I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hukum Memakai Braces

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang berkaitan hukum memakai braces :

Saya nak tanya, apa hukum jika kita memakai braces ?

Saya ada search dekat google macam-macam yang saya jumpa. Ada yang kata berdosa, haram dan ada yang kata sebaliknya.
Saya baru bercadang nak pakai braces. Tujuan asal untuk memperbaiki struktur gigi bukan untuk melawa.
Kadang-kadang benda macam ni melemahkan semangat/menyebabkan kita berasa kurang keyakinan diri.
Harap ustaz dapat jelaskan.

Untuk makluman, braces itu adalah pendakap gigi.. bukan pakaian dalam ke apa ke.. Untuk lebih memahami, bleh rujuk gambar di bawah..

Gambar ini diceduk daripada website http://invisalignvsbraces.net/

Hukum asal memakai braces / pendakap gigi ini adalah harus.. bukan haram seperti yang selalu disalah anggap.. Ini kerana illah (sebab) asal pemakaian braces ini adalah untuk tujuan perubatan.. Iaitu untuk memperbaiki struktur gigi.. Kalau struktur gigi tak tersusun, maka pelbagai masalah akan timbul.. Contohnya makanan yg melekat di celah2 gigi yang mana berus gigi pun sukar untuk membersihkannya, akan menyebabkan kehadiran bakteria.. seterusnya menyebabkan mulut berbau longkang.. dan akan menjadi gangguan bagi rakan2 dan keluarga..

Namun begitu, ada satu larangan dalam hadis.. iaitu larangan menjarangkan gigi.. iaitu untuk tujuan kecantikan..

“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu di wajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak di antara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” (HR. Muslim)

Maka, jika memasang braces untuk menjarangkan gigi (untuk tujuan kecantikan), hukumnya adalah haram..

Untuk mengelakkan perkara ini, maka pakailah braces dengan niat untuk memperbaiki gigi, dan bukannya dengan niat nak mencantikkan gigi (menjarangkan gigi)..

Kadang2 ada gak orang pertikai.. orang kata, bukankah memakai braces itu tujuannya adalah untuk mencantikkan gigi?

Di sinilah kita akan nampak kepentingan niat.. Niat untuk memperbaiki struktur gigi itu menjadikan hukum memakai braces menjadi harus.. dan kita cuma perlu berpegang dengan niat kita kerana Allah, kerana hukum itu tidak tertakluk kepada manusia πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

81 Comments

Add a Comment
  1. owh..

    tapi sy pernah dengar pendapat kata, hukumnya masih haram walaupun nak baiki struktur gigi selagi gigi asal tu tak mengganggu hidop. sebab bila gigi asal walaupun tak cantik, tapi takdelah tunggang terbalik sampai tak boleh bercakap atau makan. jadi selama takde masalah, tak boleh ubah.

    contohnye mcm, gigi asal tu tunggang langgang sampai sebutan2 mengaji jadi bunyik lain, mcmtu wajiblah ubah gigi tu. tapi kalau berlapis sikit, senget sikit, tak ganggu apa2, dan kalau diubah jugak akan jadi haram.

    ni yang saya pernah baca ke dgr lah.
    wallahu`alam~

    1. kena pastikan dulu pendapat siapa… jangan main kaut semua pendapat.. sbb tu, nak bertaqlid pun perlukan asas ilmu, baru tak jadi taqlid buta πŸ˜‰

  2. dan tambah lagi pkai braces macam jadi satu trend. yang tak perlu pakai pun nak pakai. siap ada braces warna warni. pelik jugak braces pun boleh jadi trend.

    1. zaman sekarang memang zaman trendy.. orang tak rabun pun pakai spek nak bagi nampak hensem, yg melayu bertindik hidung (sedangkan ianya budaya kaum India) dsb.. πŸ˜‰

      1. salam ustaz, dah 2016, namun saya masih bertanya. boleh kah saya membuat pembedahan betulkan gigi, tp bukan bracers?

  3. salam ustaz sy pemakai braces..hehe tekejut bca tajuk entry.. bila dh baca penerangan ustaz love..ok..dah clear..nnti nak pinjam entry ni ye..nak buat rujukan, tq!

  4. salam,
    saya mmg x berniat nk menjarangkan gigi…bahkan gigi saya jarang dan agak jongang,so saya nak pakai braces selain untuk meningkatkan keyakinan diri…boleh ke ustadz ? hrp ustadz berikan pndgn..

      1. tapi kan ustaz,saya tak sakit pun…cuma malu sikit ngan org…hmm,cam mane ye ustaz,saya masih lagi buntu…hrp ustaz masih sudi berikan pandangan atau nasihat kpd saya ni…

        1. maksud untuk tujuan perubatan tu bukan semestinya disebabkan sakit, tapi mungkin juga boleh disebabkan susah nak kunyah makanan, atau makanan mudah melekat, atau susah nak membersihkan gigi hingga menyebabkan mulut berbau busuk akibat sisa makanan dsb. Juga harus jika bertujuan menutup keaiban.. contohnya gigi jongang atau susunan gigi tak teratur.. maka harus untuk membetulkannya menggunakan braces πŸ˜‰

      2. bolehkah kita pesongkan niat begitu????? betulke tak de masalah? Allah sahaja yg maha mengetahui, selagi mana ia tidak menjadi darurat rasanya yang haram tidak boleh menjadi harus.. lagipun niatnya untuk meningkatkan keyakinan diri bermakna selama ini keyakinannya memang ada cuma belum tinggi.

        1. kenapa pula ada istilah pesongkan niat? sejak bila kes pakai braces masuk dlm bab darurat? πŸ˜‰

  5. salam..kalo gg sama rata cuma j0ngang ke dpan skit..bley jgak ke pki braces?even j0ngng tu x memudaratkn sngt la..sy tgah pki braces br smggu,tp yg on off,tp still was2 tk0t hkumnye haram..so cmne ya?tl0ng berikan pnjelasn..tq

    1. salam h..

      pakailah dengan tujuan perubatan.. tak kira la jongang sikit ke, jongang banyak ke.. πŸ˜‰

      1. Assalam, saya bergigi jarang, gigi saya yg lain rapat..cuma gg atas yg kat tengah tu jarang lah…niat nak pakai braces, tp pendamkan aje… sbb rase2 nye saya masih boleh bawa diri dgn persekitaran, cuma kdg2 segan lah nak ketawa bukak mulut, senyum tutup mulut je..huhu.. rase nye elok je mcm ni, org terima kita seadanya.. janji hati kita baik…insya Allah… πŸ™‚

          1. assalam ustaz..saya pun ada masalah betul-betul macam Hamba Allah tu….proffesion kerjaya saya memerlukan penampilan yang bagus termasuk kekemasan gigi untuk berjumpa client dan sebagainya..senang kata customer service…apa hukumnya jika saya memakai braces ni ya ustaz..mohon ustaz perjelaskan secara detail….sekain terima kasih..

      2. ustaz apa hukum kalau umat islam memakai tattoo seperti orang yang beragama kristian?dan apa sebab umat islam dilarang memakai tatto

  6. salam ustaz.saya baru terbaca entri ini.gigi sy tersusun suma ada 1 batang gigi depan tidak tersusun.dgn erti kata lain,terkeluar dr susunannya.kadangkala ada rasa rendah diri bila berhadapan dgn org, contoh ketika membuat presentation.apakah hukumya jika memakai braces

    1. salam nurul..

      tiada masalah.. niatkan pakai braces tu untuk tujuan membetulkan kecacatan gigi πŸ˜‰

  7. ustaz tapi ada juga yg saya baca mnyatakan bahawa jika di malaysia hukumya haram selagi gigi tersebut tidak mendatangkan apa2 mudarat kpd kita.bagaimna tu ustaz

    1. ini bukan isu mudarat tapi isu aib.. gigi jongang juga tidak memudaratkan, tetapi ia mendatangkan aib.. yg penting, ianya adalah maslahah dari sudut perubatan πŸ˜‰

      1. salam,
        saya nk minta pndpat.sy ade mslah pd gg sy iaitu sy memiliki gg yg agk jrang dibhagian hdapan (gg atas) .sy prnah pegi ke klink dan brhajat untok memkai braces tp dktor tu kate sy x bleh pkai braces sbb gg sy adalah gg ssu so x bleh drapatkn..smpai skrang gg sy mseh lagi dlm keadaan yg mcm ni.sy malu diejek oleh rkan2..bantula sy..ape yg sy hrus lakukn..sy prnah trlintas untuk tnamkn gg tp sy xtaow same ade dbnarkn dlm islam atau tdak..bantula sy.. πŸ™

        1. salam shila..

          menanam gigi hukumnya haram, sbb tujuan saudari nak menanam gigi itu adalah untuk tujuan kecantikan. Jika untuk maslahah spt tak dapat nak kunyah makanan sbb gigi tercabut, maka harus menanam gigi utk tujuan memudahkan proses makan.

          jadi, nasihat Ustaz Love, kurangkan tersengih.. senyum simpul je.. sampai la gigi susu tu tertanggal nanti, insyaAllah, saudari akan dapat gigi baru yg lebih cantik.. pedulikan je ejekan member2 tu.. diorg ejek sbb diorang jeles πŸ˜‰

  8. Salam ustaz, saya nk tanye, dlu gigi sy okay je, xde la cntik xde la buruk, tp lepas excident motor, gigi depan saya neh jadi serpih, mcm dikikis, jd gigi sy yg kat depan tu jd stu pendek stu pnjang, bile sy senyum, nampak jelas jugak la ustaz, kalau sy nk tmbh bg sama gigi saya tu kire berdosa ke ustaz? Sy keliru la, takut plak berdosa nnt..

    1. Salam Nurul..

      jika penambahan itu untuk mengembalikan gigi kepada bentuk asal, maka tiada masalah.. buat sementara waktu ni, kalau terasa nak senyum, cepat2 tutup mulut dengan tangan πŸ˜€

    1. salam huda..

      bukan braces yg menjadi masalahnya, tapi tujuan nak menunjuk2 itu yg bermasalah.. pakai jam tangan dengan tujuan nak menunjuk2 juga hukumnya haram.. bukan haram pada jam tangan, tapi pada niat nak menunjuk2 itu.

      1. salam ustaz, saya nk tnye kalu kite x selesa dgn keadaan gigi yg agak kedepan boleh ke kite mmakai braces? harap balas..

        1. InsyaAllah takde masalah. Cuma kena jaga niat melakukannya untuk memperbaiki kerosakan dan bkn niat untuk kecantikan.. WA

          1. Assalamualaikum ustaz… saya ingin tahu memakai braces
            bertujuan kecantikan adakah si pemakai ingin kelihatan cantik smsa memakai braces atau si pemakai ingin gigi nya kelihatan cantik slpas memakai disebabkan masalah gigi yg kedepan?terima kasih.. πŸ™‚

          2. Tujuan ingin nampak cantik selepas gigi dibetulkan melalui penggunaan braces…bkn semasa pakai braces..sbb adanya besi di gigi itu tak menjadikn gigi tersebut kelihatan cantik..kihkih

  9. assalamualaikum,
    ustaz sye nak tnye klu sye nak pkai braces sbb sye rse gg sye x kuat bole ke ustaz? mmg ade satu gg sye yg susunan nyew x btol …lg pun gg saye mmg ade yg rapuh ..
    mcm mane ye ustaz??

      1. assalamualaikum ustaz ….
        saye nak tnye ,mak sye ade tnye sye nak pkai braces tak….dlm hati sye nak lah usataz..tp sye tkt niat tuh terpesong lah ustaz ..ape sye nak buat πŸ™
        tp sye teringin sngt

        1. cek balik tujuan nak pakai braces tu.. kalau nak membetulkan gigi yg tak tersusun, maka tiada masalah.. sbb takde orang pun yg giginya dah elok, tapi sibuk2 nak pakai braces.. sbb pemakaian besi pada gigi itu lagi nampak pelik daripada org biasa dan agak susah nak menjaga kebersihan gigi yg dipakaikan braces.

          1. ustaz ,gg sye elok je tp ade lah satu due keddukan x btol tp synak pkai braces sbb sye tkt gg sye tak kuat mean rapuh …sbb aritu dah ade yg rapuh sikit ..saye takut mcm mane yer ustaz/

          2. baik saudari dapatkan pandangan daripada dentist.. Ustaz Love ni tak mahir bab2 pergigian.. Ustaz Love cuma boleh bantu bab hukum je.. jika dentist kata ok pakai, maka pakai la.. takde masalah..

  10. Salam’alaik,ustaz.. Apa hukumnya jika seorang doktor tu pakaikan braces utk patientnya yang tak ada apa2 kecacatan pada giginya atau lebih mudahnya pakai hanya untuk tujuan kecantikan..

    Macamana pula kalau doktor tu dah bagi tau hukumnya pada pesakit dia tu tapi pesakitnya berkeras juga nak pakai braces. Apa hukum kalau doktor tu buat juga kerjanya?

    1. tiada orang pakai braces untuk nampakkan kecantikan (semasa memakainya) sbb besi braces tu mencacatkan gigi pada pandangan mata orang.

      doktor hanya perlu jalankan tugasnya.. tak perlu siasat niat seseorang.. jika ia mendatangkan mudarat dari sudut kesihatan, haram doktor itu melakukannya. jika tiada mudarat pada kesihatan, takde masalah nak lakukannya.. soal niat memakai braces tu, biar si pemakai itu yg bertanggungjawab.

  11. salam ustaz , saya nak tanya apa hukumnya memakai braces bagi gigi yang jongang walaupun gigi tersusun ,kadang2 ada orang tegur apabila saya senyum mesti gigi terkeluar ini membuat saya rendah diri dan malu , lama kelamaan saya bersyukur kerana ia tak memudaratkan diri saya ,think positive …tetapi teringin memakai braces bagi membetulkan gigi yang jongang dan membuat bibir atas saya kedpan …tpi takut hukum nya haram ,
    recently posted..Soal Jawab : Main BomohMy Profile

  12. salam ustaz , saya nak tanya apa hukumnya memakai braces bagi gigi yang jongang walaupun gigi tersusun ,kadang2 ada orang tegur apabila saya senyum mesti gigi terkeluar ini membuat saya rendah diri dan malu , lama kelamaan saya bersyukur kerana ia tak memudaratkan diri saya ,think positive …tetapi teringin memakai braces bagi membetulkan gigi yang jongang dan membuat bibir atas saya kedpan …tpi takut hukum nya haram ,

  13. Assalamualaikum ustaz, sy nk tnye satu soalan berkenaan pendakap gigi atau sinonim fake braces. Apa yg telah sy kaji berlainan dn sikit kekeliruan disitu. Bagaimana jika sesorg itu hendak memakai fake braces tp bukan utk menjarangkan gigi. Ia dibeli sbg accesories gigi.tiada sebarang perubahan pd gigi tersebut.terima ksh

    1. Aksesori gigi sama saja macam aksesori lain seperti jam tangan, subang hidung dsb. Gigi bukan aurat dan takde masalah nak pakai sebagai aksesori. Yg menjadi persoalan di sini adalah isu mengubah gigi menggunakan braces. WA

  14. slm ustaz saye nak tanye, gigi yg sy yg dibhgian bawah ok cume yg diatas jer ader yg ke depan ke blakang dan 2 btg gigi kapak yg besar di tgh.Ape hukum klau saye pakai pendakap gigi.Saye malu bile saye nk bercakap dgn kawan di skolah.Ustaz tlg jelaskan.

  15. ustaz yg atas tu saye tersilap tulis maaf yer ustaz.Ustaz mak saye cakap x boleh pakai braces sebab yg kene pakai braces nie org yg gigi die terkeluar macam gigi taring walaupun die tutup mulut,saye xlah macamtu klau tutup mulut xlah nampak gigi.Mak saye cakap klau saye pakai braces bermakna saye telah menukar ciptaan Allah sebab gigi saye nie xlah teruk sgt okey lagi.Ustaz tolong beri penjelasan.

    1. Persoalannya bukan pasal gigi teruk sangat atau teruk sikit, tetapi apa tujuan utk memakai braces itu? Jika tujuannya untuk membetulkan kedudukan gigi, maka hukumnya adalah harus sekalipun kecacatan itu cuma sedikit.

      WA

  16. Ustaz sebelum nie saye ade cakap dekat mak saye yg saye nak pakai braces,tapi mak saye x bagi,mak saye cakap klau pakai bermakud saye tukar ciptaan Allah.Xpe saye faham, betul ape yg mak saye cakapkan tu.Saye pun bukaklah internet cari ape hukum pakai braces,hukum die klau niat nak betulkan struktur gigi macam ape yg ustaz cakap nie boleh.Saye pun citer kat mak saye mak saye cakap jgn sebut lagi pasal tu,saye citer ape hukum die mak saye cakap x boleh.Saye cakap mak tlg bawak jer, duit saye bayar mak saye xnak jugak.Jadi skrg nie ape yg saye nak kene buat supaye mak saye bagi saye pakai braces,boleh ustaz tlg cakap dgn mak saye .Klau ustaz ok saye nak bagi nom fon.

    1. Saya tak boleh cakap dengan mak saudari, takut nanti mak saudari berkenan nak jadikan menantu plak nanti.. kehkeh..

      Saudari bersabarlah.. pujuk mak sikit2.. insyaAllah, nanti lama2 lembut la hati mak tu..

  17. Selama ini gigi tdk mendatangkan masalah. Tetapi sejak akhir2 ini.. Kepala anak selalu gigi ibunya yg jongang dan tajam sehingga mdatangkan kesakita kpd anak itu.

  18. Assalamualaikum.. saya ingin bertanya adakah berdosa kalau saya memakai braces kerana ingin merapatkan gigi yg jarang .. saya berasa malu kerana gigi di bahagian hadapan jarang dan menyebabkan saya kurang senyum membuka mulut .. mohon jawab dan jelaskan dgn teliti πŸ™‚

    1. Saya dah jelaskan dengan teliti di atas. Boleh rujuk juga komen2 di bawahnya. Hukumnya harus dengan tujuan yang dibenarkan syarak.

    1. Braces tu adalah benda yang berkaitan dengan kesihatan gigi. Jika gigi dah elok, tetapi saja nak pakai fake braces untuk nampak cantik (bukan untuk tujuan perubatan), samalah seperti memakai benda-benda palsu yang lain seperti maskara, wig dsb.. hukumnya haram

  19. Assalamualaikum
    Gigi saya tidak tersusun dan agak jongang sehingga tak dpt tutup mulut saya. Saya ingin betulkan structure gigi saya.Adakah itu haram? Sila jawab. Terima kasih. πŸ™‚

  20. Ustaz bagaimana jika gigi saya agak kehadapan dan tidak teratur dia bahagian tepi. Saya agak malu untuk tersenyum. Apa hukumnya jika saya memakai braces?

  21. Salam Ustaz.
    Saya ada masalah. Masalah saya ialah struktur rahang bawah saya lagi panjang daripada rahang atas saya.Saya ada terbaca yang saya ni mengalami jongang kelas 3 prognathism Nak kata keturunan tak juga sebab mak dan ayah saya struktur rahang mereka normal sahaja (rahang atas lagi panjang daripada rahang bawah). Dulu saya tak kisah sangat pasal perkara ni tapi bila makin dewasa saya rasa terganggu sebab struktur rahang saya berbeza sangat dengan orang lain. Ramai orang ingat saya bengis dan garang sebab struktur rahang ni. Apakah hukum membetulkan rahang saya ni Ustaz perlu ke saya lakukan rawatan atau biarkan sahaja keadaan itu. Saya ada tanya kawan saya, dia kata tak baik sebab mengubah keadaan asal saya.
    Apakah hukumnya Ustaz ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme