I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kecacatan Pada Rancangan Agama

Salam…

Kemunculan banyak rancangan2 bercorak keagamaan termasuk drama2 dan filem2 sangat menggembirakan hati Ustaz Love. Sekurang2nya ia dapat mengimbangi rancangan2 yang menjurus ke arah hedonisme (keseronokan dunia) terutama rancangan2 realiti hiburan. Ustaz Love tak nak komen pasal rancangan realiti keagamaan (spt Program Imam Muda, Akademi al-Quran dsb) kerana ianya dikawalselia oleh para Ustaz dan ulamak yg berkaliber.

Ustaz Love cuma nak sentuh berkaitan rancangan keagamaan spt drama2 dan rancangan kanak2 yang terlalu banyak kepincangannya..

Sebagai contoh, baru tadi Ustaz Love tengok rancangan mengaji kanak2.. tiba masa atuk bercerita (Dato’ Hassan Din), ada beliau sebut perkataan ijtihad (semasa tak jumpa arah qiblat) tapi yg ditulis di TV adalah “istihat”.. Setahu Ustaz Love, rancangan rakaman sebegini ada penyuntingnya yang akan menyunting mana2 yg tak betul.. Ejaan ke, kesilapan teknikal ke.. Tambahan pula rancangan itu dihoskan oleh seorang Ustaz yang agak glemer..

Begitu juga dengan filem2 dan drama2 keagamaan.. Seorang pelakon memegang watak Ustaz.. lalu membaca surah Yasin dan mengajarkan orang lain membacanya.. tapi bacaan ‘Ustaz’ itu sendiri kelam kabut tajwidnya.. panjang pendek semua dihentamnya..

Pada waktu lain, seorang pelakon ‘Ustaz’ sedang menyampaikan ceramah.. tanpa disedari, hadis yang disampaikan kepada pendengarnya adalah hadis2 palsu..

Situasi2 ini sedikit sebanyak mencacatkan jalan cerita rancangan2 agama.. Sepatutnya, para penerbit tidak hanya bergantung semata2 kepada skrip.. kena rujuk kepada alim ulamak terlebih dahulu supaya mana2 kekurangan dapat diperbaiki.

Dan mungkin sudah tiba masanya pihak penyiaran (swasta / kerajaan) menempatkan satu pos untuk pegawai agama berada dalam bidang penyiaran.. Supaya dapat memantau program2 agama daripada kesilapan2 remeh yang mencacatkan wajah program itu sendiri. Secara tak langsung, ia dapat mengurangkan pengangguran di kalangan lepasan2 pengajian Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
    1. tanam anggur tu satu hal.. tapi yg lebih penting adalah ada org dapat menegur kalau salah πŸ˜‰

    1. diorg tak rasa pentingnya letak org2 yg boleh pantau2 ni.. sbb diorg rasa dah betul sgt dah.. itu yg ustaz (pelakon) baca al-Quran pun lagi teruk drp budak2 baca πŸ˜€

  1. setuju..kalau rancangan adik2 ku tu, ade sedikit part yg x bagus sebenarnya.. terutamanya kalau perempuan menyanyi…sedangkan, suara perempuan itu harus dijaga drpd lelaki bukan muhrim, dibimbangi blh mencairkan hati lelaki lain.. begitu juga dgn persolekan…bersolek jgn terlalu tebal & berlebih-lebihan..

    kanak2 dri kecil dh dididik mcm tu.. bila besar, bimbang mereka dh terbiasa..

    1. insyaAllah, sikit2 lama2 jadi bukit.. Ustaz Love lebih suka rancangan adik2ku berbanding idola kecil.. sekurang2nya nampak hala tujunya πŸ˜‰

    1. lowongan kerja untuk lepasan pengajian Islam sangat terhad.. walaupun sebenarnya keperluan sangat mendesak.. habis2 pun, jadi penceramah bebas atau mengajar Fardhu Ain (KAFA) atau mengajar mengaji rumah ke rumah πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme