I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Halangan Dalam Bercinta

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang (Ustaz Love tak highlight nama beliau dan url blog sbb kisah ini agak mengaibkan.. namun, beliau sanggup untuk bertanya secara berterangan, maka Ustaz Love pun akan menjawab secara berterangan :

salam ustaz..

terima kasih atas entri ni…
saya sebenarnya ingin cerita tentang kisah hidup sy baru-baru nih… saya sudah berkawan dgn si dia hampi 3 tahun… kami sudah merancang nak kawin sebb kami takut utk bergelumang dgn maksiat… kami juga ingin hidup bersama….. tp baru-baru nih… saya jumpe kan si dia dgn mak saya.. tetiba mak sya suruh saya putus dgn dia sebb dia teruk… sy bergaduh dgn mak saya… dan saya takut utk derhaka padanya… saya ader juga meminta pendapat dgn sedara2 sya… kebetulan mak cik belah ayah sy bersaudara dgn keluarga si dia… mak cik sy ckp keluarga dia ok.. kiranya setaraf dgn keluarga sy… sy puas bertanya kat mak sy kenapa oerlu putus.,..tp mak sy tak bg tau sebabnya.. cume dia kata mukanya teruk… pe perlu sy buat ustz… sy betul2 buntu… semua org tak bg sy putus… tp mak sy suh putus… sy pun tak sanggup nk putus dgn dia… sebb sy syg sgt dgn.. pe perlu sy buat…. minta sgt ustz dpt reply mcg sy ni….

Salam..

Terlebih dulu Ustaz Love ingin memohon maaf sekiranya ada kata2 dalam penulisan Ustaz Love ni bakal menyinggung perasaan. Sebab, Ustaz Love terpaksa menceritakan benda yang benar, walaupun mungkin ada yang tak dapat menerima. Ustaz Love cuma berharap agar penulisan Ustaz Love ini dapat difikirkan sedalamnya..  tindakan selepas itu, adalah keputusan sendiri juga..

Tak perlu nak rasa takut derhaka pada ibu.. sebab tindakan bergaduh dengan ibu itu dah jelas menunjukkan kederhakaan kita. Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan lebih, menjaga kita dari kecil sampai besar, mencurahkan kasih sayang yang tak berbelah bagi, akhirnya ditengking dan diajak bergaduh semata2 kerana seorang lelaki yg baru kita kenal selama 3 tahun. Patut atau tak patut, tanyalah pada diri kita sendiri.

Pasangan muda-mudi kerap menggunakan alasan untuk mengelakkan bergelumang dengan maksiat itu sebagai satu2nya alasan untuk bernikah.. Tak kira masa dah sesuai ke, restu ibu bapa ke.. Yang penting adalah supaya dilepaskan dulu ‘air yang dah nak naik ke kepala’.. lepas tu, bahagia ke, tak bahagia ke, kekal sampai ke tua ke, bercerai berai dalam usia muda ke, itu diletakkan di belakang..

Sedangkan ibu bapa yang telah melalui pengalaman hidup yang pelbagai, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya.

Ustaz Love cukup terhiris hati dengan anak2 yang bermusuh dengan ibu bapa disebabkan teman wanita / lelaki.. kalau tengok tv, cerita anak tengking mak sbb nak memenangkan isteri / suami, memang terasa nak bagi kekuda je kalu bleh masuk dlm tv tu.. begitulah emo nya Ustaz Love.. sbb Ustaz Love sendiri tak sempat nak dewasa dengan kasih sayang mak ayah..

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya..

Yang pertama, kena banyakkan bersabar.. Apatah lagi dengan ibu bapa.. kemudian, lakukan solat hajat setiap hari.. solat istikharah.. solat taubat.. baca al-Quran.. zikir.. puasa.. bersedekah dsb.. Pendek kata, dekatkan diri dengan Allah.. mohon ada Allah supaya ditunjukkan jalan yg terbaik.. seandainya lelaki itu bukan jodoh terbaik, maka mohon semoga Allah memudahkan hati untuk melupakannya.. Seandainya ianya jodoh terbaik, doakan semoga hati ibu lembut untuk menerima dan merestuinya.

Jangan diikutkan nafsu yang sentiasa membara.. akibatnya, seseorang akan berfikir secara tak waras.. kentut (yg sepatutnya berbau longkang) terasa mcm bau perfume.. aweks gediks dikatakan chumel.. salam cium tangan boyfriend disangkakan ketaatan.. love bite disangkakan tanda kasih sayang.. semua ini merupakan kegilaan orang yang mengikutkan nafsu sehingga berfikir secara tak waras.

Dalam kebanyakan keadaan, masa itu memainkan peranan yang sangat penting.. Suatu MASA dulu, 2 orang bermusuh.. suatu MASA kemudian, mereka menjadi sahabat yang paling akrab.. Suatu MASA dulu, lelaki itulah yang paling dibencinya.. suatu MASA nanti, mungkin lelaki itu akan menjadi suami yg paling dicintainya..

Jangan tergesa2.. Amik masa pujuk ibu tu.. insyaAllah, lama2 nanti lembut la hatinya.. seperti kerak nasik yang direndam dalam sup ayam.. Nasihatkan juga pada sang lelaki itu, kalau betul dia cintakan saudari, maka dia kena banyak bersabar dan buat la apa cara pun untuk mengambil hati ibu saudari.

Sementara itu, kawal diri daripada terjebak dengan maksiat dan dosa.. Kang elok2 nak selesai satu masalah, timbul masalah lain plak. 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Comments

Add a Comment
  1. Sabar je lah… Kebanyakan pasangan yang ber ‘copule’ nie memang nak berkahwin… Tapi jodoh dan pertemuan tu di tangan Nya.

    So fikir-fikirkan. Ibubapa tanggungjawab anak-anak 😀

    1. Kalau bercinta masa sekolah, memang jauh sangat kalau nak difikirkan soal kahwin tu.. kadang2 kita risau sangat soal jodoh, padahal Allah dah tentukan dah jodoh tu.. 😉

  2. Cinta kalau tak berlandaskan hukum Allah dan ajaran Islam memang sukar nak nampak kebenaran, ditambah pulak mainan syaitan…ibu pun boleh ditolak ketepi…

    1. Memang itulah permainan syaitan.. dijadikan dosa dan maksiat itu sebagai sesuatu yg indah dan manis..

  3. Salam Ustaz…

    =)

    xnak komen apapa… cuma bersetuju dgn pandangan ustaz… buat apa pun, restu mak ayah penting…

    Ayah & Ibu, sekeras2 hati mereka, pasti lembut andai tahu caranya… berusaha dan terus berusaha… dan jgn lupa berdoa pd NYA…

    =)

    1. Salam Embun..

      Waktu tengah suka ni, memang terlupa dah keluarga ke, kawan2 ke.. tapi bila dah susah kot, mak ayah juga yang dicari.. cukup la cerita2 yg ada (spt kes kahwin kat lombok tu) utk dijadikan pengajaran.. belajar daripada pengalaman org lain itu lebih mudah berbanding merasai sendiri pengalaman pahit itu 😉

      1. betul… yg malu nanti bkn org lain… keluarga dia… kesian org tua… patut dah tua, makin senang… ni tak… tpaksa susah demi anak2… hmmm… Anak2 plak satu hal… xreti2 ke nk senangkan org tua…?

        Embun harap Embun xwat mcm tu… Insya ALLAH…

        1. insyaAllah.. apa2 pun, berbincang baik2 dengan ibu bapa.. kalau ibu bapa berkeras tak nak, kita kena la mengalah.. lain la kalau ibu bapa nak jodohkan dgn penagih dadah ke, penjenayah ke.. maka mmg kita tak patut ikut 😉

  4. mbe sy pon ade kes mcm nih…xdpt restu mak bapak…sampai nk kawen lari sume…padahal lom tentu lg bahagia ke x ngan laki tuh…mcm le hebat sgt laki tuh…mak bapak lg penting kan ustaz…hoho

    1. mana ada kawin2 lari ni.. tok kadi kebanyakan tua2.. tak larat nak lari2.. kan elok duduk baik2.. sopan2.. baru la hari tu jadi hari paling bahagia dan paling bersejarah.. bukannya jadi hari paling hitam..

      jangan risau.. lelaki masih belum pupus lagi.. jangan buat mcm dah takde lelaki dah kat dunia ni.. sedangkan mak ayah, satu tu je.. takleh dicari spare part 😉

        1. aikk.. mcm berat je pertanyaan tu.. siap kena pikir 100x.. kalau pertanyaan tu ada jawapan dan difikir 100x, mesti dah lama jadi al-hafal 😀

    1. hehe.. promo baekk punya.. Ustaz Love buatkan entry bertajuk “Ayie belum berpunya” bleh? Mana tau ada ustazah yg tersangkut.. hehe 😀

        1. Ustaz Love memang nak bagi Ayie tu glemer.. biar beliau tak larat nak menepis aweks2 yg nak mengurat beliau nnt.. hehe 😀

  5. sangat setuju dengan kata-kata ustaz..mmg wajib difikirkan sedalam-dalamnya.

    suatu MASA dulu..suami saya adalah lelaki yang saya paling tak suka..sekarang dialah suami yang paling saya cintai.

    1. Allah dah sebut pun dalam al-Quran.. sbb tu kalau benci seseorang, jangan benci sebenci2nya.. mungkin beliau akan berubah menjadi org yg paling dicintai.. kalau rindu, jangan rindu serindu2nya.. nanti kena tinggal, tersendu2 la jawabnya 😉

  6. herm..ana pun x nak komen apa2..belum rasa apa yag dirasa.. tp restu ibu bpa memng la teramat diperlukan kalu nak hbngan yang mndpat keredhaan Allah.. rasanya bukan stakat nak kawin aja kna ada restu mak ayah,nak pergy menuntut ilmu pun kena dpt restu mak ayah..Subhanallah!!(n_n)

    1. restu ibu bapa biasanya dikaitkan dalam soal pernikahan kerana pernikahan itu bukan setakat menyatukan 2 individu, sebaliknya menyatukan 2 buah keluarga.. 😉

  7. tapi ada juga mak bapak yg tak betul..duit anak habis dikikis nya sampai anak sendiri berhutang keliling pingang..tapi mak nya suruh gak kawen dgn laki tu,laki smpi penah pinjam ah long pakai nama anak nya sendiri…mak apa mcm tu..boleh ustaz terangkan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme