I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Malu Tak Malu

Salam…

Ini merupakan entry terakhir untuk malam ni.. Kalau tak bangun esok, maknanya mungkin ini entry terakhir.. Mcm sadis je bunyinya.. tapi itulah hakikatnya.. Umur tak boleh nak jangka..

Masih berkisar isu kontra… Kenapa tak malu nak pergi konsert, tapi malu nak ke masjid? Kenapa malu nak ajak member solat, tapi tak malu nak ajak member teman gi dating?

Bila sebut soal kebaikan, atau lebih tepat lagi soal ibadah, maka keikhlasan menjadi tajuk utama..

Kenapa bila nak buat baik je, ikhlas menjadi tajuk utama? Bila nak buat jahat, tak fikir plak isu ikhlas tak ikhlas.. Ada kemungkinan sebab terasa ruginya melakukan amalan tapi tak dapat pahala (disebabkan tak ikhlas)… sedangkan tak rasa rugi bila dosa makin bertambah..

Sebenarnya, dalam melakukan amal ibadah, atau apa jua amalan, jika diniatkan kerana Allah, maka jadilah ibadah (dapat pahala).. dengan syarat, amalan tu tak bercanggah dengan batasan syariat.. Persoalan ikhlas tak ikhlas ini tak boleh dinilai secara zahir.. sbb ikhlas itu amalan hati.. sama mcm niat solat ke, niat puasa ke.. kalau niat tak sah, sapa pun tak boleh nak menilai yg amalan solat dan puasa seseorang itu tak sah.. sbb niat itu juga tempatnya di hati..

Maka itu, melakukan sesuatu amalan itu sama ada secara zahir (orang nampak) atau secara sembunyi2 adalah harus.. Malah hukamak mengatakan bahawa : “Meninggalkan sesuatu amalan kerana takutkan kejian manusia itu adalah riak, melakukan amalan bukan kerana Allah itu adalah syirik”.. Jangan jadikan penilaian manusia pada perkara ‘ikhlas’ ini sebagai penghalang kita nak melakukan amalan dan menyebarkan kebaikan..

Bila kebaikan tak disebar2kan, maka manusia akan terasa ginjal (ganjil) nak buat kebaikan.. dan rasa biasa je buat maksiat.. 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. sukar mentafsirkan rasa ikhlas dalam setiap amal yg dilakukan..dlm sepuluh, belum tentu satu pon ikhlas dan diterimaNYA.. apa y perlu dibuat,sentiasa perbetulkan niat,lantas beramal sahajalah selagi boleh..akhir sekali sentiasa beharap akan amal diterima diberkati. yg mungkar dijauhi, yang wajib disempurnai.. seterusnya utk maintain perasaan tenang teruslah bersangka baik kepadaNYA..yakin.

    1. betul tu cikgu.. tugas kita beramal dan berusaha untuk ikhlas.. walaupun kita sendiri tak pasti akan keikhlasan itu.. kalau keikhlasan kita sendiri belum tentu diterima, bagaimana kita nak menilai keikhlasan org lain? 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme