Salam…
Semakin hari, kita perhatikan semakin ramai orang gila.. dulu2, kalau dalam satu kampung ada la seorang orang gila (sakit mental), sekarang ni boleh kata semakin hari semakin ramai.. Orang2 yang nampak normal pun kadang2 suka buat tindakan yg gila.. Apatah lagi yang nampak tak normal..
Tekanan hidup memang semakin lama semakin meningkat. Semakin negara menuju ke arah negara maju, semakin jelas tekanan dirasai oleh masyarakat.. dengan tekanan kenaikan harga barang, tiada kenaikan gaji, pengangguran dsb yang menyumbang sedikit sebanyak kepada kerosakan mental masyarakat..
Ada satu lagi… iaitu doa..
Kata2 itu bisa menjadi doa.. Ibu yang suka menyumpah2 anaknya, bisa menukarkan anaknya menjadi sumpah2.. Percakapan yang buruk, bakal menyebarkan perlakuan yg buruk.. Sebab, kekuatan untuk beramal itu bermula dengan bercakap.. bila kita ajak orang gi solat, maka kita sendiri ada kekuatan untuk solat.. Kalau kita ajak orang gi buat maksiat, kita sendiri akan ada kekuatan untuk buat maksiat itu..
Perasan atau tak, benda ni sebenarnya dah lama.. Ustaz Love pun tak pasti bila kemunculannya.. Sebab zaman2 Ustaz Love remaja dulu, takde plak budaya ni..
Maksud Ustaz Love adalah budaya mengakhiri ayat dengan “bodoh” dan “gila”..
Contoh ayat :
1. “Dia pilih KLCC daripada aku dowhh”
2. “Aku keciwa dengan dia dowh”
3. “Aku memang suka gilerrr makan telur ayam ni”
4. “Best gilerrr dapat kentut tanpa henti”
Ini antara contoh2 ayat yang biasa kita dengar hari2.. walaupun ayat tu tak menunjukkan secara jelas maksudnya, tapi kita sedia maklum bahawa ianya kependekan daripada “bodoh” kepada “dowh”.. Ala2 mcm orang Sabah yg ada ada penambahan “bah” kat hujung ayatnya..
Dah setiap kali cakap, keluar “bodoh”, “gila”.. maunya lama2 tak jadi bodoh.. atau gila.. itu belum masuk bab mencarut2 dalam bercakap lagi.. siap ada penambahan “bodoh.. sial”.. Biasanya perkataan ni guna kalau nak memaki, tapi sekarang dah jadi mcm ayat untuk kemesraan plak..
Nak betulkan amalan masyarakat, kena betulkan dulu percakapan masyarakat.. sbb amalan tu terhasil daripada percakapan.. Bila semua bercakap elok2, guna ayat baik2.. lama2 kebaikan akan tersebar..
Pepatah Melayu ada mengatakan : “Kerana pulut badan binasa, kerana mulut pulut binasa” π

me tak sebut dowh, tp suka sebut giller tu..rasa nak kena tukar habit ni…
betul tu.. kena ubah kepada perkataan yg lebih sopan.. contohnya “wahh.. cantik bangat telur ayam itu”.. alaa.. mcm org2 tua dulu selalu guna “bertuah punya anak”.. π
perkataan ‘sial’ tu org melaka selalu guna tapi diaorang dah biasa sebut2 gitu dan tidak bermaksid apa2..kadang2 mereka bergurau selalu sebut perkataan2 seperti ‘lahabau’ ‘sial’ ‘otak kau’ hehehe..org kelantan pun kebiasaannya begitu jugak..selalu sebut ‘menate nih’ ..orang ganu selalu sebut ‘bengong’ hehehe..kalau selalu sgt di sebut cukup 40x maka jadi bengonglah seseorang tu..memang btl la ustaz..semuanya bermula dari PERCAKAPAAN dan BAHASA.. π
tak timbul isu sampai 40x.. juga tak kisah dari negeri atau bangsa mana sekalipun, perkataan2 kasar ini lebih baik dijauhkan π
dah terbiasa guna ayat2 camtu, dah jadi habit dah pon , nak ubah balik susah nih
insyaAllah, jika ada keazaman, gunung pun boleh diratakan π
oh alamak.. kadang-kadang terguna perkataan tu tanpa sedar. nampaknya kena perbaiki percakapan dengan lebih elok.
betul2.. sbb tu kena berfikir sebelum bercakap.. bukan main cakap lepas je.. sbb nak tarik balik tu, memang susah π
Kadang2 terguna perkataan CILAK*K.. Uhh.. panas panas.. Entry nih kene setepek pada batang hidung.. Kene berubah le… hahaha
betul tu.. cilakak tu daripada celaka / cilaka.. ada gak yg suka ubah2.. mcm “sial” menjadi “siak”… π
hahaha lawak dowh..ustaz..kadang-kadang ada gak sebut perkataan qempang macam tu..juz suka2..cuma xdalah sebut yang kasaq2 n lucah2..eeheh
memang seronok kita cakap mcm tu.. rasa mcm lebih rapat je dengan kawan.. tapi kalau boleh, kita nak membudayakan benda2 yg baik.. bukannya menyerap budaya2 yg buruk.. sehingga akhirnya kita keliru mana yg baik dan mana yg buruk π
uhh.. panas panas..
Sila la berkata baik2, nanti kompom yang baik2 tuh pada diri anda.. hahaha
Moh le usha entry teman nih haa..
Komen Saye Terhadap Pengomen
paling susah nak jaga lidah.. sebab lidah ni walaupun tak bertulang, tapi tajamnya lebih drp mata pedang π
laa , dowh tu b*d*h ke ? tak tau pulak . selalu dengar kat tv macam best je . huhu .
rasanya la.. sbb takkan hodoh plak.. ataupun gadoh ke… playdoh lagi tak mungkin π
salam ustaz..
guna bahasa elok2 kang di kata poyo..skema. entahlah bahasa remaja jamani ni. mak, nenek pun terikut2..hihi
salam kakyon..
poyo tu kalau kita guna bahasa buku.. tapi kalau kita bercakap dengan orang muda, mungkin boleh guna gaya orang muda.. tapi ayat2 itu kita kena jaga.. supaya org muda dapat contohi..
kalau org tua terikut2 dengan bahasa org muda, itu namanya org tua tak sedar diri.. hehe π
Salam Ustaz..
ayat
“βDia pilih KLCC daripada aku dowhhβ
najah mcm dpt kenal pasti dari mane,baru tengok videonya aritue..
dan sangat sedih..serta kasihan utk mereka
Salam najah..
memang sedih dengar suara budak lelaki tu.. hehe π
setuju π
terima kasih kerana bersetuju π
pasni xnak ckp gile lg la…=)
bagus2.. kena tukar cakap “waras” plak π
biasa sebut “best giler” tak kan nk tukar jadi “best waras” ?? hakhak kelakar disitu
tukar kepada best bangett.. hehe π
betui jugak apa yang ustaz ckp nih , saya org kampung, ckp penuh lah dgn skema nya tk de dowh2 gila2 nih…tp dalam entri terselit jugak giler…heee haruslah lepas nih insaf π
hehe.. org kampung masih terkenal dgn budaya sopan santun.. Ustaz Love ni plak, org kg setinggan je π
Salam
Erm. Ustaz, sy ada persoalan nak diutarakan. Agak panjang & details. Boleh ustaz email kat saya tak? Sy tak jumpa mcm mana nak contact ustaz.
Trima kasih ustaz
email sy : [ mk.arzly@gmail.com ]
Salam..
Boleh email ke ustazlove[at]gmail[dot]com
xboleh la