Salam…
Setiap orang pasti ada barang2 peribadi sendiri.. bila dikatakan barang peribadi, maka ianya merupakan sesuatu yang tidak dikongsi.. Jika sudah dikongsi, maka sudah tak peribadi lagi..
Dalam senarai barang peribadi, ada barang2 yg dikategorikan sebagai barangan sulit.. Iaitu barang2 yang disorokkan daripada pandangan umum..
Antara barang2 yang dikategorikan sebagai sulit antaranya seluar dalam, baju dalam, tuala wanita dsb..
Oleh kerana ianya merupakan barangan sulit, maka hendaklah ia dijauhkan daripada pandangan manusia umum.. kerana ia boleh menimbulkan suasana tidak tenteram sekiranya ditayangkan..
Zaman dulu, orang kalau nak sidai spender ke, baju dalam ke, beliau akan sidai dalam rumah.. kalau sidai kat luar rumah pun, beliau akan letakkan kain untuk menutupnya daripada pandangan manusia.
Kenapa sampai begitu sekali?
Sebab orang dulu2 masih tebal dengan sifat malu.. malu kalau org tahu beliau pakai bra saiz berapa, spender saiz berapa.. sbb manusia ni imaginasinya tinggi.. sbb tu kalau beli pakaian dalam pun, diorg lebih selesa beli daripada makcik kemboja yg junjung kain datang ke rumah.. sbb takde lelaki yg akan datang menjenguk masa proses pembelian itu..
Pernah Ustaz Love masa blogwalking terjumpa satu facebook yang menceritakan tentang saiz bra yg beliau pakai.. kaler apa.. dsb.. terasa bangga gamaknya dengan perbuatan itu..
Ini merupakan taboo (pantang larang) orang Melayu yang dah diterima sebagai salah satu ‘uruf.. pakaian dalam tidak wajar ditayangkan.. sama ada dijemur di ampaian ke, kat tepi tingkap ke, kat beranda rumah ke.. kerana ianya boleh menyebabkan gangguan seksual terhadap lelaki2 yg sakit jiwanya..
Ada antara lelaki yg menjadikan hobi mencuri dan mengumpulkan pakaian dalam wanita.. Lebih teruk daripada itu, ada yg menggunakan pakaian dalam yg dicuri itu sebagai alat untuk melaksanakan ilmu sihir ke atas pemiliknya..
Jadi, Ustaz Love nasihatkan agar menyimpan rahsia sulit itu di tempat rahsia.. Jangan dedahkan rahsia itu..

tapi sekarang nih, ada je perempuan melayu selambe pakai bra pegi supermarket beli megi.. sakit jiwa kami nih.. HAHAHA
muahahaha…. tergelak akak baca ni…. π
tp tu la, betul gak tu pernyataan anda…
hehe.. melati pernah jumpa ke spesies mcm tu? π
hahah.. taw tape..
aikk.. supermarket mana tu? bleh panggil Aduan Rakyat buat liputan ni.. sbb mengganggu jiwa pemuda2 kat situ π
ada… meh datang shah alam.. ibarat mencurah acid kedalam mata.. sakit sampai kehati.. hahaha
aikk.. bukan bagi cerah mata ke? huhu..
diorang rasa dah habis mat salleh kot? padahal mat salleh pakai spender dgn bikini kat pantai je π
Assalam…. memang betul ustaz.. skrg nie dah menjadi trend nak tunjuk jenis dan warna bra dan spender … baik yang lelaki mahu pon perempuan.. bukan haya kat luar sampiakn masa solat jumaat pon ada yang berpakaian begini…
di manakah silapnya ?
As salam Abd Karim..
mungkin tujuan nak menarik perhatian.. kalau zaman budak2 dulu, kalau member ckp dia tau kita pakai spender kaler apa pun kita dah malu.. padahal beliau memain je π
tp masalahye lau cashier tu laki…mcmne tuh?
kalau cashier lelaki, biar husband atau adik lelaki ke yg bayarkan.. baru beliau tak berani nak imagine π
setuju 1000000 persen
wahh.. sejuta persen.. bleh buat lagu dangdut ni π
salam ziarah sini
moga sihat selalu ustaz..
ermmm..spender nak sidai
mana..dah tentu di laman..
tapi bahaya juga sebab ramai
yang gila sex sekarang nih..
he he..
salam bro zul..
kena pasang cctv tu.. bleh tau sape yg rajin mencuri spender ni π
salam =)
btol tu ustaz,.hrpn jge kpd wnita2 d luar sne,.
salam cik nurul..
lelaki mahupun wanita kena sama2 mengambil perhatian π
ngeh3… mangsa kemodenan? lupa asal usul? ntah r… wakakakka
mungkin pengaruh freemason kot? hehe π
kebanyakkan masyarakat kita akhir2 ini sudah hilang sifat malunya….klau boleh sediakan 1 tempat yg terlindung drpd pndgan org luar.
pernah terjadi d kaw umah kakjem gempar kerana setiap rumah kehilangan sluar dlm dan bra..sehinggakan ke hari ini x tau siapa yg punya angkara…..bukan apa,takut2 ada org baru nak test ilmunya ke @ apa2 ke……jgn main2…
Ustaz Love tengok rancangan dokumentari, ada satu jenis penyakit jiwa iaitu ghairah pada pakaian dalam.. yg jenis ni biasanya akan curi pakaian dalam orang dan memakainya.. baru beliau rasa terangsang dan puas.. π
Penyakit ni namanye fetish xsilap dlm pendidikan psikologi. Dia akan teransang dgn objek spt kasut wanita, bra atau spenda… Golongan ni sdg sakit dan perlu diubati sebab libatkan psikologi atau pemikiran… Ada lbh trk kn amek ubat lagi. Kadang pengaruh barat yg terlalu ipen menjadi ikutan masyarakat kita… Artis2 yg dijadikan role model tu juga punca ramai pesakit2 cmni
Senoga kita dijauhkan..