RSS
 

Soal Jawab : Hukum Memegang Botol Arak Dan Iklan Nuffnang

25 Apr

Fast & Furious 6.. Telan Air Liur Je La Kalu Pakai Kancil!!

Kat Selangor dan Penang, Jangan Kata Wireless, Free Wi-Fi Lagi!!


Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada miza :

“ustaz, miza nak tanya.:

1. apa hukum memegang botol arak ? haritu miza g salah satu kedai kat *some text missing*, lepas tu mat saleh tu beli arak berbotol2. si cashier (perempuan, islam) selamber je pegang dan bungkuskan botol arak tu.

2. apa hukum duit Nuffnang yang kita dapat kalau ada sesetengah artikel kita adakalanya kita terkutuk atau dengan sengaja mengutuk orang lain.”

1. Memegang botol arak takde masalah. Yang jadi masalah kalau minum arak dan terlibat dengan arak.. spt menjual, membeli, menghidang dsb.

2. Pendapatan hasil nuffnang daripada blog sebenarnya bergantung pada syarat dan kontrak antara pemilik blog dengan syarikat pengiklanan. Selagi tidak melanggar syarat (spt klik iklan sendiri) dan syarak (spt promo iklan arak, porno, judi), maka pendapatan adalah halal. Sekalipun kandungan blog itu kadang2 mengandungi unsur2 tak elok spt mengumpat, mengaibkan dsb, namun ianya tak jelas bahawa pengunjung blog itu masuk ke blog disebabkan nak baca fitnah. Melainkan kalau blog itu adalah blog porno, ataupun keseluruhan isi kandungan blog itu adalah fitnah semata2, maka pemilik blog itu akan menanggung dosa fitnah. Dan pendapatannya juga adalah syubhah kerana hasil daripada artikel fitnah yang diterbitkannya.

Kalau menyebarkan fitnah telur ayam palsu, maka tak boleh la nak kata pendapatan tu syubhah.. sebabnya berita tu pun dah meluas. Cuma kena berhati2 dalam menyebarkan sesuatu terutama yang berkaitan dengan maruah orang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Tags: , , ,

Leave a Reply

 
CommentLuv badge
 
  1. Ayie

    25/04/2011 at 12:31 pm

    kalau mengutuk tapi tak sebut nama, boleh tak..?? Niat nak kongsi pengajaran.. Dia pun tak aib sebab kita tak sebut nama dia.. ^^

     
    • Ustaz Love

      25/04/2011 at 9:02 pm

      insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab dalam entry ;)

       
  2. miza yusof

    25/04/2011 at 12:36 pm

    terima kasih atas penjelasan ustaz.
    terima kasih sebab sudi jawab soalan miza :)

     
    • Ustaz Love

      25/04/2011 at 9:02 pm

      terima kasih kembali ;)

       
  3. belladiea

    27/04/2011 at 10:20 pm

    bukan pegang botol arak pon xleh ke ustaz?raseye baek xyah keje kt 7e…sbb ade jual arak kan…

     
    • Ustaz Love

      28/04/2011 at 2:46 am

      aik.. sejak bila plak pegang botol pun tak bleh? yg tak boleh adalah melibatkan sesuatu dengan arak.. setakat nak pegang, pegang je la.. yg tak boleh tu kalau pegang, pastu tolong jual ke, takpun tolong tuangkan bagi org minum ke.. itu baru tak bleh :D

       
  4. WanFadhilah

    29/04/2011 at 12:19 am

    emm. kalau yg mcm cashier tu islam kan, dia pegang botol arak tu lepas tu bagi kat customer yg beli tu. bukankah tu macam cashier tu menjual arak tersebut ke? huhu. konpius. :)

     
    • Ustaz Love

      29/04/2011 at 12:29 am

      selagi beliau belum menjual, maka tak boleh kita terus hukumkan yg pegang botol arak itu pun adalah haram.. kalau beliau jual, maka hukumnya haram.. bukan sebab pegang botol tu yg haram, sebaliknya ‘menjual’ arak itu yg haram ;)

       
  5. saiful

    20/05/2011 at 4:46 pm

    assalamualaikum ustaz..
    saya nak tanya sikit la..
    hukuman haram hanya pada yang minum , menjual dan membeli kan..
    contohnya jika kalau saya kerja di 7 eleven, saya adalah pekerja dan terpaksa memegang arak..
    adakah duit gaji saya adalah haram?
    adakah saya telah salah di sisi islam kerana menjual arak?
    saya perlukan penjelasan?

     
    • Ustaz Love

      20/05/2011 at 11:23 pm

      waalaikumussalam saiful..

      insyaAllah, Ustaz Love akan cuba jelaskan dalam entry ;)

       
      • Anonymous

        23/05/2011 at 7:32 am

        saya harap ustaz dapat jawab soalan saya..
        saya perlukan jawapan ustaz..
        entry yang mana ya ustaz?

         
        • Ustaz Love

          24/05/2011 at 9:36 pm

          Ustaz Love belum buat entry jawapan tu lagi.. insyaAllah, Ustaz Love cuba buatkan.. harap dapat bersabar ye dan minta maaf sebab lambat ;)

           
  6. nursyafika

    21/10/2011 at 6:20 pm

    as salam..ustaz, nk tnye..pe hukum kte pegang produk yg haram? contoh : sabun yang ade lmk babi..dan mcm2 lg produk yg de unsur2 bahan haram..

     
    • Ustaz Love

      22/10/2011 at 6:28 pm

      as salam nursyafika..

      memegang produk2 yg mengandungi unsur babi hukumnya harus.. yg haram adalah jika memakannya.. atau memakainya (berdasarkan mazhab Syafie).. jika terpegang dlm keadaan basah (sama ada tangan kita basah, atau kulit babi tu basah.. atau kedua2nya basah), maka kena samak dgn 7 kali basuhan.. iaitu sekali dengan air tanah dan 6 kali dengan air mutlak..

      WA

       
  7. Noraeyna

    01/07/2012 at 12:19 am

    Pa hkm seorang cashier(islam) pgg mknn tin babi..?ingin pnjlsn dgn sgera..:-S

     
    • Ustaz Love

      02/07/2012 at 10:08 am

      pegang tin babi atau pegang babi itu sendiri hukumnya harus.. yg haram adalah memakan atau memakai sesuatu drp babi itu.,

       
  8. Azfyn mysara

    01/01/2013 at 12:47 pm

    Ala ustaz, bgtau la pasal arak tu. .sbb sy keja kat 7e. . Kbnyakan yg beli arak bukan mat saleh tp org melayu kita . . Hmm takot la nk keja cmni. . Tp sy x niat nk jual arak, 7e tu bukan syarikat sy ,sy cuma bekerja . .adoi konpius laa

     
  9. din

    05/01/2013 at 10:40 pm

    salam ustaz..baru2 ini sy ditawarkan bekerja sambilan hanya utk 1hari,iaitu bekerja di restoran yg halal sempena pembukaan restoran itu.tanpa banyak soal sy menerimanya kerana percaya pd rakan tersebut.malangnya tanpa sy ketahui itu adalah restoran yg dlengkapi dgn bar dan pemiliknya adalah india.jujur sy katakan,tidak pernah sy tahu bagaimana bentuk bar dan minuman2 haram itu sehinggalah majlis pembukaan berlangsung.tugas sy adalah menghidangkan makanan,kemudian mencuci gelas bekas2 minuman haram..betapa hinanya sy rasakan ketika itu.mohon penjelasan ustaz mengenai hukum situasi ini kerana rasa berdosa masih menghantui diri sy.terima kasih.

     
  10. muiz

    10/01/2013 at 2:23 pm

    ustaz, mcm mane kalau air arak tu terkena tangan atau baju saye? kena samak tak? boleh bawak solat tak?
    kalau x boleh, saya kena qada’ balik solat saya ke?

     
    • Ustaz Love

      10/01/2013 at 3:30 pm

      arak itu najis.. kena cuci sampai hilang ain, bau dan rasa.. tak perlu samak. Oleh kerana ia najis, maka tak sah solat memakai pakaian yg kena arak. kena qadha’ balik solat tu.

       
  11. muiz

    11/01/2013 at 1:12 am

    kalau arak kena kat tangan, basuh dengan air biase/mutlak je boleh x? nak basuh tu macam mane ? gosok-gosok tangan je boleh x?
    kalau ambil wuduk je, tangan kite dikira bersih x?
    sebab dalam wuduk disunat kan basuh tangan, betul x?

     
    • Ustaz Love

      12/01/2013 at 3:10 pm

      basuh macam kita basuh najis pertengahan (mutawassithoh).. mcm basuh air kencing yg kena kat baju..

      boleh juga dengan basuhan tangan ketika wuduk tersebut..

       
      • muiz

        11/02/2013 at 9:26 pm

        terima kasih banyak2 ustaz……
        syukran jazilan ya ustaz….!!!
        baarakallahufiiik….:)

         
  12. Hamba yg lemah

    22/02/2013 at 1:40 am

    ustaz , saye kerja dekat pasaraya *********.
    kerjanya susun barang makanan…..tp satu hari manager saye suruh susun arak pulak .ambil dekat stor dan susun di tempat penjualan…. saye rase bersalah sangat…ape hukumnya susun botol arak yg akan dibeli pelanggan???

     
    • Ustaz Love

      24/02/2013 at 3:19 pm

      hukumnya haram kerana dikira bersubahat.. dan termasuk dalam perkara tolong-menolong atas perkara dosa.

       
      • Hamba yg lemah

        24/02/2013 at 7:34 pm

        walaupon jual kpd org bukan islam, haram jugak ke?

         
        • Ustaz Love

          24/02/2013 at 7:54 pm

          Ya.. benda haram diminum, haram juga dijual.. tak kira kpd muslim atau non-muslim.

           
 

Switch to our mobile site