I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Had Qazaf Lepas Dengan Qarinah?

Salam…

Ini merupakan lanjutan pertanyaan shahmy berkenaan isu “Tuduhan Zina Mengikut Hukum Ta’zir“…

terima kasih ustaz sbb dah bagi pengcahayaan…

dalam erti kata lain ustaz..mereka yang berlakon secara sengaja ata tidak dalam filem² 3gp melayu boleh/lucah boleh lah dihadapkan bawah ta’zir tanpa memerlukan 4 orang saki betul ustaz?

1. dalam kes –> http://ustazlove.com/blog/2011/04/soal-jawab-saksi-rakaman-video-kes-zina/ si pelakon tersebut masih lah boleh dikenakan hukuman betul ustaz?

2. adakah qazaf si pelakon tersebut masih digunapakai jika beliau didapati bersalah didalam ta’zir menggunakan qarinah seperti video? rujuk –> http://groups.yahoo.com/group/shoutussyabab/message/3466

Soalan 1 tu Ustaz Love dah jawab.. si pelaku masih boleh dikenakan hukuman mengikut hukum ta’zir (sekiranya dibicarakan di Mahkamah Syariah)

Soalan no. 2 itu sebenarnya dah dijelaskan dalam entry terdahulu.. kita kena memahami kaedah perbicaraan atas kes perzinaan dan kaedah perbicaraan yg bukan dibicarakan atas kes zina (yg mana hukumannya bukan dalam bidang hudud, tapi ta’zir)..

Jika diperhatikan dalam link yg diberikan, kaedah yg diceritakan adalah berkaitan kes rogol.. bukannya zina.. maka itu, situasi perbicaraan adalah tidak sama dengan perzinaan.. Ini kerana, zina merupakan hubungan seks tanpa nikah dalam keadaan rela.. sedangkan rogol adalah dalam keadaan dipaksa.. Jadi, aduan wanita itu kepada pihak berkuasa merupakan suatu aduan dan bukannya tuduhan.. Melainkan setelah diminta mendatangkan saksi, dia tak bleh datangkan.. tetapi ada qarinah (bukti2 berkaitan) yang boleh membenarkan aduannya spt DNA, air mani, seorang saksi dsb.. Jika cukup bukti, maka perogol akan dikenakan hukuman ta’zir (bukan hukuman hudud.. sbb utk menjatuhkan hukuman hudud, memerlukan penyaksian 4 orang atau pengakuan perogol)..

Maka itu, aduan seorang wanita itu jika didapati benar melalui qarinah, maka beliau akan dilepaskan daripada had qazaf.. pun begitu, perkara ini perlu dilakukan dengan teliti dan bukannya secara rambang.. tidak boleh melakukan tuduhan secara jelas (spt menyebutkan dengan yakin bahawa si polan bin si polan merogolnya.. sebaliknya mungkin menggunakan ayat yg boleh diragui dia melakukan tuduhan (qazaf) spt “mungkin si polan bin si polan yg melakukannya”).. Ini demi menjaga daripada terbuka aib yang dirogol atau aib yang dituduh merogol (sedangkan dia belum lagi dibuktikan bersalah).. Ia juga bagi mengelakkan si wanita itu daripada dikenakan had qazaf..

Selepas itu, sama ada sang perogol itu didapati bersalah ataupun tak, si wanita itu tidak dikenakan had qazaf (sbb aduan itu bukan aduan kosong.. ada qarinah.. mungkin lelaki tu lepas sbb masalah teknikal)..

Had qazaf ini tidak tertakluk sama ada yang dituduh berzina itu dibuktikan bersalah atau tidak.. sebaik sahaja melakukan pertuduhan, maka ketika itulah beliau kena bawa 4 orang saksi (atau mahkamah memberi tempoh untuk mendatangkan saksi2 tersebut).. kalau tak dapat bawak, maka akan dijatuhkan hukuman had qazaf..

Perbicaraan had qazaf ini lebih mudah berbanding perbicaraan kes zina dengan ta’zir.. tak dapat bawak cukup saksi, kena la 80 sebatan.. bila dah dapat bawak 4 saksi, maka barulah perbicaraan kes zina dengan hudud dijalankan.. baru la lepas had qazaf 😉

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. Ustaz Love buat entry atas permintaan.. bila ada orang bertanyakan soalan, dan Ustaz Love merasakan perlu jawapan yang detail, maka Ustaz Love buatkan entry.. kalau tak, Ustaz Love jawab kat komen je.. 😀

      insyaAllah, jap lagi Ustaz Love ushar 😉

  1. Ayie,
    Ini bukan mengenai video politik itu sahaja, malah tentang aktiti video 3gp melayu boleh/ariel peterpan dll yang berleluasa. Kalau hanya 4orang saksi diperlukan untuk mensabitkan mereka² ini..gamaknya mmg semua orang boleh buat maksiat lah…

    Ustaz Love,
    Ini apa yang saya temui didalam wiki takrif Zina
    “Zina (Arab: الزناء‎) adalah bila dua orang yang bukan suami isteri, melakukan hubungan seks (berjimak) yang dihalalkan khusus untuk pasangan suami isteri.”

    Dan ini pula dari buku “Mengapa Perlu Kepada Undang-Undang Jenayah Islam 2008 olej Moh Sukki/ Mohamad Hadi”

    “Definisi zina ialah persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa berlaku akad yang sah atau syubhah nikat atau hak milik hamba”

    Mohon penerangan.

    1. bab mustholah (istilah) perlukan penerangan yg agak panjang.. insyaAllah, nnt Ustaz Love buatkan entry untuk itu 😉

  2. salam,
    ustaz sya punya ‘statement’ x da kna mengena dgn tajuk neh, tapi nak minta pandangan ustaz cket. tentang benda neyh :
    mcm surat berantai pown ada jugak,, tapi sya x taw apa motif dia antaq kat sya,

    [23:29:58] intan nur izzati: Nama dirahsiakan berumur 3 tahun dia tak ada mata dn mulut dia ni arwah meninggal dunia, sesiapa yang dah baca tapi tak fowardkan. malam ni dia akan datang sebelah katil anda dan memerhatikan anda, dia juga akan berada di syling untuk memerhatikan anda jika tidak prcaya.kisah ini berlaku pada 26hb tahun 1914
    sesetangah orang telah mati terkejut kerana tidak mempercayai messege ini dan memadamnya, orang pertama ialah kekasih anda dan seterusnya akan hilang perlahan lahan.dalam masa 24 jam sila fowardkan message ni kepada 8 orang.

    trimas ustaz love,, komen cket pown jd larh,,

    1. salam Adek insyi..

      wahh.. Ustaz Love baca pun dah terasa meremang bulu idung ni.. kihkih.. ini salah satu kes sms berantai ni.. haram disebarkan.. insyaAllah, nnt Ustaz Love cuba buat entry pasal ni.. mcm menarik je bunyinya.. kihkih 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme