I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Salahkah Mencari Pendapatan Dengan Blogging?

Salam…

Dah lama Ustaz Love tak buat entry yang mengetengahkan pemikiran Ustaz Love.. apa punya ayat la ni… tapi takpe, janji boleh faham la kan..

Seperti yg Ustaz Love nyatakan dalam entry sebelum ni, Ustaz Love telah memasang beberapa iklan pesaing nuffnang.. Nak kata tak puas hati kat nuffnang, takde la sangat.. Cuma lebih kepada nak bertukar angin selepas hampir setahun meletakkan iklan nuffnang kat blog dengan pendapatan tak sampai RM200..

Persoalannya yang Ustaz Love nak ajak kita sama2 fikirkan, wajarkah kita mencari pendapatan dengan blog kita? Wajarkah kita berkira soal bayaran (atau lebih tepat lagi, berkira soal duit)? Ataupun kita harus menerima saja apa yg orang bagi (yang dinamakan redha dan syukur dengan apa yg ada)? Ini antara bentuk2 persoalan yang ingin Ustaz Love bahaskan di pentas blogging ini.. cewahh..

Sebelum tu, ingin Ustaz Love jelaskan.. Ustaz Love pertama kali memasang iklan Google Adsense beberapa tahun lalu.. tapi tak berapa masyuk sbb blog Ustaz Love takde pengunjung.. lagipun masa tu tak kenal lagi istilah blogwalking ni.. tak reti nak promo blog.. Penulisan Ustaz Love masa tu pun agak poyo.. hehe.. pastu Ustaz Love pun tinggalkan blog tu bersawang..

Sampai la Ustaz Love buat blog baru.. dan Ustaz Love baru berkenalan dengan nuffnang.. merasa hasil pertama daripada internet.. dapat tahu statistik blog, trafik, nuffnanger dsb.. Inilah antara jasa2 nuffnang yang Ustaz Love takkan lupakan..

Berbalik kepada persoalan pendapatan hasil iklan di blog.. Ada sesetengah mementingkan pendapatan.. sehinggakan sanggup buat apa saja untuk tujuan mendapatkan BE, entry advertorial berbayar dsb.. Dan ada juga golongan yg langsung tak pentingkan pendapatan ni.. ada ke takde, tak kisah.. Letak iklan pun sebab nak bagi meriah blog.. kalau ada pendapatan, ada la.. kalu takde, takpe la..

Namun ada juga yg jenis mementingkan pendapatan hasil iklan, tapi nak dapatkan dengan cara biasa (bukan short-cut atau ikut jalan belakang).. Memang susah nak dapatkan hasil iklan ni.. kalau iklan yg berdasarkan klik, isunya tak boleh berpakat untuk klik iklan.. atau klik iklan sendiri.. Kalau iklan CPM (BE) plak, kadang2 muncul.. kadang2 tak muncul.. tambahan dengan adanya iklan CPA, menyebabkan BE kadang2 tak menghasilkan apa2 pendapatan (sbb tak muncul2.. muncul pun waktu pagi time trafik pun 0)..

Itu sekadar secebis isu.. yang menjadi persoalannya, perlukah kita cerewet dengan pengiklan dan syarikat pengiklanan ni? Ataupun kita sekadar melukut di tepi gantang (bermakna syarikat pengiklanan tu tak perlukan kita pun, kita je yg terhegeh2 memerlukan diorang untuk mendapatkan secebis pendapatan?)

Bila kita bercerita lebih sikit soal pendapatan, tukar iklan dsb, maka akan ada suara2 yg menyatakan kita tak ikhlas berblogging (tambah2 lagi blog Ustaz Love ni bergenre agama, jadi bila sebut soal bayaran, terus orang nampak tak ikhlas).. Padahal keikhlasan itu bukanlah terletak pada dibayar atau tak, sikit atau banyak pendapatan.. tapi pada keikhlasan kita menulis dan menyampaikan ilmu dan maklumat.. Persoalan ikhlas ni hanya Allah yang boleh menilainya..

Ustaz Love amik contoh seorang penceramah la kan.. beliau datang nak ceramah kat satu masjid atas jemputan AJK masjid.. beliau telah habiskan masa mutolaah (ulangkaji) bab yang beliau nak ceramahkan esoknya.. kemudian, beliau kena sediakan point2 penting supaya ceramah tak melalut.. kemudian beliau terpaksa menempuh perjalanan dengan jalan jem, dengan duit minyak, dengan duit tol.. Kemudian, beliau diberikan masa sejam untuk ceramah (Ustaz Love pernah ceramah sampai sejam, memang perit tekak)… kemudian habis ceramah, diminta jadi imam solat plak.. lepas tu kena habiskan masa dengan jemaah makan2 ringan.. pastu kena layan jemaah yg bertanya itu ini.. akhirnya, sejam ceramah telah bersambung menjadi 2 3 jam.. kemudian diberikan bayaran RM10.. adakah berbaloi dengan masa yg dihabiskan, modal yg dikeluarkan (minyak, tol), tenaga yg dikeluarkan (suara, duduk tegak sampai sejam) dsb? Ini Ustaz Love bagi contoh je.. bukan kisah Ustaz Love.. jangan cepat bersangka2 okeh..

Begitu jugalah dengan pengiklanan di blog ni.. kita bersusah payah berfikir dan membuat entry.. blogwalking.. ping entry.. menyediakan ruang untuk tapak iklan.. membuat review iklan2 BE.. semuanya itu mengambil masa dan ruang kita.. Jadi menjadi hak kita juga untuk memilih pengiklanan yang berbaloi dengan pengorbanan kita dalam berblogging.. dan menjadi hak kita juga untuk bertukar ke syarikat pengiklanan lain yang lebih sesuai..

Kenapa tindakan kita perlu dipertikaikan? Adakah kita dianggap lupa daratan? Jika begitu, nampaknya seolah2 kita meminta sedekah daripada syarikat pengiklanan.. Padahal kita dibayar kerana kita memaparkan iklan mereka.. bermakna, bukanlah dapat duit dengan bergoyang kaki.. atau menagih simpati..

Cuba bayangkan.. jika blogger semua berpakat membuang iklan syarikat pengiklanan tertentu.. bukankah mereka juga yg rugi? Para pengiklan pasti tak nak beriklan melalui syarikat mereka sekiranya iklan mereka hanya dipaparkan oleh satu blog saja? Ye tak?

Ini bermakna, kita memerlukan mereka (menjadi agen) untuk mendapatkan iklan para pengiklan dan meletakkan iklan di blog kita.. dan mereka juga memerlukan kita untuk memaparkan iklan2 client mereka…

Jadi, sama ada seseorang blogger itu nak bertukar atau nak kekal dengan sesuatu syarikat pengiklanan, maka itu adalah hak blogger itu sendiri. Mcm Ustaz Love, Ustaz Love lebih selesa memadukan mereka.. hehe πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

Add a Comment
    1. bleh tahan gak tu.. Ustaz Love masa mula2 dulu rajin blogwalking.. masa tu dapat la 1st earnings RM101.00 tolak Rm1 utk servis.. kira 1st income dpt RM100 selepas 3 bulan berblogging πŸ˜€

    1. advertlets ni mcm innity gak.. tapi pendapatan dia agak slow.. sbb berdasarkan trafik.. 1 UV = RM 0.001

      try la pasang 701Panduan.. ramai yg kata pendapatannya lagi banyak.. 1 klik RM 0.30 πŸ˜‰

  1. saya pun sama la ustaz..lebih suka memadukan mereka dan mereka..haha πŸ™‚ kalau x cuba kita takkan tahu sesuatu benda itu berjalan mcm mana..

  2. sy jenis setia ustaz…hehe…sy xkesah sgt pon lau duit nuff byk ke x..da 50 leh cashout…tu jek…lgpon duit nuff ni pon mcm sampingan jek..xksa pon…lau dpt leh g shpg…lau x duk lam bilik senyap2…hehe..=)

  3. i like this entry πŸ™‚ syukran
    tu la, kenapa nak kena link kan ikhlas dan FOC kan..so aklau bayar utk dgr ceramah terus ckp penceramah tak ikhlas–sungguh tak adil dan tak logik kan..

    1. orang selalu terlupa yg para ustaz pun manusia gak.. bukannya malaikat yg tak makan, tak minum, tak kahwin, tak beranak pinak.. bayaran dianggap mcm jual agama.. padahal yg dibayar itu bukanlah ilmunya (kalau nak kira nilai ilmu, memang tak ternilai la.. dgn susah payah belajar, susah payah dari sudut kewangan masa belajar dsb) tapi bayaran tu untuk masa yg diluangkan, duit minyak, duit tol dll.. tambah2 lagi kalau penceramah sepenuh masa..

      Jangan la kita plak yg menilai keikhlasan sang penceramah, sebaliknya cuba nilai dulu keikhlasan kita yg mendengar ceramah πŸ˜‰

  4. i jenis yg mementigkan income blogging gak πŸ™‚ sbb tak layak nak join innity, so setia ajer dgn nuff, kalau layak, dh lama rasanya me berhijrah..so far nuff income pun not bad lah utk UV suam2 kuku blog me tu πŸ™‚

    1. join advertlets pun ok gak mama.. sbb dia based on traffic.. walaupun sikit, tapi kalau trafik lebat mcm blog mama, senang2 je nak kalahkan income pengiklanan lain.. yg penting, advertlets tak kisah dimadukan πŸ˜€

  5. Salam ustaz..
    saye ni da lame wat blog.. tp ltk iklan nuff tu pun sesaje je.. blog pun xaktif sgt.. lame xcek rupe yer dah ade rm 8 dlm akaun nuff.. gumbira rase ati walaupun xbyk tp ok la kan.. skang ni nk try ltk iklan lain2 plak tp xbrape pandai… bole ustaz bgtau x syarikat pengiklanan mane yg ok.. tq ustaz.. πŸ™‚
    vnaz recently posted..L0vE.LiFe.LaUgHMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme