Salam..
Kalau Ustaz Love buat carian kat google untuk keyword doa, hasil carian yang keluar kebanyakannya games Dead or Alive (DOA) dan ada gak movie dia.. Ala2 movie Mortal Combat dan Street Fighter.
Tapi entry ni macam biasa la.. tak berapa kena sangat dengan intro. Sebab entry sebenar adalah berkaitan dengan doa dan bukannya games ataupun movie DOA walaupun ada kaitan sikit2..
Doa merupakan otak kepada ibadah (مخ العبادة).. yang menunjukkan doa itu begitu utama dalam kehidupan manusia. Sebab itulah dalam setiap perkara yg dilakukan, ada doanya. Sama ada nak makan, nak minum, nak masuk jamban, keluar jamban, nak berjimak dsb.. Semuanya penuh dengan doa.
Dengan memperbanyakkan doa ini, menunjukkan sifat kehambaan manusia itu kepada Allah.. bahawa dalam setiap keadaan, manusia itu memohon dan meminta pertolongan Allah.
Realitinya, kita semakin kurang berdoa. Bagaimana nak berdoa, kalau solat pun susah nak jaga. Maka, kelihatanlah manusia itu lebih menjaga makanannya (bab halal haram) daripada menjaganya dengan doa. Sekalipun makanan yg dimakan itu halal, tapi jika tidak didahului dengan doa, maka kuranglah keberkatannya.
Apatah lagi dalam perkara2 lain yang lebih besar.. Umpamanya dalam melakukan usaha dakwah (amar makruf nahi munkar), doa inilah yang lebih penting berbanding usaha fizikal. Ini kerana, dalam menyampaikan dakwah, pastilah banyak ujian yang akan ditempuhi. Namun, dengan keberkatan doa di malam hari, insyaAllah kita akan diberikan kekuatan untuk istiqamah biarpun banyak kutukan dan kejian yang diterima berbanding pujian. Sebab bukan itu yang menjadi matlamat para pendakwah.
Dengan doa juga, Allah akan melembutkan hati2 orang yg didakwah.. Bukanlah dengan dakwah fizikal semata2 yg menjadi asbab hidayah (punca hidayah) sebaliknya doa itu yang akan menjadi asbab hidayah. Seperti mana usaha Nabi s.a.w. yg berdakwah kepada Abu Jahal tanpa jemu, tetapi doa Nabi s.a.w. dikabulkan Allah dengan Islamnya Umar r.anhu.
Doa yang bagaimana yang menjadi asbab hidayah ini? Iaitu doa yang seperti dalam keadaan antara hidup dan mati (Dead or Alive).. maksudnya doa yang bersungguh2 dan tidak putus2.. bukan berdoa sambil lewa, kemudian menyalahkan Allah kerana doa tak makbul.
Selain syarat zahir perlu ditepati (pakaian, makanan, minuman daripada sumber yg halal), syarat rohani ini juga perlu diperhalusi. Jangan putus asa dalam berdoa. Kerana jika kita sudah berhenti berdoa, ia menunjukkan salah satu : Sama ada telah lupa diri, atau telah putus asa dalam mengharapkan rahmat dan bantuan Allah.

Doa adalah senjata untuk orang mukmin.
jazakallahu khairal jaza’ 😉
Doa ada kekuatan bagi seorang mukmin… ia menunjukkan kekuatan pergantungan seseorang itu kepada Yang Mencipta 🙂
betul tu.. terima kasih kerana sudi berkongsi 😉
Sekarang ni, ramai orang rasa tak payah berdoa, rasa kebal..sedangkan itu adalah tanda betapa kita mengharap perhatianNya….
Bila dah berjaya, memang tak nampak dah siapa yg bagi kejayaan tu.. bila dah susah, baru teringat kat Allah.. kalau dah susah pun tak ingat Allah lagi, memang susah nak cakap 😀
Kalau xdoa kan kite dianggap sombong kepada Allah swt.
masyaallah.
betul tu.. seolah2 kita tak perlukan Tuhan untuk menolong dan membantu kita 😉
orang yang tak berdoa adalah orang yang sombong.. ^^
kurang berdoa tu pun menandakan seseorang itu sombong dengan Tuhan.. sebab itu kena jadikan doa itu sebagai pakaian kita.. setiap masa kita berdoa.. tak semestinya selepas solat saja 😉
cerita bergenre aksi..dah lame dah saye tengok citer ni..
cerita ni zaman Ustaz Love muda2 dulu.. 😀
ustaz, nk tanye ni,,kalau iklan nuffnang or follower kite tak tutup aurat, pastu tyg kat blog kite, tak dose ke kite?
soalan ni agak panjang gak nak dijawab.. insyaAllah, nnt Ustaz Love cuba jawab kat entry 😉
Setuju!!! apa pun kena la usaha dulu selepas tu baru lah berdoa. Insyaallah akan dapat apa yang di usahakan.
Silap gak konsep ni.. Sebelum memulakan usaha pun kena berdoa dulu.. semasa tgh berusaha pun kena berdoa gak.. lepas habis usaha pun kena berdoa gak 😉
suke entri nih…=)
macihh 😉
lama dulu pnah buat carian doa tapi yg kuar mmg games & movie DOA ni, hukk…
betul la.. masa tu games DOA dgn filem dia tgh hot 😀