I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Siapa Lebih Utama? Lelaki Atau Wanita?

Salam…

Ustaz Love sebenarnya tak nak terjebak dalam membuat apa2 entry yang bersifat perkauman.. Perkauman di sini bukanlah bermaksud racist.. tapi sesuatu yg melibatkan kaum lelaki dan kaum perempuan.. kaum khunsa Ustaz Love tak nak ulas lebih2.. sbb mereka bukannya majoriti, cuma minoriti dalam kehidupan manusia..

Apabila timbul isu perkaitan soal keutamaan lelaki atau perempuan, atau persamaan antara lelaki atau perempuan, maka akan timbul golongan2 ekstrimis spt gerakan Feminisme (spt SIS) atau golongan2 tradisional yg melebih2kan lelaki sehingga sampai ke tahap meletakkan wanita isu di tempat yang begitu rendah..

Pelbagai hujjah yang dikemukakan untuk mempertahankan pendapat masing2.. Hingga akhirnya mewujudkan golongan2 yg membenci kaum lawan jenis (lelaki benci perempuan dan sebaliknya).. Kemuncaknya, mereka terjebak dengan hubungan sesama jenis.. jadi lesbian, gay ataupun lebih tertarik berhubungan dengan binatang spt kambing, ayam, siput sedut dsb..

Apabila kita terlalu ekstrim dalam memahami sesuatu kenyataan, maka ianya sangat merugikan.. Kerana dalam Islam, tolak ansur itu lebih utama.. Jika kita perhatikan dalam sejarah Perjanjian Perdamaian Hudaibiyyah, kita melihat bagaimana syarat2 yg dikemukakan oleh pihak Musyrikin Mekah terhadap kaum Muslimin Madinah pimpinan Nabi s.a.w. sangat berat sebelah.. Kalau kita baca pun, kita tak puas hati..

Tapi Nabi s.a.w. dengan kebijaksanaan Baginda sangat berpandangan jauh.. Akhirnya, dengan Perjanjian Hudaibiyyah itu juga menjadi pemangkin kepada Fath Mekah.. semuanya atas dasar tolak ansur.. Jika Nabi s.a.w. bersikap keras dan ekstrim, sudah tentu perjanjian itu tidak akan termeterai.. Dan merugikan pihak Muslimin pada masa akan datang..

Dalam kehidupan ini, kita perlu bersikap tolak ansur dalam banyak perkara.. terutama dalam hubungan suami isteri.. Tanpa tolak ansur, pasti statistik perceraian akan semakin meningkat (drp 15 minit satu perceraian, mungkin jadi 15 saat pasti ada satu perceraian).

Jika suami menganggap dirinya lebih utama daripada isterinya, maka sudah tentu berlaku pemerintahan ala diktator dalam rumahtangga.. Isteri takde hak bersuara.. Anak2 takut kepada ibu bapa.. akhirnya, bila anak2 dah dapat kehidupan sendiri, dah tentu anak2 akan membuang diktator (ibu bapa) daripada hidup mereka.. Ataupun lebih teruk lagi, mereka akan mewarisi sifat diktator itu dan mengamalkan dalam rumahtangga mereka..

Begitu juga jika isteri menganggap dirinya lebih utama (mungkin sebab berpangkat tinggi, membiayai sebahagian besar perbelanjaan keluar dsb), akan berasa hilang hormat kepada suami sebagai ketua keluarga..

Walaupun ada ayat yg menyatakan “Lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita”, tetapi jangan dilupakan sambungan kepada ayat itu.. Bukanlah lelaki itu lebih utama (sebagai pemimpin) sbb beliau ada faktor istimewa di sisi Allah ke, tapi disebabkan Allah dah melebihkan kepada lelaki beberapa perkara berbanding wanita.. Contohnya lelaki lebih kuat dan gagah perkasa berbanding wanita.. Lelaki juga takde masa2 uzur spt haidh, nifas, wiladah dsb.. dan beberapa perkara lain.

Namun wanita itu juga jangan dilupakan kelebihan mereka.. Kalau tak istimewa, takkan ada surah An-Nisa’ (wanita).. ada ke surah ar-Rijal (lelaki) dalam al-Quran? belek 10 kali pun pasti tak jumpa..

Juga wanita ini, dalam kelembutan mereka mampu untuk memberi sokongan dan semangat kepada lelaki.. Ada lelaki yg naik sebab sokongan wanita (spt ibu, isteri, anak2 dsb).. dan ada juga lelaki yg jatuh disebabkan wanita.. kalau tak power, takkan la mampu jadi penyebab kenaikan dan kejatuhan lelaki.. ye tak?

Sebab itu, lelaki mahupun wanita.. kedua2nya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.. dengan kelebihan dan kekurangan inilah, mereka saling lengkap melengkapi antara satu sama lain (dengan lelaki).. Lelaki marah, disabarkan oleh wanita.. wanita bersedih, digembirakan oleh lelaki (buat lawak ke – ini antara keistimewaan lelaki)..

Jadi, tak perlu lelaki mahupun wanita nak menjadi lebih utama daripada yang lain.. Sebab yang paling utama di sini Allah, adalah mereka2 yg bertaqwa.. tak kira lelaki ke, perempuan ke..

Tapi, bagi lelaki yang tak solat, nilainya lebih rendah daripada wanita.. sbb wanita tak solat sbb uzur.. lelaki tak solat, uzur tang mana? πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. assalamualaikum
    ya nice entri ustaz
    bak kata orang
    jgn sayang sesuatu lebih2 boleh jd benci suatu hari nanti
    dan jgn benci sngt takut syg suatu masa nnt
    itulah tolak ansur pada pndgn sy.

  2. Sokong dengan pendapat ini. Kunci Utama lain dalam hal ini ialah Tolak-Ansur, tiada unsur ini memang susah untuk menjalinkan perhubungan yang baik secara berpanjangan

    1. tolak ansur juga ada tahapnya… jangan sampai dengan tolak ansur itu menyebabkan situasi pernikahan semakin buruk.. ada masanya kena bertegas.. πŸ˜‰

  3. “Sebab itu, lelaki mahupun wanita.. kedua2nya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.. dengan kelebihan dan kekurangan inilah, mereka saling lengkap melengkapi antara satu sama lain “……….suka entry ni…mahluk Allah SWT tak kira lelaki atau wanita semuanya sama sahaja…….

    1. dah namanya manusia.. sesempurna mana pun pada pandangan mata orang, pasti ada kekurangannya.. jadi, persoalannya bukanlah sejauh mana kita dapat menerima ‘kelebihan’ yg ada padanya.. tapi sejauh mana kita dapat bertolak ansur pada ‘kelemahan’ yg ada padanya πŸ˜‰

    1. Ustaz Love cuba menjadikan entry2 dalam blog ni bersifat kemelayuan.. jadi banyaklah nama2 Melayu termasuklah haiwan2.. Ustaz Love lebih suka menggunakan nama kucing berbanding cat.. atau menggunakan nama siput sedut berbanding Gary πŸ˜‰

  4. Kedua-dua insan ini sudah diciptakan Tuhan untuk saling melengkapi..Lelaki memang ketua keluarga, itu fitrah. Tapi wanita juga bukan untuk diinjak2, tetapi disayangi..:)
    Nice post uzstaz..walaupun saya berlainan agama tapi saya tau lelaki ketua keluarga..dan itu adalah hak lelaki yang tidak boleh dipertikaikan oleh wanita yang bergelar isteri..:)

    1. terima kasih kerana sudi memberi komen..

      lelaki sebagai ketua keluarga memang telah menjadi warisan dan budaya tak kira bangsa mahupun agama.. ini kerana kelebihan lelaki yang Tuhan berikan untuk bekerja dan mencari rezeki..

      Tapi bagi Ustaz Love, kaum wanita lebih kuat walaupun sebagai suri rumah (apatah lagi yg bekerja).. sbb Ustaz Love sendiri tak larat nak basuh baju sendiri.. nak mengemas ke.. tapi arwah mak Ustaz Love dulu, boleh kata rehatnya cuma tido waktu malam.. itu pun tido lambat.. sedangkan lelaki cuma kerja ikut waktu pejabat πŸ˜‰

  5. salam ustaz love…ustaz sayang…sweet gler name ustaz nih….best sgt bce entry ustaz…if sy bwu kat sini tp sy tertarik setiap entry yg ustaz hujahkan….

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme