I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Halatuju Blog Ustaz Love

Salam..

Lama plak rasanya Ustaz Love tak menulis.. terasa kekok jejari runcing ini bila memulakan penulisan. Ustaz Love mengambil sikit masa untuk menilai kembali halatuju blog Ustaz Love ni.. Untuk menentukan apa yang Ustaz Love nak daripada blog ni..

Suatu masa dulu, Ustaz Love terlalu istiqamah dalam menerbitkan entry2 berunsur mistik (siri2 saka) sehinggakan Ustaz Love menulis seolah2 macam seorang pak dukun plak yg menulis. Ustaz Love dah kurangkan entry2 sebegitu.. kadang2 terlepas gian gak satu dua entry cerita pasal mistik ni..

Kemudian, Ustaz Love memfokuskan pada entry2 soal jawab.. kadang2 Ustaz Love terpaksa mendahulukan menjawab soalan2 kat e-mail berbanding kat blog.. Sbb kebanyakan soalan kat e-mail adalah soalan urgent dan agak rahsia, yang menuntut jawapan yg segera. Berbanding soalan2 kat komen entry, ianya lebih kepada soalan lanjutan daripada entry sebelum tu.

Sehingga ke satu tahap, Ustaz Love dah tak menang tangan nak menjawab soalan2.. Jadi terpaksa mengambil masa sikit sebelum dapat reply email mahupun persoalan kat komen entry.

Kemudian Ustaz Love agak ghairah plak nak mencuba pengiklanan itu ini berbanding satu jenis pengiklanan je dulu.. sampai naik berat blog Ustaz Love (blog berkolesterol tinggi).. Tapi jangan risau, insyaAllah dalam sikit masa lagi, Ustaz Love akan kurangkan iklan2 kat blog.. sbb Ustaz Love masih lagi dalam proses try on error.. mana pengiklanan yg terbaik..

Lama2, Ustaz Love dok termenung, Ustaz Love teringatkan satu dua projek yang Ustaz Love rancangkan dulu masih lagi belum berjalan. Iaitu projek cerita2 mistik (ini mungkin Ustaz Love akan tangguhkan dulu) dan projek kelas tajwid kat blog.. Walaupun Ustaz Love dah daftar akaun kat youtube, tapi masih lagi belum berkesempatan untuk memulakannya.

Benarlah langkah pertama memang susah untuk dilakukan.. Ustaz Love pun dah tak berani nak janji bila ianya dapat direalisasikan. Bila tiba saatnya nanti, Ustaz Love harap ianya bertepatan dengan kehendak asal Ustaz Love (bimbang gak takut2 Ustaz Love tiba2 buat idea nak miming plak nanti) πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. owh.. payah gak tu.. sbb dgn iklan2 ni membantu Ustaz Love mendapatkan statistik lebih tepat perkembangan blog Ustaz Love.. terutamanya bab keyword carian yang kadang2 mengandungi persoalan..

      insyaAllah, halatuju tu ada.. cuma halangan itu yg kena cuba kurangkan πŸ˜‰

    1. setiap benda yg kita lakukan, kena fikirkan halatujunya.. kalau tak, bakal jadi sia2 πŸ˜‰

    1. cakap memang mudah, sbb cuma memerlukan satu bahagian saja (mulut).. tapi untuk mengamalkan, perlukan keseluruhan anggota termasuk yg rohani mahupun yg jasmani πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme