I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Menghalang Zina Selepas Zina

Salam…

Ustaz Love menerima permintaan daripada Raja Nakal untuk membuat ulasan berkenaan tajuk di atas.. Ini kerana ramai orang yang telah terlanjur (ayat yg supan menggantikan zina.. padahal sama je) kebiasaannya akan meneruskan keterlanjurannya itu (bergelumang dengan kehidupan berzina).. Jadi, soalannya di sini, bagaimana nak mencegahnya?

Bagi Ustaz Love, takde benda nak cegah dah pun.. sbb cegah tu satu kaedah yang digunakan sebelum terjebak dalam sesuatu perkara.. Ini dah terjebak, maka takde la cegah2 lagi.. Yang ada, bagaimana nak menghalangnya?

Orang yang selalu berzina ini sampai ke satu tahap akan menganggap zina itu sesuatu benda yg biasa (mcm yg berlaku dalam budaya Barat).. alasannya kerana dara dah takde, jadi dah tak kisah dah..

Para wanita kena faham, maruah itu tak diukur dengan dara.. dara sebagai penentu kesucian ini adalah budaya penganut Hindu.. sbb itu, seseorang yg dirogol, lebih rela mati daripada aibnya diketahui (sbb mengandung ke).. sedangkan dalam Islam, wanita yang dirogol adalah wanita2 yang suci.. walaupun mereka takde dara..

Dara itu adalah sejenis selaput je.. Sedangkan maruah itu adalah kehormatan.. Bagi mereka yg kehilangan dara tanpa rela (dirogol, kemalangan dsb), maka mereka masih lagi mempunyai maruah.. Tetapi, bagi mereka2 yang berzina.. ataupun yg ringan2 ke.. maruah mereka dah semakin pudar, sekalipun dara mereka masih elok terletak..

Bagi menghalang perzinaan ini daripada berterusan, maka nak tak nak kena bertaubat.. Selagi tak bertaubat dan menyesal, selagi itulah perbuatan itu akan berterusan.. Sbb itu ada larangan bernikah dengan penzina (yg masih bergelumang dengan zina) kerana perbuatan zina ini memang susah nak ditinggalkan begitu saja..

Sebab itu, adalah baik pasangan yang telah berzina itu, bernikah..

Tetapi, bagi wanita yang dirogol, janganlah mudah2 nak nikahkan anak dengan sang perogol.. demi nak menutup aib.. kena fikir kesan jangka panjang.. Seorang lelaki perogol, dah tentu bukan seorang lelaki yang baik.. Adakah kita nak jadikan seorang yang telah menceroboh kehormatan wanita, sebagai pelindung kepada wanita? Sebaiknya, jika berlaku kes rogol, laporkan pada pihak berkuasa. Jangan risau soal kehormatan, kerana wanita yang dirogol itu masih terpelihara kesuciannya.

Juga kepada kawan2 yang mengetahui adanya kawan mereka yg berzina, maka nasihatkanlah mereka.. jika tak jalan, baru buat laporan ke jabatan agama.. dalam keadaan kes zina dan buang bayi semakin meningkat, maka menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghalang daripada berlakunya perkara2 tersebut..

Tapi, jangan la plak kita jadikan perbuatan sumbang mereka untuk memuaskan nafsu sendiri dengan merakam perzinaan mereka.. Kelak, bukan saja kita berdosa (sebab tak halang perbuatan zina, malah merakamnya lagi) bahkan kita bakal melahirkan berpuluh2 lagi penzina dengan rakaman video lucah itu (yg disebarkan melalui MMS dsb)..

Nasihat Ustaz Love, jika telah terlanjur, maka bertaubatlah.. jangan diulangi lagi.. insyaAllah, Allah akan menerima taubat..

Bagi yang bercinta, jagalah diri.. jangan galak sangat.. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Comments

Add a Comment
  1. thanks ustaz siap bagi link… terima kasih…
    ustaz, ada seorang kawan saya nie dia dah wat kesalahan zina.. and dia nak bertanggungjawab tetapi bg saya .. dia nie mana mampu kahwin lagi sebab masih belajar dan umur pun muda sangat baru 18 tahun.. patut ker dia buat pengakuan kepada ibu bapa kepada kekasihnya tentang kesalhan mereka dan meniggalkan pelajaran utk berkerja..

    1. sama2.. Ustaz Love memang akan masukkan link.. supaya dapat berkongsi backlink πŸ˜‰

      insyaAllah, nnt Ustaz Love jawabkan (kena buat senarai ni.. hehe) πŸ˜‰

  2. Betul tu Ustaz Love… Tu sbbnya Allah dah larang kita dari “MENGHAMPIRI” zina. Galak sgt dlm bercinta,keluar berdua2,tonton apa2 yg tak sepatutnya…tu semua kan perkara2 yg menghampiri zina. Sekadar peringatan kita bersama, bagi yg dah terlanjur,Allah Maha Pengampun,masih ada ruang utk kembali ke jlnNya. bagi yg masih sempat diselamatkan…jgn2 la belajar menghampirinya… wallahua’lam.

    1. bila dah jadi budaya (dating, khalwat dsb) maka yg tak dating, tak couple plak yg dipandang serong πŸ˜‰

  3. salam ustaz..

    terima kasih atas entri ni…
    saya sebenarnya ingin cerita tentang kisah hidup sy baru-baru nih… saya sudah berkawan dgn si dia hampi 3 tahun… kami sudah merancang nak kawin sebb kami takut utk bergelumang dgn maksiat… kami juga ingin hidup bersama….. tp baru-baru nih… saya jumpe kan si dia dgn mak saya.. tetiba mak sya suruh saya putus dgn dia sebb dia teruk… sy bergaduh dgn mak saya… dan saya takut utk derhaka padanya… saya ader juga meminta pendapat dgn sedara2 sya… kebetulan mak cik belah ayah sy bersaudara dgn keluarga si dia… mak cik sy ckp keluarga dia ok.. kiranya setaraf dgn keluarga sy… sy puas bertanya kat mak sy kenapa oerlu putus.,..tp mak sy tak bg tau sebabnya.. cume dia kata mukanya teruk… pe perlu sy buat ustz… sy betul2 buntu… semua org tak bg sy putus… tp mak sy suh putus… sy pun tak sanggup nk putus dgn dia… sebb sy syg sgt dgn.. pe perlu sy buat…. minta sgt ustz dpt reply mcg sy ni….

  4. Salam ustaz,bagaimanakah sekiranya saya mengetahui perempuan yang saya mahu nikahi itu pernah berzina sedangkan saya yang masih teruna risau suatu masa sekiranya nanti lelaki yang pernah hilangkan daranya ingin menuntut cinta lama kerna perempuan seumur hidup tidak boleh lupa akan siapa yang pertama menghilangkan daranya?

  5. assalamualikum ustaz, salam ramadan.. sy nk tnya.. kakak sepupu sy kan ada masalah dengan bapa dia..
    semasa kakak sy tu tengah fokus siap untuk memasak juadah berbuka ayah dia yang tek reti memahami panggil dia. pastu kakak pon kata sekejap nak masak ni…(masa tu tinggal 35 minit lagi nak berbuka)…
    tapi ayah dia tadi panggil memekek2 nama kakak just untuk bagi tau benda kecil. jd akak sy tu pon terpaksa biar makanan yg dimasak tu macam tu ja… akak sepupu saya itu rasa geram sangat kerna ayah dia tak pandai paham dan tak reti sabar macam takda masa lain nak panggil dia. JD ADAKAH BENAR JIKA PARENT PANGGIL ANAK KENA TINGGALKAN SMUA BENDA OR KERJA DAN MENGHADAP PARENT WALUPON MACA MANA KEADAAN??? cth Klu kt di tandas pon org tua tk paham kt sakit perut.. nk jgk kt jumpa parent camna tu? btl ka klu kt tengah solat pon klu dorg panggil kt kena stop solat????

  6. salam Ustaz, saya pernah beberapa kali berzina sebelum ni dan ketika itu saya tidak pernah kesal dengan dosa yang saya lakukan. tetapi baru- baru ni saya sekali lagi melakukan maksiat tetapi kali ni bersama teman wanita saya (perempuan baik). saya sangat sedih kerana tidak mampu memelihara kehormatan orang yang saya paling sayang, lantas saya bertaubat dan berikrar tidak akan mengulangi dan pernah berdoa kepada Allah sekiranya saya melakukan lagi saya mohon tuhan Allah bala kepada saya. astaffirullahhalazim…ketika itu saya betul2 hilang pedoman. tetapi malangnya selepas beberapa bulan saya melanggar janji saya dengan Allah dengan melakukan pekara yang sama.
    – ustaz tolong la saya ustaz, apa yang perlu saya buat nie takde tempat lagi saya nk berkonsi …saya sering dibayangi dosa2 itu dan yang paling saya takutkan jika Allah menurunkan bala kepada saya. saya sgt berharap ustaz dpt beri pertunjuk apa yang harus saya lakukan..harap ustaz dapat respon diemail saya…terima kasih.

  7. assalamualaikum ustaz. saya nak tanya ni. jika seseorang berdoa kepada Allah untuk menghalalkan perbuatan zina walaupun perbuatan tersebut haram, malah orang tersebut solat 5 waktu sehari. adakah solat dia sah ??

    1. waalaikumussalam saiful..

      berdoa untuk menghalalkan perbuatan zina tidak memberi kesan kepada keharaman zina itu.. sekalipun didoakan oleh umat Islam seluruh dunia untuk meminta kepada Allah supaya menghalalkannya, ia tetap haram. Perbuatan zina tiada kaitan dengan solat.. sekalipun beliau berzina, jika solatnya itu cukup rukun dan syaratnya, insyaAllah sah solatnya.. tetapi perbuatan zinanya itu tetap haram dan berdosa, dan takkan terhapus kecuali dengan bertaubat nasuha.

      WA

  8. Assalamualaikum ustaz,

    Saya berada dalam kekeliruan untuk menjawab soalan saya dan ingin sangat untuk ustaz menjawab dengan hati yang terbuka menerima jawapan dan cadangan ustaz. Sekarang ini saya dalam hubungan bersama teman wanita dimana yang saya amat menyayangi beliau sehingga mempunyai azam dan niat ikhlas dan betul untuk mengahwini beliau apabila masa tiba. (dijangka apabila habis belajar di universiti kelak). Masalah sekarang uztaz, saya baru dapat tahu pada zaman silam kekasih saya, sebelum beliau mengenali saya, beliau pernah melakukan zina bersama lelaki lain dan mungkin dara nya sudah hilang pada masa itu kerana lelaki itu memasukkan jarinya bukan melakukan hubungan seksual. selepas itu beliau pernah dirogol oleh rakan kekasih saya sendiri dimana sekali lagi berkemungkinan daranya juga sudah hilang kerana dipaksa untuk melakukan hubungan seksual. Saya kecewa apabila hendak memikirkannya kembali, yang pertama bahkan yang kedua kalinya. apa yang saya perlu buat uztaz? niat saya kuat untuk mengahwininya walaupun saya sanggup lupakan perkara yang sudah berlalu. minta tolong uztaz, minta tolong untuk jelaskan situasi saya, adakah tindakan saya untuk teruskan hubungan saya bersama dia sehingga kami kahwin itu satu jalan yang betul saya tetapkan ataupun mencari yang lain? ( yang masih mempunyai dara) sebab saya tidak pasti apa yang dijelaskan di sisi islam dengan selanjutnya jikalau dirogol paksa sehingga hilang dara etc, minta tolong ustaz untuk menjawab soalan saya.

    Wassalam

  9. Salam ustaz,

    Saya ada teman wanita yang saya sudi menerimanya untuk saya berkahwin dengannya. Tetapi, saya baru dapat tahu kebenaran terhadap zaman silam beliau bahawa beliau telah melakukan zina bersama lelaki dan berkemungkinan telah hilang dara dan telah dirogol oleh rakannya secara paksa dan berkemungkinan besar kehilangan daranya buat kali kedua. Saya keliru tentang apa yang saya patut buat bersama beliau atau terimanya dengan hati yang terbuka. Ustaz, minta tolong jelaskan kenyataan saya.

    Wassalam

  10. telh b,kawen tp tetap melakukan zina dgn lelaki lain..lelaki penzina tu nk kawen dgn perempuan pilihan family…penzina perempuan tu x dpt lupakan lelaki tersebut..tlg lh bg panduan utk insaf.perempuan tu cuba utk berubh n lupakan lelaki itu.

  11. Assalamualaikum ustaz…saya nak bertanya..adakah saya dikira berzina jika saya tidak pernah bersetuju dan tidak rela apabila zakar lelaki tersebut masuk ke dalam faraj…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme