I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : OMG, Jawapan Kepada DDM

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Miss Q (bukan nama sebenar) di shoutbox berkaitan satu link ni..

Gambar ni Ustaz Love ceduk daripada http://mymekar.com

Ustaz Love yakin, isu ini tak lama lagi akan meletops di dunia cyber.. sama seperti isu penggunaan salam yang disebarkan melalui facebook dan blog2.. Kalau dulu, nama Ustaz Zawawi digunakan, kali ini Datuk Dr. Mashitah (DDM) (bukan DdR okeh) pula mengambil peranan. Oleh kerana ianya disiarkan dalam majalah, maka ianya nyata merupakan jawapan DDM sendiri.

Ustaz Love tak nak mengulas panjang lebar berkaitan jawapan2 kontroversi beliau sebelum ini. Ustaz Love nak fokuskan kepada persoalan ini sahaja.

Benarkah kalimah God itu tidak boleh diterjemahkan dengan Allah?

Di sinilah kita kena memahami hakikat nama2 Allah sendiri.. seperti mana yang dijelaskan oleh Allah di dalam surah al-Isra’ ayat 110 :

Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ” Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Nama Allah itu tidak tertakluk kepada 99 sahaja bahkan lebih daripada itu (99 itu yg disebut dalam al-Quran saja.. mungkin dalam kitab2 terdahulu, nama Allah itu menggunakan bahasa lain).. Maka itu, menyebut God itu dengan maksud Allah tidaklah menyalahi syariat Islam.. bahkan banyak al-Quran terjemahan (bahasa Inggeris) menterjemahkan Rabb (Allah) itu dengan God.

Persoalan God itu boleh ada perempuan (Goddess) atau boleh jadi plural (Gods – Tuhan2), itu adalah menurut pemahaman agama lain. Namun, menurut pemahaman syariat Islam, God, Tuhan, Allah, Awloh dsb adalah dimaksudkan dengan Tuhan yang Esa iaitu Allah. Tapi ini tidaklah bermakna kita menerima konsep sekutu dgn menerima pakai konsep trinity dsb, sbb ianya bercanggah dengan konsep keEsaan Allah.

Jika kita mempertikaikan penggunaan God untuk Allah, maka tak mustahil suatu masa nanti umat Islam akan sibuk nak menterjemahkan Jesus kepada Isa, Jacob kepada Yaakub, Isaac kepada Ishak dsb sehingga terlupa ada perkara yg lebih penting daripada isu penggunaan istilah ini, iaitu mendakwah manusia kepada agama Allah (Islam) dan bukannya kepada istilah2..

Namun begitu, Ustaz Love tidaklah mengatakan yang gantinama God itu lebih bagi daripada Allah.. sama juga seperti isu salam dan as salam.. sudah tentulah assalamualaikum itu lebih baik daripada kependekan salam atau as salam.. Entry ini hanyalah bertujuan untuk menjelaskan kekeliruan sesetengah orang yang mudah2 mengharamkan sesuatu yang harus.

Jika OMG (Oh My God) itu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab, maka bunyinya adalah “MasyaAllah”.. dan penggunaan kalimah “MasyaAllah” itu sudah tentunya lebih utama daripada kalimah OMG.. namun, keutamaan ini tidaklah sampai mengharamkan penggunaan kalimah terjemahan spt OMG..

Dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible, itu isu lain.. fatwa pengharaman bukanlah sebab ianya haram secara asal (sbb Allah ini bukan Tuhan orang Islam semata2, juga Tuhan orang kafir) tapi sebab maslahat untuk mengelakkan kekeliruan / salahguna kalimah tersebut.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
    1. bukan sekadar bunyi, bahkan itulah yg terbaik.. cuma nak bagitau yg OMG itu adalah harus 😉

    1. macihh.. walaupun perkara agama tak diputuskan melalui undi sokongan, Ustaz Love tetap menghargainya 😀

    1. salam kakyon..

      persoalan di sini bukanlah mana satu yg lebih baik atau mana satu yg lebih baik.. sbb bahasa Arab itu sudah tentu lebih baik.. tetapi adakah disebabkan ianya lebih baik, maka selain daripada bahasa Arab itu hukumnya haram digunakan? di sinilah sebenarnya yg menjadi topik perbahasan 😉

  1. apa maksud “masya ALLAH”..?? utk memuji atau boleh diguna pakai tuk melihat sesuatu yg mendukacitakan.?? boleh ustaz terangkan..?

    1. maksud masyaAllah itu adalah apa saja yang Allah kehendaki.. kalau nak memuji Allah, ucapkanlah alhamdulillah. kalau melihat sesuatu yang mendukacitakan (musibah) maka ucapkanlah inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun.

      WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme