I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Bipolar Disorder

Salam..

Fuhh.. tajuk tak hengatt.. adakah entry kali ini akan menceritakan tentang isu perubatan plak? Kalau tengok sekali imbas, blog Ustaz Love ni dah macam blog kedai kopi plak.. Semua benda nak cerita.. Kalau kat kedai kopi, sambil main dam / catur.. sambil2 berborak.. Bila timbul isu ketenteraan, masing2 akan bercakap macam pemerintah tertinggi angkatan tentera.. bila masuk bab pembuangan anak, masing2 bercakap mcm menteri wanita.. bila timbul isu agama, masing2 akan bercakap mengalahkan ustaz.. Gitu la gamaknya pandangan orang terhadap blog Ustaz Love ni..

Ustaz Love bukanlah nak jadi doktor plak kali ni.. sebaliknya cuma tertarik nak mengulas isu semasa je.. yang pada pandangan Ustaz Love, ada kaitan dengan penyakit bipolar disorder ni..

Kalau tak silap, pelakon Hollywood (Catherine Zeta-Jones) pun ada penyakit macam ni gak..

Penyakit bipolar disorder ni merupakan salah satu daripada penyakit mental.. tak nampak mcm orang gila, tapi nampak mcm orang waras je.. cuma, bila dah sampai ke tahap kronik, seseorang yg menghidap penyakit ini takkan mampu untuk mengawal pemikiran, seterusnya tak mampu nak kawal tindakan..

Boleh jadi seseorang itu gembira, tapi gembiranya itu melampau2 daripada kegembiraan orang dewasa.. tapi kebiasaannya, yang mengalami penyakit ni akan diserang stess yang melampau, mengalami kemurungan seterusnya mengakibatkan berlakunya tindakan2 di luar kawalan..

Sebab itu ada orang yang normal pada pandangan zahir, tiba2 kita dengar berita beliau membunuh diri.. Mungkin juga ada kaitan dengan penyakit ini.. yang mana mereka gagal untuk mengawal pemikiran, seterusnya mengakibatkan mereka melakukan tindakan2 yang kurang waras..

Penyakit ni masih boleh dirawat.. walaupun sukar mengetahui puncanya (dikatakan bahawa ianya penyakit keturunan), namun ia boleh dikurangkan dengan sesi kaunseling dan pengambilan ubat atas saranan doktor..

Jadi, bagi sesiapa yang merasakan ada ahli keluarga yang bertindak di luar batasan manusia waras, jangan ragu2 untuk merujuk masalah ni ke pakar psikiatri.. pakar jiwa ni bukan semata2 untuk merawat orang sakit mental, tapi lebih kepada menghalang seseorang daripada berterusan mengalami tekanan mental.. kalau tak dapat ubat pun, mungkin dapat kurangkan..

Sbb kita tak dapat nak jangka apa yang akan terjadi pada masa akan datang.. ada kemungkinan bila keadaan dah semakin teruk, nyawa kita dan ahli keluarga yang lain bakal berada dalam bahaya (boleh rujuk kes2 anak bunuh mak ayah, isteri bakar kemaluan suami dsb).. Lebih baik mencegah daripada mengubati..

Untuk maklumat lebih tepat, sila rujuk pakar2 yang berdekatan dengan anda πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. bgs entry ustaz ni.. saya sgt2 tertarik.. mcm mana pulak kan ustaz klu seseorg ni tau dier mngidap pnykt yg mcm ni tap bkn bipolar cuma slh satu dari mental health problem dan dier bg tau fmly dier tap fmly dier x caye dan buat endah x endah je.. sdg kan dier ni past yg dier de pnykt tersebut stlh buat research..

    sptt nyer fmly ptt memberi sokongan dan cuba utk memahami dier tap sblk nyer..

    1. itu kena rujuk kepada pakar psikiatri.. mintak laporan perubatan.. lepas tu tunjuk pada keluarga.. kalau setakat cakap2 saja, memang payah nak terima.. tambah2 sakit mental ni ada banyak jenis.. org tua2 cuma tahu kalau sakit mental ni, mesti yg mcm org gila.. even yg dah sampai tahap gila pun, family masih lagi dok cover2.. akhirnya membahayakan satu family (rujuk kes satu family kena bunuh, ayahnya kena potong kepala tu)..

      Bila ada rujukan drp doktor, insyaAllah family akan memahami dan akan memberikan sokongan dan bantuan yg diperlukan πŸ˜‰

      1. btl jugak ckp ustaz kan.. nape lah trpkr bnde tu.. tu lah.. org slalu klu pkr sakit mental ni gle.. pd hal byk lg cabang nyer.. contohnyer ocd, social anxiety, post traumatic stress.. kdg2 kte sndri pun x sdr kte de bnde ni..

        1. betul tu.. org waras pun kadang2 ada masanya terlibat dengan masalah mental ni.. tapi jenis minor je la.. telan panadol, tido.. bangun dah ok balik.. πŸ˜€

  2. ustaz, baru2 ni salah satu ahli kuarge telah disahkan oleh doktor mengidap penyakit ini? soalan saya blehkah pesakit ini mendirikan rumahtangga?

    1. setakat pengetahuan Ustaz Love, pesakit seperti ini jika mengambil medication secara berterusan, ia dapat mengawal penyakit tu.. sebenarnya takde masalah pun nak bernikah, cuma kena pastikan beliau mengambil ubat. Yang penting, dapatkan dulu pandangan doktor berkaitan risiko penyakit ni kepada orang lain (jika berkahwin)..

      WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme