I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Exabytes (MY) : 10 Anniversary Super Blogger Contest

Salam…

Perasan tak banner Exabytes kat atas tu ada iklan baru? Ya betul.. Sekarang ni memang musim orang nak bagi iPad free.. tak kira la sama ada melalui contest berasaskan undian ke, review ke, cabutan bertuah ke, hantaran kahwin ke.. Dan yang terbaru, Exabytes, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan webhosting juga telah melancarkan contest terbaru yang menawarkan hadiah utama iaitu iPad 2. Sesiapa yang nak menyertainya, boleh klik di sini.

Ustaz Love amat setia menggunakan perkhidmatan Exabytes sebagai hosting provider bagi laman web yang pernah Ustaz Love buat. Kalau ikutkan secara zahirnya, memang tak ada perbezaan pun antara mana-mana webhosting. Yang nampak secara zahirnya adalah sesuatu laman itu dapat dilayari. Hanya pemilik laman sahaja yang mengetahui kebaikan pakej hosting yang dilanggani berdasarkan prestasi dan keistimewaan yang ditawarkan.

Ustaz Love sukakan pakej produk personal hosting yang ditawarkan oleh Exabytes. Ini kerana, ia memenuhi keperluan Ustaz Love untuk menguruskan sebuah blog peribadi. Dengan pakej Ebiz Home, Ustaz Love dapat 2Gb ruang storan dan 10Gb Data Transfer (Bandwidth) sebulan. Kiranya cukup la dengan performance blog Ustaz Love yang biasa-biasa saja ni. Pakej ini juga tak mahal iaitu RM139.00 setahun (sekali cash out nuffnang dah boleh bayar).

Namun begitu, ianya lebih kurang saja dengan pakej yang ditawarkan oleh syarikat penyedia webhosting yang lain. Apa yang membezakannya adalah kecekapan dan kepantasan khidmat pelanggan (customer service) yang cepat membantu menyelesaikan masalah pelanggan. Kadang-kadang, sesi meminta bantuan boleh menjadi sesi tutorial yang mana customer service sanggup meluangkan masa untuk mengajarkan pelanggan berkaitan aplikasi yang tidak difahami atau penyelesaian masalah pelanggan.

Dengan pengalaman dan kredibiliti Exabytes sebagai penyedia perkhidmatan webhosting utama di Malaysia selama 10 tahun, maka Ustaz Love tidak ragu-ragu lagi untuk terus menggunakan perkhidmatan Exabytes sebagai penyedia webhosting untuk blog Ustaz Love.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. As salam iza..

      Untuk semua blogger.. syaratnya sangat mudah.. boleh tengok kat link yg Ustaz Love bagi tu πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme