I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Blog Tiba2 Hilang Tanpa Dikesan

Salam..

Sebelum ni agak heboh juga bila blog2 yang popular yang menggunakan platform blogspot telah hilang secara tiba2.. Setakat yang Ustaz Love tahu, blog Mama Zharfan pernah hilang.. baru2 ni blog cik epal plak hilang.. tak pasti dah jumpa balik ke tak..

Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan sesebuah blog itu tiba2 hilang.. Kalau yang menggunakan free domain spt blogspot dan wordpress, ada kemungkinan pemilik blog telah melanggar T&C (Terms and Conditions) yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan itu.. Biasa la kita, suka daftar.. tapi tak suka nak baca syarat2nya.. Itu memang silap kita sendiri la..

Tapi ada juga yang disabotaj.. dipanggil flag secara berjemaah.. Iaitu musuh2 anda dalam berblogging menghantar report abuse kepada penyedia perkhidmatan.. jadi, blogspot akan gantung dulu kewujudan blog yang direport itu dan buat siasatan (rasanya la).. kalau takde apa2, diorang akan onlinekan balik blog kita tu..

Kalau berlaku kehilangan blog macam ni, apa nak buat?

Pertamanya, jangan panik, gabra dan yg seangkatan dengannya.. sebab kadang2, kita yang terdelete blog kita, pastu tak ingat yg kita dah delete blog.. Kalau memang takde delete blog, ingat balik kot2 tersalah login ke.. tersilap password ke.. terutama yang ada banyak blog dan tak berkongsi akaun yg sama..

Kalau tak berjaya gak, boleh hantar e-mail ke blogger.com.. minta recover balik blog kita.. dan dia akan minta beberapa pengesahan.. insyaAllah, blog tu boleh recover..

Lepas dah recover tu, cepat2 la buat backup.. kemudian sila la beli domain dan hosting sendiri.. hehe.. itu lebih selamat.. sbb T&C adalah atas kita sendiri.. kecuali kalau blog kita mengancam keselamatan awam ke, ada unsur2 perkauman ke.. dan disiasat oleh SKMM, memang tak bleh nak buat apa la.. mcm gak akaun bank kita, kalau dah BNM sita, walaupun dalam bank tu duit kita, kita tak bleh nak keluarkan gak..

Bagi blog yang guna domain dan hosting sendiri, tetiba je hilang.. maka kemungkinan besarnya adalah disebabkan kesilapan setting oleh admin.. ada terdelete file ke, apa ke..

Cuma kena ingat satu perkara.. walaupun kita ada domain name sendiri, tapi kalau masih menggunakan free hosting (hosting blogspot), maka risikonya masih sama seperti kita menggunakan domain dan hosting percuma..

Inilah antara sebab kenapa perlunya ada domain dan hosting sendiri.. sbb segala penulisan dan gambar2 dalam blog kita itu adalah hasil karya kita.. bertahun2 kita usahakan, tiba2 hilang mcm tu je.. tak kecewa ke rasanya?

Ini mungkin berbeza mengikut tujuan seseorang berblogging.. ada yang jenis tak kisah.. ada ke, takde ke.. Ada juga yang jadikan berblogging itu sebagai tempat meluah, berkarya, berdakwah dsb.. Jika tiba2 blog hilang, maka habis la manfaatnya.. setakat tu saja.. tapi kalau blog masih ada (sekalipun dah meninggal.. yuran tahunan dibayar oleh waris), maka hasil penulisan yang bermanfaat itu akan menjadi amalan yg tak terputus sekalipun nyawa kita dah terputus.. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
  1. assalamualaikum
    nice entri hehe
    blog cik epal dgr nye dh jumpe balik
    Alhamdulillah =)
    ustaz domain sendiri tu mahal ke? nak beli kt mana?
    sy x pandai sngt bab2 nie

    1. waalaikumussalam..

      terima kasih.. alhamdulillah.. Ustaz Love pun tak ingat pernah jejak ke tak kat blog cik epal tu..

      domain dan hosting bleh beli daripada webhosting provider.. mcm exabytes ke, serverfreak ke.. kalau nak beli, bleh klik iklan “:: Hosting ::” kat sidebar Ustaz Love.. pastu register package mana yg kita nak.. kalau nak murah, register package linux.. bila dah beli nanti, bagitau.. InsyaAllah, Ustaz Love akan cuba terangkan step by step cara nak guna domain dan hosting.. πŸ˜‰

    1. memang risau.. mcm kita buat rumah gak.. daripada kumpul duit, sampai ratakan tapak.. pastu pacak tiang.. tambah sana.. tambah sini.. duit habis banyak.. pastu duduk sehari je, dah runtuh.. kecewa rasanya πŸ˜€

  2. memang perkara ni mengecewakan dan beberapa terfikir nak guna domain sendiri…

    cuma belum kesempatan masa dan ongkos dan buat..

    tips nak dapatkan balik blog yang hilang tu wansiti suka..
    tapi, lepas hilang…
    dan jumpa balik, isi-isi yang sebelum ni, masih ada ke?

    1. insyaAllah, ada balik..

      gunakan pendapatan hasil pengiklanan tu untuk beli domain dan hosting tu.. kena alert dengan promosi2 yg hosting provider tawarkan.. Ustaz Love pernah beli domain name dengan harga RM17 masa promosi.. πŸ˜‰

  3. assalamualaikum ustaz..
    lepas MZ kena hari tu pun saya juga kena..mujurlah MZ dah cerita dgn agak detail mcm mana solve problem tu..alhamdulillah, selepas 1/2 jam back to normal..

    1. waalaikumussalam MamaYatie..

      nampaknya ramai juga yang dah kena.. Ustaz Love pun pernah kena (masa blog yg lama).. malas nak recover sbb update pun jarang.. yg jadi Ustaz Love bertukar ke webhosting sendiri ni sbb banyak sangat masalah teknikal masa guna free hosting.. tak leh nak post entry la, takleh upload gambar la.. menyebabkan hilang mood nak berblogging πŸ˜€

  4. Salam Ustaz..
    Tq 4 sharing This Info..
    membuatkan naja lbh berhati-hati dan berfikir banyak kali..

    Naja baru je wat blog..utk share ilmu2x..memang diniatkan agar blog najah nie menjadi bekalan – Jika ada Pahala ..harapnya agar ianya berterusan(ilmu yg dimanfaatkan) walaupun bila di dalam kubur
    kelak..InsyaAllah

    Bila Ustaz bgtaw info nie..Urmm,nampaknya najah perlu usahala wat domain sendiri lepas nie..
    =)
    Hope dpt bimbingn dri Ustaz

    1. Salam najah..

      Sebenarnya kita kena tengok atas keperluan juga.. kalau memang kita punya passion lebih kat blog, maka better kita tukar ke domain sendiri.. tapi kalau kita nak jenguk blog sendiri pun jarang2, maka lebih baik kekal dengan yg free.. lagipun, proses dakwah dan penyebaran ilmu masih boleh dilakukan menggunakan medium yg lain.. spt forum ke, tulis buku ke..

      Tapi, kalau serius nak berdakwah melalui blog, atau menjual barang secara online.. better guna domain sendiri..

      InsyaAllah, Ustaz Love cuba bantu setakat termampu πŸ˜‰

    1. terima kasih..

      kalau nak beli, beli daripada hosting provider yg dah stabil mcm exabytes (promo sket).. hehe πŸ˜€

    1. kalau kita dah peruntukkan masa setiap hari berblogging, dah tentu ianya menjadi sebahagian daripada hidup kita πŸ˜‰

    1. salam..

      insyaAllah, nnt Ustaz Love teruskan dengan tutorial pembelian domain dan hosting πŸ˜‰

    1. kalau guna free hosting, memang payah sket.. tapi mungkin bleh cuba google image. masukkan nama file gambar tu.. sbb biasanya, walaupun website tu dah takde sekalipun, tapi gambarnya masih ada kat google image πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme