I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hukum Tak Pakai Stoking

Salam…

Ustaz Love menerima satu pertanyaan daripada srikandi cinta berkenaan isu aurat :

ustaz, ape hukum x pakai stoking ?? hehe – mmg soalan mudah, tpsy nak long explanation

Soalan yang sangat mudah dijawab dari sudut teori, cuma dari sudut praktikal memerlukan banyak pemerhatian..

Dalam mazhab Syafie, seperti mana yang kita sedia maklum, aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ini membawa maksud, kaki juga termasuk dalam aurat yang perlu ditutup.

Namun, untuk menutup aurat kaki ini, seperti juga aurat yg lain (rambut ke, tangan ke, ketiak ke), bukanlah difokuskan pada material (jenis penutup) tapi kaedah menutup itu.. Jadi, menutup aurat kaki tak semestinya dengan stoking.. boleh saja ditutup dengan memakai boot tinggi ke, ataupun memakai kain labuh yg menutup kaki ke..

Even kalau memakai stoking sekalipun (contohnya pakai stoking bola ke.. memang la tebal dan sampai ke lutut) kemudian memakai skirt.. maka ianya tetap belum menyempurnakan konsep menutup aurat itu sendiri.. Sbb konsep pemakaian stoking itu, stoking mestilah ketat supaya tak melabuh turun ke bawah ketika berjalan.. Bila dah ketat, maka nampak la bentuk betis.. maka, sekalipun menutup, masih lagi menampakkan bentuk.

Juga yg memakai stoking nipis pun tak menepati lagi konsep itu.. sbb ianya jarang dan menampakkan warna kulit.. Kebiasaan Ustaz Love nampak, sekalipun mereka memakai stoking, tapi stoking tu nipis.. dan lebih suka memakai selipar atau sandal..

Pakai kasut itu lebih baik.. kerana ianya menutup terus bahagian bawah kaki.. berbanding pakai selipar atau sandal..

Pun begitu, pakailah mana yg termampu.. kalau dah lalu tengah hujan, takkan nak pakai stoking lagi.. nanti kaki busuk, mengganggu plak orang lain.. waktu ni, lebih baik tak memakai stoking, tetapi melondehkan sket kain bagi menutup kaki..

Juga bagi mereka2 yg dah istiqamah menutup aurat (termasuk menutup kaki), teruskan amalan tersebut.. tapi jangan plak memandang rendah pada mereka2 yg masih belum mampu nak menutup aurat dengan sempurna..

p/s: Ustaz Love dulu sekolah agama dan belajar agama.. Jadi faham sangat perangai segelintir orang2 agama ni.. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

46 Comments

Add a Comment
    1. yg wajibnya bukan pakai stoking.. tapi wajib tutup aurat.. nak tutup aurat kaki, tak semestinya dengan stoking πŸ˜‰

  1. bese bdk pmpn yg pkai stokin nih salu paki baju kurung…xkanla ustaz nk suh dorg pakai kasut pulak…pelik gile…hehe…kalau pakai kasut salu kaki melecet…pakai sandle jek senang…sarung terus…

    1. biasa je orang pakai baju kurung dengan sneakers.. pakai jubah dgn boot.. jangan la hentam pakai heels, memang la melecet πŸ˜€

      1. jgn jadi mangsa fesyen..mean, ‘oh, pakai ni tak sesuai dgn ni, pakai tu xboleh sekali dgn pakai ni’… πŸ™‚

        Islam itu menyeluruh dan menyenangkan.. apepun setuju dgn pendapat UL, jgn pndg rendah pada mereka yg belum tutup aurat dgn sempurna, dekati secara baik, tunjukkan yg kita tak pinggirkan dia..

        1. tapi jangan la pakai baju kaler hijau, kain kaler merah.. tudung plak kaler purple.. nnt orang senyum2 tgk kita, kita plak terasa rimas πŸ˜€

          1. emm… Ustaz salah faham ni.. ;).. kalau org lain pakai gitu pun, mata sy tertengok2.. πŸ™‚ ‘ish, betul ke dia ni??”

          2. Ustaz Love tak salah faham.. saje je Ustaz Love nak melawak.. hehe πŸ˜€

    2. boleh je pakai kasut sarung yang feminin style.. x pelik pon.. saya di kolej pon pakai camtu.. selese je.. x melecet pon.. kaki jadi lembut je..

    1. orang suka menilai material, sedangkan cara itu yg lebih penting.. pakai kopiah ke, songkok ke sama je.. yg penting, kepala ditutup πŸ˜‰

    1. Situasi tu memang biasa.. sbb pengaruh suasana tu.. masa sekolah tudung labuh sampai ke lutut.. lepas masuk U, ada yg dah cabut tudung atas alasan tak nak hipokrit.. πŸ˜‰

  2. Assalamualaikum,kebiasaannya jika kita buat sembahyang sunat hajat atau apa-apa solat sunat ,bila tiba sujud akhir tu kita ada digalakkan membaca doa/zikir pendek di baca hingga 40 kali,kalau kita terdaya baca 3x atau 10x boleh ker ustaz.Terima Kasih

    1. Waalaikumussalam su..

      Takde dalil yg menyatakan kena baca zikir sampai 40x dalam sujud.. sebaliknya cuma dianjurkan untuk memperbanyakkan doa semasa dalam sujud.. πŸ˜‰

    1. salam kakyon..

      menutup aurat bukan semata2 utk tutup malu, tapi sbb ianya perintah Allah.. kalau ikutkan, kenapa nak malu org tgk rambut kita, kan rambut tu mahkota kecantikan wanita? tapi itulah agama, lebih baik ittiba’ (mengikuti) daripada ibtida’ (mereka2 sesuatu yg difikirkan logik) πŸ˜‰

  3. tq ustaz πŸ™‚ alhamdulillah, setakat ni sy masih istiqamah memakai stoking..doakan amalan sy ni berterusan ye ustaz..mohon copy sikit info pasal stoking ni..nak copy sikit..tp, bukan bulat-bulat….saya credit nama blog ustaz k.. πŸ™‚

  4. Kesimpulannya menutup kaki itu wajib.!

    Alhamdulilah selepas berumahtangga, saya perbaiki sedikit demi sedikit jenis/corak pemakaian saya ke arah yg lebih sempurna. Walaupun sya bukan bertudung labuh dan berniqab

  5. Ustaz,macam mana pula hukum memakai skirt dengan kasut boots? Contohnya, boots tu tinggi hingga ke lutut dan skirt tu pula bawah bari lutut. Gaya ni selalu saya lihat students oversea pakai….

  6. Assalamu’alaikum.
    Ustaz, saya nak tanya.kalau kita keluar untuk tujuan menyapu sampah, siram pokok, menyidai pakaian perlu juga ke menutup aurat di kaki? ia tetap aurat juga kan ustaz!mungkin ada kelonggaran dalam hal ni ustaz?

      1. Baik..terima kasih ya ustaz..saya suka dengan cara ustaz memberikan penerangan untuk segala permasalahan yang diajukan..

  7. nak tanya?…
    sy dengar klu tk pakai stokin po tk pa..sebb kaki tk de yg org tgok..erm, bukan ker telapak kaki sahaja di kira aurat..plis jawab ye,.

  8. assalamualaikum ustaz . .contohnye . . . kalau saya kerja memang pakai stokin dan selipar . . lau macam ni nampak jugak bentuk kaki . . and saya memang xleh pakai kasut . . camne ek ? n tempat kerja lak wajibkan pakai seluar , so xleh la nak labuhkan kain hingga ke kaki . .

    1. ada sesetengah aurat yg diringankan jika tidak mampu untuk menghalang bentuknya daripada kelihatan.. contohnya buah dada, dah pakai tudung labuh pun masih nampak bentuknya (mungkin sebab terlalu besar), maka dimaafkan. Aurat kaki, walaupun memakai stokin dan nampak bentuknya, adalah dimaafkan. WA

    1. sy pernah juga sertai taekwondo, sy lihat tiada mslh pun pd sahabat perempuan sy memakai stokin sewaktu lthn walaupun lantai agak licin… mungkin saudari kene cari material stokin yg ok ckit… wallahhualam..

  9. klau tiba-tiba tetamu mai rumah ka..atau nk pi sidai kain ka..dn banyak lagi benda kecik-kecik..perlu ka pakai stokin(tutup aurat kaki)

  10. Assalamualaikum ustaz,

    bagaimana pula dengan stokin skg yg ade bentuk untuk ibu jari? ini tuk memudahkan wanita pakai selipar. tp stokin mcm ni npk bentuk jari. boleh ke ustaz?

  11. Salam ustaz nak tanya kalau d rumah terdpt ipar duai adakag kelonggaran tdk memakai stokin ini kerana kita nak msk blk air kerja dapur n kita ade stp masa dgn mereka…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme