Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Soal Jawab : Adakah Kematian Itu Menyakitkan?

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yang menamakan dirinya md amin..

ustaz, setiap manusia akan mati…adakah kematian itu menyakitkan ?
dan saya keliru kerana ramai orang kata setiap orang yang mempunyai dosa akan ke neraka dahulu untuk dibersihkan dan barulah ke syurga..betulke?

terima kasih ustaz..

Ini persoalan ghaib ni.. Ustaz Love pun belum pernah melaluinya..

Bukan manusia saja, tetapi setiap yang bernyawa dan berjiwa.. hatta binatang, pokok2, ikan, burung, kucing buta, siput sedut, jin, syaitan dsb.. semuanya akan mati.. Cuma syaitan itu dipanjangkan hayatnya sehingga ke hari akhirat..

Soal sama ada kematian itu menyakitkan atau tidak, maka ianya suatu persoalan yang agak sukar dijawab.. Jika kita baca kisah saat2 kewafatan Nabi s.a.w. maka jelas bahawa mati itu memang sakit.. sehingga baginda berpeluh di dahi.. namun, sakitnya kematian ini, hanya orang2 yg pernah mengalaminya saja yang dapat mengesahkannya..

Orang beriman insyaAllah akan mati dalam keadaan kurang sakitnya.. kerana saat2 kematiannya, malaikat datang membawa perkhabaran gembira untuk hidupnya di akhirat.. beliau akan rasa sangat seronok sampai tak terasa sakit kematian (mcm kisah wanita2 yang melihat Nabi Yusuf a.s. dan terpotong jari tanpa sedar.. sbb terlalu asyik dan seronok memandang wajah Nabi Yusuf a.s.)

Manakala org yg fasiq dan kufur akan merasai betapa sakitnya nak mati.. sbb akan datang malaikat yg mengkhabarkan balasan azab bagi mereka.. roh itu takut nak keluar, tapi direntap keluar..

Mcm orang yang nak ikut kita, kita pegang je tangannya dia akan ikut.. tak perlu tarik kuat2.. tapi kalau dia tak nak ikut, kita tarik kuat2, maka dia akan terasa sakitnya.. begitulah juga mcm roh yg nak keluar daripada jasad.. roh org beriman akan keluar dengan lancar dan lembut.. manakala roh orang kafir dan fasiq akan tertarik2 untuk keluar dan sangat sakit..

Bila dah sampai hari pembalasan, setiap orang akan dihisab akan amalnya.. jika kebaikannya lebih banyak daripada keburukan, maka beliau akan masuk syurga.. kalau keburukan dan dosa lebih banyak daripada pahala, maka beliau akan dimasukkan dulu ke dalam neraka.. kemudian baru dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam syurga. Hisab ini akan dilakukan dengan teliti, hatta amalan (baik atau buruk) sebesar zarrah (mcm biji sawi / atom) pun akan dikira..

Untuk menyelamatkan daripada kegagalan semasa Hisab, maka jagalah solat.. Sbb sesiapa yg menjaga solatnya, maka akan dimudahkan hisabnya.. sbb solat itu yang mula2 sekali akan dihisab.. kalau lulus bab solat, yg belakang2 dikira borong lulus gak.

Semua orang yang semasa matinya masih kekal Islam, maka layak untuk masuk syurga (walaupun mungkin akan masuk neraka beberapa ketika).. Sebab itu, kena usaha tingkatkan iman dan amal kita.. sbb perkiraan akan bermula di garisan penamat, sama ada kita berjaya atau tak.. Mcm dalam perlumbaan larian 100 meter, bukanlah dikira pemenang jika kita mendahului pada 50 meter pertama.. tapi yang dikira adalah di garisan penamat.

Jika kita hidup atas dunia ini dengan penuh kebaikan, tapi bila akhir hayat kita mensyirikkan Allah, atau murtad.. maka kekallah kita selama2nya dalam neraka..

Sebab itu kena ada perasaan takut dan harap.. semoga Allah kekalkan Iman dan Islam dalam diri kita sampai akhir hayat.. jangan sibukkan hal orang itu orang ini sampai terlupa akan diri sendiri.. Mungkin juga orang yg buat maksiat tu diberikan hidayah sebelum mati, dan mungkin juga kita yang kekal dalam ibadah ini ditarik hidayah dan mati dalam keadaan maksiat.. wal ‘iyazu billah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. adik makcik kantin…

      taubat sentiasa terbuka selagi nyawa belum sampai ke halkum.. tapi, tak semestinya time nyawa nak sampai ke halkum tu, umur kita 97 tahun.. sekarang ni, budak2 muda pun ramai yg mati eksiden.. mcm buah kelapa, kelapa tua pun gugur.. putik kelapa pun gugur..

      umur 14 tahun tu Ustaz Love rasa dah baligh dah.. jadi, menjadi kewajipan adik makcik kantin untuk menjaga solat.. kalau belum baligh pun, belajar2 untuk menjaga solat.. alah bisa, tegal biasa ;)

        1. takpe.. lelaki ke perempuan ke, sama je kewajipannya.. cuma kalau perempuan, ada masa2 uzur.. tapi kalau lelaki tak solat, uzur kat mana pun tak tau ;)

  1. takde benda nk komen.. tapi teringin nak komen… maka, terkomen la kat sini.. ^.^

    *thanx utk info tuh.. nice..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


three + = 7

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site