I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kesan Menasabkan Anak Luar Nikah

Salam…

Ada rasa perubahan tak kat blog Ustaz Love ni? Ustaz Love dalam usaha nak meringankan blog.. pada mulanya dah buang iklan nuffnang kat leaderboard dgn sidebar.. tapi tertambah iklan baru plak.. hehe.. Lepas tu ada terjumpa tutorial kat mana ntah, pasang satu code ni, katanya meringankan loading page.. boleh tahan la.. Lagipun Ustaz Love dah mengurangkan paparan entry di muka depan daripada 10 paparan kepada 5 je..

Semalam Ustaz Love ada bagitau nak buat entry pasal kesan menasabkan anak luar nikah ini. Tapi tak terbuat plak sbb sibuk kemaskini aspek teknikal kat blog ni.. cewahh..

Setiap apa yang Allah suruh dan setiap apa yang Allah larang, sudah tentu ada hikmahnya.. Sebab Allah itu tidak menciptakan sesuatu (contohnya spt suruhan dan larangan ini) dengan sia2.. Walaupun mungkin pada pandangan kita tiada logik akan penciptaan itu, tapi ketahuilah bahawa akal manusia ini amat terbatas.. Yang ada di antara langit dan bumi ini pun belum dapat difahami, apatah lagi yang berada di atas langit atau di bawah bumi..

Larangan Allah pada menasabkan anak luar mempunyai beberapa maslahat.. Ia lebih kepada menutup daripada berlakunya keburukan demi keburukan..

Apabila seorang anak luar nikah (perempuan) itu dibintikan dengan bapa luar nikah itu, ada kemungkinan bila beliau nak bernikah nanti, bapa luar nikah itu menjadi walinya (tak nak malu dalam majlis.. ataupun tiada siapa yg lain dapat mengesahkan bahawa kenyataan sebenar telah disembunyikan).. maka, pernikahan itu tidak sah.. akhirnya perkara ini akan bersangkut2..

Sebab itu prosedur jabatan agama amat ketat dalam soal perwalian ini.. Malah ada kes jurunikah yang hampir digantung tauliah disebabkan menikahkan pasangan yg berwalikan bapa yang diragui pernikahannya..

Juga akan timbul isu masa perwarisan.. oleh kerana anak luar nikah tak layak mewarisi harta bapanya, namun jika dibinkan juga akan mengakibatkan status itu bertukar jadi layak mewarisi.. kemudian perkara ini diketahui oleh waris2 yang lain.. akan menimbulkan pergaduhan keluarga..

Bagaimana perasaan sang bapa yang hadir pada majlis pernikahan anaknya.. dalam keadaan dia mengetahui bahawa anaknya itu anak luar nikah dan dia tak boleh menjadi wali kepada anaknya.. adakah dia nak teruskan juga mewalikan anaknya (demi mengelak malu.. sanggup untuk menanggung dosa lagi sedangkan dosa zina berpuluh tahun dulu pun belum tentu lagi diampunkan) atau beliau nak berterus-terang dengan anaknya dalam majlis itu, yg mana sudah tentu aibnya akan lebih besar.. Mampukah anak itu menanggung tekanan mengetahui bahawa beliau anak luar nikah pada hari pernikahannya sendiri?

Jadi, fikir dulu sebab dan akibat.. sebelum membuat tindakan yang akan kita kesali buat selamanya.. jangan cuba membetulkan kesalahan dengan cara melakukan kesalahan.. akhirnya takde benda pun yg akan menjadi betul πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Comments

Add a Comment
      1. ustaz ,kenapa layanan anak luar nikah berbeza dari layanan anak kandung sendiri? kenapa hal it harus terjadi πŸ™ ..anak luar nikah x pernah di manjakan dengan kasih sayang sedangkan anak yg sah taraf di bagi semua kemewahan ustaz tolonglah beri penjelasan tentang hal ini πŸ™

      2. ustaz kadang2 saya raskan dunia nih ,x begitu bahagia,kenapa hidup saya sebagai anak luar nikah di perlakukan sperti ini? time saya mula2 nak kahwen mak saya suruh saya guna wali hakim ,saya pun hairan n tanya mak kenapa? dia merahsiakan segalaanya,begitu juga bapa saya,dia lagsung x nak pandang saya,tegur saya pun dah x sudi.. bila saya tahu semuanya dari ustaz yg nak nikahkan saya,sati saya sebak,terkilan,rasa hati ini hanya tuhan je maha mengatahui..mereka sungguh ego ,bila saya bertanya mereka seolah2 buat2 x tahu..mereka hanya menepis (jangan sibuk nak albil tahu hal orang tua) sedagkan saya sudah besar ,saya ada hal ke ustaz nak mengatahui itu semua,??bila saya cuma tahan hati n perasaan saya utk bersabar dgn sikap mereka,selesai saya menikah di masjd islam ,bila saya ke rumah mereka,saya seolah2 spertinya di benci oleh mereka..ustaz hati saya tertekan sekarang inikah balasan anak luar nikah sperti saya πŸ™

        1. mungkin mereka juga berasa serba-salah kerana rahsia yang selama ini mereka simpan, telah terbongkar.. saudari patut bersyukur kerana sekurang2nya mereka tak meneruskan penipuan mereka sehingga menjejaskan kesahihan pernikahan saudari yang akan membawa kesan kepada perhubungan serta zuriat yang bakal lahirkan nanti. Bayangkan kalau mereka terus menyembunyikan perkara ini, dan bapa angkat itu mewalikan pernikahan saudari, dah tentu pernikahan itu jadi tak sah.

          buat masa ni, saudari perlu berikan masa untuk diri saudari dan mereka.. jangan rosakkan kebahagiaan menjadi pengantin baru dengan masalah2 sebegini.. nikmatilah perkahwinan saudari.. dan teruslah menjalinkan hubungan dengan keluarga angkat itu.. insyaAllah, lama2 nanti mereka akan dapat menerima seperti biasa.. setiap kali saudari rasa sedih dan tertekan, ingatlah pengorbanan mereka yang bersusah payah menjaga saudari sejak kecil sampai la dah berkahwin.. jasa mereka itu dah tentu lebih besar daripada isu yang saudari rasa tak puas hati dan tertekan itu.

        1. tak boleh.. itu termasuk dalam larangan menasabkan anak luar nikah.. tak kira apa jua jantinanya.. entry ini adalah berkaitan kesan menasabkan anak luar nikah πŸ˜‰

  1. salam ustaz..
    dah email dah,.
    kendian ade kwn nak mintak bantuan pasal nasab ni
    anak lelaki
    skrg jdi kes perebutan sbb anak luar nikah tpi berbinkan bapak…
    boleh ke tukar nama bpk kat jpn?
    ade dah surat nasab2 ni dari pjbt agama

      1. assalamualaikum ustaz..
        saya nak bertanya beberapa soalan mengenai nasab anak yg tak sah taraf.
        Sebagai contoh si A telah berzina dgn si B dan mengetahui telah mengandungkan anak tak sah taraf. Setelah mengetahui keadaan itu mereka telah berkahwin.
        Si bapa (B) telah membuat pendaftaran surat beranak si anak dan di surat beranak tersebut tertulis SEKSYEN … dan MAHAKMAH …
        Apabila si bapa (B) hendak membuat pendaftaran kad pengenalan, si anak tidak boleh di bintikan si bapa (B) dan hendaklah di bintikan kepada Abdullah.
        Sekiranya si bapa (B) hendak si anak di bintikan kepada si bapa (B) adakah ianya boleh? Sekiranya boleh bagaimanakah caranya dan apa yang perlu dilakukan oleh si bapa (B)… (dokumen-dokumen/surat-surat yg diperlukan dan dimana dia boleh buat)

        1. waalaikumussalam…

          sekiranya anak itu dilahirkan kurang daripada 6 bulan daripada tarikh pernikahan, maka tidak boleh menasabkan (bin) kepada bapanya.. jika lahir selepas 6 bulan daripada tarikh pernikahan, maka anak itu boleh dinasabkan kepada bapanya. si bapa boleh merujuk perkara ini ke mahkamah syariah.. pertukaran nasab boleh dilakukan dengan kebenaran hakim mahkamah syariah (surat kebenaran akan dikeluarkan oleh mahkamah syariah dan dimajukan terus ke jabatan pendaftaran).

          setakat itu saja maklumat yg Ustaz Love tahu.. untuk maklumat yg lebih tepat, adalah lebih baik pasangan itu merujuk ke mahkamah syariah / jabatan agama.

          WA

    1. anak lelaki takde masalah.. yg menjadi masalah adalah anak perempuan, sbb memerlukan wali.. jadi, anak luar nikah yg lelaki sah nikahnya (sbb bukan bapanya yg menikahkan, sebaliknya bapa pengantin perempuan / wakilnya yg nikahkan).. kalau anak luar nikah perempuan, maka kena berwalikan hakim.. tak sah kalau berwalikan bapa luar nikahnya πŸ˜‰

      1. kalu lah yg ustaz terangkan kat atas tu telah terjadi.. dan memang anak yg tidak sah taraf nikah berwalikan bapak yg bukan sepatutnya… dan si anak baru dpt tahu yg bapak dia bukan wali sah.. apa yg perlu dia buat..?? dan jika sianak dan suami telah mempunyai zuriat perempuan… apakah status anak perempuan “si anak” tadi?

        1. anak itu kena failkan kes di mahkamah syariah.. biasanya hakim akan perintahkan untuk faraq (berpisah) sementara sehingga kes dibicarakan dan diberikan keputusan. Status anak itu jika hakim memutuskan pernikahan ibu bapa tak sah, adalah anak tak sah taraf.

          WA

  2. A’kum..
    Saya ada 2 org ank luar nikah akibat jesalahan saya.saya bertaubat dankini telah berkahwin.anak yg pertamabin abdullah dn ank kedua ber bin abdul hafiz…boleh tak saya ubah bin itu supaya dua-dua jadi abdullah.saya kesian sebab bin berbeza nanti bermasalah bila masuk sekolah.

    1. takde masalah nak tukar.. boleh buat urusan dengan jabatan agama dan dipanjangkan ke JPN.. kalau nak kekalkan nama pun takde masalah sbb dlm surat beranak dah tertulis sebagai anak tak sah taraf.

  3. Salam Ustaz, apa kah info yg terkandung dlm mykid. Apabila kita scan mykid tu, apakah nama sebenarnya ibu kanak2 itu tertera? terimakasih

    1. Ustaz Love pun tak pasti sama ada fatwa yg sama masih lagi dipegang oleh kerajaan negeri Perlis.. sbb mufti pun dah lama bertukar..
      Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan keputusan berdasarkan mazhab Syafie.. dan itulah fatwa kebangsaan..

      Pandangan bekas mufti itu juga tak salah.. tetapi atas maslahah, maka fatwa kebangsaan adalah terpakai. Boleh cuba tengok entry ni dulu..

  4. Ustaz,jika anak luar nikah itu lelaki dan sijil lahir nya berbinkan bapa kandung,bagaimana menguruskan pernikahan nya dikemudian hari??

  5. As salam Ustaz,

    saya ada beberapa persoalan sebab telah berlaku didalam keluarga saya:-

    1) ibubapa kawin pada 12.12.1964.anak sulung lahir pada 02.06.1965.diragui status benih dari mana dan kebetulan nama bapa abdul rahman.maka anak tersebut di bin kan dengan abdul rahman.

    2) layakkah mendapat harta pusaka..apakah aurat abang dengan adik beradik perempuan.

    3) bagaimana utk memperbetulkan nasab tersebut,takut berlaku kesilapan mewalikan perkawinan adik beradik or generasi seterusnya.

    Wassalam…

    1. 1. berbinkan abdul rahman adalah dibenarkan kerana ia termasuk dlm 99 asmaul husna, tetapi menisbahkan dengan abdul rahman (nama kepada bapa) dengan tujuan untuk menasabkan kepada bapa, maka hukumnya adalah haram jika kelahiran anak itu kurang drp tempoh 6 bulan mengikut kalendar Islam.

      2. jika disahkan sebagai anak luar nikah, beliau tidak layak mendapat bahagian harta pusaka drp sebelah bapa, tapi boleh mewarisi harta pusaka sebelah ibu. Aurat abg dgn adik beradik sama spt mahram (sbb dikira seibu) dan begitu juga dgn bapa (sbb bapa itu suami kepada ibu).

      3. sebaiknya perkara ini dibincangkan dengan keluarga (ibu dan bapa) sbb mereka yg lebih tahu tentang perkara itu.

      WA

  6. Assalam adakah boleh dibinkan degan nama bapanya kalau diikutkan dengan kalendar islam kami kawen lebih pada 6bulan

  7. Asslam adakah boleh jika nak dinasabkan jika kalendar islam lebih pada 6bulan kawen cuma kalendar biasa xcukup 2hri

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme