I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hukum Menasabkan Anak Luar Nikah

Salam…

Ustaz Love ada menerima pertanyaan daripada adeeya lanjutan daripada isu hukum menjadi pak sanggup..

Still confuse huhu if perempuan tu mengandungkan ank lelaki lain then dia kawin dgn lelaki lain masa usia kandungan tk sampai 3 month anak tu dikira anak sah lelaki yg dikahwini tu ke which mean boleh ber bin kan ayahnya?? Because alots of ppl said like that *confuse.

Walaupun pertanyaan berkaitan dengan pak sanggup yg bukan benihnya dikandungkan oleh wanita yang dikahwininya itu, tapi Ustaz Love akan cuba jelaskan juga berkaitan isu nasab dengan lelaki yg membuntingkan wanita itu..

Dalam menentukan penasaban ini, maka seorang pak sanggup tidak boleh menasabkan anak yg bukan benihnya.. sbb itu jika beliau bernikah dengan seorang wanita yg mengandung, maka diharamkan untuknya untuk melakukan hubungan seks.. kerana tidak boleh menyiram benih atas benih orang lain (mafhum hadis). Ini tiada kompromi. Maka, anak dalam kandungan itu tidak boleh berbinkan pak sanggup itu. Sebaliknya hendaklah dibinkan dengan nama Abdullah atau nama2 Allah yg lain (Abd Rahman ke.. Abd Rahim ke.. Abd Quddus ke dsb)

Bagi lelaki yg membuntingkan seorang wanita, kemudian beliau bernikah.. Maka haram hukumnya menasabkan (membinkan) anaknya yang luar nikah itu dengan namanya kecuali jika anak itu dilahirkan tidak kurang daripada 6 bulan daripada tarikh pernikahannya.. Jika anak itu lahir sebelum cukup 6 bulan daripada tarikh nikah pasangan itu, maka haram dibinkan kepada namanya.. hendaklah dibinkan dengan nama Abdullah atau mana2 nama Allah.. (inilah pendapat mazhab Syafie dan menjadi pegangan fatwa di Malaysia dan Mesir)..

Maka itu, pak sanggup yg bukan benihnya dikandungkan oleh wanita yg dinikahinya, anak dalam kandungan itu tidak boleh dibinkan dengan namanya. Hanya jika benihnya itu yang dikandungkan oleh wanita itu, maka boleh menasabkan dengan dirinya jika anak itu dilahirkan tidak kurang daripada 6 bulan daripada tarikh pernikahannya.

Adapun jika seorang wanita itu terlanjur / dirogol dan kemudiannya dikahwini oleh pak sanggup (dengan keadaan wanita atau pak sanggup itu tak pasti dirinya mengandung atau tak.. jadi mereka telah melakukan hubungan seks selepas bernikah).. kemudian beliau mengandung.. maka, jika kandungan itu dilahirkan tidak kurang daripada 6 bulan daripada tarikh pernikahan, maka boleh menasabkan anak itu dengan dirinya (membinkan dengan nama pak sanggup).. Jika anak itu lahir kurang daripada tempoh 6 bulan daripada tarikh nikah, maka hendaklah dibinkan dengan nama Abdullah atau nama2 Allah yg lain.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

55 Comments

Add a Comment
  1. slm ustaz love, bagus info nih…

    ok2, nak tanya..ada member saya ni pernah jadi cikgu dan bila dia baca nama anak murid dia ni tiada bin atau binti dan mula la org ckp anak murid tu anak luar nikah…ada gak ea skrg ni nama anak yang tiada bin dan binti…sekadar nak tahu ustaz….

    1. salam adah..

      rasanya sekarang memang mcm tu.. tak pasti plak adakah ianya prosedur terkini jabatan pendaftaran negara.. kena rujuk JPN untuk kes mcm tu.. kebiasaannya, dekat surat lahir memang tak letak bin.. cuma kat ruangan bapa, memang diletakkan nama ayah.. kiranya itu anak sah taraf.. kalau anak tak sah taraf, biasanya kat ruangan bapa itu diletakkan “tidak berkenaan”.. apa pun, untuk kepastian, dinasihatkan agar member cikgu tu dapatkan pengesahan daripada JPN.. tak elok gak bersangka2 ni πŸ˜‰

  2. oo..cenggitu…

    ustaz, boleh tak ulas tentang tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya yg mana anaknya dibela oleh org lain sbg anak angkat..siapa yg patut anak dahulukan, ibu angkat @ ibu kandung?

    time kasih ustaz

  3. salam ustaz nk tanya ckit la, kalau la org tu dah hamil kemudian baru nikah dgn lelaki yg mghamilkannya tmpoh nikah mmg x smpi 6bulan mcm ustaz kata tu tpi kemudian mereka bin anak mereka dengan nama lelaki tersebut juga. jd mcm mana hukumnya tu ustz jika ank tu perempuan mcm mana dr segi wali jika nk bernikah satu hari nnti dan mcm mana auratnya dgn llaki tersebut ustaz.. mohon penjelasan..tq ustaz

    1. salam liya..

      dalam mazhab syafie, anak itu adalah dikira anak luar nikah.. bapanya itu tak boleh menjadi wali kepada anak perempuan itu.. tetapi beliau adalah mahram kepada anak perempuan itu (tidak boleh bernikah selama2nya) kerana telah bernikah dengan ibu anak perempuan itu.. maka auratnya adalah sama dengan aurat dengan mahram (antara pusat dan lutut) πŸ˜‰

    1. Waalaikumussalam..

      Ustaz Love pun tak pasti sama ada fatwa yg sama masih lagi dipegang oleh kerajaan negeri Perlis.. sbb mufti pun dah lama bertukar..

      Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan keputusan berdasarkan mazhab Syafie.. dan itulah fatwa kebangsaan..

      Pandangan bekas mufti itu juga tak salah.. tetapi atas maslahah, maka fatwa kebangsaan adalah terpakai.

  4. salam, saya isteri ke 2, kami nikah di siam tahun lepas, suami enggan istihar saya isteri nya enggan daftar, takut sadar mara tahu terutama isteri ptama, suami jga x berlaku adil pada saya, masa nya banyak di isteri pertama, jiwa saya tergangu , apa yang harus sya lakukan ?

  5. sekiranya pmpuan n laki yg mlkukn itu,baru bernikah stelah umo ank 1 thun lbih,bleh kah ank itu di bin kan kpada laki itu??keliru krana slama ni hnya tau sblum umo 6bln je,tp ade terbaca dl paper thun ni mengatakn ank itu boleh di binkan kpda bapanye sbelum umo ank 2thun krana mahu mjga aib ank itu kelak aslkn punya sijil nikah n laki itu mengaku itu adlah anknya?adkh fakta ini boleh diguna pakai??

    1. Ustaz Love kurang pasti tentang ‘fakta’ itu.. Ustaz Love berpegang pada pendapat yg mengharamkan menasabkan anak luar nikah.. yang boleh menasabkan itu bukanlah ketika anak itu berumur 6 bulan ke bawah, tetapi jika anak itu dilahirkan ketika kandungan berusia lebih 6 bulan daripada tarikh pernikahan ibu bapa anak itu.

      Jika ‘fakta’ itu digunapakai untuk tujuan menjaga aib, bagaimana nanti bila anak itu nak kawen (kalau pempuan)? Sedangkan anak luar nikah tidak boleh berwalikan bapa luar nikahnya.. lagi aib kalau terbongkar pada masa itu..

  6. salam ustat.. Saya nak tahu.. Ada peluang ka untuk anak luar nilkah yang lahir kurang 6 bulan dri tarikh ibu bapany bernikah? Mohon d jelaskan..

    1. ada pandangan yg membenarkan.. tetapi mengikut mazhab syafie (yg diamalkan di Malaysia), tiada peluang bagi anak luar nikah itu untuk berbinkan bapanya. WA

  7. ustaz love..saya mempunyai seorang anak luar nikah, perempuan. Saya berkahwin dengan ayah kandungnya waktu saya hamil 2 bulan. Nama dia brbntikan ayahnya. Boleh ke? Skarang ayahnya telah meninggal dunia. Anak saya tu dah brumur 19 thn. Dia ingin brkahwin. Jadi tntu dia harus brwali hakimkan. Sah atau tidak jika namanya masih brbntikan ayahnya?

    1. Jika anak itu lahir lebih 6 bulan daripada tarikh pernikahan puan, maka anak itu boleh dibinkan dengan ayahnya. Soal perkahwinan anak itu, tiada masalah dengan siapa pun beliau dibinkan, sbb bin takde kaitan dengan pernikahan. Even jika ayahnya itu masih hidup (dan anak itu memang anak luar nikah) tetapi berwalikan hakim dan disebut namanya berbinkan bapa luar nikah itu, pernikahan tetap sah.. melainkan jika bapa luar nikah itu yg menjadi wali, maka barulah jadi tak sah nikah.

      Hukum nasab dan hukum wali ada bezanya dalam pernikahan..

      1. Salam, ustaz sy nak tnya 1 soalan.. Sahabat sy dah berkahwin tp sblum kawin isteri dia sdah mngndung 3bulan..then bru mereka bkhwin.. skrg istri dia sudah mlhirkan anak lelaki dan di bin kan abdullah.. soalan sy bolehkan mereka buat pnukaran bin abdullah kpd nma si ayahnya?

  8. salam..ustaz sekiranya ibu kepada perempuan itu ttp ingin ber bin/binti kn pak sggup tu..apa hukumnya..

  9. Assalamualaikum…ustaz sekiranya kandungan itu sudah msuk 6 blan dan die bru sahaja ingin berkhwin dgn seorang llki yg ingin menjdi pk sggup n ttp ingin ber bin/binti kn pk sggup..apa hkumnya..sdgkan ank itu bkn ank llki tu dan die stju berkhwin krna llki tersbut diugut..???

  10. Bagaimana kalau seorang istri meyakini kalo anaknya bukan dari suaminya tapi meyakini dari hasil perselingkuhannya. Bagaimana nasab anak tersebut.

  11. Salam …maaf ustaz saya nk bertnya bagaimana sebenarnya undang-undang di negara kita yang mengatur tntg ank sah taraf sebab skrg ni fatwa ngri perlis dan terengganu sdh mntpkn ank yang lhir krg 6 bln blh dibinkan ayhnya..bagaimana pendapat ustaz mengenai fatwa majlis ni…

  12. ustaz love. nk Tanya. sekiranya nikah lari Di siam? Anak Yg lahir Di kemudian hari akan ada masalah ke untuk dinasabkan atau dibinkan org Yg nikah tu?

  13. salam usatz ….
    sowg pompuan berzina dengan lelaki nie…dan memgandung..dan kandunganya 4 bulan….selpas tu merka bernikah…adakah perlu akad nikah semula selepas melahirkan anak tersebut….dan anak tersebut boleh dibinkan ayahnya …boleh ke tak boleh

  14. Assalamualaikum ustaz

    kalau seorang isteri tu ada affair dgn lelaki lain, lepas tu dia mengandung. tapi kandungan ni tak pasti anak siapa, samada anak husband atau anak lelaki kedua tu. so macamana? patut dia buang ke simpan anak tu? apa hukum kalau dia simpan (kalau anak tu bukan suaminya punya)…. masalah nya doctor pun tak boleh nak kesan kan ape lagi si isteri tu. terima kasih.

    1. Anak itu bukan anak patung.. jadi persoalan nak simpan atau nak buang tu tak timbul. Jangan membunuh janin yg tak berdosa, kelak kekesalannya akan ditanggung sampai ke akhirat.

      Lahirkan anak itu dan jalankan ujian DNA untuk menentukan ia nasab yg sah kepada suami atau anak luar nikah. WA

  15. Salam ustaz klu kurang 2hri dri trikh perkhwinan mknye 2hri lg bru ckup 6bln xblh jgk ye berbinkn bpaknye…

  16. assalamualaikum Ustaz.

    ada khabar angin yang menyatakan undang2 dkt Malaysia sekarang dah tiada bin atau binti untuk anak luar nikah. Betul ke Ustaz?

  17. as salam ustaz .. sy nk tny.. boleh ke sekiranya ank ini sah..sbb sy dah kwin 3thun…n bkal lhirkn bby bulan 11ni.. tpi boleh ke klu sy nk taruk bin or binti dgn nama2 Allah.. contohnya Abdul Rahman..sbb sy rse tenang bile sbut nme tu.. boleh ke ustaz??

    1. tak boleh puan.. anak itu mesti dinasabkan dengan nama bapanya.. melainkan bapanya (suami puan) itu buat permohonan pertukaran namanya kepada Abdul Rahman contohnya, di JPN yang sebelum itu telah diluluskan oleh jabatan agama.

  18. Assalamualaikum , ustaz . Bagaimana pada tahun 2016 ini , seorang gadis hamil sebulan dan telah menikah secepatnya dengan si pelaku itu pada usia kandungannya sebulan , dan bayi itu dijangkakan lahir 8 bulan selepas mereka menikah . Bagaimana dengan bin atau binti bayi itu? Adakah boleh dibin atau binti kepada ayahnya ?

  19. Salam ustaz, Sekiranya seorang gadis itu hendak berkahwin dgn pasangannya & dia baru sahaja mendapat yg dia dilahirkan 8bln selepas tarikh pernikahan ibubapanya, adakah dia anak sah taraf ataupun tidak? Dan bolehkah dia berkahwin nnt berwalikan bapanya ataupun harus berwalikan hakim?

  20. Assalamualaikum Ustaz. Saya seorang anak perempuan yang dah berumur 23 tahun. Sekarang, saya mempunyai segulung ijazah dan selama ini saya memang boleh dikatakan sebagai anak yang membanggakan ibu bapa kerana saya selalu mendapat keputusan yang baik (straight A) sejak upsr, pmr dan juga cemerlang semasa spm. Sejak dua tahun lepas, saya mengenali seorang lelaki yang muda setahun daripada saya dan pelajarannya hanya setakat SPM. Setelah beberapa bulan saya berkawan dengannya, dia tekad untuk bertunang dan melamar saya sebagai isterinya. Disebabkan masa itu saya belum habis belajar dan dia masih belum bekerja tetap, kami menangguhkan perancangan tersebut kerana khuatir ibu bapa saya tidak setuju dengan lamaran tersebut. Kini, apabila saya habis belajar dan dia sudah pun mendapat kerja yang tetap sebagai seorang anggota polis, emak saya melarang keras dengan niat saya yang ingin berkahwin dengan lelaki tersebut. Katanya lelaki itu tidak pandai kerana hanya mempunyai Spm, tidak ada masa hadapan kerana tidak berpelajaran, dan emak dan ayah saya selalu menyumpah saya dan menghina saya dihadapan adik2,membandingkan saya dengan anak jiran, memanggil lelaki tersebut dengan gelaran monyet atau beruk. Dan emak juga benci akan keluarga lelaki tersebut kerana kami pernah berjiran dan mempunyai salah faham. Tetapi, di pihak keluarga lelaki, mereka suka dengan hubungan kami dan tidak ada masalah terhadap keluarga saya. Selain itu, apabila jiran jiran saya bertanyakan kepada emak tentang saya dan lelaki itu, dia tidak mahu menjawab dan apabila pulang ke rumah, saya akan menjadi mangsa melepaskan marahnya dengan alasan saya memalukan keluarga kerana memilih lelaki tersebut untuk dijadikan pasangan hidup. Sehingga emak saya pernah haramkan segala makanan yang pernah saya masak dan bagi kepada keluarga lelaki tersebut dan juga dia tidak akan mengaku saya sebagai anaknya lagi jika berkahwin dengan lelaki tersebut. Dan sekarang ibu bapa saya memaksa saya memutuskan hubungan dan tidak boleh lagi berkawan dengan lelaki tersebut. Dan juga segala apa yang saya lakukan sekarang, sentiasa ada yang tidak kena pada mata mereka sehinggakan keluar rumah sekejap, saya dituduh keluar dating dengan lelaki tersebut. Pernah sekali saya melawan kata2 mereka kerana sudah tidak tahan dengan pelbagai tohmahan dan kata2 yg menyakitkan hati dari ibu bapa. Saya tahu saya salah kerana melawan kata2 mereka dan kemudian saya memberi satu mesej maaf kepada mereka. Tetapi hingga kini mereka masih lagi tidak puas menghina dan memaki saya dan tidak maafkan saya selagi saya berkawan dengan lelaki tersebut dan mereka mengharapkan saya berkahwin dengan orang yang sama taraf pelajaran dengan saya. Lelaki tersebut menasihati saya supaya kami berdua bersabar. Pada pendapat saya, tiada sebab yang jelas mengapa ibu bapa saya begitu benci kepada lelaki tersebut dan taraf pendidikan kami tidak sepatutnya dipertikaikan kerana rezeki itu datang dari Allah s.w.t. Saya sudah melakukan solat istikarah untuk meminta jalan yang terbaik dari Allah s.w.t. Tetapi saya masih dilema dan buntu dengan keadaan sekarang. Saya masih lagi kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku ini dan berharap agar Allah beri saya kekuatan untuk menempuh dugaan ini. Persoalan saya sekarang ialah,apa yang perlu saya lakukan ustaz? Perlukah saya memutuskan hubungan seperti apa yang mereka minta? Bagaimana untuk saya cuba menjaga hati mereka dan menghormati mereka sedangkan mereka tidak pernah cuba untuk faham saya? Bantu saya ustaz..

  21. aku mengambil keputusan tuk gugurkn saja.dah 10 minggu.sedih tgk janin dah ada bentuk tgn dan kaki.maafla.ibu tak nak kamu menempuh malu didunia

  22. Assalamualaikum Ustaz Love,

    Bagaimana sekiranya bayi lahir setelah genap 12 bulan SELEPAS perceraian pasangan suami/isteri? Adakah bayi akan berBINkan kepada bekas suami ataupun ABDULLAH/ASMAUL HUSNA? Malahan bayi tersebut diakui bukanlah bayi kepada bekas suami.

  23. assalammualaikum ustaz..

    bagaimana pula,isteri mengandung anak hasil selingkuhnya, tetapi dlm masa yg sama dia bergaul dgn suaminya.. dan melahirkan anak lelaki yg kini sudah berusia 3 thn. dipendekkan cerita, perbuatannya telah terbongkar dan mengaku yg anak tersebut bukan darah daging suaminya dan isterinya telah meminta maaf dan menyesal lantas janji akan berubah perangai.

    masalahnya sekarang, si anak sudah berbinkan nama bapa.. nak tentukan dna memang mahal dan kalau dibawa ke mahkamah syariah, adakah si isteri akan dikenakan hukuman.

    harap dapat penjelasan. terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme