Gigi Emas Lebih Berharga Daripada Gigi Palsu!!

14 Langkah Memperbaiki Diri Dalam Masa 14 Hari!!

Para Gamers Meh Tengok Sini!!

Soal Jawab : Definisi Zina

Salam…

Ustaz Love baru perasan, ada satu pertanyaan daripada shahmy yang Ustaz Love janji nak jawab, tak dijawab2 lagi.. Ustaz Love minta maaf sbb terlupa.. Maklum la, dah semakin menuju umur warga emas la katakan..

When can the killer treasure a betting knight?

Ustaz Love,
Ini apa yang saya temui didalam wiki takrif Zina
“Zina (Arab: الزناء‎) adalah bila dua orang yang bukan suami isteri, melakukan hubungan seks (berjimak) yang dihalalkan khusus untuk pasangan suami isteri.”

Dan ini pula dari buku “Mengapa Perlu Kepada Undang-Undang Jenayah Islam 2008 olej Moh Sukki/ Mohamad Hadi”

“Definisi zina ialah persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa berlaku akad yang sah atau syubhah nikat atau hak milik hamba”

Mohon penerangan.

Sebelum itu, ingin Ustaz Love jelaskan.. dalam memahami isu berkaitan hukum agama, maka hendaklah mendapatkan definisi (maksud) yang tepat daripada pandangan syarak (istilah fiqh).. adapun maksud daripada sudut bahasa (lughah) tidaklah tepat untuk menggambarkan maksud sebenar sesuatu istilah.. keran boleh saja maksud itu berubah2 mengikut keadaan.. juga ayat yg digunakan..

Umpamanya perkatan dharaba (ضرب) boleh saja bermaksud memukul dan juga boleh bermaksud mengetuk.. jika digunakan pada ayat (ضرب محمد الكلب) iaitu “Muhammad memukul anjing.. tapi, kalau ayat (ضرب محمد الباب) bermaksud lain iaitu “Muhammad mengetuk pintu”.. Boleh juga bermaksud lain spt dalam ayat (ضرب الله مثلا) yang bermaksud “Allah mendatangkan contoh”..

Apatah lagi kalau sumber itu dicedok pula daripada Wikipedia.. belum tentu kesahihannya..

Maka itu, marilah kita sama2 melihat definisi daripada 4 mazhab berkenaan maksud zina.. Kesimpulannya (sbb banyak sangat) adalah zina itu merupakan persetubuhan haram dengan niat.. maksud niat di sini bukanlah bersetubuh dengan niat baik, maka itu bukan zina.. tapi, memang dengan niat jahat iaitu untuk melakukan zina.

Maka, kalau seorang wanita itu dirogol, ataupun seorang lelaki diberikan minuman mabuk sampai tak tahu yg dia melakukan seks tanpa nikah, atau disihir dsb.. maka ianya bukanlah zina.. Sbb itu pensabitan zina ini bukan mudah.. juga sang penuduh juga ada hukumannya.. berbanding hukum hudud yg lain.. menunjukkan kes zina ini merupakan satu kes yg besar.. bukan main2 punya..

Pada definisi pertama (wikipedia) tiada masalah.. memang difahami akan maksudnya dan tiada masalah. Mungkin kekeliruan timbul pada definisi kedua berkaitan dgn nikah syubhah dan hak milik hamba..

Nikah syubhah ini adalah pernikahan yg diragui.. seperti bernikah tanpa wali yang sah, nikah dengan adik beradik susuan dsb.. dengan syarat mereka tak sengaja (tak tahu). Pernikahan sebegini tidak sah, tetapi persetubuhan itu tidak menyebabkan pasangan itu dikenakan had zina.. dan anak juga bukanlah anak luar nikah.. cuma pasangan itu akan dipisahkan oleh hakim..

Persetubuhan pasangan nikah syubhah ni dinamakan wat’ie syubhah (persetubuhan yang diragui).. persetubuhan ini haram, tetapi tak disabitkan dengan zina. Sbb pernikahan ini dilakukan tanpa mengetahui bahawa ianya adalah haram..

Manakala, hukum bersetubuh dengan hamba perempuan adalah harus.. Ini sudah dijelaskan dalam al-Quran.. cuma hamba itu perlulah melalui proses yg menepati syarak.. iaitu hamba tawanan perang.. bukanlah orang gaji yg dijadikan hamba ke, melalui pemerdagangan orang ke.. cuma zaman sekarang, tiada lagi hamba.. tetapi hukum itu masih kekal. Dan persetubuhan dengan hamba ini halal.. jadi tak boleh disabitkan dengan zina.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

Add a Comment
  1. salam, ustaz nak tnya law hbungan antara lelaki gan lelaki or popuan dengan popuan d katakan zina juga ka? taw ada istilah lain untuk hbungan sejenis 2?

    1. Salam cia..

      istilahnya adalah homoseks atau liwath bagi lelaki dgn lelaki dan musahaqah bagi wanita dgn wanita.. tetapi hukuman yg dikenakan tetap mengikut hukuman hudud bagi kes zina (menurut jumhur ulamak kecuali Imam Abu Hanifah)..

      WA

  2. suami disihir dan tanpa sedar bernikah dengan perempuan indon dan lahir anak, apakah taraf anak atau sememangnya anak haram? dan bagaimana hendak jauhi dari gangguan sihir tersebut dan suami seperti orang yang binggung. sila berikan nasihat.

  3. Assalamualaikum, sy ada pertanyaan. Bagaimana jika psngan belum berkahwin tetapi tidur sekatil. Tetapi zakarnya tidak masuk kedalam faraj (tiada hubungan seks) walaupun lelaki itu cuba untuk masuk tetapi tidak berjaya. Adakah ini dikira zina?

    1. tidak dikira zina tapi berdosa besar sbb tido sekatil tanpa ikatan nikah. saudari kena bertaubat nasuha dan meninggalkan perbuatan ini.

  4. Assalamualaikum,ustaz…
    saya nk tanya dua soalan kat ustaz..
    Apakah hukumnya khawin gantung dalam usia yang muda..??
    Adakah Allah SWT akan terima taubat saya sekiranya saya telah melakukan dosa besa..?? arap ustaz dapat membalas dan jawap pertanyaan saya…

    1. hukum kahwin muda tak kira gantung ke tak gantung ke hukumnya harus.

      jika saudari bertaubat nasuha, insyaAllah Allah akan menerima taubat saudari.

  5. bagaimanakah cara taubat nasuha..??? sekiranya saya tidak lakukan taubat nasuha,adakah Allah SWT akan mengampuni dosa saya..??

    1. taubat nasuha dgn 3 syarat.. meninggalkan terus perbuatan maksiat tersebut, menyesal atas perbuatan yg lalu dan berazam sungguh2 tidak akan melakukannya lagi. InsyaAllah jika kita bertaubat, Allah akan mengampunkan kita. WA

  6. Sepasang kekasih yang bercumbuan,tidur bersama dan melakukan aktiviti seumpama persetubuhan sehingga pihak lelaki mengeluarkan air mani, tetapi zakar pihak lelaki tidak di masukkan ke faraj wanita kerana bimbang wanita tersebut mengandung. Adakah ini dikatakan zina dan berdosa besar?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site