I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Itulah Pentingnya Sex Education

Salam…

Baru2 ni Ustaz Love ada terbaca dalam sebuah artikel tentang kaedah pengajaran seks kepada pelajar2 di sekolah.. Walaupun tak menggunakan gambar sebenar (gambar lukisan) tapi cukup untuk menunjukkan bagaimana proses kejadian seseorang itu.. bermula dengan hubungan seks ibu bapa, sehinggalah saat melahirkan.. juga ditunjukkan bagaimana caranya sang ibu melakukan perkara itu dengan sang bapa..

Tapi yang jadi masalahnya, ia diajarkan di sekolah rendah.. saat kanak2 belum lagi mumaiyiz (dapat membezakan antara perkara yg baik ataupun yg buruk)

Suatu masa dulu, di Malaysia juga gempar dengan isu sex education ni.. Banyak pro dan kontra diluahkan.. Tapi rasanya senyap mcm tu je.. Sebab masyarakat tak perlukan satu subjek khusus untuk belajar ilmu seks ni.. Tak belajar pun mereka sangat pandai dan expert.. Kalau belajar, memang jadi pakar la.. Meluasnya video seks dalam pasaran juga menunjukkan kepakaran rakyat Malaysia dalam melakukan proses risikan dan pengumpulan bukti.

Bagi Ustaz Love, ini semua ada kaitan dengan kurangnya pendidikan agama.. setakat belajar agama kat sekolah (itupun ada yang tak dapat kredit masa dapat result).. lepas terus terlupa.. Perbicaraan agama selalu sangat berdasarkan hearsay.. “aku dengar member aku cakap”.. “member aku yg alim buat mcm ni, jadi aku ikut je la”.. “aku rasa aku pernah dengar ada ustaz cakap mcm ni”.. modal2 percakapan agama sebegini sangat meluas di kalangan kita.

Bila dah tak faham agama, maka kita akan mencari jalan lain yg menyusahkan diri kita sendiri.. Umpamanya, kita ada GPS untuk menentukan lokasi sesuatu tempat yg kita nak pergi.. tapi, kita tak nak / tak reti nak guna GPS tu, jadi kita pun tanya member2 yg pernah pergi.. ada yang kata ikut jalan A.. ada yg kata ikut jalan B.. ada yang bagi jalan short-cut.. Akhirnya, kita plak yg serabut mana satu jalan nak ikut.. Lepas tu, kita pilih pendapat sendiri.. Asalnya nak pergi Perlis, tapi tiba2 nampak signboard “Selamat Datang Ke Johor Bharu”..

Kalau kita belajar secara detail sket bab agama, maka kita akan menjumpai sex education itu dalam bab “munakahat”.. bahkan lebih detail lagi.. Tapi, sex education yg diajarkan dalam hukum fiqh tertakluk pada hukum halal haram dan batasan2 syariat.. berbeza dengan sex education versi Barat yg mengharuskan zina, tapi mengajarkan zina cara selamat demi mengelakkan penyakit atau mengandung (spt memakai kondom dsb)..

Adalah lebih baik, bab munakahat ini diajarkan kepada para pelajar sekolah sebagai subjek penting dalam matapelajaran.. dan wajib lulus.. kalau lulus, dapat satu sijil yg boleh digunakan untuk nikah (kalau nak nikah lepas tu, tak perlu nak gi kursus nikah dah).. sekalipun selepas tu, tak kahwin lagi sbb sambung belajar, sekurang2nya ilmu yg dipelajari itu dapat dijadikan panduan..

Perkara berkaitan seks ini, natijahnya sangat besar.. Tak kira la sama ada seks haram (zina) ataupun seks halal (nikah).. sbb ia melibatkan sebuah perhubungan antara 2 pihak.. juga melibatkan keluarga 2 belah pihak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
  1. tu la mslhnye…pada saya la… subjek tu xyah diajar pon xpe…diorg cukup pandai da nk buat… tambah2 nk ajar kat budak sekolah rendah… xrasional la… ape yg diorg nk sbnrnye?nak tunjuk kat org atas yg diorg buat keje? dpd aja bnd2 tu,baek diorg aja keburukkan klu buat sebelum nikah,ajar kelebihan bile bernikah… kan lagi bagus

    1. masalah bila benda tu takde dlm syllabus.. jadi Ustaz2 pun tak sempat nak mengajar bab tu sbb mengejarkan nak habiskan syllabus yg dah ditetapkan πŸ˜‰

  2. eerm saya belajar bio jer.. tapi yang munakahat tue ada gak belajar ckit masa fardhu ain kat skol dulu.. kelas fardhu ain kat skol tizp ri jumaat..guna buku kitab lama tue.. yang bahasa melayu lama tue…

  3. Bila sebut pasal ni
    rasanya ramai dah tahu keperluannya kot
    biasalah masa muda-muda dulu belajar Alam Dan manusia dan sains je,tak berpeluang belajar biologi
    tapi jangan disalahguna pulak pendidikan ni
    tu yang haru nanti

    1. dulu kecik2 sekolah rendah ade subjek alam dan manusia. sekolah agama rakyat plak pakai kitab2. Dulu ustazah, ustaz ajar sampai faham dan ingat, bukan sampai bole hafal je.huhuu

      1. Dulu org belajar untuk beramal.. skrg banyak yg belajar sbb nak lulus periksa.. dah habis periksa, tinggal terus apa yg dipelajari πŸ˜‰

    2. salahguna ni biasa berlaku, tak kira yg belajar agama mahupun yang tak belajar.. sbb semua tu berkaitan soal iman πŸ˜‰

  4. hurm..ana blajar biology..scra x lngsung mmng blajar la bab ni.tp x de la plak dlm bku teks tu ajar cra wat. lgpun guru biology ana orngnya mcm ustazah..ana skola suma pompuan..bla blajar bab ni mmng guru biology ana ada pesan..setiap kali abih msa blajar,adelah dia selit bab2 agama. seingat ana,blajar organ dlman aja dn jugak beberpa jenis hormon membantu penghasilan janin.bgaimna embryo terbntuk,feotus trjd dn byi dilahirkn..lgpun bab ni bukan aje pasai seks antra manusia,bahkan antra tumbuh2an n haiwan pun yg dpanggl axesual n sexual reproduction..msa blaja ni(bukan blaja tajuk ni aje,topic len sma la) rsa kagum pd kebesaran Allah mmng tinggi betapa rumitnya ciptaanNya.manusia mmng tak dak can la nak tandingi.ini tak msuk lag kimia,fizik..masyaAllah tak terjangkau akal sesingkat manusia ni nak fikir.kkdng tu ble termenung lpas aje blaja,cba nak muhasabah dri..(huhu..apela yang ana melalut ni..hihii)sekadar nak kongsi rasa..(=^_^=)

    1. sekurang2nya ia ada menerangkan bagaimana sperma daripada lelaki itu boleh bersenyawa dengan ovum daripada wanita.. itu juga satu bahagian daripada pelajaran seks.. cuma dalam bab munakahat, ia menerangkan dari sudut hukum dan amalan dan bukan fokus pada perkara saintifik yg mendalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme