I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Budak Dipukul Ustaz, Meninggal

Salam…

Sangat mengejutkan… Ustaz Love tak tahu sangat cerita ni.. cuma baca2 di blog masa blogwalking tadi.. Mulanya budak yang dipukul itu masih koma, tapi bila dengar berita tadi, budak tu dah pun kembali ke rahmatullah.. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun..

Budak tu baru berumur 7 tahun.. dituduh mencuri.. dan diikat tangan di tingkap sebelum dipukul untuk memaksa beliau mengaku atas perbuatannya itu.. Budak tu berkali2 merayu dilepaskan.. akhirnya pengsan dan koma.. Menurut doktor, kematian berpunca daripada pendarahan otak dan masalah jantung..

Ustaz Love sangat simpati dengan kejadian yg berlaku.. kepada kedua2 yang terlibat.. iaitu arwah budak itu dan juga Ustaz itu yang kini ditahan reman untuk siasatan lanjut..

Bagi Ustaz Love, perkara ini boleh dielakkan sekiranya kita dapat mengawal kemarahan kita dan bertindak mengikuti budi bicara akal.. dan tidak mengikut hati semata2..

Bayangkan.. seorang budak yg rasanya baru mumaiyiz, belum lagi mencapai umur baligh.. diperlakukan sebegitu semata2 atas perkara yg belum pasti lagi kesahihannya.. Adakah adil harta / wang yg hilang / dicuri (entah berapa sangat la nilainya) dinilaikan dengan nyawa seseorang? Selicik mana budak kecik, insyaAllah dapat dikalahkan oleh kepintaran seorang dewasa.. Itulah beza orang yg menggunakan akal dan tenaga.. Sbb tu orang yg bekerja menggunakan akal (spt pengurus, CEO dan pengurusan atasan) gajinya lebih besar berbanding org yg bekerja menggunakan tenaga (despatch, pembantu am, tukang cuci dsb).. Nilainya terletak pada akal, dan bukan tenaga..

Pada Ustaz itu, mungkin beliau berniat nak mengajar.. tapi tak kena cara.. Akhirnya seorang ustaz yang berakhlak mulia, tak melakukan apa2 jenayah hatta jenayah kecil sekalipun, rajin beramal, memberi banyak manfaat kepada orang lain.. terjebak dengan satu kesalahan yg pasti akan memberikan kesan jangka panjang kepada kehidupannya..

Inilah antara contoh, betapa hidup itu tak selalunya indah.. Langit itu tak selalu cerah.. Jangan mudah2 menyangka bahawa kita takkan diuji dan tak tergelincir.. dan jangan mudah2 memandang rendah pada pelaku maksiat, kerana kemungkinan mereka2 itu akan diberi hidayah dan mengakhiri hidup dengan pengakhiran yg baik..

Semoga Allah berikan dan tunjukkan yang terbaik dalam kes ini.. Seseorang itu takkan dikatakan bersalah sehinggalah disabitkan bersalah.. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

Add a Comment
    1. kita pun tak pasti lagi adakah Ustaz tu penyebab kematian ataupun apa.. kita serahkan siasatan kepada pihak berkuasa.. πŸ˜‰

  1. wah.
    ustaz tu rotan gune ape?
    sian budak tu.
    dah la umur baru 7 tahun.
    semoga roh budak tu aman di sana.
    dan ustaz tu pulak dapat pengajarannye.

  2. br tau kisah nih…biar betul..ustaz tu pon satu…xyah le nk garang nau…kn da memalukan ustaz semalaysia…pasni mst rmai yg kutuk ustaz2…sakit telinga dgr…sob3

    1. mungkin ada tersilap kat mana2.. kadang2 kita pun tak bleh nak jangka.. mcm Ustaz Love suatu ketika dulu.. tak pernah nak jangka bleh terlanggar 2 ekor kucing sekaligus.. padahal Ustaz Love adalah pencinta kucing πŸ˜‰

    2. entah2 budak tu yg kurang ajor.. mcm mana le ustaz tu tak naik angin.. kan budak2 skrg ni kecik2 lg dah kurang ajor..

      1. hanya ancaman melibatkan nyawa saja yg menuntut balasan nyawa (qisas – bunuh balas).. kurang ajar ke, samseng ke, masih banyak lagi cara nak menanganinya.. paling teruk pun, buang je sekolah πŸ˜‰

  3. tak patut betul. tak ngagak nak pukul orang. budak je kot. baru darjah satu. eee teruk lah kalau ada cikgu macam tu dalam dunia ni. kalau ramai cikgu macam tu, sikit la murid-murid gamaknye. asyik mati kena belasah oleh cikgu..

    1. isk.. takde la macam tu.. baru beberapa kes je ni.. rasanya lagi ramai kes cikgu2 yg kena pukul dgn murid2.. kalau dulu, pekerjaan guru la yg paling tak berisiko, sekarang ni dah jadi paling berisiko.. πŸ˜‰

  4. mgkin ada hikmah di sebaliknya.sya ad bca yg ustaz tu bt solat hajat untk kanak2 tu n dia sendiri yg menyerah diri di balai polis.n mgkin ad hikmah kematian kanak2 ini.mane tau 6t besar dia betul2 jd pencuri ke kan?huhu

    1. hikmahnya memang kita tak boleh nak jangka.. kita tak boleh nak ambil kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yg membunuh anak kecil itu sebagai hujjah.. kerana ianya kisah khusus untuk Nabi Musa a.s.. Walau seteruk mana pun perangai budak kecik, belum tentu beliau akan menjadi penjenayah bila dah besar.. Ramai je budak2 yg nakal masa kecik, tapi bila dah besar, jd orang yg paling berbakti utk ibu bapa dan masyarakat πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme