I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Nasi Lemak Buah Bidara

Salam..

Isu nasi lemak menjadi penyebab obesiti telah menjadi isu kebangsaan. Agak sukar ianya nak menjadi isu antarabangsa (walaupun ada jenama Nasi Lemak Antarabangsa) kerana hanya di Malaysia (mungkin juga termasuk Indonesia) saja yang menjadikan nasi lemak ni sebagai makanan harian. Tak kira apa bangsa sekalipun, nasi lemak tetap menjadi pilihan warga Malaysia.. 1 Malaysia, 1 Nasi Lemak..

Namun, ianya terlalu digembar-gemburkan menjadi isu yang seolah2 sangat besar.. Lebih besar berbanding isu e-mail 1Malaysia yang dikatakan tak menggunakan wang rakyat, kemudiannya dikatakan kerajaan kena bayar (kerajaan amik duit daripada mana?). Tak payah bayar, lepas tu kena bayar.. Ustaz Love tak nak ulas isu ni sebab tak berkaitan dengan tajuk entry.. boleh baca kat blog2 / akhbar berkenaan isu ni..

Ustaz Love merupakan salah seorang daripada berjuta2 penagih nasik lemak seMalaysia. Daripada kecik, sampai ke besar.. kalau nak sarapan je, mesti makan nasik lemak.. walaupun kadang2, nak juga merasa air tangan mamak (makan roti canai), tapi sekali-sekala je. Biasanya memang akan makan nasik lemak. Cuma bila dah kerja, dah jarang2 makan nasik lemak sbb selalu tak amik sarapan pagi.

Bagi Ustaz Love, yang penting nasik lemak itu mengenyangkan. Kemudian, semakin lama nasik lemak melalui pelbagai tranformasi.. daripada sambal ikan bilis dan telur je, kepada sambal kerang, sambal paru, sambal sotong, sambal telur puyuh dan bermacam2 lagi. Ada yang dibungkus menggunakan daun pisang, kertas minyak, polisterin dan surat khabar. Part bungkus dengan surat khabar ni memang nostalgia.. Sebab Ustaz Love boleh makan nasik sambil membaca surat khabar lama..

Alhamdulillah, Ustaz Love tak pernah mengalami obesiti (kegemukan melampau).. bahkan, tak naik2 pun badang.. dok sekeping mcm tu jugak.. Bahkan member2 sekelas Ustaz Love yang rata2 akan makan nasik lemak waktu rehat pagi, hanya 2 3 orang je yang nampak gemuk, yang lain2 cekeding mcm Ustaz Love.

Jadi, kat mana yang dikatakan nasik lemak itu sebagai punca obesiti? Yang jadi kecoh bila larangan penjualan di kantin2 sekolah dikeluarkan.. sedangkan statistik mereka2 yg menghidap obesiti disebabkan makan nasik lemak tak pernah dikeluarkan. Ianya agak tak adil untuk peniaga2 nasik lemak dan yang sewaktu dengannya.

Jika jelas ianya menjadi punca penyakit, maka ianya bukan setakat patut diharamkan dijual di kantin2 sekolah, sebaliknya diharamkan untuk seluruh Malaysia.. bahkan kena letak kat pembungkus nasik lemak tu “Amaran oleh kerajaan Malaysia : Makan nasik lemak membahayakan kesihatan”..

Juga Majlis Fatwa Kebangsaan juga kena mainkan peranan mengeluarkan fatwa haram makan nasik lemak jika terbukti (melalui kajian saintifik) bahawa nasik lemak itu menjadi punca obesiti dan mendatangkan kemudaratan. Sama halnya dengan pengharaman rokok yang difatwakan pada 1995.

Adakah kita bersedia untuk semua ini?

Sebenarnya, ada yang lebih penting daripada mengharamkan nasik lemak ini.. Iaitu dengan menggalakkan budaya hidup sihat.. seperti makan ikut waktu (bukan hentam makan nasik beriani tengah2 malam).. banyakkan senaman, aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh dsb.

Bukan nasik lemak itu yang menjadi punca obesiti.. Sebaliknya gaya hidup seseorang itu yang menjadi penyebabnya.. buktinya, Ustaz Love sendiri masa sekolah dulu, berat sekitar 45 – 50 kg je. Sebab masa tu Ustaz Love aktif bersukan. Bila dah start kerja, banyak masa duduk kat kerusi, dalam bilik air-cond.. akhirnya berat terbaru hampir mencecah 80kg (walaupun dah jarang makan nasik lemak – sebulan sekali pun payah).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

Add a Comment
    1. hehe.. isunya pun dah lawak.. itu belum masuk lawak e-mail 1 Malaysia lagi.. ini la bahananya rancangan Maharaja Lawak.. semua nak jadi pelawak πŸ˜€

  1. saya setuju dengan pendapat UL disini..

    mencari penyelesaian perlu pada mencari ‘root cause’.. bukn sekadar mencari penyelesaian pada isu yang nampak dimata sahaja…

    agak kesal dengan keputusan drastik menghalang punjualan nasi lemak..

    1. itu la jadinya bila isu kesihatan pun nak dipolitikkan.. takut2 lepas ni restoran mamak plak amik alih kantin sekolah.. πŸ˜€

    1. gemuk bukan sebab makan sangat pun.. tapi sebab malas bersenam.. 24 jam mengadap xbox dan facebook (walaupun main game bola, tapi tak kuar peluh.. sbb main setempat) πŸ˜€

  2. biasa laa.. nak tunding jari punya pasal.. makanya nasik lemak le jadi mangsa.. apadaa.. saya pun mencekik nasi lemak dari kecik, badan gini jugak.. Daripada sibuk haramkan nasik lemak yang dah kompom makanan tradisi melayu, baik haramkan KFC, McD atau sebagainya.. Kajian antarabangsa, rakyat amerika puratanya gemuk kerana pengambilan hamberger.. Mereka gemuk kerana beger, bukan nasik lemak.. tah hapa hapa tah…

    1. kalau kerajaan haramkan makan burger, sah2 McD tak jalan.. suatu masa dulu, masa boikot barangan US dijalankan, mmg kesannya sampai ke tahap tak nampak dah orang Melayu kat McD..

      tapi kesian plak kat peniaga burger tepi jalan πŸ˜€

  3. kenapa nasi lemak yang jadi mangsa?

    pada masa yg sama KFC/McD tumbuh mcm cendawan lepas hujan. kat ceruk mana pun dah ada

    diaorg ni berani tindas org2 kecil je, jerung2 besar tu tak berani plak nak usik.

    1. itu la namanya menimbulkan isu.. sedangkan nasik lemak itu la juga menjadi makanan ruji orang melayu daripada kecik sampai besar.. lupa asal usul mungkin πŸ˜‰

  4. berat juga tu 80kg ustaz hehee.. lepas ni kena naik turuntangga office .. dilarang penggunaan lift.. err tapi kalau office kat ground floor ? πŸ˜€

    1. memang berat.. nak bawak badan sendiri pun rasa tak berdaya.. lepas ni kena naik basikal.. kasi perut six pack mcm dulu2.. hehe πŸ˜€

  5. hehe..ustaz sepesen ana deh..buat cene dah nmpak bc aje la. kenkdng tu makcik2 juai nasi lemak yg slalu ana beli suka balut guna paper ceta kartun(bi,bm,arab-hentam bca je gelak terkekeh-kekeh gak) hihiii^_^ ada smpi thp,kartun yg lawak2,ana amik smpn,punya jga paper tu dr kena minyak nasi lemak tu,huhu (n_n) berat ker 80kg?kalu tinggi asanya x kot,nmpak tegap jer..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme