I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Contest Review Blog Fix Computer Problems

Salam…

Ustaz Love telah mendapat jemputan daripada pemilik blog “Blog Fix Computer Problems” iaitu saudara mj (bukan mak janda tau) di shoutbox untuk menyertai contest ini. Dah lama rasanya Ustaz Love tak menyertai contest ni.. Seolah2 macam orang yang dah lama tak bersenam, tiba2 terus nak merentas desa 200 km.. belum berlari lagi dah terasa penatnya.. hehe..

Contest ini sangat menarik hati kerana ia hanya memerlukan satu review (pandangan / ulasan) berkenaan blog.. dan tiada syarat2 tambahan yang agak memenatkan.. Hadiahnya pun agak lumayan iaitu RM700 untuk 3 tempat teratas.. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di sini..

Jadi, Ustaz Love pun nak cuba la jadi pengulas blog ni.. biarkan takde tauliah atau kelayakan untuk mengomen blog orang.. hehe..

1. Template Blog

Bagi Ustaz Love, template blog itu sangat simple.. dan kurang menarik perhatian.. seharusnya bagi blog2 yang menumpukan kepada aspek teknikal ini, memerlukan sebuah template yg agak ceria dan berwarna garang.. template yg berwarna malap ni sesuai untuk template blog orang yg bukan computer savvy..

2. Head banner

Head banner antara aspek yg perlu diberi perhatian.. kerana dengan adanya head banner, akan memudahkan para pengunjung untuk lebih cepat menangkap apa jenis blog itu.. Maksudnya, kalau ada love2 kat banner tu, sah2 itu blog cinta.. Kenyataan ini tak terpakai untuk blog Ustaz Love walaupun ada love2.. hehe

3. Susunan widget

Widget yang ada dah ok dah.. Cuma widget facebook tu, lagi cantik kalau letak kat sidebar.. dan segala macam backlink widget tu diletakkan di bahagian bawah. Ini bagi mengelakkan pengunjung untuk scroll jauh2 sangat ke bawah.. widget2 yg dirasakan kurang penting boleh diletakkan di bahagian bawah.

4. Customer Service

Walaupun mungkin pemilik blog tidak menjual apa2 gadjet ke, antivirus ke.. tapi boleh amik inisiatif untuk memasang widget yahoo messenger (i’m online / offline) untuk memudahkan pengunjung bertanya tentang masalah teknikal komputer..

5.Tanggungjawab sosial

Sekalipun blog ini memfokus kepada masalah komputer, namun pemilik blog perlu juga membuat entry2 santai.. agar nampak yang blog itu ditadbir oleh seorang manusia, dan bukannya robot. Ceritakan tentang isu semasa, peribadi dsb.. InsyaAllah, pengunjung akan lebih mesra dan tak segan silu untuk bertanya..

Setakat itu saja yang mampu untuk Ustaz Love ulaskan.. Harap maaf jika ada yang tak betul atau tersilap..

Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
    1. hehe.. jangan silap faham.. ayat tu saja nak bagi gempak.. hakikatnya penyertaan adalah terbuka.. sila lawat blog beliau untuk menyertainya 😉

  1. salam Ustaz.. terima kasih kerana sudi menyertai contest blog saya. Saya sudah membaca komen dan cadangan ustaz serta membuat penilaian.. selamat berblogging..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme