Salam…
Agak lama Ustaz Love tak buat entry soal jawab.. agaknya dah berbulu mata pembaca blog Ustaz Love sbb dok buat entry pasal bulu je.. Kali ni Ustaz Love nak buat entry jawapan soalan yang agak lama Ustaz Love perap.. Datangnya daripada anonymous :
“mcm mana pulak ye klu seseorg ni mengambil brt ttg soal menutup aurat.. mrh ank2 nyer membuka aurat tetapi smbhyng diabaikan? mungkin krna hendak mnjaga imej supaya org lain tidak mengata.. mcm mana nak ckp dgn org gini ye?“
Dalam agama, kita tak boleh pukul rata semua sekali.. sebab agama itu ada bahagian2nya.. dosa membuka aurat, sudah tentu tak sama dengan dosa tak solat.. dosa mencuri, dah tentu tak sama dengan dosa berzina.. sbb itu hukumannya pun berbeza2..
Dalam bab menutup aurat, maka ianya merupakan kewajipan.. sama ada dalam solat, atau di luar solat, tetap wajib menutup aurat.. yg tak wajib tutup adalah masa kat bilik kecik je.. kalau tutup mcm mana nak buang, ye tak?
Jadi tutup aurat masuk bab lain.. tak solat pula, masuk dosa bab lain pula.. kalau tutup aurat, tapi tak solat, maka dia dapat pahala menutup aurat, tapi dapat dosa meninggalkan solat.. begitu juga kalau beliau menjaga solat, tapi tak tutup aurat di luar solat, maka solatnya dapat pahala, tapi dia berdosa kerana membuka aurat..
Dalam hal ini, susah kita nak pertikaikan niat seseorang.. sbb niat itu tempatnya di hati.. hanya Allah yang mengetahui niat seseorang itu ikhlas atau tak.. Kadang2 orang itu sendiri pun tak tahu beliau ikhlas ke, riak ke.. sbb tu ada hadis 3 golongan yang bawak amalan sebesar gunung, tapi ditolak kerana mereka tak ikhlas..
Bersangka baik itu lebih mudah.. berbanding bersangka buruk yang akan berlanjut2 sampai ke tahap mengorek rahsia dan aib orang.. berlanjut2 lagi sampai mengumpat, memfitnah dsb.. Seorang penjahat sekalipun, takkan rela anaknya menjadi penjahat.. dan mahu anaknya itu jadi baik dan tak ikut jejak langkahnya..
Sebab penjahat pun manusia.. masih ada sisi kebaikan.. soal dia masih bergelumang dengan kejahatan dan dosa, itu bukan masalah kita.. sehinggakan kita tak nak menerima nasihatnya yang baik.. sebagai anak, kita kena taat pada ibu bapa selagi ibu bapa itu tak menyuruh anaknya melakukan maksiat kepada Allah..
Dan sebagai anak juga, kita kena cuba menjadi anak yg soleh yang sentiasa mendoakan ibu bapanya, tak kira semasa hidup ataupun selepas mereka meninggal.. Semoga dengan doa kita yang tak putus2 itu, Allah akan melembutkan hati ibu bapa untuk berubah ke arag kebaikan.. π

tapi kan ustaz…sy xleh nk terima nasihat dpd org yg ckp xserupa bikin…suh kite study tp dia lg bodoh…sy xleh nk respect org cmtuh…dgr telinga knn kuar tlga kri…slh ke ustaz?hoho
“Janganlah melihat SIAPA yang berkata, tapi lihatlah APA yg dikata”..
sbb kebenaran itu adalah milik semua orang.. sesiapa saja boleh berkata perkara yg benar, sekalipun belum berkemampuan untuk beramal dgn perkara itu.
Cthnya, jika seseorang itu tidak solat, tapi dia cakap solat fardhu itu wajib, maka beliau setakat berdosa kerana tak bersolat..
Tapi kalau beliau tak solat, tapi dalam masa yg sama beliau kata solat fardhu itu tak wajib, maka beliau telah murtad..
kata2 itu ada baik buruknya.. terpulang pada kita nak ikut yg baik atau yg buruk π
ada juga kadang2 situasi ini berlaku pada ana, tetapi cepat2 tolak tafsiran, dan muhasabah…lama2 kita akan tinggalkan sifat itu.. InsyaAllah..
insyaAllah.. nak buang sifat2 mcm tu memang susah.. tapi kena usaha juga supaya meminimumkannya.. sehingga akhirnya kita bleh tinggalkan terus suatu masa nnt π
Mungkin saudari perlu melihat dari sudut ‘bijaksana’ berbanding ‘pandai’. Orang yang bijaksana tidak semestinya mendapat 30A+++. Kerana orang pandai tak semestinya bijaksana.
Orang pandai hanya melepasi ujian akademik; orang bijaksana ia melepasi ujian hidup
ada falsafah di sebaliknya.. terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan π
Wahai ibu bapa, jadilah contoh yang baik..
Ibu bapa yang nak mencorak kain yg putih, perlulah mahir untuk membuat corak.. kalau tak mahir, jadi cakar ayam la corak tu.. nak mahir, kena ada ilmu dan beramal dgn ilmu π
btol2..
ibu bapa tu suro tutup aurat kn perkara baik.. kna ikut..
untuk nmpk lagi cantik,
kita lah yg kna jaga solat tu biar full semuanya..(6,^)
Bila kita jaga amal, insyaAllah orang sekeliling juga akan terpengaruh dengan kita.. sbb tu ada masa kena beramal senyap2.. ada masa kena beramal secara terang2an π
thanks ustaz.. entry2 ustaz byk membantu.. lg satu kan ustaz saya tertarik dgn ayt ustaz
‘Bersangka baik itu lebih mudah.. berbanding bersangka buruk yang akan berlanjut2 sampai ke tahap mengorek rahsia dan aib orang.. berlanjut2 lagi sampai mengumpat, memfitnah dsb’..
zaman sekarang ni ustaz org mmg sentiasa akn bersangka buruk.. sentiasa menilai seseorg sblm mengenal seseorg itu btl2.. dan sesuka hati menghukum.. bkn ke x adil tu ustaz.. apa pandangan ustaz? mcm mana nak btl kan pndgn org yg suka bersangak buruk.. terlari tjuk ckit.. hee..
nak betulkan pandangan orang yg suka bersangka buruk ini adalah dengan menyebarkan kebaikan dan menutup keaiban.. sbb bila kebaikan tersebar, orang pun tak lalu nak cerita pasal keburukan / bersangka buruk.. mcm sekarang, disebabkan keburukan tu lebih meluas tersebar, orang rasa tak lalu nak dengar dan cerita pasal kebaikan.. sebaliknya berlumba2 nak mengorek keaiban orang π