I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Duit Hasil Nyanyian Sebabkan Maahad Terbakar

Salam…

Selepas puas Ustaz Love mengesat air mata dan air hidung yang mengalir tak berhenti2 ini, terdetik di hati untuk menulis sesuatu di blog.. Apakah yg sedih sangat sampai keluar air mata di malam hari ini? Adakah disebabkan Ustaz Love layan citer Bollywood atau Kollywood? Bukan sama sekali.. takde kaitan pun..

Ustaz Love tengok rancangan FBI tadi.. bukan Federal Bureau of Investigation milik US tu.. tapi rancangan yang dipengacarakan oleh Faizal bin Ismail, dj Hot FM tu.. kali ni beliau menjemput 2 orang tetamu iaitu Hajah Sharifah (apa ntah.. tak ingat plak) dan Datuk Sharifah (Aini).. kiranya jemputan Sharifatain (2 Sharifah)

Ustaz Love tak berhasrat nak mengulas tentang rancangan tu.. cuma Ustaz Love tertarik nak ulas (cewahh) pengalaman Datuk Sharifah Aini..

Dalam satu pengalamannya, beliau bercerita tentang satu kisah.. Beliau nak menderma kepada satu maahad tahfiz.. tapi Ustaz maahad tu bagitau, diorang tak terima duit hasil nyanyian ni.. nanti maahad tu terbakar..

Memang betul2 terbakar.. bukan maahad tu yg terbakar.. tapi hati Ustaz Love ini rasa terbakar.. terus Ustaz Love gi minum air untuk memadamkan kebakaran itu..

Watak2 Ustaz macam ni memang selalu Ustaz Love jumpa.. Sekalipun tak nak terima, tak perlu la gunakan ayat2 yg menyakitkan hati orang… Jika beliau dapat bersabar dan bersupan santun, insyaAllah Kak Pah akan memahaminya.. Tetapi bila digunakan ayat2 yg menyakitkan hati, memang tak sesuai..

Dalam al-Quran, Allah melarang supaya memberikan sedekah, kemudian diikuti dengan perkataan2 yang menyakitkan hati (mengungkit2, perli2) seolah2 macam nak menunjuk2 kepada manusia.. Tapi, Ustaz itu lagi advance.. orang lain yg nak bagi sedekah, beliau pulak yg dok perli2 orang.. Adakah dengan cara itu dapat menunjukkan dirinya lebih baik daripada orang lain? Ataupun itu salah satu kaedah beliau nak berdakwah agar Kak Pah meninggalkan bidang nyanyian?

Ustaz Love bukanlah nak menyokong Kak Pah, Pah Bedah atau segala macam artis.. sebaliknya rasa terganggu dengan kenyataan Ustaz tersebut yang jelas tidak betul.. Maahad terbakar sbb amik duit derma artis hasil nyanyian?

Kalau maahad takde duit, buat sekolah macam buat rumah setinggan.. memang bakal terbakar akibat short-circuit atau akibat penggunaan lilin.. Semoga Allah pelihara maahad tersebut daripada keceluparan mulut pengajarnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Comments

Add a Comment
  1. Salam, ustaz..

    dni pon rasa cemtu… tak elok kita menghina orang nak wat kebaikan… dan tak elok berlagak alim… jangan hanya tahu jaga hubungan dengan Allah hingga mengabaikan hubungan baik sesama manusia…

    Wallahu’alam

    πŸ™‚

    1. Salam ardini..

      Mungkin Ustaz tu terover acting pada masa tu.. sebab manusia ni akan ada masa beliau tergelincir.. tergelincir lidah ke, tergelincir kaki ke.. πŸ˜‰

  2. manusia ustaz love..terkadang ‘dia’ lupa setelah berasa ilmunya lebih tinggi dr yg nyata byk khilafnya.. kesilapan yg mesti dijauhi. sbb tu harus lebih baik diam dr berkata2..bahaya juga kalo ustaz2 berbicara. makan dalam…dosa kelak yg diraih.. hmm..:(

  3. betul. klu takmo terima tak payah la ckp mcm tu..kecik hati kak pah. walaupun duit tu kak pah dpt hasil menyanyi tapi kak pah berbesar hati nak menderma….

  4. pnah jumpa org jenis cmni.. berlagak x bertempat.. last2 budak2 dia jgak kna paksa kutip derma utk pihak diorg.. klau x nk siap ar budak2 tu kna, huh…

    1. yg ni biasanya guna alasan untuk program keusahawanan.. bertujuan melatih budak2 berniaga.. tapi untung, masuk poket siapa? πŸ˜‰

  5. hmm…macam-macam, jika beenar cerita tu, sememnagnya ustaz tu tak fikir sebelum cakap. Itu yg payah tu. Tapi, kita tak juga boleh salahkan dia sebab mana tahu ada orang sengaja membuat cerita bagi nampak gempak sikit..Apa pun, husnuzzon ja la..

  6. Salam Ustaz..

    mmg tersentuh hati mlm 2..dengar kisah yg dipaparkan…lg2x knk2x yg kene HIV,,xpatut mereka wat mcm 2..pgng spnduk segala..suruh nyanyi kami anak2x Yatim lg..

    Tapikn Ustaz..Najah nk tanye..wanita mmg xboleh menyanyi ea??walaupun nyanyian nasyid?? ..smpi Ustaz 2 cakap mcm 2..

    1. Salam najah..

      Ramai yg salah sangka isu suara ni dengan menyatakan suara wanita itu aurat.. padahal ianya bukanlah aurat.. insyaAllah, nnt Ustaz Love buatkan entry tentang itu.. πŸ˜‰

  7. salam ustazlove,

    nak bertanya di luor skop n3..

    jd keliru pulak bila ada yg cakap, wanita yg hamil (atas sbb zina @ terlanjur) tdk boleh dikahwini s/ada oelh lelaki yg terlanjur dgn nya mahupun lelaki yg lain..

    tetapi seingat kakyong lah kan.. hukumnya harus… tp ade pulak pihak yg ckp tidak sah nikahnya..

    boleh tak ustaz beri penjelasan.. jika ustaz pernah buat n3 pasal ni, buleh tak berikan link.. untuk rujukan & clarification…

    terima kasih

    1. salam kakyong..

      rasanya Ustaz Love belum buat apa2 entry berkaitan isu tu.. insyaAllah, nnt Ustaz Love cuba jawabkan πŸ˜‰

    1. kat situ memang susah nak ikhlas.. sbb nampak depan mata sendiri.. sedangkan kita niat nak sedekah pada OKU, tapi rupanya bukan OKU.. Ustaz Love dah baca dah entry tu.. nice πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme