I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hukum Tattoo Inai

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada kakjem berkenaan satu isu.. Isu ni dah lama (Ustaz Love pun tak ingat sama ada pernah buat entry pasal ni atau tak) tapi tak salah untuk kita kembali membincangkannya, sebab isu agama ni sentiasa relevan.. Bila dah lama tak dengar / baca, kita pun jadi lupa..

Berinai jari dibenarkan syarak pada hari perkahwinan. Namun jika berinai seperti dalam gambar (corak2) dan seumpama dengannya yakni seperti kaum Hindu tidak dibenarkan.Diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah s.a.w bersabda, ”Barangsiapa yang meniru suatu kaum maka dia termasuk dari mereka.” (HR. Abu Daud yang dishahihkan oleh Ibnu Hibban)

Meniru dalam konteks ini adalah berkaitan adat dan agama kaum kafir.

Pertama sekali perlu kita fahami, adakah sesuatu amalan itu merupakan amalan keagamaan atau amalan kebudayaan sesuatu kaum / bangsa. Sekiranya ia amalan keagamaan, maka haramlah kita mengikutinya.. ia jelas berdasarkan banyak hadis yg melarang menyerupai sesuatu kaum.

Sebaliknya, jika amalan tersebut merupakan amalan budaya bagi sesuatu masyarakat / kaum, maka ianya harus dilakukan dengan syarat ianya tak melampaui batas yang dibenarkan syarak.

Contoh amalan keagamaan adalah seperti menyambut perayaan Deepavali, Krismas, Thaipusam, Wesak Day dsb.

Dalam hal tattoo inai yang dikaitkan dengan amalan agama Hindu, sebenarnya ia bukanlah amalan keagamaan.. sebaliknya amalan budaya masyarakat India. Sama seperti memakai sari, dhoti, bertindik hidung dsb. Namun, jika memakai dhoti sampai menampakkan kepala lutut, atau memakai sari yg menampakkan pusat, maka ianya adalah haram. Bukan sebab ianya pakaian keagamaan, sebaliknya sbb tak menepati syariat (tak menutup aurat). Kalau pakai jubah, lepas tu lilit dengan sari, maka takde masalah. Cuma nampak pelik je la (tapi org zaman sekarang memang suka buat benda pelik2 ni).

Bila kita dah mengetahui bahawa ianya amalan kebudayaan, maka tak kena la nak guna hadis tersebut.. sbb sekiranya digunakan juga untuk lambang kebudayaan bagi sesuatu kaum, maka dah tentu haram bagi India Muslim memakai baju Melayu teluk belanga masa solat Jumaat (sbb baju Melayu pakaian kebudayaan bangsa Melayu).. begitu juga haram la bagi org Melayu memakai jubah terbelah tepi (sbb jubah terbelah tepi tu pakaian kebudayaan bangsa Cina – cth Wong Fei Hong).

Jadi, tattoo inai ini hukumnya harus. Sekalipun ianya bercorak seolah2 tattoo, namun ianya bukanlah tattoo.. sbb tattoo itu adalah warna yang dicucuk pada kulit dan kekal, sebaliknya inai ini cuma berada di atas kulit dan warnanya tak kekal.

Cuma, dalam mencorakkan tattoo inai, haram mencorakkannya dengan corak2 yg melambangkan sesuatu agama.. spt membuat corak salib ke, corak patung Buddha ke dsb.

Namun begitu, di kalangan ulamak sendiri ada khilaf masing2.. Ada yang kata harus, ada yg kata haram. Maka, adalah sebaiknya kita tidak melakukannya.. kerana kaedah usul ada mengatakan “keluar daripada khilaf itu adalah mustahab (digalakkan / lebih baik)”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
    1. perkara syubhah itu adalah yg mendekati haram.. dan bukannya perkara2 harus.. namun, perkara harus juga boleh menjadi haram jika tak kena pada kehendak syarak 😉

  1. terima kasih sebab berkongsi. mungkin ramai lagi yang tak tau pasal hukum berinai corak-corak.

    *ustaz, miza nak tanya.:

    1. apa hukum memegang botol arak ? haritu miza g salah satu kedai kat *some text missing*, lepas tu mat saleh tu beli arak berbotol2. si cashier (perempuan, islam) selamber je pegang dan bungkuskan botol arak tu.

    2. apa hukum duit Nuffnang yang kita dapat kalau ada sesetengah artikel kita adakalanya kita terkutuk atau dengan sengaja mengutuk orang lain.

  2. terima kasih ustaz kerana memberi link ni pada lady.. :)..
    lady dah baca dah entry ni seawal ustaz love postkan..
    lady selalu je berkunjung ke sini :D..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme