I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Lapik Pada Anggota Sujud

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada kakjem lagi :

tolong wat entry pasal hukum ketika sujud tu ….alaa…..camano nak ckp ni…makcik x pandaiΒ  lerr….slalunya org pompuan bila nak sujud je mesti kain telekung dia akan ?????apa ya…..kihkihkih….cam ni je lah…masa zaman sek dulu ustazah ada ckp bila sujud mesti pastikan dahi dan hidung kena kat sejadah, x leh terlapik dek terlekung yg sdg kita pakai….tapi ada gak kakjem nengok bila kat masjid2 tu org solat mereka sujud tanpa spt yg diberitahu..tolong ulaskan …..

Anggota sujud ni ada 7. Itu yang pertama sekali kena faham.. Ini termasuk lelaki juga perempuan.. iaitu 2 belah tapak tangan, dua belah lutut, dua belah kaki (sekuranynya ibu jari) dan dahi.. Semua ni mesti kena kat lantai. Tak bleh terawang2 atas angin. Sbb kalau dahi mencecah lantai, jari kaki mencecah lantai, tapi lutut tak cecah lantai, maka itu bukanlah sujud, tetapi itu namanya menonggek.

Dalam mazhab Syafie, dahi tidak boleh dilapik dengan lapik yg akan mengikuti pergerakan solat.. contohnya dahi terlapik dengan daun semasa sujud, ketika bangun, daun tu pun ikut sekali.. maka tak sah sujud tersebut.

Begitu juga dengan dahi yang berlapik dengan telekung sampai bertutup semua dahi.. maka sujudnya tak sah sbb telekung itu mengikuti pergerakan solatnya.. Ia berbeza dengan kain yg dijadikan alas untuk solat (spt sejadah ke, tikar mengkuang ke), ianya tak mengikuti pergerakan solat. Kita sujud ke, kita bangun ke, kita rukuk ke.. tetap lapik (sejadah / tikar) itu kekal di tempatnya.

Itu menurut mazhab Syafie.. namun menurut jumhur ulamak, sah solat sekalipun berlapik dahi dengan kain kerana yg dituntut adalah meletakkan dahi ke lantai. Juga harus bersolat sambil memakai glove (bagi Khairul Fahmi Che Mat.. acah je..).. maksudnya sah sujud kalau memakai sarung tangan..

Adapun hidung bukanlah termasuk anggota sujud.. cuma anggota sunat saja menurut mazhab Syafie.

Namun, menurut pendapat yg lebih kuat, hidung juga wajib kena lantai. Oleh itu, bagi meraikan kepelbagaian pendapat, janganlah menutup dahi dengan kain telekung (meraikan mazhab Syafie).. dan sujudlah dengan dahi dan hidung kena pada lantai (meraikan pendapat yg lebih kuat).

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 Comments

Add a Comment
    1. jangan lupa jari kaki pun kena cecah lantai gak.. kalau terawang2, tak sempurna sujud tu πŸ˜‰

    1. itu dah peringkat extreme tu.. jangan sampai sujud atas lantai simen pun tak bleh, nak kena sujud kat tanah plak πŸ˜€

    1. cuma terangkan yg sebenarnya.. mungkin juga diorg bermazhab lain.. kalu kata mazhab syafie, baru la bagitau tak bleh sujud berlapik πŸ˜‰

  1. kalau solat kat surau shopping complex bukan stakat kena bwak telekung sdr, better bwk kain lapik kecik or towel gudmorning utk lapik tmpat sujud sbb kdg2 sejadah yg provided agak..masyem.. that’s why ada org sujud berlapik telekung kot. hehe.
    trima kasih ustaz

    1. kalau sejadah dah bau asam, takyah pakai sejadah pun takpe.. sujud je atas lantai tu πŸ˜‰

  2. Terima kasih ustaz atas penerangan ini. Dah lama juga musykil tentang lapik anggota sujud ni..
    erm, maksud sujud pakai sarung tangan tu macam mana ye? kalau tapak tangan kita terlapik dengan kain telekung masa sujud boleh la ye? Sbb ada yg sy dengar tak boleh..

    1. takde masalah.. yg jadi perbahasan adalah lapik pada dahi.. kalau tapak tangan tak bleh lapik, maknanya lutut dengan kaki pun tak bleh la lapik (kena selak bagai) sedangkan ianya adalah aurat bagi wanita. jadi, boleh memakai sarung tangan dan stoking ketika solat.. yg dilarang (dlm mazhab Syafie) adalah menutup dahi πŸ˜‰

    1. kadang2, kita belajar ilmu melalui persekitaran.. tak semestinya melalui kuliah ilmu πŸ˜‰

  3. Ya rabbi….ngapa ayat kakjem tu d kluarkan sebiji2….adoiiii….malunyaa…….apa lerr….huhuhu….

  4. saya pun termoskil tgk kwn sy solat letak towel good morning atas sejadah bahagian dahi. rasa penah tanya tp tak igt jwpn nye ada kaitan ngn kebersihan la camtu.

    1. letak towel takde masalah.. asalkan towel tu jangan ikut melekat kat dahi dia waktu bangun dah la.. dah mcm hantu cina yg kena tepek azimat plak.. kihkih πŸ˜€

  5. ustaz,kalau tapak tangan berlapik telekung boleh ke tak?
    lagi satu..puasa sunat ngan puasa ganti boleh disatukan ka tak?yg ade org kate tak boleh sbb solat sunat dgn solat fardu mane boleh disatukan niatnye..yg ade jamak shj..

    1. Ustaz Love dah jawab kat komen di atas.. boleh berlapik tangan dengan telekung..

      boleh disatukan.. niat puasa ganti masa sebelum subuh, lepas tu niat pula puasa sunat masa lepas subuh.. tetapi yg lebih afdhal adalah mengasingkan puasa ganti dan puasa sunat.

  6. ustaz love nk tnye la ape hukumnye solat memakai glove sdgkan dia x de penyakit pun yg menyebabkn terpaksa beglove ketika solat..mekasih.

  7. Assalammualaikum….nak tanya, macam mana pula dengan sejadah zaman sekarang yang ada design macam lurah lurah yang boleh menyebabkan ade sikit bahagian tapak tangan berada diatas lurah…tak terkena didasar sejadah itu..adakah sah sujud??

  8. Kataka org tu ada mslh lutut ustaz, dia sarung pelapik pd lutut mcm bantal mini yg disarung getah dikedua2 depan lutut. Sah sujud tak ustaz..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme