I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Hari Jumaat : Lelaki Di Masjid, Wanita Di Mana?

Salam…

Walaupun hari ni dah hari Sabtu, tapi Ustaz Love rasa masih relevan untuk membicarakan persoalan hari Jumaat. Sebab banyak isu2 disebaliknya yang patut difikirkan sama2. Sebab hari Jumaat, bukanlah hari lelaki bersolat semata2, wanita pun sama.. kena melakukan solat Zohor. Dan topik ni insyaAllah relevan sampai bila2.

Kadang2 kita terasa bengang melihatkan kaum lelaki (lebih mesra disebut kaum Adam.. sedangkan wanita ke, lelaki ke memang asalnya daripada Nabi Adam a.s.) tidak berada di masjid ketika khutbah dan solat Jumaat sedang berlangsung. Terasa berbulu mata memandangnya. Begitu ramainya kaum lelaki yg datang bersolat di masjid pada hari Jumaat (sampai melimpah2 keluar masjid), rupa2nya masih ramai juga yang tak datang untuk bersolat di masjid.

Mungkin mereka menganggap bahawa masjid itu dah penuh dan tak ada ruang untuk mereka nak bersolat, lalu mereka lebih memilih untuk berjimba2 di shopping complex atau di kedai2 makan. Ataupun mungkin ada sesetengahnya yang tersilap faham kononnya solat Jumaat itu, kalau tak hadir 3x baru berdosa (soalan ni pernah ditanyakan oleh seseorang kepada Ustaz Love). Sedangkan hakikatnya, solat Jumaat itu wajib bagi lelaki yg mukallaf. Tak datang walaupun sekali, dengan sengaja, maka dia telah melakukan dosa (sekalipun beliau menunaikan solat Zohor di rumah).

Jadi, sepatutnya bagi lelaki2 ini, hendaklah dia berada di masjid ketika khutbah dan solat Jumaat berlangsung. Kepada kaum wanita, jika ada lelaki yg menemankan anda ketika itu, maka suruhlah beliau pergi ke masjid.. kalau beliau berdegil dan membuat helah, maka berikan la beliau sehelai kain tudung.. dan suruh beliau bertudung.. sbb hanya wanita saja yang tak diwajibkan untuk solat Jumaat.

Sekalipun wanita tak wajib melakukan solat Jumaat, para wanita masih lagi punya tanggungjawab lain.. iaitu solat di awal waktu. Maka, tak sepatutnya ketika kaum lelaki sibuk bersolat Jumaat, kaum wanita sibuk bershopping. Ini merupakan satu budaya yang tak sihat.

Konsepnya sama seperti puasa juga. Sekalipun wanita itu uzur (tak boleh berpuasa), tetapi beliau masih bertanggungjawab untuk menahan diri daripada makan di khalayak ramai. Kena makan sorok2. Begitu juga ketika solat Jumaat sedang dilangsungkan, sebaiknya wanita berada di musolla untuk menunaikan solat Zohor di awal waktu dan melakukan ibadah2 sunat yang lain.. mengambil kesempatan hari Jumaat yang penuh keberkatan itu. Dan bukannya bergembira di shopping2 complex atas alasan tak wajib solat Jumaat.

Hari Jumaat adalah hari yang penuh keberkatan. Juga diberikan ruang masa yang lebih panjang untuk menunaikan solat dan berehat (2 jam lebih). Jika masa itu digunakan untuk bershopping, maka dah tentu waktu rehat akan jadi lebih panjang. Walaupun pukul 3 ptg sepatutnya dah ada kat opis, tapi pukul 4 ptg baru nampak muka. Produktiviti kerja akan semakin berkurangan.

Jadi, sama2 la kita ubah konsep pemikiran yang beranggapan bahawa “hari Jumaat adalah hari untuk bershopping” kepada “hari Jumaat adalah hari untuk meningkatkan ibadah”.. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

37 Comments

Add a Comment
  1. Aku pun tak faham gak, masih ramai lelaki asyik sibuk melayan teman wanitanya di mac D ketika jumaat walaupun masjid dekat di mac D, yg peliknya takkan la teman pompuan tu tak tanya ” u ni tak gi jumaat ke?

    1. takut kalau tanya, nanti pakwe tu terasa hati.. time bercinta memang sentiasa sensitif.. sanggup ketepikan agama sbb nak jaga hati punya pasal πŸ˜€

    1. ibadah bkn sebab nak bagi orang gerun.. tapi kegerunan itu Allah yang akan campak ke hati musuh2 Islam yg melihat kepada org Islam yg menjaga agamanya πŸ˜‰

    1. yang takde duit pun suka gak jalan2 jamu mata (bahasa modennya “window shopping”) πŸ˜€

    1. kena ubah tu.. hari Jumaat cuma sekali je seminggu.. 6 hari lagi bleh layan tgk wayang sampai muntah πŸ˜€

  2. Salam…

    Lelaki di masjid, wanita di shopping complex… =D kdg2 saya layan mata kat surau d pejabat…

    tapi saya juga slalu jumpa lelaki kat shopping complex…

    1. Salam Embun..

      Kalau lelaki kat masjid, pempuan plak kat musolla.. insyaAllah, suatu hari nanti, Sogo pun akan tutup masa solat Jumaat.. πŸ˜€

  3. Sekarang ni,lelaki pun ramai jugak waktu Jumaat berjemaah di Shopping Complex..contohnya semalam..saya g Sogo…ramaii solat kat Sogo….eh, saya pun kat Shopping Complex ye…?he he saya ada alasan sendiri…

    1. sepatutnya lelaki2 ini boleh didakwa sbb meninggalkan solat Jumaat.. sayangnya, penguatkuasa tak cukup kaki tangan πŸ˜‰

  4. assalamualaikum
    saya pun dulu penah bercinta
    tp bab agama minta maaf saya mmg tegur je terus
    nak jaga hati ke nak tgk dia berdosa kan?
    kalau syg,suruh la teman lelaki anda g solat jumaat
    tp Alhamdulillah skrg dah xde couple sbb couple sblom nikah itu haram ! =)

    1. waalaikumussalam..

      couple sebelum nikah tu haram? kena kaji dulu.. bleh rujuk entry Ustaz Love sebelum ni..

      yg haram tu bukan couple, tapi aktiviti2 yg dilakukan semasa couple (pegang tangan, dating dsb) πŸ˜‰

      1. eh mmg btol kan couple sblom nikah tu haram?
        kalo couple tnpa buat apa2 pun haram jgk sbb adanya zina hati
        entri mne tu ye?
        bleh bagi link ustaz?

  5. sedih melihat keadaan remaja lelaki dan perempuan sekarang..lebih-lebih lagi yg beragama islam, terutamanya perempuan yg pakai tudung..

  6. ayat ni”[Kepada kaum wanita, jika ada lelaki yg menemankan anda ketika itu, maka suruhlah beliau pergi ke masjid..]” mmbuatkan ana tringat kta2 ustazah ana.. tp len skit la. “hampa kalu p shopping complex time orng g jumaat,nampak ajer owng laki yng msih duk xcited bershopping,jgn plak pengsan kat situ nah..depa tu ikut ajaran taslim la tu,solat pakai niat” (hahaha..msa tu tgah blajar pasai ajrn taslim tetiba ustazah utaqakan kta2 tu..^_^

    1. tak perlu kita menggelarkan mereka dengan kesesatan akidah (ajaran taslim itu ajaran sesat.. sedangkan meninggalkan solat Jumaat tidaklah sampai menjadi murtad) πŸ˜‰

      1. hahaha.. x la ustaz..ustazah ana sekadar bergurau..sbb dia tengok kita orng dah hmpir2 kepala mencecah ke lantai(mengantuk)..al-maklumlah msa tu dah tgh hari..^^

        1. gurau2 pun sebenarnya tak boleh juga dalam bab akidah ni.. silap bergurau, boleh rosak akidah πŸ˜‰

  7. As salam..

    Saya inginkan kepastian, betulkah kaum wanita boleh solat zuhur setelah kaum lelaki habis sembahyang Jumaat?

    Terima Kasin

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme