I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Status Kanak2 Bunuh Diri

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan di shoutbox.. berkenaan status kanak2 yang belum akil baligh, kemudian membunuh diri.. Adakah beliau masuk syurga atau neraka?

Ustaz Love nak jawab pendek je.. tapi sang penanya tak meletakkan link plak yg membolehkan Ustaz Love menjejakinya..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Dalam hal penentuan seorang budak yang belum baligh, kemudian membunuh diri… Maka Ustaz Love nak terangkan tentang hukum membunuh diri.. Membunuh diri hukumnya berdosa besar.. bahkan disebut dalam hadis tentang akibat membunuh diri ini :

“β€œBarangsiapa yg bunuh diri dgn besi di tangan, dia menikam perut di dlm neraka jahannam yg kekal, dikekalkan di dlm neraka selama-lamanya. Dan barangsiapa yg meminum racun lalu bunuh diri dengannya maka dia akan meminum perlahan-lahan di dlm neraka jahannam yg kekal, dikekalkan di dlm neraka selama-lamanya. Dan barangsiapa yg bunuh diri dgn terjun dari atas gunung dia akan jatuh ke dlm neraka jahannam yg kekal, dikekalkan di dlm neraka selama-lamanya.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Itu hukum bagi seorang yang mukallaf iaitu yang dipertanggungjawabkan dosa dan pahala atas perbuatannya.. Bagi kanak2 yg belum baligh, sekalipun berakal (mumaiyiz – dapat membezakan yg baik dan buruk) masih tidak tertakluk dengan dosa dan pahala. Maka, matinya insyaAllah akan ke syurga.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Comments

Add a Comment
    1. orang sakit mental dan bunuh diri, tak dikira dosa beliau membunuh diri.. sbb beliau dah gila.. maka takde taklif lagi.. cuma beliau akan ditanya tentang amalan beliau sebelum beliau menjadi gila.. dan diberikan balasannya hasil perbuatan sebelum gila itu..

      kalau gila daripada sebelum baligh, maka beliau tiada apa2 dosa πŸ˜‰

  1. wah.
    mcm mane budak2 yg blum akil baligh bole terfikir nak bunuh diri?
    bkan waktu budak2 kite fikir nak main je ke?
    aigoo..

    1. Kadang2, ada gak budak2 yg fikirannya dah mcm fikiran org dewasa.. sbb pengalaman hidupnya itu mematangkan beliau.. Ustaz Love pernah tengok satu cerita cina, disebabkan tak nak menyusahkan mak ayahnya yg baru diberhentikan kerja, maka dia telah membunuh dua org adiknya dan telah menggantung diri sendiri. Tapi ini movie la, bukan cerita betul πŸ˜€

    1. biasanya, kalau kita dah berputus asa, memang ada terlintas niat nak membunuh diri ni.. sebab itu Allah melarang kita berputus asa daripada rahmat Allah πŸ˜‰

  2. assalamualaikum ustaz
    nice entry
    ada satu pertanyaan nie
    kalo kita ada bisnes kecil-kecilan di rumah mcm jual kuih ke jual kek ke
    kita kena bayar zakat tak?
    sy baru lepas SPM dan baru mula berniaga ckit2 je.

    1. waalaikumussalam cikzsmile..

      terima kasih..

      kewajipan zakat perniagaan tak ditentukan pada jenis atau lokasi perniagaan, sebaliknya apabila perniagaan itu telah cukup syarat untuk dikenakan zakat, maka wajiblah berzakat. InsyaAllah, nanti Ustaz Love jelaskan dalam entry yg lain πŸ˜‰

  3. terima kasih .. info sangat berguna … sejak akhir2 ni banyak kejadian bunuh diri kat negara kita nih… takut betul bila dikenang-kenang ..

    1. terima kasih kembali gurucyber.. budaya bunuh diri ini bukan budaya Islam.. tapi budaya agama lain (diorg percaya dengan reincarnation – penjelmaan semula).. dalam Islam, takde jelma2nya.. yg cerita hantu tu karut semata.. orang dah mati, takde boleh balik2 lagi..Seksanya bagi orang yg bunuh diri, dia akan masuk neraka dan mengulangi cara beliau membunuh diri itu selama2nya.. wal ‘iyazu billah

      1. Bagaimana pula jika seseorang itu sudah tingkatan tetapi baligh dan sudah berakal dan boleh membezakan antara baik dengan buruk,dosa dengan tidak ? Adakah dia menanggung dosanya sendiri, ustaz?

        1. maafya tersilap.

          Bagaimana pula jika seseorang itu sudah tingkatan tetapi *BELUM* baligh dan sudah berakal dan boleh membezakan antara baik dengan buruk,dosa dengan tidak ? Adakah dia menanggung dosanya sendiri, ustaz?

          1. kalau masih belum baligh, maka dikira belum mukallaf.. jadi tidak menanggung dosa πŸ˜‰

          2. ustaz, setiap manusia akan mati…adakah kematian itu menyakitkan ?
            dan saya keliru kerana ramai orang kata setiap orang yang mempunyai dosa akan ke neraka dahulu untuk dibersihkan dan barulah ke syurga..betulke?

            terima kasih ustaz..

    1. hukum membunuh diri adalah haram dan merupakan salah satu daripada dosa besar.. tak kira apa alasannya, ia tetap haram πŸ˜‰

  4. Bagaimana saya ini seorang psychopath? Adakah diberi kemaafan dan syurga atas semua kesalahan yg dilakukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme