I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Hukum Jadi Pak Sanggup

Salam…

Masih lagi berkisar kepada keyword carian nuffnang.. sejak dua menjak ni, Ustaz Love memang agak malas nak print screen segala keyword (mungkin ada yg ingat Ustaz Love ni pandai2 buat cerita).. Cukuplah diambil pengajaran saja.. dan ianya lebih menjimatkan masa Ustaz Love untuk menulis sesuatu entry..

Keyword kali ni merupakan pertanyaan “Apakah hukum menjadi pak sanggup?”

Pak sanggup ini bukanlah bermaksud seorang bapa yg sanggup melakukan apa saja untuk anaknya.. sebaliknya ia merupakan suatu istilah dalam masyarakat Melayu yang menggambarkan seseorang yang sanggup untuk bernikah dengan seorang wanita untuk menutup aib daripada menimpa wanita dan keluarganya akibat daripada terlanjur dan mengandung.

Istilah pak sanggup juga boleh digunakan untuk seorang lelaki yang menikahi seorang wanita yang telah diceraikan dengan talak 3 oleh bekas suaminya.. Agar suami itu boleh bernikah semula selepas pak sanggup ini menceraikan wanita itu.. Tapi, ianya jarang digunakan sbb ada istilah lain yg lebih tepat iaitu cina buta (blind chinese)..

Maka itu, Ustaz Love akan memfokuskan kepada istilah pak sanggup versi pertama.. iaitu seorang lelaki yg menikahi seorang wanita yang telah terlanjur.

Hukum pernikahan pasangan ini adalah sah (sekiranya menepati syarat dan rukun nikah) tak kira la sama ada wanita tu mengandung atau tidak.. boleh rujuk entry sebelum ni..

Manakala dari sudut pandangan Islam, ia merupakan suatu perbuatan yg mulia kerana sanggup berkorban perasaan mengahwini wanita yang terlanjur demi menutup aib wanita tersebut dan keluarganya.. walaupun keinginannya adalah untuk menikahi wanita yang belum dicerobohi..

Jadi, janganlah berasa teruk sekiranya seorang lelaki menikahi seorang wanita yang sudah tiada dara.. kerana dara itu bukanlah pengukur kesucian dalam Islam (ia cuma adat Melayu kuno saja).. Dara ini boleh hilang dengan pelbagai cara.. kadang2 mungkin wanita tu pernah dirogol ke, lompat pagar sampai tersangkut dan terkoyak ke.. dan dalam Islam, kita tak wajar bertanya tentang kisah silam pasangan.. kerana kita cuma perlu ambil tahu kisah semasa (selepas pernikahan saja)..

Jika bernikah dengan wanita yg mengandung, satu saja yg perlu diambil perhatian (selain daripada larangan melakukan hubungan seks sepanjang masa mengandung anak luar nikah itu) iaitu jangan menasabkan anak itu dengan nama pak sanggup.. maknanya, tak boleh berbinkan pak sanggup tersebut.. kerana pak sanggup itu tak boleh jadi wali.. haram hukumnya..

Selain itu, maka tiada masalah.. Tak perlu malu menjadi pak sanggup.. Lagi malu kalau merosakkan wanita lain, lepas tu nak kawin dgn wanita lain yg tak rosak.. Yg rosak di sini adalah pemikiran lelaki itu 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

49 Comments

Add a Comment
  1. tp sgt susah nak ubah persepsi masyarakat –biasanya pak sanggup ni mcm hina gak lah…walhal sebenarnya lelaki tu baik sbb sanggup menjaga maruah dan melindungi perempuan yg dh tak suci tu..

    1. insyaAllah, dengan penerangan demi penerangan, masyarakat kita akan dapat membetulkan kembali pemahaman 😉

  2. kalau boleh minta-minta aku di elak untuk menjadi pak sanggup.. sebabnya madu sudah di sedut oleh orang lain. dah tak sama dengan asal. kenapa kita patut di pertanggungjawabkan.

    kepada pak sanggup memang anda seorang yang mulia. sanggup mengorbankan kebahgiaan kepada orang lain. chill!

    aku masih berfikir nak jadi pak sanggup atau tidak. ermm…

    1. madunya itu di mana ya? adakah pada daranya? sedangkan madu pada bunga yg dihisap oleh lebah itu bisa kembali lagi (ada balik), apatah lagi madunya wanita itu.. pak sanggup ini tak semestinya seorang yg dipaksa atau terpaksa.. ramai juga yg rela..

      entry ini bukanlah bertujuan nak menggalakkan pembaca untuk menjadi pak sanggup, sebaliknya nak mengubah persepsi kita yg selalu memandang hina kepada pak sanggup 😉

  3. bagi sy kan ustaz…sy xpndg pak sanggup ni jijik ke ape atau sy xmpsoalkan pasal dara pmpn tuh…tp kesian kt pak sanggup tuh sebab dpt wife mcm tuh n bkl jdik ibu pd anak2 dia…anak2 nih bese xbyk sikit mst ikut prgai mak bapak…lau sy, sy xkan jadik pak sanggup unless pmpn tu kne rogol..lau yg berzina…..xtau nk ckp cmne…keadaan ape yg smpai dorg leh bzina…xtercapai dgn akal nk pk bende2 cmtuh…mtak jauhla…=)

    1. nasib baik bella bukan lelaki.. hehe..

      tak semestinya seorang wanita yg mengandung luar nikah tu disebabkan hasil perzinaan, mungkin saja disebabkan dirogol.. jadi, tak bleh nak jangka gak masa akan datang.. tambahan plak keadaan di Malaysia ni semakin berbahaya.. kes bunuh dan rogol boleh dikatakan tiap2 hari ada.. 😉

      1. ustaz ni menakutkan sy jek…kdg2 salah pmpn tu gak…kuar mlm2 smpai 2 3 pagi..then claimed yg dorg tu kne rogol…pdhal salah sndri..bg peluang kt setan wat keje…insyaallah lau kuar siang2 rmai org xde tercipta peluang2 jht cmtuh…=)

        1. bukan nak menakutkan, tapi itulah realitinya.. kalau zaman dulu, mungkin bahaya tu kat luar rumah je.. tapi sekarang ni, dalam rumah pun bahaya gak.. cuba tengok cerita kemboja putih tu.. dalam rumah beliau kena rogol.. kesian beliau sampai terpaksa jadi hantu nak balas dendam 😀

          1. bukan zaman sekarang je.. zaman dulu pun sama.. tak kira lelaki mahupun perempuan.. (baru je tadi kat berita isteri pertama kena penjara 2 tahun sbb cederakan madunya) 😉

  4. Still confuse huhu if perempuan tu mengandungkan ank lelaki lain then dia kawin dgn lelaki lain masa usia kandungan tk sampai 3 month anak tu dikira anak sah lelaki yg dikahwini tu ke which mean boleh ber bin kan ayahnya?? Because alots of ppl said like that *confuse.

  5. sy plg benci part lelaki yg suka rosakkan pompuan.. tapi bila time nk kawen nk anak dara saja.. byk cntik, sapa ajaq.. jenis ni mmg patot tendang laju2 byk kali, huh…

    1. setiap perbuatan pasti ada balasannya.. mana la tau, bila dah kawin dgn anak dara nanti, isterinya plak berlaku curang dgn orang lain? takpun anak perempuannya plak yg dirosakkan orang.. who knows 😉

  6. Assalamualaikum ustaz…saya ada kemusykilan..kalau ustaz boleh buat satu entri mengenai saksi untuk orang yang melakukan zina mesti ada 4 orang kan? Jadi, persoalan yang sering saya dengar adalah mengenai kesahihan bukti yang menunjukkan seorang itu melakuakn zina atau maksiat. Zaman sekarang tak macam zaman nabi dahulu , belum ada kamera video untuk merakamkan perkara-perkara seperti yang kita dengar baru-baru ini. Adakah kita perlu lagi empat orang saksi jika secara terang-terang gambar kita melakuakn aksi yang menyalahi hukum Islam. habis dah memang gambar kita ….apa pendapat ustaz. harap ustaz dapat bagi orang ramai faham

  7. Salam ustaz,sy sebelum ni ada hubungan dgn seorang perempuan sehinggakan kami pernah terlanjur..kami sangat menyesal atas perbuatan dan ingin bertaubat dari melakukannya,tetapi sekarang hubungan kami dilanda masalah yg tidak boleh diselamatkan lagi..sy memilih jalan untuk berpisah dgnnya,masalahnya di sini dia berkeras mahu membuka aib sy dan menceritakan peristiwa itu kepada keluarga,rakan saya dan semua yg mengenali sy..sy sangat bingung dan tahap kesihatan sy semakin teruk kerana memikirkan masalah ni..

    sy harap sangat ustaz dapat memberikan jawapan kepada masalah sy ni,buat masa sekarang sy tak mampu melakukan apa-apa pun untuk menghalangnya berbuat begitu..sy sangat2 menyesal dan ingin bertaubat tidak melakukan perkara terkutuk itu lagi..

    1. salam musz..

      link tu dah broken.. tapi 70 dosa2 besar itu memang telah maklum.. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba ulaskan dalam entry 😉

        1. tadi broken.. sekarang dah ok dah.. dan dah ramai orang kongsikan bahan ini.. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba ulas 😉

          1. salam uztaz…saya ingin bertanya apakah hukum berkahwin dengan wanita yang tiada dara akibat dianiaya oleh lelaki durjana dengan memasukkan air minuman dengan pil khayal dan memaksa untuk melakukan hubungan seks…..apakah hukumnya……maklum

          2. salam anon..

            hukumnya adalah harus.. tak kira kehilangan dara itu disebabkan dipaksa atau dengan rela..

            WA

  8. salam ustaz love..
    bagi hkum mnasabkan ank 2,,sy prnah dgr kalau kawen smasa kndungn bbrapa blan tertentu(xingt tp krg drpd 6bln)
    boleh dinasabkan ank dgn nma pak sggup 2.
    mohon pnjelasan @ perbetulkan jika sy silap paham,

  9. saya musykil .betol ke pak saggop mulia ustaz ?kerana ape yg sy blajar dulu .ia mrupakan satu perbuatan keji dan berdosa besar .kerana Hukum asal: haram menasabkan si anak yg bukan hasil benihnya kepada dirinya . dan pak sanggup itu dan orang yg bersyubahat akan menanggung dosa besar kerana hendak menipu Allah dan Rasul-Nya

  10. assalamualaikum ustaz,..ustaz sy ingin bertanya sesuantu.adakah yg sudi menjadi pak sanggup,setelah beliau kahwin,adakah beliau blh meniduri istrinya itu…terima kasih

    1. berdasarkan zahir hadis, terdapat larangan untuk menabur benih atas benih orang lain.. maka, haram hukumnya bersetubuh dengan isteri tersebut sehinggalah beliau melahirkan anak itu..

      WA

  11. aslkm ustaz…sy ingin bertanyakan 1 kemusykilan kpd ustaz..begini sy telah diceraikan sebyk 2 kali oleh suami sy..kali pertama perceraian suami melafazkan cerai dgn talak 1 dan kali kedua dgn lafaz talak 2. jd mslh skrg adakah talak itu menjadi 3 ataupun hanya jatuh talak 2..mengikut pemahaman sy hanya talak 2 je yg jth sbb ade 1 blog oleh ustaz ape sy x ingat mengatakan talak 2 adalah perceraian kali kedua tetapi kawan suami sy juga seorang ustaz mengatakan tlh jatuh talak 3 krn yg pertama sekali dicmpr dgn kedua bermakna 3..sy perlukan kepastian drpd ustaz utk menyelesaikan belenggu ini krn perkara ini tdk sengaja berlaku di atas kejahilan kami suami isteri…terima kasih..

    1. Salam puan mawar..

      Jika kali pertama dilafazkan talak 1 dan kali kedua cerai dilafazkan talak 1, maka talaknya jd 2. Jika spt kes puan, talaknya telah jd 3 kerana lafaz cerai kali kedua jelas menyatakan itu adalah talak 2. Jd campur talak yg sebelum ini, maka telah jatuh talak 3.

      WA

  12. pahala sebagai pak sanggup akan saya perolehi …. supaya dapat mengimbangi dosa 2 lalu .. lau ada yg memerlukan hubungi lah saya, umur saya 36 thn , tapi blom prnah kawin … keluaga saya menerima hajat saya ini.

    1. Ustaz Love cadangkan agar saudara menggunakan saluran yang betul.. mungkin saudara boleh berjumpa dengan mana2 pengetua di pusat pemulihan akhlak dsb untuk mencari calon isteri yang sudah bertaubat berbanding mengiklankan nombor telefon di sini.. Ustaz Love tak menjalankan urusan pencarian jodoh di blog ini dan tak nak terkait dengan apa2 juga masalah di kemudian hari.. harap saudara dapat memahaminya.. 😉

  13. salam…sekiranya lelaki itu dipaksa untuk menjadi pak sanggup dan lelaki tersebut di ugut…apa hukumnya…dan apa hukumnya juga sekiranya lelaki itu terus menceraikan perempuan itu pada malam akad nikah itu…

  14. dengan talak 3…ini kerana perempuan itu telah mengandung anak lelaki lain..dan lelaki yang dipaksa menjadi pak sanggup inu telah mempunyain calon isteri…

    1. Yang dimaksudkan dengan dosa besar menjadi pak sanggup di situ adalah dosa besar menasabkan anak orang lain kepada namanya, dan bukannya dosa mengahwini wanita hamil untuk menutup aibnya.

  15. salam ustaz,

    nk tnye skit..kan laki baik utk ppuan baik dn sbliknya..tapi member sy die dh dgn ex-bf die.then ex bf die dh kawen ngan ppuan baik.sy cm xleh blah plak dgn laki cmtu.rasa nk sepak pun ada.mngis member sy cam org gila.pastu ppuan yg dorg dpt yg baik2 lawa bagai plak tue.so sy fkir dn keliru.xnk r cm persoalkan quran.tkut lari akidah nauzubillah.sy pnh jumpe ngan sorg ex bf member tnya dia.xrasa bsalah ke ape.die ckp alasan, mak xsuke ppuan yg mber sy nie.then die ckp.bkn slh dia.sy xleh nk fkir lah org cmni.mmg lah salah bdua.tapi member sy cm gitu jadinya.ustaz nk mntk email?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme