggungjawab . Katanya sbbkan sy kol dia mse keje , bos dia nmpk dan gaji dia dipotong sbb sy . Sy berkali ugut dia utk viralkan kes kat Femli dia . Dia takut kejap , pastu buat perngai balik . Sy cuma
    Nak hak sy yg dh sy korbankan . Dia pernah eksident , tahun ni jugk , sy doa spontan . Bukan slh sy dh dia buat slh , eksident la . Sy takgi melawat mlh sy ckp pdn muka lg . Dia lyn sy lebih kurang .sakit hati la sy pun . Skrg ni dia dh o.k.u. , sy nk jugak dia . Sy ikhlas dgn dia . Sy nk jge dia tp dia siap ckp dia dh o.k.u , dia takkan kawin dgn mne2 puan . Hidup dia dh pape kedana , dia slhkn sy sbb sumpah2 dia . Dia ade ckp nk bomohkan sy punya suh sy tinggalkan dia . Ble bersenggama sy pernah cuci najis dia , besar n kecik . Sy syg sgt kat dia . Susah bg sy nk lupa dia , nk tdo mesti teringat sbb skrg km dh putus . Selama 8 tahun dlm kasih syg dia . Mmg sy hilang semangat rase nk mati je . Hri2 sy ngis , mak ayah dia buat sy rase terhina . Kalo la dia ade adik puan kena lak situasi mcm sy . Ape dia rase . Mulut sy jahat tp sy salu doakan dunia akhirat utk dia .

  28. Salam ustaz saya nak tnya kalau kita sdh terlanjur ibubapa dpat tahu tapi tidak ingin nikahkn kita dngan pasangan kita sedangankn psngan kita ingin bertanggungjawab ?

  29. assalamualaikum ustaz

    saya ingin meminta pendapat ustaz. saya telah terlanjur dengan tunang sy. selepas beberapa tahun sy memutuskan pertunangan disebabkan kami sudah tidak sefahaman lg. andai diteruskan kesannya lg teruk. baru – baru ini, family ingin menjodohkan saya dengan seorg lelaki lain.

    adakah perlu saya memberitahu llaki tersebut tentang ketelanjuran sy dengan bekas tunang. sesungguhnya saya merasa sangat bersalah.

    diharap ustaz dpt membantu.. terima kasih

  30. Assalammualaikum ustaz, jika dah melahirkan anak tidak sah taraf.. Lelaki tu xnak kawen dengan perempuan yg die dah lahirkan anak die atas sebab keluarga tidak bersetuju kerana status perempuan tersebut?? Keluarga 2belah pihak tidak tahu tentang kewujudan anak tersebut… Harus atau tidak untuk lelaki itu berkahwin dengan perempuan tersebut?

  31. Salam ustaz . Saya seorang perempuan yg telak berzina dgn kekasih saya . Kami menjalani hubungan jarak jauh . Dia berada di singapore dan saya berada di malaysia . Setiap kali jumpa kami akan bersama , saya ada memberitahu mengenai kekasih sya kepada mak saya tentang dia kecuali zina , tpi mak saya menolak kekasih saya atas alasan dia jauh di singapore nnt hidup saya susah . Manakal ibu kepada kekasih saya menerima saya seadananya tnpa tahu yg saya pernah berzina dgn anaknya . Hubungan kami mmg sukar , jauh , jarang jumpa . Dan masalah mak saya yg tk terima hubungan kami . Saya rasa berdosa sgt sgt melakukan semua ni . Dan dia pun ada merasa benda yg sama . Kekasih saya menganjak saya bertunang . Tetapi masalahnya adalah mak saya . Saya mmg tk tahu nak buat apa lagi . Lagipun say mmg tk dpt nk lupakan dia , seolah olah hubungan tersebut membuat saya tk sngup utk mencari lelaki lain lagipun kami mmg saling menyanyangi . Dia seorang lelaki yg utk saya mmg baik tpi silap kami adalah berzina . Benda ni membuat saya jadi obses terhadap benda tu . Kemudian kami ada berubah demi sedikt mcm dia solat , saya pun berjinak utk solat . Tpi skrg ustaz , saya nk tnya , apa perlu saya buat tentang mak saya tu , dan apa perlu saya buat dgn dia . Adakah kami perlu bernikah ?

  32. Salam ustaz..sya telah bertemu dgn seorang gadis ditempat kerja sya..pada mula sya mmng xmahu bercouple ni..sya lebih suka single..xplan lgi nk khwin..tpi disebab usikkan org sekeliling sya berkenalan dgn gadis tersebut..tanpa diduga sya telah jatuh hati padanya..sya terlalu sygkan dia..sya tidak prnah sentuh atau pegang mana2 perempuan sebelum ini..tetapi selepas sya berkenalan dgn dia..dia bnyk ajar sya apa itu couple sebenarnya..sya juga kecewa kdg2 kerana dpt tahu masa silamnya sebelum ini terlalu sosial..dan ramai teman lelaki..apa salah sya ustAz..lama kelamaan sya meneruskan hubungan dengan dia..sya telah beberapa kali terlanjur dengannya..sya terlalu ikutkan nafsu..sekrang dia disahkan hamil ustaz apa sya perlu buat..sya menyesal sya bertaubat ustaz..sya sedih..lgi pling sya kecewa dia pernah berterus teran tentang msa silamnya..dia telah disentuh oleh lelaki lain sebelum sya..ttpi bukan atas kerelaannya..tetapi sya tak tahu hndak prcya atau tidak..sya sedih..perasaan syg sya pdanya makin pudar…sya telah cuba nk lupakan..tetapi sukar…pada msa yg sama sekarang dia hamil anak sya ustaz..sya keliru dgn perasaan sya sekarang ustaz..sya telah trima balasan Allah swt didunia hidup sya makin susah…berbeza dgn sebelum ni..sya tidak salahkan dia atas semua ni..dia ckap terlalu sygkan sya..dia xmau ungkit2 kisah lama…dia hnya mahukan sya….dia telah berubah katanya..tetapi sya sendri terlanjur dgn dia ustaz..sya kecewa…saya malu pada Allah..tolong bantu sya..sya mahu berubah..apa perlu sya buat..

  33. Assalmmualaikum.ustad…sya nak tanya ni.sya dan pasanagn dah terlanjur.dan skng ni dia mengandung rasanya.sebab dah ada perubahan kat perut dan dah 4 blan tak period.ustad.sya sblm ni ada dah nak masuk minang.siap dah sedia semua hantaran.tapi ditolak mak pasangan sya tu.kmi knal dah 4 masuk 5 tahun dah.cuma setahun ini kami brhubung secara rahsia di sebelah pihak pasangn saya tu.diseblh phk sya semua tahu sya masih dngn dia.skng ni mcm mna uatad sya nk buat hadap jer ker atau mcmmna

  34. salam ustaz.. saya baru saja berkahwin nak masuk 3 bulan dan sekarang saya telah lambat datang bulan, saya dah cek upt tapi agak samar2 dan tak jelas.. jadi saya tunggu untuk habis kan bulan ini dah cek semula.. masalah saya sekarang ialah saya baru saja dapat keputusan intview polis pada bulan 9 ini dan keluarga saya amat mengharapkan saya dapat polis tu.. mak saya paksa saya buang jika saya benar2 mengandung.. soalan saya patut ke saya buat sedemikian sedang naluri ibu saya ingin kan bayi ini? berdosa ke saya jika buang dia yang masih baru lagi

  35. Salam ustaz.
    Saya telah terlanjur tetapi tidak memasukkan alat sulit ke dalam. Alat sulit hanya dibiarkan bersentuhan sahaja antara satu sama lain. Adakah itu dikira zina ? Saya sangat ingin bertaubat dan berubah dari melakukan hal-hal seperti ini lagi tetapi saya takut untuk bertaubat kerana saya masih belum mampu untuk menjaga ikhtilat dengan sepenuhnya seperti berpegangan tangan. Saya bimbang jika taubat saya tidak diterima. Apa yang patut saya buat ustaz ?
    Insan lemah recently posted..Jemputan Ke Program “Mudahkan Perkahwinan”My Profile

  36. Assalamualaikum ustaz,

    Saya ada adik yang telah hamil sebelum kahwin. Dia telah merahsiakan soal kehamilannya dari pengetahuan keuarga sehinggalah dia melahirkan anak. Namun, sebulan usia anaknnya barulah dia bagitahu saya. Hanya saya. Saya tak tahu nak buat apa dalam situasi ni ustaz. Kalau mak ayah saya tahu,luluhnya hati dieorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme