I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Pentingkah Statistik Dalam Agama?

Salam…

Bertitik tolak daripada cadangan beberapa orang yang meminta Ustaz Love untuk membuang iklan, maka Ustaz Love terfikir akan isu ini.. iaitu isu statistik.. Sebab Ustaz Love amat mementingkan data statistik berbanding pendapatan hasil pengiklanan itu sendiri.

Sebenarnya, statistik ini boleh didapati daripada cpanel (bagi webhosting berbayar).. juga ada disediakan bagi free webhosting.. Ada juga software2 tertentu yang menyediakan perkhidmatan statistik ini.

Cuma, Ustaz Love agak kekurangan masa untuk selalu login ke cpanel.. Jadi, Ustaz Love selalu melihat statistik UV (Unique Visitors), Pageviews, Keyword dsb melalui akaun Nuffnang.

Bagi Ustaz Love, statistik yang disediakan di akaun nuffnang lebih tepat berbanding statistik lain. Buktinya, Ustaz Love selalu menaip kembali keyword2 di Google Search Engine untuk mengetahui benarkah terdapat keyword spt itu yang menjurus ke blog Ustaz Love. Dan kebanyakannya memang ada.

Juga Ustaz Love selalu memerhatikan aliran trafik ke blog untuk mengetahui bilakah waktu yg sesuai untuk publish entry, blogwalking dsb. Suatu masa dulu, Ustaz Love tak kisah pun publish entry waktu takde ramai orang.. Jadi, walaupun entry tu nampak berkualiti (cewahh), tapi tak ramai yg membaca.. sbb sebaik mereka membuka blog, tajuk entry Ustaz Love dah ditenggelami oleh entry2 lain yg lebih baru.

Sebenarnya, ia merupakan satu kekurangan juga bagi kerja2 dakwah. Kalau setakat nak dapat pahala, insyaAllah, tulis je benda yg baik, akan dapat pahala. Tapi, yg lebih utama daripada itu (pahala yg dapat dikongsi dengan orang lain.. dan menjadi ilmu yg bermanfaat) adalah jika sesuatu entry yg ditulis itu dapat dibaca dan disebarkan kepada ramai orang.

Kalau kuliah Maghrib kat surau, walaupun cuma ada tok bilal je yang dengar (tu pun sebab tunggu nak azan Isyak), insyaAllah ada pahala di situ. Cuma keberkesanannya agak kurang. Berbanding kalau ceramah di masjid yang lebih ramai jemaah.. Maka ilmu itu dapat disebarkan lebih berkesan kepada jemaah dan seterusnya para jemaah akan menyebarkan kepada ahli keluarga dan orang lain.

Juga, dengan mengetahui statistik pengunjung masjid, maka kita dapat menyampaikan sesuatu ilmu / maklumat dengan lebih berkesan. Ustaz Love sendiri pernah mengalami kejadian sewaktu menyampaikan kuliah Maghrib, jemaah lelaki (itu pun orang tua) sikit sangat. Jadi, Ustaz Love pun cuma fokuskan pada isu2 orang tua.. cerita pasal kematian, pasal azab kubur (hehe).. Bila time makan (lepas Isyak), tengok rupa2nya ramai jemah wanita.. aweks2 pun ramai.. jadi, penyampaian tu agak kurang berkesan kepada mereka.

Maka, bagi Ustaz Love, mengetahui statistik sesuatu perkara itu menjadikan kita lebih bersedia.. Sama kaedahnya sewaktu nak memasarkan produk2 perniagaan.. begitulah juga kaedahnya nak memasarkan produk2 agama ni (kuliah, ceramah, kelas pengajian dsb).

Dengan statistik ini juga, maka kita dapat mengetahui keadaan sesuatu perkara (contohnya situasi agama) sama ada semakin baik atau semakin buruk.. Statistik pembuangan bayi, kes perzinaan, sumbang mahram, murtad dsb banyak menunjukkan kepada kita bagaimana keadaan Islam di Malaysia ini.. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. itu statistik peringkat atasan tu.. setakat statistik kat nuffnang, tak payah amik belajar pun bleh faham πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme