I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Rancangan Adik-adikku TV1

Salam…

Serius Ustaz Love tak pernah tergerak hati nak tengok rancangan Adik-adikku di TV1.. Sampai la malam ni, Ustaz Love terbuka TV1.. dan terus terpaku mata sampai la sekarang..

Sebelum ni, Ustaz Love kurang meminati rancangan di TV1.. tak kira la rancangan berunsur agama ke (spt Forum Perdana dll), rancangan hiburan ke.. sebab rancangan di TV1 sangat kurang berkualiti.. Drama pun mcm drama murahan je..

Tapi Rancangan Adik2ku ni memang sangat menarik minat Ustaz Love..

Melihat kepetahan dan kelincahan adik2 memberi pidato membuatkan Ustaz Love teringatkan zaman2 sekolah dulu..Ustaz Love bukan la pemidato.. nak bukak mulut pun payah.. kalau menyanyi tu, luas la mulut.. Tapi Ustaz Love ada seorang senior yang jadi pemidato sampai wakil negeri ke peringkat kebangsaan.. Memang best tengok budak2 berpidato ni.. sbb nampak mcm shuweett je diorang bercakap ala2 gaya orang dah matang..

Kepetahan berkata2 ini merupakan satu modal yang tak ternilai harganya bagi para pendakwah.. kerana dengan lisan, ianya mampu untuk menarik perhatian. Cuba bandingkan ceramah Ustaz Love dengan ceramah Ustaz Azhar Idrus, dah tentu la tak terbanding.. Sbb Ustaz Azhar mempunyai kemahiran dalam berpidato.. Ditambah lagi dengan ilmu yg tinggi..

Ada juga Ustaz2 yang berilmu tinggi, tapi tak berapa pandai berpidato (bercakap), menyebabkan ceramah mereka kurang diminati.. Ada juga Ustaz2 yg kurang ilmu, tapi pandai berpidato.. menyebabkan ceramahnya diminati.. tapi kurang manfaat.. sbb banyak mengarut je..

Tapi, Ustaz2 yang berilmu tinggi dan pandai berpidato serta baik akhlaknya, maka lengkaplah pakejnya untuk menjadi panduan kepada masyarakat. Bukan setakat masyarakat tertarik dengan ceramah dan percakapannya, bahkan mendapat ilmunya dan dapat beramal dengan contoh akhlak yg ditunjukkannya..

Kemahiran berpidato (bercakap) ini boleh diasah dan dilatih.. bak kata orang2 tua “belakang parang pun kalau diasah akan menjadi tajam”.. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
    1. betul tu xDer.. bila dah jadi buluh nnt, dah susah nak lentur.. elok bakor je.. buat lemang πŸ˜€

  1. Kebolehan dalam berkomunikasi di khalayak ramai memang penting..
    Sebab itu merupakan medium utama dalam menyampaikan dakwah..
    Semua orang kena ada..
    Kepada sesiapa yang belum ada… Mungkin belum terlambat untuk menyertai Adik-adikku.. =)

    1. Ustaz Love cadangkan agar RTM dan JAKIM buat satu lagi program “Bapak-bapakku”.. boleh la Ustaz Love join πŸ˜€

    1. hehe.. Ustaz Love ni dah susah nak asah.. sbb nak kena buang karat2 dulu, pastu nak kena jirus air.. pastu nak kena kikis2 mana yg sumbing.. baru bleh asah..

      Ustaz Love tak pandai ceramah.. cemarah bleh la πŸ˜€

  2. Salam Ustaz..
    nAjah sekeluarga pown xterlepas saksikan rancangan nie dri musim 1 dulu..sangat bagos program2x mcm nie..nak dibandingkan dengan program hiburan yg sudah terlalu banyak..kck2x lg dh didekatkan dan diberi penghayatan dengan Agama Islam..harapnya kekallah sehingga mereka dewasa kelak..=)

    1. Salam najah..

      insyaAllah, ibu bapa yg akan mencorakkan.. selebihnya, mereka sendiri yg akan tentukan πŸ˜‰

    1. tapi yg jenis ilmiah ni susah sket nak mendapat tempat.. kalau yg hiburan, dah tentu banyak sokongan πŸ˜‰

  3. petahkan dorang cakap…. rasa macam rendah diri pun ada jugak.. dorang punya pengetahuan lagi tinngi dari orang dewasa kengkadang 2… huhu…

  4. mohon supaya jakim buat rancangan pidato untuk remaja 14 hingga 18 tahun plak….kan best…nie baru lah akan melahirkan bakal pendakwah yg unggul….

    1. kalau peringkat tu, biasanya diorang latih untuk masuk pertandingan mewakili sekolah, daerah, negeri dsb.. kaedah reality show mcm ni masih baru lagi.. mungkin boleh dikembangkan lagi pada masa akan datang πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme