I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

BN Akhirnya Menang Majoriti 2/3 Undi

Salam..

Hari ni nak cerita bab politik sket.. Walaupun Ustaz Love bukanlah peminat tegar politik semasa, tapi kena gak amik tahu pasal politik semasa.. Bukanlah semata2 amik tahu pasal permainan politik.. Kang jadi macam katak bawah tempurung.. Katak tu ok la dah duduk bawah apa pun.. sbb katak bukanlah haiwan yg bersosial (dlm istilah ilmu mantiq, manusia ni digambarkan sebagai حيوان ناطق iaitu haiwan yang bersosial.. Walaupun takde kaitan dengan negeri tempat kita duduk, tapi masih berkaitan dengan isu negara yang mana kita menjadi warganegaranya..

Sebenarnya, kemenangan Barisan Nasional (BN) telahpun dijangka. Tapi nampak agak cuak juga la para pemimpin tertinggi negara bila dikhabarkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) sedang mendahului kemenangan demi kemenangan..

Inilah lumrah demokrasi.. siapa yang banyak sokongan, maka dialah yang menang.. dialah yang benar.. dialah yang bagus.. Sedangkan dalam Islam, kuantiti itu bukanlah penentu kepada kemenangan.

Sejarah telah mencatatkan bahawa pasukan tentera Islam pada peperangan Badar hanyalah setakat 313 orang.. manakala di pihak Quraisy, lebih kurang 1000 orang.. tapi Allah telah berikan kemenangan kepada tentera Islam.

Begitu juga dalam peperangan Hunain.. ketika mana tentera Islam yang muda2 (bukan yg otai2) berasa takjub dengan bilangan mereka yang lebih ramai daripada tentera kafir.. hampir2 tentera Islam dikalahkan.. spt mana yang dinyatakan dalam surah at-Taubah ayat 25 :

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.

Nyatalah, bilangan itu bukanlah penentu kejayaan.. Seandainya seluruh manusia telah kufur kepada Allah dan meninggalkan Islam.. dan cuma tinggal seorang saja yang masih berpegang dengan Islam, maka yang seorang itulah orang yang berjaya..

Isyaratnya sangat jelas.. tentera Badar mencapai kemenangan walaupun dengan bilangan tentera yang sedikit, disebabkan mereka memenuhi syarat untuk mendapatkan pertolongan Allah dan seterusnya memberikan kemenangan kepada mereka.. Siang umpama singa, malam umpama rahib merintih sayu..

Begitu juga diceritakan dalam sejarah peperangan pimpinan Salahuddin al-Ayyubi.. hanya tentera2 yang berpuasa di siang hari, dan berjaga (bertahajjud) di malam hari sahaja yang diletakkan di barisan hadapan perang.. Penuhi kelayakan itu, insyaAllah, Allah akan memberikan kemenangan tak kira atas tiket apa pun beliau berjuang..

Apapun, tahniah buat BN dan cuba lagi buat PR..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme