I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Antara Ibu Kandung Dan Ibu Angkat

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada MamaYatie :

ustaz, boleh tak ulas tentang tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya yg mana anaknya dibela oleh org lain sbg anak angkat..siapa yg patut anak dahulukan, ibu angkat @ ibu kandung?

time kasih ustaz

Nak jawab macam mana ye? Kalau jawab siap dengan intro, kang jadi macam artikel majalah plak.. Kalu jawab direct pada hukum, pendek sangat plak… hehe.. Mana2 pun boleh la kan.. Sbb tak bleh nak jangka gak penulisan Ustaz Love ni.. kadang2 plan nak tulis panjang2, last2 jadi pendek je entry.. Ada entry yg nak tulis pendek je, tengah menulis, idea plak mari.. jadi panjang mcm cerpen la plak..

Sebenarnya dalam Islam, hak seseorang itu didahulukan berdasarkan agama.. kemudian baru keturunan.. kalau ibu bapa bukan Islam, tetapi anaknya dah masuk Islam.. kemudian ada plak mak ayah angkat (beragama Islam), maka hendaklah mendahulukan mak ayah angkat itu dalam mematuhi perintah.. kerana mak ayah angkat yg beragama Islam sudah tentu lebih memahami batasan agama berbanding mak ayah kandung yg bukan Islam..

Bagi anak angkat yg dah sememangnya daripada keluarga beragama Islam, dan ibu bapa kandungnya masih lagi hidup.. Maka tanggungjawabnya adalah pada ibu bapa kandungnya.. sekalipun bukan ibu bapa itu yang menjaganya daripada kecil.. Ini kerana, sekalipun mak ayah angkat itu menjaganya seperti menatang minyak RON97 yang penuh, namun ianya masih tidak dapat menandingi pengorbanan dan kelebihan ibu bapa kandungnya.

Ibunya mengandungkan beliau 9 bulan 10 hari.. perut tak bleh nak tukar2.. agak2 rasa penat je, cabut jap.. tempek kat perut orang lain contohnya.. memang mustahil berlaku… Jadi, 9 bulan 10 hari itulah ibunya mengusung ke hulu, ke hilir.. nak makan, nak mandi, nak tido, nak berak.. semuanya ibu itu terpaksa membawa anak yg dikandungnya.. berbeza dengan mak angkat.. takde lagi mak angkat yg bawak anak angkatnya masuk sekali dalam jamban disebabkan terlalu sayangkan beliau.

Itu satu bab.. belum masuk bab loya masa mula2 mengandung.. bengkak betis.. asyik nak terkencing.. tido terganggu (terutama bila anak dalam perut dah pandai nak main tendang2).. lenguh pinggang.. bengkak buah dada (sbb susu dah mula nak penuh) dan segala mcm kesusahan.. sebab tu disebutkan dalam al-Quran dengan “وهنا على وهن” iaitu kesusahan atas kesusahan.. Dah la susah.. bertambah lagi susah.. tambah lagi susah.. dan lagi.. dan lagi..

Masa nak beranak plak, ibu kandung terpaksa menahan sakit nak beranak.. iaitu lebih sakit daripada nak terberak.. masa tu, memang 50-50.. bila2 masa je nyawa ibu yang mengandung tadi boleh melayang semasa melahirkan.. itu belum masuk bab yg kembar darah, yg turun darah, yg darah naik dsb masa nak beranak.. dah sakit, kena teran lagi.. dengan malunya lagi (sbb doktor standby je depan kemaluan.. kalau dapat doktor pempuan, ok lagi.. kalau dapat doktor lelaki.. siap berjambang lagi? Tak ke terasa malu?)..

Anak dah keluar, kena teran lagi bagi uri keluar.. kalau uri tersangkut, kena bedah plak lagi.. kena jahit plak mana2 yg terkoyak.. dengan kehilangan darah.. dengan penat..

Belum masuk bab masa tengah pantang lagi… Ini bukan pantang berkhatan okeh.. Kalau pantang berkhatan, pagi khatan.. petang dah bleh main bola.. Pantang beranak dengan darah nifasnya lagi, dengan bengkak kaki lagi (bentan), dengan buah dada sakit lagi dsb…

Sekali Ustaz Love bercerita ni, dah gaya mcm mak bidan pun ada…

Ayah kandung plak.. Bila mak start mengandung, terpaksa berjaga malam urut kaki isteri, urut belakang isteri yg muntah2.. layankan isteri yg mengidam nak makan itu ini.. sediakan barang keperluan bersalin.. dan yg paling sadis, ayah itu terpaksa berpuasa selama 44 hari daripada bersama isteri beliau yg sah..

Jadi, bila dilihat kepada pengorbanan2 ibu bapa kandung ini, nyatalah pengorbanan mereka lebih besar berbanding pengorbanan ibu bapa angkat.. Sebab itulah, dalam Islam sekalipun ibu bapa itu tidak memelihara anaknya, hubungan mereka masih lagi tidak terputus.. Mereka masih lagi mahram (tak boleh kahwin sampai bila2).. Anak itu masih lagi menjadi pewaris harta ayah kandungnya.. dan masih lagi berbinkan ayah kandungnya.. berbanding keluarga angkat yg tiada hak pewarisan, tidak boleh dinasabkan, menjadi bukan mahram (boleh dikahwini) dengan keluarga angkat bahkan mak ayah angkat itu sendiri.. kena jaga aurat lagi.. sekalipun dianggap sebagai ahli keluarga sendiri.

Maka, nyatalah bahawa ibu bapa kandung itulah yg lebih patut didahulukan berbanding ibu bapa angkat… Tapi itu tidaklah bermakna anak angkat itu boleh berkurang ajar dengan ibu bapa angkatnya.. kerana sebagai seorang Islam, anak itu masih lagi tertakluk dengan akhlak Islam.. iaitu menghormati orang yang lebih tua.. apatah lagi ibu bapa angkat itu telah berjasa dalam memelihara dan mendidik kita..

Cuma, dalam pada ingin menjaga hubungan kedua2 belah pihak, jangan bertindak sendirian.. Sebaliknya, hendaklah berbincang dengan keluarga angkat dan keluarga kandung.. supaya masing2 saling memahami dan anak angkat itu tidak tersepit di tengah2.. InsyaAllah, bila masing2 faham, maka segala urusan akan berjalan dengan mudah.. Kalau masing2 tak faham, itu yg payah..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

33 Comments

Add a Comment
  1. ramai org menghukum berdasarkan logiknya sesuatu perkara itu.dibuang ke tepi pokok hukum yg sebenar.. in fact, kalo semua orang sedar untuk ‘back to the basic’ dalam ape jua ehwal pon.. xkan timbul persoalan @ke’confuse’an. cume kalo xtahu mmg wajib kite bertanya kpd yg pakar. bertanyalah kepada org yg mengetahui mengenainya. itu kalam Tuhan.. tq ustaz dgn huraian ini. ad kwn sy btnyakan hal ini juga. nnt sy mtk di rujk laman ustaz nie 🙂

    1. setiap manusia tak sama tahap pemahamannya.. even di kalangan golongan agama (para ustaz dan ustazah) pun ada yg berselisih pendapat.. apatah lagi orang awam.. jadi, kita kena letakkan diri kita dalam keadaan mereka, baru kita mampu nak memahamkan mereka..

      terima kasih kembali kepada faezah 😉

  2. Salam Ustaz..
    Penjelasan baik..sehingga sy dpt merasakan dan membayangkan detik2x seorang ibu dan ayah yang banyak berjasa dan berkorban utk anaknya

    1. Salam Najah..

      Biasanya kita cuma dapat membayangkan.. itu namanya ilmu al-yaqin.. bila kita tengok mak beranakkan adik kita, itu dinamakan ain al-yaqin (nampak depan mata peristiwa tu).. bila kita sendiri yg beranak, itulah haq al-yaqin (keyakinan peringkat tertinggi.. yg mana kita sendiri mengalaminya) 😀

  3. ibu saya suka mengadu domba dan menyebabkan pergaduhan anak-anak nya, Ibu juga melebihkan anak lelakinya daripada anak perempuannya…. tapi apabila sakit anak perempuanlah yang akan menjaga. bila dia tak sukakan anak tu dia tidak akan bertegur sapa dengan anak itu dan akan memulaukan anak itu, terkadang kala ayah saya akan mengikut telunjuk ibu saya supaya berperangai yang sama. Kami anak anak perempuan tidak pernah di layan baik

  4. Salam Ustaz..sy ada mengambil anak angkat secara sah dr segi undang2. Sebelum itu, ibu bapa kandung bayi tersebut meminta sy dan suami mengambil bayi tersebut sbg anak angkat atas sebab tidak berkemampuan dan kesempitan hidup. akan tetapi, dr bayi itu berumur 1 hari sehinggalah 8 bulan, ibu bapa kandung bayi tersebut sering meminta wang hampir setiap bulan drpd sy. sy bkn nyer org senang sgt, tetapi sy berasa sungguh terbeban dengan perangai ibu bapa bayi tersebut. minta pandangan ustaz.

  5. salam ustaz…sy sudah berkahwin dan kini tinggal sekali dgn keluarga mertua.mereka ada mengambil anak angkat lelaki sejak kecil.Masalahnya sehingga sekarang ibu dan ayah mertua masih tidur sebilik dengan anak angkat yang kini sudah akil baligh(sekolah menengah)..sy musykil akan hal ini,Adakah saya juga perlu menutup aurat sepanjang berada di rumah…bantu lah saya ustaz,

  6. salam ustaz….saya ingin bertanya …..saya ada ambil anak angkat tp anak luar nikah macam mana pulak taraf ibu kandungnya dengan dia ? masih tinggi kah darjat seorang ibu yang tidak mahu kan anak yang dikandungkan nya 9 bulan 10 hari itu kerana perbuatan yg dilakukan?

    1. salam somak..

      persoalan ni rasanya Ustaz Love dah jawab dalam entry2 lepas.. insyaAllah, buat masa ni cuba search dulu.. kalau sempat, insyaAllah, Ustaz Love cuba buatkan entry 😉

  7. ustaz, saya seorang isteri,ibu yang merantau bekerja ditempat orang dengan izin suami.saya ingin mengetahui hak saya sebagai seorang isteri kepada suami yang sangat melebihkan kedua ibu-bapanya sehingga kan hak asas (tempat tinggal) saya tidak diutamakan.kerana mendahlukan tempat tinggal tersebut untuk kedua orang tuanya.

  8. selama ini saya dah bersalah..saya pikir ibu angkat yg kita kena dahulukn..ye lahh kn,,mereka dah jaga kita dari kecik… penerangan ustaz ini memang bnyk membantu..syukran 🙂

  9. ustaz…apa hukum tidak bertegur dengan mak tiri dan ayah kandung? suami sy bergaduh besar dengan ayah kandungnya dan tidak bertegur selama 4bulan.. sy menegur suami sy..dia mengatakan tanggungjawabnya pada ibu kandungnya sahaja.ayah dah kawin lain,,bukan lagi tggjwb dia hormat pada ayah. sy bgtau salah..anak kne ttp hormat ayah..dlm quran xkata klu ayah kwin lain,,,xperlu hormat.tp dia ttp bdegil..katanya syurga anak di bawah tlpk kaki ibu. de x nas yang jelas mengatakan derhaka pada ayah apa hukumnya?
    2) ustaz de kata hukum hormat mak tiri sama seperti seperti mak kandung… bole x ustaz bagi nas untuk mengukuhkan hukum tersebut. sebab suami sy bpendapat mak tiri xperlu nak hormat.. masa kecil banyak buat benda xbaik padanya dan adik beradiknya.. padahal mak tirinya la banyak berjasa..kahwinkan smua adik beradiknya dan banyak lagi. nak dekat setahun mereka xbertegur.
    3) apakah hukum saya berhubung dengan mak tirinya dan ayahnya sekiranya suami saya tidak suka? saya sering mesej dan membawa anak-anak saya berjumpa ayahnya..

  10. assalamualaikum. terima kasih ustaz atas penjelasan yang mudah dan terang untuk difahami. seperkara lagi yang ingin saya tahu…apakah hukum ibu bapa angkat yang suka mengungkit-ungkit kepada anak angkatnya yang telah dewasa tentang tanggungjawab mereka ini perlu dibalas semula. contohnya mereka menetapkan perlu hantar sebahagian wang daripada gaji, pulang melawat mereka tiap2 bulan. sekiranya ada ter’miss atau tidak dilaksanakan kehendak mereka, anak angkat tadi terus dipanggil anak tak mengenang budi dan derhaka. mohon ulasan ustaz, ibu kandung si anak angkat tadi memendam rasa bila dapat tahu tentang perkara ini

    1. ibu tiri lebih utama, kerana beliau adalah isteri kepada ayah kita dan menjadi mahram dengan kita..

  11. assalamuallaikum…saya nak tanya,saya mempunyai ibu bapa angkat.masalah nya ilah bapa saya yang tak pernah mendidik saya dengan lembut.setiap kesalahan akan diherdik.malahan ketika kecil saya akan dipukul kalau melakukan salah walaupun kesalahan kecil.itu lumrah didikan bapa saya.herdik untuk setiap kesalahan.sampailah kini saya dah berumur 27 tahun msih diherdik sampaikan sekali saya pernah terlupa membeli surat khabar,saya dikatakan sengaja melengahkan urusan dan terus tak sempat membeli surat khabar yang beliau inginkan.saya menjawab dengan sedikit kasar.saya bukan sengaja,saya penat dengan urusan dan kesesakan lalulintas tapi apabila sampai dirumah saya terus dikatakn sengaja.salahkah saya berkata kasar terhadap bapa saya?saya tak nak di anggap anak derhaka,tapi saya pun manusia walapn saya terhutang budi kerana saya dibesarkan mereka,,berhak kah saya di herdik setiap kali saya melakukan silap.

    1. ibu bapa angkat mahupun ibu bapa kandung tidak boleh selalu mengherdik anak2, apatah lagi jika anak2 itu telah dewasa. Namun, kita sebagai anak yang lebih rendah tarafnya, perlu selalu memohon kemaafan daripada mereka dan sentiasa mendoakan semoga Allah mengubah sikap mereka menjadi lebih baik.

  12. Assalam ustaz. .saya ingin bertanya bolehkah ibubapa angkat tidak memberi ibu kandung berjumpa dengan anaknya walaupun anak itu bukan anak yang sah. .

    1. Ibu bapa angkat tiada hak menghalang ibu kandung drp berjumpa dengan anaknya. Anak itu adalah bernasab dengan ibunya dan mewarisi hartanya.

      1. Salahkah jika ibu kandung selalu bertanyakan tentang perkembangan anaknya?sehingga ibubapa angkat mengatakan cara ibu kandung tersebut seperti meletakkan anaknya di taska untuk menjaga dijaga.

  13. Assalamualaikum,
    saya nak bertanya,adakah ibu bapa angkat mempunyai hak melarang anak angkatnya untuk tinggal bersama ibu bapa kandungnya?? selama 18 thn saya tinggal bersama keluarga angkat saya setahun sekali sahaja saya dapat berjumpa dengan keluarga kandung saya, saya selalu bermimpi ibu kandung saya selalu ada bersama saya memberi kasih sayang sepenuhnya…saya sangat merindukan ibu kandung saya tetapi ibu angkat saya bertegas tidak mahu melepaskn saya berjumpa atau tinggal dgn ibu kandung saya sendiri..

Leave a Reply to zaza Cancel reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme