I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Salah Faham Isu Bulu

Salam…

Akibat entry pasal bulu tadi, dalam sejam, hampir 50 visitors datang ke blog Ustaz Love.. Femes gak rupanya isu bulu2 ni.. Tapi, bukanlah itu yang Ustaz Love nak fokuskan, cuma beberapa salah faham yang Ustaz Love rasa patut dihighlightkan supaya menjadi panduan kita bersama..

Antara isu yang Ustaz Love dapat tangkap berdasarkan komen2 para pengkomen adalah :

“Kalau nak cukur bulu, kena minta kebenaran suami atau bakal suami dulu”

Yang kalau mintak kebenaran suami tu, Ustaz Love faham la.. tapi kalau mintak kebenaran bakal suami, itu yg agak confuse sket.. Adakah bakal suami itu sama tarafnya dengan suami? Jika sama, pada perkara apa agaknya yg sama tu?

Akibat tersilap faham, maka ramailah yang dah bertindak menjadi seperti pasangan suami isteri walaupun belum lagi berlaku akad nikah.. Salam cium tangan.. nak keluar, kena minta izin boyfriend.. ada plak istilah rujuk, cerai, janda, duda dsb walaupun tak akad nikah pun lagi.. Adakah ia suatu bentuk rehearsal (latihan.. mcm latihan sukan sebelum pesta sukan sekolah tu) sebelum berkahwin? Supaya tak kekok selepas berkahwin? Mcm tu ke?

Wahh.. panjang plak Ustaz Love berleter.. kang takde kaitan plak dengan tajuk..

Mencukur bulu ini adalah perintah Nabi s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis :

Fitrah ada dalam lima perkara, atau lima perkara ialah sebahagian daripada fitrah: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan mencukur misai.Β”” (HR. al-Bukhari)

Ini termasuklah lelaki mahupun wanita.. cuma part cukur misai tu, itu untuk lelaki.. kalau wanita itu ada misai, malah lebih utama lagi beliau mencukurnya..

Tapi kalau cukur ni, biasanya tumbuh lagi lebat.. Maka itu, sila la guna kupon2 MilkAdeal ke, Super Deals ke.. gi buat rawatan muka.. cabut misai tu hingga ke akarnya..

Namun begitu, terdapat larangan memotong kuku dan bulu pada 10 hari pertama dalam bulan Zulhijjah bagi mereka2 yg ingin melakukan korban :

Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit.” (HR. Muslim)

Rambut itu termasuklah bulu2 ketiak ke, misai ke, ari2 ke..

Berkenaan dengan bulu kening, ada sebuah hadis daripada ibn Mas’ud :

Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka..

Bab ini ada perselisihan ulamak.. mazhab Syafie dan Maliki mengharamkan mencabut atau mencukur bulu kening.. tetapi, jika serabut sangat, sampai nampak mcm tok guru Shaolin Kung Fu, boleh la kemaskan sket..

Bagi bulu roma tangan dan kaki, maka harus mencukurnya.. tetapi jika suami melarang cukur (sbb nak buat stok geli2), maka haramlah mencukurnya disebabkan ianya perintah suami.. tapi kalau lebat sampai mendatangkan fitnah (dianggap lelaki, dihina dsb), maka harus mencukurnya juga.. Kalau suami menyuruh cukur bulu roma, maka wajib la cukur.. atas dasar ketaatan kepada suami gak.. kesian kat suami nak usap2 betis isteri, tapi penuh bulu mcm lelaki..

Bab mintak kebenaran bakal suami, ini memang takde kompromi.. haram menganggap bakal suami itu seperti suami sendiri.. maka, segala arahan dan perintah serta keizinan daripadanya adalah null and void.. πŸ˜‰

p/s : Ustaz Love ada teringat member Cina Ustaz Love ada bagitau, wanita2 Cina dilarang mencukur bulu ari2 sebelum berkahwin.. tak pasti betul ke tak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Comments

Add a Comment
  1. Salam, Setuju dgn pendapat bahawa ramai yg sedang bercinta mengibaratkan mereka seperti sudah berkahwin..itulah yg antara punca2 yang menjerumuskan kepada keterlanjuran…

    p/s: geli dgn ayat couple yg memanggil pasangan masing2 seperti abah,mama,baby….huh mcm2 skrg ni…

  2. Ustaz Love…ramai yg tak tahu apa yg mereka tidak tahu…terima kasih atas penjelasan, semoga yg tidak tahu sudah tahu apa yg mereka tidak tahu…kan cantik bia semua bulu2 telah diatur dengan rapi…

    1. kihkih.. bulu2 di luar tu memang cantik kalau dirapikan.. kalau bulu2 dalaman tu, Ustaz Love no komen πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme