I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bantuan Sewa Rumah

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada azeima :

Salam ustaz,ada sedikit kemusykilan…suami saya ada menyewakan rumah kepada 1 keluarga mualaf.Oleh kerana ketua keluarga tersebut sahaja yg bekerja dan gaji pula kecil beliau tidak mampu membayar sewa rumah tersebut yg telah tertunggak hampir 1 tahun lalu memohon bantuan dari JKM/ZAKAT.Semasa membuat permohonan beliau meminta suami saya meletakkan jumlah bayaran sewa melebihi jumlah caj sewa yg sebenarnya.Lalu suami saya meletakkan mengikut jumlah yg dibayar kepada bank iaitu lebih kurang dlm RM200 sebulan.Setelah sumbangan zakat diterima oleh keluarga tersebut,beliau pun menjelaskan jumlah tunggakan sewa selama 1 tahun itu.Soalannya adakah suami saya dikira bersubahat dalam menuntut wang zakat tersebut kerana telah meletakkan jumlah yang melebihi caj sewa yg sebenarnya?Harap ustaz dapat memberi penjelasan dan perlukah wang yg lebih itu dipulangkan?Terima kasih.

Dalam muamalah berkaitan sewa ini, tak dapat tidak perlu ada kontrak perjanjian sewa.. Kontrak perjanjian ini perlu bagi melindungi kedua2 pihak (landlord dan tenant) daripada sebarang masalah di kemudian hari. Sekalipun perjanjian mulut itu juga boleh diambil kira, namun perjanjian bertulis itu lebih selamat (sama kaedah mcm surat hutang).

Bila ada kontrak perjanjian ini, maka semuanya diasaskan pada kontrak itu.. berapa bayaran sewa, berapa haribulan nak bayar, berapa tahun nak sewa, caj2 lain dsb. Ustaz Love andaikan tiada kontrak perjanjian sewa ni.. Maka, buatlah satu surat perjanjian.. katalah sewa sebulan RM500. Maka buat surat perjanjian itu dengan dicatatkan bayaran sewa yg perlu dibayar tiap2 bulan adalah RM700. Maka, bila Baitulmal membayar RM700 kepada tuan rumah, tuan rumah boleh memberikan RM200 itu sebagai sedekah (sbb asalnya memang nak sewakan RM700 sebulan.. dan dah ditulis dalam perjanjian.. maka RM700 itu milik tuan rumah, dan terpulang pada tuan rumah nak amik semua sekali RM700 atau nak sedekah RM200 kepada penyewa). Ini untuk tahun depan la.. bagitau kat penyewa yg harga rumah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700..

Sebaliknya jika memang dah ada kontrak perjanjian sewa yg menyatakan bahawa tuan rumah menyewakan rumah itu dengan harga RM500, maka tidak boleh menyatakan dalam borang yg ianya disewakan dengan harga RM700.. sebab telah ada perjanjian, dan ianya dianggap sebagai penipuan. Wang itu perlu dipulangkan kerana ianya milik Baitulmal dan bukan milik tuan rumah mahupun penyewa rumah. Jika beliau nak tambah bantuan, Baitulmal masih ada lagi bantuan2 lain yg boleh diberikan spt bantuan pelajaran, bantuan makanan, bantuan pakaian sekolah, bantuan yuran pengajian dsb.

Apapun, adalah lebih baik (kalau dah ada kontrak sewa) perkara ini dibincangkan dengan pegawai Baitulmal.. mungkin lebihan wang itu boleh dimasukkan dalam jenis bantuan lain yg bersesuaian bagi penyewa yg muallaf itu. Sekurang2nya beliau masih lagi dapat jumlah yg sama dengan jenis bantuan yg berbeza 😉

Tambahan : Berkenaan dengan tunggakan sewa pula, maka memang perjanjian sewa (walaupun perjanjian mulut) adalah kurang daripada RM200.. kata la sewa RM100.. jadi, tertunggak 12 bulan (1 tahun), maka jumlah sepatutnya dibayar adalah RM1200.. tapi Baitulmal bayar RM2400.. maka tuan rumah kena pulangkan balik RM1200 tu kepada Baitulmal..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum..
    Saya merupakan Janda anak sepasang.selepas bercerai saya telah mendapatkan hak harta sepencarian bagi rumah kami..saya telah pun memperolehinya..Namun setelah berbincang dengan bekas suami, kami bersetuju utk tidak menjual harta tersebut sebaliknya teruskan membayar kerana ingin dihibahkan kepada anak-anak kami kelak.Dia bersetuju membayar ansuran rumah sepanjang dia berada dirumah tersebut.

    Baru-baru ini, bekas suami jatuh sakit..dia tidak dapat bergerak mahupun bercakap, apatah lagi untuk membayar ansuran bulanan rumah tersebut. Begitu juga dengan nafkah anak yang tidak berbayar.Rumah tersebut terbiar tidak berpenghuni.saya telah dapat surat amaran dari bank berkaitan bayaran tertunggak.

    Saya telah meminta izin keluarganya untuk menyewakan rumah tersebut, namun sebahagian daripada adik beradiknya tidak bersetuju saya berbuat demikian.

    Persoalannya, bolehkah saya sewakan rumah tersebut kepada orang lain? yang mana hasil dari kutipan sewa itu saya gunakan untuk membayar ansuran rumah tersebut dan bakinya saya ambil sebagai nafkah anak-anak? Apkah tindakan dan kesannya jika sekiranya saya menyewakan juga rumah itu?

    Mohon bantuan ustaz. syukran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme