I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Cara Membesarkan Anak Luar Nikah

Salam…

Ustaz Love cek2 kat keyword carian, ada satu keyword yg sangat menarik perhatian.. Setelah berturut2 entry yang agak teknikal, sehingga hampir tenggelam niche blog Ustaz Love.. daripada blog agama kepada blog tutorial.. hehe

Keyword kali ni berbunyi (ada sound effect plak) :

“Cara membesarkan anak luar nikah”

Anak sama ada di luar nikah, atau di dalam nikah adalah sama saja.. Bezanya cuma dari sudut nasab dan pewarisan serta perwalian saja.. Tapi, hubungan beliau dengan ibu tidaklah terpisah apa2.. Sama saja macam ibu yang mengandung dalam nikah.. sbb anak luar nikah itu mewarisi harta ibunya..

Jadi, janganlah dibeza2kan anak luar nikah atau anak dalam nikah.. Cukuplah dosa berzina (jika yg memelihara itu ibunya sendiri) yang pernah dilakukan ibunya yang belum tentu diterima taubatnya.. janganlah menambah dosa dengan memandang hina kepada anak luar nikah serta membeza2kan dgn anak2 yg lain (jika kemudiannya ibu itu bernikah dan beranak pinak).. sebab yang hina itu adalah perbuatan zina ibunya, dan bukan anaknya itu..

Jika anak hasil luar nikah (disebabkan dirogol contohnya), maka janganlah dibenci anak itu.. Janganlah juga digugurkan.. Peliharalah dia sebaik mungkin.. kerana hubungannya dengan ibu yg melahirkannya takkan putus sampai kiamat.. semoga anak itu akan menjadi anak yg soleh yang akan menjaganya semasa umur tua, dan mendoakannya semasa ibu telah tiada..

Hubungannya dengan adik beradik yg lain tiada bezanya.. Apa yg penting adalah didikan ibunya.. agar anak2 yg lain tidak menghina anak luar nikah ini..

Adapun jika yang menjaganya itu adalah keluarga sebelah ibunya, maka tiada isu aurat.. sbb mereka itu satu keluarga.. berbeza jika dijaga oleh keluarga sebelah bapa (bapa luar nikah itu).. maka auratnya adalah seperti aurat bukan mahram.. sbb bapanya itu sendiri adalah bukan mahramnya..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

49 Comments

Add a Comment
  1. anak luar nikah… kesian kan pd mereka bila sudah besar nanti, tidak mustahil akan melalui pelbagai ranjau..

    emm, disamping ini juga semoga mereka sentiasa tabah dan dapat memilih jalan yang benar..

    1. Jangan biarkan mereka berjuang bersendirian.. ibu bapa / penjaga kena sentiasa berikan sokongan.. jangan menipu status mereka (dgn meletakkan bin kepada mereka) kerana apabila dia mengetahuinya nanti, dia akan semakin tertekan.. sbb seolah2 penjaga itu tak dapat menerima status anak luar nikah dan cuba menutupnya..

  2. erm sentuh pasal tajuk ni ustaz…sy ada kawan.mereka sekeluarga bela anak kepada seorang gadis yg terlanjur.selama beberapa tahun..dari anak kecil tu baby sampailah dah pandai berjalan dan ketawa.kawan saya tu masih belum kawen masa tuh….mak anak kecil tu tinggalkan anaknya macam tu saje…tapi Alhamdulillah anak kecil tu dijaga dan diajar sama rata…macam anak sendiri…cuma yg sedih bila hubungan tu semakin erat tibaΒ² maknya datang tuntut anak…Alhamdulillah masih ingat pada anak tu…cuma kami doakan supaya anak kecil tu dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan ilmu supaya membesar jadi anak yg soleh..amiinnn….
    kawan saya ni photographer.kemana pergi mesti dibawa anak ni…ada pula client pandai2 tuduh kawan saya sekeluarga ni abaikan budak ni..siap buat entry kat blog.kebetulan sy terbaca…saya sedih ustaz…kawan saya sekeluarga lagilah sentap habis..tak tahu hujung pangkal cerita teiba tuduh melulu…tapi skrg tuan blog tu dah mintak maaf dan remove blog tu sebab bila dia dah tau hal sebenar….

    http://ayushuhaimi.blogspot.com/

    ini antara blog nukilan kawan saya tu..saya pon rindu pada anak kecil tuh..teringat2 keletahnya…

    1. itulah sikap sebahagian masyarakat kita.. mudah nak bersangka buruk.. lepas tu baru sibuk2 nak minta maaf..

  3. bkn senang kalau da dirogol pastu nak bela anak tuh…ish xleh nk terima keadaan tuh…sedihyee…hoho..ustaz…kalau anak luar nikah pastu di bin kan nama bapa dia n bkn bin abdullah…dosa x?

    1. dalam hidup ni sentiasa akan berganti susah dan senang.. nak bela anak yang sah nikah pun banyak cabarannya.. sbb tu la kena berfikir dulu sebelum melakukan sesuatu.. bukan buat dulu, baru nak fikir.. πŸ˜€

      Anak luar nikah, haram dibinkan dengan nama bapanya.. sbb dia dikira bukan nasabnya yg sah.. insyaAllah, jap lagi Ustaz Love buat entry kesan menasabkan anak luar nikah ni πŸ˜‰

  4. salam ustaz,

    camna ustaz kalau dlm satu keluarga..semua keturunannya ada anak luar nikah. anak sulung anak luar nikah.anak kedua pulak melahirkan anak luar nikah.sebelum tu..makciknya pun ada anak luar nikah. memang dah jadi keturunanke..na’uzubillah..

    1. itu bukan jadi keturunan, tapi mewarisi perangai keturunan.. akibat daripada takde rasa keinsafan.. kes mcm tu Ustaz Love pernah handle.. tapi boleh faham la kenapa family tu jadi mcm tu.. yg pertama sekali, mereka langsung tak tunaikan solat πŸ˜‰

  5. Saya pun ada rakan yang ALN ini. Alhamdulilah orgnya berfikiran positif dan disenangi ramai org membuatkan org tak pandang “kekurangan” yg ada pada diri beliau. Cuma selalu dgr dia meluahkan yg dia teringin sgt nak tgk “bapa” nya yg hilang begitu saje sejak dilahirkan.

    1. nasihatkan rakan tu, tak perlu pun nak tengok bapanya tu.. pandang je ke depan.. benda yg lepas, hai jangan dikenang.. πŸ˜‰

  6. bagi sy, tidak ada perbezaan diantara mereka , die tetap juga manusia, x perlu layan mereka seperti orang asing. kerana mereka bukan alien .. sayangi lah mereka seperti yg laen .. dia berhak mendapat apa yg org laen dapat..

    1. anak luar nikah tetap ada kekurangannya dari segi hak perwalian, hak pewarisan harta, hak penasaban dsb.. namun, layanan yg patut diberikan adalah seperti mana layanan terhadap anak2 yg lain.. bukan mereka yg berzina πŸ˜‰

      1. Salam,
        saya ada membela nak yang dilahirkan tak berbapa dan Alhamdulillah sekarang membesar dengan sempurna dan semakin lincah. Bayangkanlah kami berkahwin hmpir sepuluh tahun tapi belum dikurniakan anak…bila kehadiran anak ini hanya tuhan sahaja yng mengetahui betapa bahagianya kami.

        1. Salam..

          Alhamdulillah.. itulah nikmat dan kasih sayang yg Allah kurniakan kepada manusia.. kadang2, darah daging sendiri pun tak dapat nak memberikan kebahagiaan sebegitu.. syukur pada Allah πŸ˜‰

    1. memang kesian.. dah la trauma kena rogol, mengandung pulak lagi.. kena hina dgn masyarakat lagi.. tapi, mereka kena faham bahawa anak yg dikandung itu adalah tetap anak mereka.. jadi, jangan dibeza2kan dengan yang lain πŸ˜‰

  7. KALAU ANAK LUAR NIKAH, KEMUDIAN BAPA PADA ANAK TERSEBUT TD MENGAHWINI IBU NYE, APAKAH PERTALIAN DGN ANAK LUAR NIKAH TD?

  8. ustaz,sye mnjge ank yg mcm nie..bpa nye tidak mahu ngaku ank nie,sye bwh um0..klu nk di ikotkn da uwat report tp silap sye lmbat..sye berserah jew..biar Allah Taala yg tntukn nsib dye..

    1. takpe la myra.. apa yang dah berlaku, biarkan berlalu.. apa yg penting, puan bertaubat daripada dosa2 yg lalu dan teruskan kebaikan dengan memelihara anak itu dengan sebaiknya. itulah harta puan di akhirat nanti πŸ˜‰

  9. AsSalam.. Saya pernah dirogol dan mengandung. Tak semua keluarga saya tau keadaan sebenar. Lambat laun semua akan tau(datangnya masa itu,hanya Allah tempat saya berserah) Anak saya sekarang bawah jagaan kakak dan saraan saya. Kata orang,melahirkan anak luar nikah amat senang dan mudah. Bagi saya,TIDAK! Betapa payah dan sakitnya,saya tanggung hanya Allah yang tahu. Segala kata hina,cacian dan fitnah yang menimpa saya dan keluarga kakak amat memalukan sampai saya pernah terfikir benda bodoh. Waktu megandung,hati taknak tengok bayi itu. Bila lahir dengan segala kepayahan dan kesakitan, jatuh cinta dan sayang pada bayi. Pertama kali tatap wajahnya,gugur air mata saya kerana dosa yang saya tanggung. Makin hari makin besar,bayi makin bijak,makin menyenangkan hati. Saya berharap bayi saya menjadi anak yang baik,menyenangkan hati keluarga kakak dan bermanfaat pada masyarakat.. Bayi itu tiada salah kecuali ibunya.
    Anak ibu,jadilah penyejuk mata dan hati pada ibu dan ibu susumu serta keluarga. Harapan ibu untuk anak ibu,janganlah merasa kekurangan dengan status diri kerana disisi Allah itu,amalan diri yang dipandang. Jadilah anak yang soleh dan taat pada Agama fitrah. Amiiin..,

    1. Ustaz love. saya nak minta tolong ni. Saya sendiri mempunyai anak luar nikah. skrg da berumur 6bulan. Saya nak tahu bagaimana saya boleh ”bin”kan nama anak saya ke saya, saya ayah dia yang sah. Cuma saya dengan ibunya belum pun bernikah.
      Tolong beri pendapat ustaz.

      1. Macam mana saudara boleh katakan yg anak itu anak saudara yg sah sedangkan saudara belum bernikah dengan ibunya?

          1. boleh, tetapi hukumnya makruh.. sebaiknya dielakkan (untuk keluar drp khilaf mazhab)

        1. Bagaimana pula jika ibu n bapa si anak itu sdh bernikah, tetapi kurang dr 6 bulan , apakah status bin si anak n bapa? Dan blhkah si anak itu walikan adk perempuannya satu hari nti. .

  10. Salam Ustaz Love.. Tunang sy berkenalan dgn seorang Ibu yg melahirkan anak luar nikah. Ibu ini telah dibuang oleh keluarganya.. Anak kepada ibu ini sudah berusia 3thn. Tunang sy bercadang untuk menjaga anak ini tanpa memisahkn anak ini dgn ibunya kerana keadaan kehidupan ibunya yg masih muda dan tak mampu nk memberikan didikan yg sempurna pd si anak. Dalam masa yg sama, ibu ini selalu mengugut tunang sy utk mencederakan anaknya jika kemahuannya tidak dipenuhi. Mohon nasihat dan pandangan ustaz mengenai hal ini.

  11. salam ustaz…apakah hubungan anak luar nikah perempuan dengan adik-beradik yang seibu dan sebapa?adakah seperti adik-beradik kandung @ sama seperti bapanya (bapa tiri) walaupun sbnrya bapa itu adalah bapa kandungnya…

  12. Ustaz ,sy mengandungkan anak luar nikah dan bakal melahirkannya kelak .sy nak menjaga anak ni nanti tapi ibu sy seperti tidak bersetuju dgn keputusan sy .bagaimana caranya sy nak memujuk ibu sy supaya menerima keputusan sy ni ??

  13. assalamualaikum ustaz,sya ada seorg ank luar nikah,tpi sdh diserahkan pda keluarga angkt sbb sya masih belum mampu mnjganya,tpi sya dan pasangan masih mahukan dia,tpi ibu sya sering menghalang dari sya pergi bertemu dengannya,sya xprnh rela untuk biar dia pergi pda keluarga angkt,sya bnrkn hnya kerana sya xmmpu melawan ibu sya yg sdh memban2,sya mengandungkan dia sprti ank yg sah,sya beri dia dengar bacaan ayt suci alquran,sya berckp dngnnya dan slalu pergi pemeriksaan kesihatan,sya prnh terfikir ntuk mati brsma dia ustaz,sya sering terfikir jika dia xakn maafkn sya dan xdpt menerima sya seadanya,malah ibu sya juga kata tidak ada apa2 pertalian dnganya adalah lbih baik,apa yg prlu sya lakukn ustaz,sya sygkn dye,kami berdua sygkn dye,kami mahukn dye kmbli,tpi sya xtau dan xmampu buat apa2

    1. Seorang ibu yang mengandungkan dan melahirkan anaknya, tidak akan terputus pertaliannya sekalipun anak itu adalah anak luar nikah. Sebaiknya puan bernikah cepat2 dengan pasangan dan ambillah kembali anak itu. Selepas puan bernikah, ibu puan dah tiada hak untuk menentukan hala tuju hidup puan sebab puan dah berada bawah tanggungjawab suami puan. Tetapi, jagalah hubungan baik dengan ibu puan. InsyaAllah suatu masa nanti, beliau akan dapat juga menerima hakikat yg anak puan itu adalah cucunya yg sah. WA

  14. Assalamualaikum ustaz.sy ingin brtnye.ape klebihn @ hikmah jika sseorg lelaki itu ikhlas mnjga dan membela ibu dan anak luar nikah(anak kpd ibu trsebut)?bgaiman pula aurat diantara anak luar nikah dgn bapa tri?

  15. assalamualaikum ustaz love. saya ingin bertanya, mcm mana saya boleh membantu seorg aln utk redha dengan hakikat tersebut dan tidak memberontak ? Terima kasih.

  16. Salam ustaz ,..sebelum ni saya diketahui dengan pendidikan agama yang kuat , saya sering berdakwah di mana-mana .sampailah saya mengetahui ketika mana saya hendak mendaftarkan diri dalam satu pertandingan tadarus alquran. Seorang ustzh tu pelik nama saya tiada binti. saya terdengar perbualan mereka.selain itu saya banyak kali tersekat di pintu imegresen ketika hendak menaiki flight. Di situ saya curiga lalu saya cuba cari apa kena dengan saya. Dan saya mengetahui …

    sya merupakan anak luar nikah . saya sedih bila dapat tahu , saya rasa tersisih bila bersama kawanΒ² saya . saya rasa tidak layak untuk berdakwah.saya malu kerana tidak ada nama bapa .

    1. Tak perlu rasa malu. Saudari bukan seorang pendosa atau penzina dan saudari tiada kaitan pun dengan perbuatan ibu bapa saudari yang pernah tersalah langkah dulu. Yang penting, saudari sekarang ini adalah seorang yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang kuat. Jagalah agama dalam diri saudari itu. Jangan bersedih dengan perkara yang di luar kemampuan saudari untuk mengubahnya, sebaliknya lihatlah betapa besar rahmat Allah yang dicurahkan kepada saudari selama ini. Berapa ramai anak yang sah tarafnya, tetapi ilmu dan amal agamanya jauh ke laut. Bersabarlah dan bertenanglah. InsyaAllah, ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

  17. Ustaz saya nak tanya.. Kawan sy mngandung anak luar nikah.. Selepas jer bersalin.. Dia kawin dengan lelaki yg mengandungkan dia,persoalan nya disini.. Apakah hukum aurat anaknya (lelaki) dengan ibu saudara sebelah lelaki ?

  18. As salam ustaz…sy azie..dr sg besi..sy ada anak seperti tajuk diatas..(xsmpai aty nak bg gelaran tu) ..dari mula sy mgandung shgga sy bsalin…bapa kpd anak sy,lgsung xkuarkan duit untuk bby..hanya kdg kala teman sy check up,jga sy dlm pantang slma 2 mggu…dan skrg 2 bulan tdk dtg mjenguk sy dan anak…anak pun dh 6 bulan..pjanjian dia ingin menikah slepas sy abes pantang..tp skrg mhilangkan diri…psoalannya ustaz,apa akibatnya sy mjaga anak sy sndiri…tanpa bnikah dgn dia dan anak sy ,sy jga dalam keadaan yg sempurna seperti bdk2 lain..boleh ke sesiap mgambil anak sy???contoh pusat kebajikan..sy xnak bpisah dgn anak sy… :'(

    1. Jagalah anak dan kuatkan iman dan bertaubat dan doa byk2 pada Allah..saya juga begitu lebih teruk dah kawin husbnd buat xtahu je ade mcm xde pulak tu ambik duit saya.lebih seksa kawin dgn dia..

  19. Ustaz sy ingin bertnya apakah hukum bg lelaki yg mgabaikan tanggungjwb kepada anak luar nikahnya sendiri..sdgkn dia tahu itu anaknya..

  20. Assalam ustaz.. sy ada soalan.. sy ada seorg kwn yg tidak tahu akan status dirinya.. sama ada beliau anak sah taraf atau sebaliknya.. sekiranya begitu, bagaimana utk beliau dptkan pengesahan tentang status diri beliau. Kerana beliau mmpunyai sijil kelahiran yg namanya di bintikan nama bapanya..mohon pencerahan ustaz.

  21. Asalamualaikum ustaz….
    Sya ada satu soalan…sya ada seorang kawan yg tidak tahu status dirinya…sama ada dia anak sah taraf ataupun sebaliknya…
    Kawan sya ni dia mengandung tetapi kini sekarang telah masuk 4 bulan lebih dan dari awal tidak tahu terjadi…dia mula sedar semenjak selera makan dia agak bagus..dia tidak sedar akan terjadi sebegini…sekiranya begitu apa kh dia patut buat kalau penzina tu tidak mahu menerima nya sbgai ayah…mohon pencerahan ustaz

  22. Aslkum ustaz…saya puan noorliza..saya nak tanya sesuatu..apa dosa seorang ibu yg melahirkan anak luar nikah…saya tidak membenci ank tersebut…sebalik nya saya sendiri yg memelihara anak itu dan sangat sayang pada nya…bagi saya itu satu2 nya permata hati yg tiada ganti walaupun saya berdosa…

  23. ust, sy nak tnye.. sy ade kakak yg berstatus nak luar nikah.. sy mak tnye, bapa sy sudah berkahwin dgn ibu sy.. so bap sy adalah bapa tiri kpd kakak sy kan? so sy nak tnye hukum aurat bg kakak sy dengan bapa saudara saya sebelah bapa saya.. adakah haram walaupon ayah saya sudah menikah dengan ibu saya?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme