I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Saksi Rakaman Video Kes Zina

Salam…

Ustaz Love masih lagi meneruskan entry soal jawab.. setelah diselangi entry santai sebelum ni.. Ada satu persoalan daripada blogger anjungsena..

Assalamualaikum ustaz…saya ada kemusykilan..kalau ustaz boleh buat satu entri mengenai saksi untuk orang yang melakukan zina mesti ada 4 orang kan? Jadi, persoalan yang sering saya dengar adalah mengenai kesahihan bukti yang menunjukkan seorang itu melakuakn zina atau maksiat. Zaman sekarang tak macam zaman nabi dahulu , belum ada kamera video untuk merakamkan perkara-perkara seperti yang kita dengar baru-baru ini. Adakah kita perlu lagi empat orang saksi jika secara terang-terang gambar kita melakuakn aksi yang menyalahi hukum Islam. habis dah memang gambar kita ….apa pendapat ustaz. harap ustaz dapat bagi orang ramai faham“..

Waalaikumussalam..

Mungkin pertanyaan ni ada kaitan dengan isu video lucah yang hangat diperkatakan sekarang ini.. Namun, Ustaz Love akan cuba menjawab mengikut pandangan Islam dan tidak bias (berat sebelah) kepada mana2 pihak.

Sebenarnya, dalam hukum Islam, dah jelas memperkatakan bahawa untuk mensabitkan seseorang dengan hukuman zina, maka hendaklah sama ada melalui pengakuan sang penzina, atau melalui 4 orang saksi yang melihat perbuatan tersebut. Ini tidak dapat disangkal lagi. Jadi, jika pemerintah ingin melakukan hukum hudud (sebat bagi yg belum berkahwin atau rejam sampai mati bagi yg dah berkahwin), maka jalan untuk mensabitkannya juga perlu melalui jalan yg dinyatakan oleh syariat.. iaitu pengakuan atau 4 orang saksi.. tiada jalan lain lagi sama ada melalui kamera ke, videocam ke, webcam dsb..

Tetapi, jika ingin mensabitkan dengan hukuman jenayah sivil, maka terpulang kepada pemerintah nak gunakan apa cara pun yg dirasakan perlu (penubuhan siasatan diraja ke, melantik pakar ke dsb). Kerana, hukuman sivil bagi kesalahan zina tidaklah sekeras (jangan baca kejam okeh) hukuman hudud. Dari sudut keadilan, sudah tentu hukum hudud itu lebih adil. Itu tiada keraguan..

Persoalan yg timbul sekarang ini ialah.. bagi mereka2 yg menuduh seseorang itu berzina (dalam hal ini, pemerintah cuma boleh bertindak sebagai penilai dan penghukum.. sbb tu perlukan laporan polis, baru pihak polis boleh ambil tindakan.. baru pihak mahkamah boleh membicarakan kes tersebut)..

Oleh kerana tuduhan berzina itu tidak melibatkan pensabitan daripada sudut syariah, maka dalam penghakiman mahkamah, mahkamah boleh mengarahkan apa saja bukti yang boleh mensabitkannya.. melalui DNA ke, melalui video ke, melalui keterangan seorang saksi ke.. jika didapati bersalah pun, setakat kena penjara je..

Berbeza jika ingin dibicarakan mengikut undang2 Islam (hudud).. maka ianya kena lebih teliti lagi.. sebab hukumannya lebih keras.. iaitu hukuman mati (rejam sampai mati bagi penzina yang telah berkahwin).. Maka, perlulah bagi sang penuduh mendatangkan 4 orang saksi (bukan saksi rakaman video).. sbb 4 orang saksi ini perlukan saksi yang adil.. bukan saksi yg fasiq.. untuk menentukan kebenaran persaksian mereka..

Kalau ikutkan, ia kelihatan agak mustahil sekali.. Sebab itu, kesalahan zina di zaman Nabi s.a.w. hanya mensabitkan kesalahan melalui pengakuan penzina itu sendiri.. Malah, dalam satu hadis, seorang suami menuduh isterinya berzina, maka Nabi s.a.w. suruh mendatangkan 4 orang saksi.. kalau tak, suami tu sendiri akan kena sebat 80 kali (had qazaf).. walaupun memang suami tu nampak sendiri depan mata.. maka ketika itu turunlah ayat li’an (laknat.. iaitu satu bab dalam hukum fiqh.. suami melakukan sumpah li’an untuk mengelakkan kena had qazaf, manakala isteri kena balas sumpah li’an untuk mengelakkan kena had zina).. tapi hukum li’an ini hanya tertakluk pada suami isteri saja. Bagi orang lain (yg menuduh seorang Islam berzina), memang takde cara lain kecuali mendatangkan 4 saksi. Kalau tak, penuduh tu akan kena sebat 80 kali sekalipun beliau benar.

Sebenarnya, falsafah penghakiman dalam Islam agak berbeza daripada penghakiman sivil.. sbb dalam Islam, melepaskan 10 orang yang bersalah itu adalah lebih baik daripada tersilap menjatuhkan hukuman kepada seorang yang tak bersalah. Sedangkan penghakiman sivil berpendapat, seseorang itu tidak bersalah sebelum dibuktikan beliau bersalah.

Cuma satu yang kita kena faham.. Perbuatan zina dan hukuman hudud atas zina ini adalah merupakan hak Allah.. dan bukannya hak manusia untuk menentukannya dibicarakan mengikut hukum yg lain daripada hukum Islam (hudud). Kalau tak, maka menjawab la depan Allah kat akhirat nanti.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

Add a Comment
  1. Nak kata org tuh salah, orang nih pun apa kurangnya.. nak kata org nih tak betul, orang tuh pun boleh tahan ligatnya..

    kalau silap judge, neraka kompom menunggu kat sana.. adeh.. memang masalah hidup..

  2. ntah la..xtahu yg mana yg betul…penonton2 (masyarakat) mula keliru…tpi ni melibatkan agama…rse xpatut mengaibkan org…huhu..ntah la…

    1. memang tak patut dan berdosa mengaibkan orang… apatah lagi melakukan tuduhan zina yg merupakan suatu pertuduhan yg sangat berat.. sebagai penonton, kita jangan terikut2 dengan emosi.. sbb ini bukannya sinetron yang boleh diulas2 sewenang2nya.. silap ulas, kita plak yg berdosa 😉

  3. Terima kasih ustaz…sekurang-kurangnya dapatlah saya syorkan kepada orang-orang yang suka bertanya mengikut akla logik….nanti saya suruh depa semua kunjung blog ustaz…terima ksiah sekali lagi

  4. ustaz, setahu saya didalam undang² islam tidak hanya terdiri daripada hudud semata²..dalam islam ada hudud/diyat/ta’zir betul tak?

    apa pandangan ustaz tentang hukuman kesalahan mukazimah zina? eg: berkhalwat/cumbuan/berpelukan?

    bukankah mereka boleh dikenakan hukuman ta’zir?

    “Mengikut hukum ta’zir, rakaman video itu boleh menjadi bahan bukti terhadap tuduhan zina tanpa perlu empat saksi iaitu hanya berdasarkan qarinah (keterangan persekitaran) atau siasatan forensik.

    “Sekiranya berlaku tuduhan zina, maka pelaku boleh didakwa di bawah Seksyen 23 (1) dan (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997,”

    Apa pandangan ustaz?

  5. Assalamualaikum, sy nk tnye kwn sy dia ada tmn lelaki, dorang nk bertunang dah. Tp dia dpt tahu lelaki tu pd thun 2014 telah terlanjur dgn bekas kekasih dia sbyk 2 kli dkt rmh lelaki itu. Tetapi bekas tmn wanita laki tu pernah da banyka kali terlanjur dgn orang lain jugak. Sbb tu mereka putus. Kwn sy kalau berkahwin dengan lelaki tu pon, dia xakan rela tinggal di bilik lelaki itu. Lelaki tu lepas kwn sy dah tahu, baru dia bertaubat. Sbb sblm ni dia rasa takut kalau Allah tak terima taubat dia. Apa yg patut kwn sy buat? Mohon bantu sangat, kwn sy xde semangat langsung lepas tengok gambar dan video bakal tunang dia dgn bekas teman wanita dia. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme