Salam…
Kefahaman merupakan suatu anugerah yang Allah berikan kepada manusia.. kefahaman agama, kefahaman dalam pelajaran, kefahaman dalam pekerjaan, kefahaman dalam hidup berumahtangga dsb.
Sekalipun seseorang itu mempelajari ilmu agama, belum tentu beliau memahami apa yg dipelajarinya.. sama seperti subjek matematik.. cikgu yang sama.. tajuk yg sama.. cara pengajaran yg sama.. tapi tak semua pelajar memahaminya.. ada yang terlopong kosong.. ada yang terangguk2 mcm faham.. dan ada yg memang betul2 faham.. tak kurang juga ada yang salah faham..
Bila dah faham, belum tentu seseorang itu berjaya menyampaikan dan memberi kefahaman kepada orang lain dalam penyampaiannya..
Ia berkait rapat juga dengan ilmu komunikasi.. Bagaimana untuk menyampaikan kepada golongan mcm ni.. Macam mana nak sampaikan kepada golongan mcm tu.. Sebab satu cara tak mungkin boleh digunakan dalam semua keadaan.
Seperti yg Nabi s.a.w. tunjukkan.. ada masa Baginda menyampaikan dalam keadaan lemah lembut, ada masa Baginda menyampaikan dalam keadaan bersemangat dsb.. banyak kaedah digunakan yang sesuai dengan orang yang disampaikan..
Inilah yang dinamakan hikmah.. Kadang2 kita memahami hikmah itu dengan maksud penyampaian lemah lembut.. sedangkan maksud hikmah dalam penyampaian itu adalah menyampaikan mengikut kesesuaian masa dan keadaan pendengar.. Tak semestinya lembut sentiasa.. atau keras sentiasa..
Bagi pendengar seperti kita (yg biasa mendengar ceramah, mendengar tazkirah, mendengar pengajaran pensyarah dsb) juga perlu memahami dan menyediakan diri untuk memahami situasi penceramah. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan diri daripada salah faham..
Sebagai contoh (maaf.. perkataan ini agak lucah bagi sesetengah golongan) perkataan pantat.. Jangan cepat melatah jika mendengar penceramah menyebut “pantat”.. kena pastikan adakah beliau mencarut ataupun apa.. kerana bagi orang2 pantai timur, “pantat” itu dimaksudkan dengan bahagian bawah.. sbg contoh “pantat cawan” (bawah cawan).. “pantat periuk” (bawah periuk yg hitam tu) dsb.. Sedangkan bagi orang2 belah selatan, ia merupakan suatu perkataan yg digunakan untuk mencarut..
Ada beberapa perkataan lagi yg Ustaz Love rasa tak perlu la dijadikan contoh banyak2..
Cuma, dalam menghasilkan sebuah kefahaman yg mantap, sang penyampai dan sang pendengar / pembaca mestilah saling memahami apa yang disampaikan.. Antara kunci kefahaman adalah dengan cara bertanya.. Tanya dulu sebelum mengata.. π

syukran
afwan π
betul2… macam kat sabah ni bahasa dia lain sikit.. kalau sabahan bercakap, kena paham dulu betul2, barulah boleh nak menyampuk.. huhu
masuk kandang harimau, mengaum.. masuk kandang kambing, mengembing.. masuk kandang lembu, menglembu π
tapi org sekarang, tak paham pun sibuk nak menyampuk.. susah tuh.. hahaha
itu tandanya nak tunjuk pandai.. last2 tersilap faham, termalu sendiri π
btul tu ustaz.. apa2 pun selidik dulu b4 wt apa2 keputusan, hikk…
betul3x π