I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bernikah Dengan Wanita Mengandung

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada kak yong..

salam ustazlove,

nak bertanya di luor skop n3..

jd keliru pulak bila ada yg cakap, wanita yg hamil (atas sbb zina @ terlanjur) tdk boleh dikahwini s/ada oelh lelaki yg terlanjur dgn nya mahupun lelaki yg lain..

tetapi seingat kakyong lah kan.. hukumnya harus… tp ade pulak pihak yg ckp tidak sah nikahnya..

boleh tak ustaz beri penjelasan.. jika ustaz pernah buat n3 pasal ni, buleh tak berikan link.. untuk rujukan & clarification…

terima kasih

Dalam hal ini, ada 2 isu yang perlu diberi perhatian.. Iaitu hukum mengahwini wanita hamil melalui jalan pernikahan yg sah (sama ada beliau diceraikan semasa mengandung, ataupun masih lagi isteri orang).. di sini memang tiada khilaf lagi bahawa wanita itu cuma boleh rujuk kembali (dengan suaminya jika diceraikan semasa mengandung.. sebab edah cuma habis bila berlakunya kelahiran) dan tidak boleh bernikah dengan orang lain sampai la beliau selamat melahirkan (kalau tak selamat melahirkan, mcm mana nak nikah ye tak? dah jadi mayat le tu)

Cuma isu satu lagi iaitu seorang wanita yang mengandung tanpa nikah, maka adakah sah pernikahan yang dilakukan semasa beliau sedang mengandung itu? Siapakah yg boleh menikahinya? Adakah si lelaki keparat yg membuntingkannya ataupun pak sanggup berhati mulia?

Dalam hal ini, berlaku khilaf di kalangan ulamak mazhab.. sama ada seseorang yg mengandung luar nikah itu mempunyai edah (iddah) atau tak.. Dan di sinilah punca perbezaan pendapat yg mengatakan harus atau haram pernikahan semasa mengandung ini..

Mazhab yg mengatakan harus adalah mazhab Syafie, Abu Hanifah dan Maliki serta mazhab Imam Ats-Tsauri.. kerana berpandangan bahawa perhubungan seks secara luar nikah ini adalah perbuatan haram dan tidak berasaskan pernikahan yg sah.. maka, hasil daripada perhubungan ini juga (mengandung) tak dapat dijadikan sesuatu hukum (edah) kerana hubungan pun tak sah (tak nikah)..

Jadi, menurut pandangan mazhab ini, harus bagi pasangan yg berzina ini bernikah walaupun sang perempuan itu dah mengandung.. Nikahnya sah, cuma persoalan nasab saja yg ada sedikit pendetailan (penelitian)..

Bagi pak sanggup juga sah pernikahannya dengan wanita yg mengandung hasil perzinaan ini.. cuma, sepanjang pernikahan sampai si perempuan melahirkan anak, sang lelaki pak sanggup itu hendaklah sanggup berpuasa (tak melakukan hubungan seks) dengan isterinya itu.. kalau dah sanggup nikah, takkan tak sanggup nak berkorban sampai perempuan tu beranak, ye tak? Sebab hukumnya haram bersetubuh dengan wanita yg mengandungkan benih lelaki lain walaupun pernikahan itu sah.. kalau nak ringan2 takde masalah..

Hukum harus bernikah dengan wanita mengandung (hasil zina) ini selaras dengan keputusan mesyuarat jawatankuasa fatwa kebangsaan :

Perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

Adapun pandangan yg mengharamkan pernikahan dengan wanita mengandung ini adalah pandangan mazhab Hanbali.. kerana mereka mengiktiraf hasil perzinaan dan ada edah padanya.. jadi, sebab tu tak bleh bernikah dgn wanita mengandung mengikut mazhab ini.. sbb masih dlm edah..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

35 Comments

Add a Comment
  1. owh..
    rumit jugak tuh.. sbb tu lah islam mlarang dr dkat dgn bnde2 yg mndatangkn mudarat pd masa akn dtg.,
    mekaseh bt ustaz krn sudi brkongsi jwpn d entri. ^_^

    1. isu zina ni memang rumit.. sbb itulah Islam menyuruh menutup lubang2 yg menjurus ke arah perbuatan tersebut.. sbb nak mencegahnya lebih mudah daripada merawatnya 😉

  2. assalamualaikum..ustaz love sy nk mntk pndpt…ape yang harus di lakukan oleh perempuan apabila mndpt tahu bakal tunang nye pernah terlanjur dgn bekas kekasih nye dulu..?selain daripada melakukan solat sunat istikharah..
    adakah memaafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh nye merupakan salah satu jalan untuk menyelamatkan hubungan ini?
    dan lelaki tersebut mengaku dah bertaubat..jadi ape yang harus di lakukan oleh perempuan itu?

    1. waalaikumussalam..

      isu2 terlanjur ni dah banyak Ustaz Love tulis sebelum ni.. tapi semuanya berkaitan wanita.. belum lagi rasanya pasal kekasih lelaki yg pernah terlanjur.. insyaAllah, nanti Ustaz Love buatkan entry 😉

  3. slm..blh minta pendapat?
    ape hukumnye mengahwini wanita secara terpaksa,xde prasaan langsung n kerana ugutan ahli keluarga wanita..?kerana wanita itu hamil bkn atas anak saye..?
    ape sye perlu buat??sye xpernah sentuh die slama bkahwin..

    1. salam aheem…

      Jika benar itu bukan benih saudara (saudara tidak pernah berzina dgn wanita itu), saudara sebaiknya menceraikan wanita itu. Jangan disiksa wanita itu dengan perkahwinan sebegini. Berbincang dengan pegawai agama di jabatan agama tentang prosedur menafikan nasab (anak dalam kandungan wanita itu) supaya tiada isu berbangkit (spt hak perwarisan, perwalian dsb) pada masa akan datang.

      Berkaitan ugutan keluarga wanita itu, saudara boleh mengumpulkan bukti2 ugutan (sms dsb), dan membuat laporan polis sekiranya perlu.

  4. salam…ustaz,salah seorang ahli keluarga saya telah mengandungkan anak luar nikah..setelah kandungan itu berusia 4 bulan baru diketahui oleh kaum keluarga..ayah gadis itu memaksa si gadis menikah dengan penzinanya…namun yang menjadi masalahnya sekarang,disebabkan keluarga kami terdapat ramai guru agama lulusan timur tengah,pendapat mengenai pernikahan ini bercanggah…ada yang mengatakan sekiranya si gadis itu bernikah dengan penzinanya sewaktu gadis itu masih mengandung maka wajib la gadis bernikah sekali lagi dengan penzinanya selepas melahirkan anak luar nikah tersebut.bermakna selepas nikah,gadis itu bersalin dan mereka harus nikah semula?mohon pencerahan ustaz dalam hal ini mengikut mazhab syafie..terima kasih

    1. Apa yg Ustaz Love jelaskan di atas adalah mengikut mazhab Syafie.. harus bernikah, tetapi anak itu tak boleh dinasabkan kepada bapanya kerana kalau ikutkan tarikh perkahwinan nanti dengan tarikh bersalin, akan kurang daripada 6 bulan.

      WA

  5. assalamualaikum ustaz.
    saya nak tanya ni.saya pun dah keliru dengan pandangan dorang ni.saya sudah mengandung anak luar nikah.sekarang usia kandungan saya dah lebih 25 minggu.saya dan pasangan sudah buat keputusan untuk berkahwin.boleh x saya binkan anak saya kepada nama pasangan saya tu.?

    1. Kalau dalam mazhab syafie, dah tak boleh dah.. sebab kandungan saudari dah lebih 6 bulan.. yg boleh dinasabkan ialah jika kandungan itu DILAHIRKAN selepas 6 bulan daripada TARIKH PERNIKAHAN saudari. Bukannya bernikah selepas 6 bulan mengandung..

  6. Salam ustaz mengenai kes dah mengandung tapi nikah penikahan tu ustaz kata tidak sah mengikut imam syafie tapi ustaz azhar idrus kata pernikahan tu sah mengikut imam syafie.mana satu yang betul.saya betul-betul konfius dan tak tau nak ikut mana satu.

  7. Salam ustaz .. Saya nak tanya apa hukum bernikah dgn perempuan mengandung hasil benih sendiri ? Adakah perlu bernikah semula selepas wanita itu bersalin ?

  8. Salam Ustaz Love,
    Saya ingin mendapat pencerahan daripada ustaz…saya berkahwin setelah saya mengandung 4 bulan…menjadi persoalan sekarang salah seorang daripada keluarga saya menyuruh saya dan pasangan berkahwin semula dan minta saya dan pasangan tinggal berasingan selama 3bulan sebelum berkahwin semula…dan disebabkan dia yang menguruskan perkahwinan saya dahulu…dia mengatakan dia ditimpa kesusahan dan bala sebab menguruskan perkahwinan saya itu…adakah betul ustaz dan apakah penyelesaian?

    1. Tak betul tu. Pernikahan puan adalah sah, cuma anak puan itu saja bukan anak sah taraf. Tak perlu bernikah semula jika pernikahan puan itu menepati syarat dan rukunnya.

      Kesusahan dan bala yg dia terima tu, tiada kaitan dengan puan. Kalau nak kata bala dapat sebab menguruskan pernikahan puan, sepatutnya puan dan pasangan itu sendiri la yang lagi patut terima bala sebab puan yang berkahwin, sedangkan dia cuma menguruskan saja.

      Nasihatkan beliau, supaya cek balik amalan beliau. Kesusahan dan bala itu semua datangnya daripada Allah. Jadi, nak selesaikan, mintalah pertolongan Allah. Bukannya dengan cara mengundang lagi kemurkaan Allah (menyebabkan pasangan yang sah bernikah itu, bercerai berai)

  9. Assalamualaikum ustaz. Saya sudah bercerai hampir 5thn. Dan smpai hari ni sy tdk dpt melupakan bekas suami sya. Saya selalu teringatkan kebaikan dan saat2 bhgia sewaktu kami brsama dlu. Bekas suami sy tu sudh pn berkahwin smula thn lpas. Soalan saya kenapa sya tdk dpt melupakan bekas suami saya?

    1. Sebabnya puan masih belum dapat menerima hakikat yang hubungan puan dengannya sampai setakat itu sahaja. Terimalah hakikat itu dengan tenang, dan teruskan hidup puan.

  10. Salam ustaz,

    Sah atau tidak pernikahan ini jika pernikahan itu di siam dan dinikahkan oleh jurunikah wilayah.akad nikah itu berlangsung berdekatan sungai golok..perempuan itu berasal dari kelantan dan lelaki itu berasal dari terengganu.wali tidak hadir semasa akad nikah tersebut tetapi wali mewakilkan kepada jurunikah tersebut melalui telefon dan disaksikan 2 org saksi..

    1. InsyaAllah sah. Sebaiknya daftarkan pernikahan tersebut secepat mungkin di jabatan agama yang berhampiran. WA

  11. Salam ustaz,
    Kalau seorang lelaki mengahwini wanita yang mengandung anak luar nikah (sudah 2 bulan) yang bukan daripada benihnya, adakah boleh dinasabkan anak yang lahir itu kepadanya?

    T.kasih

  12. Salam ustaz.. Saya telah hamil anak luar nikah.. X masok 2 bln lg.. Teman lelaki sy nk bertanggungjawab.. Ape yg perlu sye lakukan ustaz? Kalau sy bernikah, sah tak pernikahan sye?sebab ade yg ckp tidak sah dan kena nikah semula lps melahirkn

  13. Salam..ustaz..Situasinya begini..
    Kwn sy pompuan..2-2org pompuan..Sorang sudah mengandung 18minggu dan seorang lg 4minggu..

    1. KES 18MINGGU..
    –Boleh x sy mengahwini pompuan tu semasa dia hamil? Alasannya,sy blm ada anak..Dan dia memutuskan utk menggugurkan kandungan tu..Dan sy nekad mengahwininya atas dasar..”Manusia mana yg xbuat slh” Sy hrp Allah yg mengetahui..Skrg pompuan tu dh menginsafi ksalahan die..Persoalan dlm kpale sy ni..Adakah tindakan sy ni salah disisi agama? Kalau slh,apa cara yg boleh sy lakukan utk memelihara ke2-2nya? Iaitu pompuan tu dan anaknya..

    2. KES 4MINGGU
    –Kalau penzina lelaki mengahwini pompuan ni,adakah anaknya boleh ber’bin’kan kpd lelaki itu? Sbb sy pernah terdengar..Selagi masih blm ditiupkan roh,kene cepat2 nikah dan status ank tu masih boleh di’bin’kan kpd penzina lelaki tu..TAPI kalau selepas dr tempoh itu,anak tu akan jd tidak sah taraf dan akan di’bin’kan kpd Abdullah..Adakah sy tersilap? Mintak tunjuk ajar..

  14. Salam ustaz.. sy hamil 2 minggu.. tpi sy nikah mggu depan.. anak ni sah taraf tak? dan pernikahan sy nnti sah ke ustaz?

  15. ustaz,saya tahu sy bersalah.tapi sudah terjadi.skrg sy mengandung 9 minggu.kalau dlm tempoh sebelum 3 bln.saya bernikah adakah boleh bin/bintikn lelaki itu? atau gugurkn saja.

    1. Jika bayi dilahirkan selepas tempoh 6 bulan daripada tarikh perkahwinan saudari, maka anak itu boleh dinasabkan kepada bapanya (berbin atau berbintikan lelaki itu). Jangan fikirkan untuk gugurkan kandungan, implikasinya sangat besar. Fikirkan dulu bagaimana supaya saudari dapat memudahkan urusan perkahwinan.

  16. assalamualaikum ustz sya nk tanya apa prosedur nikah ketika hamil??
    saya perlu rujuk siapa dan bagaimana? harap ustz dpt membntu.terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme