I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Anak Luar Nikah Berkahwin

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan berkaitan dengan perkahwinan anak luar nikah daripada seseorang :

Kalau anak luar nikah anaknya kahwin, masih ke dia anak luar nikah?

Kejap.. Ustaz Love kena fahamkan soalan dulu.. kalau tak faham soalan, jawapan pun bleh jadi silap.. macam masa exam gak.. kegagalan memahami soalan adalah punca kepada kesalahan jawapan.. cewahh..

Mungkin maksudnya mcm ni.. Si A ini merupakan anak luar nikah.. kemudian beliau berkahwin dan dapat anak.. kemudian anaknya itu berkahwin.. Maka, adakah anak itu dikira anak luar nikah?

Kalau begini maksudnya, maka ingin Ustaz Love jelaskan.. bahawa anak luar nikah itu hanyalah status anak kepada wanita yang mengandung dan melahirkan tanpa nikah yg sah.. apabila anak luar nikah ini membesar dan bernikah secara sah dengan pasangannya, maka anaknya nanti bukanlah anak luar nikah.

Status luar nikah ini bukanlah status warisan.. tidaklah disebabkan ibunya itu anak luar nikah, maka anaknya pun dikira anak luar nikah, cucunya pun dikira anak luar nikah dan seterusnya..

Anak luar nikah yg menjadi bapa.. boleh menjadi wali kepada anaknya.. (sila baca dan fahamkan betul2.. takut keliru)

Sebaliknya seorang anak luar nikah (perempuan) tidak boleh diwalikan oleh bapanya.. beliau hanya boleh diwalikan secara wali hakim..

Status anak luar nikah ini bukanlah suatu penghinaan… sbb anak itu tidak bersalah.. sebaliknya, ibu bapanya itu yg bersalah sehingga melahirkan dirinya di luar nikah..

p/s: Ustaz Love dengar kat berita, sebelum tahun 2009, prosedur JPN bagi sijil kelahiran dan mykid tidak diletakkan bin atau binti.. cuma diletakkan nama anak saja.. nama bapa diletakkan di ruangan lain dalam sijil kelahiran.. jadi, jangan mudah2 menyangka bahawa budak yang tak diletakkan bin atau binti dalam mykid tu sebagai anak luar nikah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Comments

Add a Comment
  1. byk mentaliti masyarakat xboleh menerima kehadiran ank luar nikah~ (but still ada yg sebaliknya)

    mereka juga seperti anak2 yg lain…yg berdosa ibu bapanya.bukan dia. sy ad terbaca atkel yg menyatakan status ank luar nikah lebih kuarng sama dgn anak yg yatim..(benar@tidak wallhu a’lam) jika dicaci dihina dsb maka berdosa besarlah kita.. mereka juga mdapat hak2 yg sama seperti anak2 yg lain..

    treat them as u want to be treated. usah benarkan mereka mengulangi kesilapan ibu bapanya..itu tanggungjawab kita

    1. masyarakat suka mengaitkan dan mengheret sekali perkara2 yg tak sepatutnya… disebabkan marahkan seorang lelaki, habis anak bini dan ibu bapa lelaki itu diaibkan.. padahal bukanlah salah mereka.. mcm tu la juga kes anak luar nikah ni.. mereka tak bersalah, tapi diheret sekali menanggung salah ibu bapa mereka.. tapi itulah, tipikal malay.. bila dah terkena batang hidung sendiri, baru tau langit tinggi rendah πŸ˜‰

    1. disebabkan manusia suka berburuk sangka la, maka kita kena tutup segala lobang2 yg membolehkan mereka nak memfitnah atau mengumpat kita πŸ˜‰

    1. betul tu.. status kehormatan seperti pangkat dato’ dan tan sri pun tak boleh diwarisi, apatah lagi status kehinaan πŸ˜‰

  2. saya ingin bertanya satu soalan..bagaiman kalau pasangan permpuan yang kita ingin nikahi merupakan anak luar nikah ustad?tolong terangkan dengan lebih terperinci mengenai hukum dan cara-caranya

  3. sy ingin tau skirannye di sijil kelahiran ank x sah taraf tidak diletak nama bapa bleh tak sekiranya nama bapa yg sbenarnyer di letak pada sijil klahiran wlaupn ibubapanya blm berkahwin?apakah aurat anak dgn si ayah??

    1. Tak boleh letak.. kena letak bin Abdullah atau mana2 nama Allah (letak Abdul di depan..cthnya Abdul Rahman). Aurat sama dgn bkn mahram kecuali jika bapa itu dah bernikah dgn ibunya.

  4. Ustaz bagaimana jika anak luar nikah,perempuan berkahwin tidak mgunakan wali hakim,sebaliknya wali ayahnya,di sebabkan malu..

  5. ustaz,anak luar nikah( pegantin perempuan) berkahwin tidak menggunakan wali hakim,wali ayahnya sendiri.di sebabkan malu ngan keluarga pegantin lelaki.apakah status perkahwinan mereka?

  6. Salam, nk tnye. Sekiranya nama ank luar nikah(perempuan) dlm ic binti nama ayahnye. Dan ayahnye telah bernikah dengan ibunye. Bagaimana pula ketika anak tersebut ingin nikah nnti sb nama ayahnye ade tertulis pada ic si anak? Dan macam mane dengan aurat antara si anak dan si bapa? Apa yang dimaksudkan anak luar nikah adalah die berada dlm kandungan lebih dari 6 bulan si ibu tanpa nikah dan bernikah dengan si ayah beberapa minggu sebelum anak dilahirkan, adakah ini yang dikatakan anak luar nikah? Harap dapat memberitahu

  7. ada pasangan kekasih yg terlanjur dan mengandung ank luar nikah.pasangan itu dengan bangga memberitahu itulah tandanya jodoh mereka berdua?persoalan nya sekarang adakah itu benar jodoh @ perempuan itu telah memaksa lelaki tersebut mengahwini nya?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme