I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Jalan Highway Atau Jalan Persekutuan?

Salam…

Hujan lebat sangat menyelerakan untuk berseketiduran.. Tambah2 kalau perut kenyang, mata plak yang terasa beratnya.. Namun, demi menyiapkan entry ini, Ustaz Love mencekalkan mata untuk menyiapkannya berbanding mengikut kata mata iaitu untuk tergolek saja dan terus tido..

Khutbah tadi, khatib ada cerita pasal jalan persekutuan dan jalan highway.. rasanya itu je kot yang Ustaz Love ingat.. hehe.. acah je.. sebenarnya banyak point2 yang Ustaz Love dapat kutip, tapi tak bleh la nak masukkan semuanya dalam entry ni.. nanti jadi cerpen plak..

Dalam khutbah itu ada menceritakan tentang golongan yang nak ikut jalan mudah, dan ada golongan yang nak ikut jalan payah.. Kalau ikut highway, memang mudah.. sbb takde jem (teringat plak kat kakjem.. kihkih).. tapi kena la bayar tol.. Kalau ikut jalan persekutuan, memang takde tol, tapi memang jem terutama kalau masa hujan.. tak kira hujan lebat mahupun renyai2, pastinya jalan akan jem.. Tak pasti plak adakah pemilik kenderaan takut nak jalan laju sket, takut hujan tu mencalarkan kereta mereka.. ataupun apa.. tapi jalan kat KL memang selalu jem.. kecuali masa hari raya..

Entry ni takde kena mengena dengan kempen berkongsi kereta, atau berkaitan keselamatan jalan raya.. Tapi ada kaitannya dengan keinginan manusia untuk mengikuti jalan mudah.. tak nak susah2..

Nak naik pangkat, nak ikut jalan mudah.. rasuah, tikam belakang, fitnah, mengumpat, pijak kawan dsb..

Nak kahwin, nak ikut jalan mudah.. kahwin lari, kahwin di lombok, kahwin sindiket dsb..

Nak buat tesis, nak ikut jalan mudah.. plagiat, copy member punya dsb..

Nak masuk syurga pun, nak ikut jalan mudah.. ikut ajaran sesat, amalkan zikir tapi tinggalkan solat dsb..

Begitulah lumrah manusia yang sukakan benda2 yg mudah.. tak nak susah2.. sbb tu rakyat marah sangat dengan karenah birokrasi jabatan kerajaan, disebabkan ianya menyusahkan.. walaupun kadang2 birokrasi itu bertujuan supaya proses memberi khidmat dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan.. akhirnya kembali kepada kebaikan buat rakyat juga..

Disebabkan terlalu teruja dengan perkara2 yg memudahkan, ada segelintir kita yang mencuba jalan mudah untuk beribadah.. kononnya, disebabkan masa muda dihabiskan dengan perkara maksiat dan sia2, maka bila dah tua, nak gunakan jalan yang mudah.. amal zikir 1000x sehari, maka darjat melebihi malaikat.. dapat masuk syurga, tak perlu solat, puasa, zakat dsb.. sebab martabat dah tinggi.. duit dah banyak, bayar je kat tuan guru.. tuan guru doa, maka terhapuslah dosa dan terjaminlah syurga..

Ini antara konsep yang selalu manusia tersilap faham… kalau banyak duit, memang takde masalah nak lalu highway 10 kali tol pun.. sbb ianya memang memudahkan.. tapi, tiada jalan mudah untuk agama.. kena belajar dan kena beramal dengan ilmu.. pun belum tentu lagi akan diterima oleh Allah (disebabkan riak dsb)..

Walaupun dah tua takde gigi sekalipun, nak baca al-Quran, kena belajar mengaji.. belajar daripada asas.. bukan terus lompat.. hari ni baru belajar mengenal huruf, esok dah sibuk2 nak buat majlis khatam al-Quran.. Akhirnya, 10 kali khatam pun, masih lagi tak mahir membaca al-Quran..

Bila dah ada asas ilmu, maka ketika itu barulah ada panduan bagaimana beribadah secara pintar (smart ibadah.. ala2 smart phone bunyinya)..

Ada orang yang sibuk berzikir.. dengan beranggapan zikir itu lebih utama.. sedangkan solat secara berjemaah itu lebih utama berbanding zikir.. bukanlah Ustaz Love nak kata zikir tu tak betul ke, tak elok ke.. zikir itu memang ibadah.. tapi, kita kena tahu keutamaan ibadah itu.. janganlah sibuk berzikir sampai mengabaikan ibadah yg lebih utama iaitu solat berjemaah..

Janganlah sibuk nak bersedekah kepada orang miskin sehingga mengabaikan nafkah keluarga yang merupakan benda yang lebih utama..

Janganlah sibuk bersolat sunat di masjid, sedangkan ketika itu ada majlis ilmu yang lebih utama daripada ibadah sunat yang dilakukan itu..

Nak ikut jalan mudah, atau jalan susah (mujahadah) tiada masalah.. Yang penting, belajar dulu asas ilmu itu.. supaya pilihan kita kelak, dapat memberikan kita lebih manfaat berbanding mudarat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
    1. kat blog Ustaz Love, takde butang like.. tapi ada butang share.. kalu like entry ni, sila la share2 πŸ˜‰

  1. aga juga orang duk sibuk ckp pasal jihad la..palestin..palestin..palestin..td maghrib lepas…anak2 terbiar..rakyat sendiri x cukup makan 2 kali sehari…dah ada hati nak bantu org luar…

    p/s: sekadar memberi pendapat… πŸ™‚

  2. tapi bagaimanapula dgn cara mudah nak menguyuskan bdn dgn cara mudah dan singkat tanpa melupakan makanan…?????hehhehhhehe..bab ni yg susah…

    1. itu mudah je kak jem.. pakai je corset untuk mengetatkan perut.. nescaya tak lalu nak makan walaupun tak pernah melupakan makanan πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme