Salam…
Entry ni ada kaitan dengan keyword carian di blog Ustaz Love.. jadi bukanlah rekaan Ustaz Love.. Cuma terfikir, mungkin ada sesuatu yang boleh dijadikan manfaat daripada tajuk carian ni..
Tapi, Ustaz Love pun tak pasti maksud sang pencari.. adakah beliau nak bertanya secara direct (berapa ramai wanita suka ada / simpan bulu) ataupun dia tertinggal perkataan (berapa ramai wanita suka lelaki ada bulu)
Ustaz Love rasa nak ulas maksud yg pertama..
Mungkin ipanelonline bleh buat survey berapa ramai wanita yang suka ada bulu.. Disebabkan Ustaz Love ini bukanlah seorang wanita, maka tak dapatlah Ustaz Love nak jawab.. Cuma berdasarkan pembacaan dan teori, wanita memang tak suka ada bulu.. Buktinya, mereka sanggup menghabiskan banyak masa dan duit untuk tujuan pembuangan bulu kaki, bulu ketiak, bulu pusat, bulu mulut, bulu tahi lalat dan pelbagai jenis bulu2 lagi..
Namun begitu, dalam keghairahan wanita untuk membuang bulu, perlu diketahui bahawa tak semua bulu itu boleh dibuang.. ada yang perlu disimpan.. spt bulu hidung contohnya.. jika dibuang semua bulu hidung, maka hidung takde penapis yg akan menghalang kemasukan habuk.. tapi, jangan la biarkan bulu hidung terkeluar2.. tak lalu orang nak makan kang.. kihkih
Ada juga bulu yg haram dibuang.. iaitu bulu kening.. membentuk bulu kening adalah haram kerana mengubah ciptaan Allah.. tapi kalau bulu kening dah mcm Sifu dan Tongga, maka harus la dikemaskini sket.. itu dah mcm bulu apa ntah.. tapi jangan la sampai jadi nipis plak.. itu bulu kening patung..
Kalau bulu kaki dan bulu mulut (ala2 misai halus) maka harus dibuang bagi mengelakkan disangka sebagai lelaki.. begitu juga bulu tahi lalat (org dulu2 kata itu bulu bertuah.. tapi bulu bleh bagi tuah ke?)..
Bulu ketiak plak sunat dibuang.. tak kira la cukur ke, cabut ke.. tapi cabut lebih baik.. kalau cukur, bakal melebatkan lagi bebulu itu.. Sangat tak lalu melihat ketiak orang yang berbulu..
Apa jua bulu yg anda suka, mahupun bulu yg anda tak suka.. pastikan ianya didasarkan dengan syariat.. sekalipun ketiak dah licin, itu tak memberi makna sekiranya ditayangkan kepada orang ramai π

boleh ea buang bulu kaki? kaki saya mcm lelaki but tak berani nak buang takut haram…
bukan setakat bulu kaki, bulu tangan (bulu roma) pun bleh buang kalau lebat sangat mcm mapley.. π
bukan leh buang ats keizinan suami ke?
aikk.. kenapa pula nak buang bulu kena dapat izin suami?
Asas ketaatan adalah pada perkara yg bukan maksiat.. kalau suami suka isteri bulu tangan panjang2, bulu kaki panjang2.. maka takde masalah nak ikut.. Namun, jika sampai mendatangkan fitnah (wanita dituduh sebagai pondan sbb ada bulu kaki / bulu tangan lebat), maka menolak mafsadah (kerosakan) itu hendaklah diutamakan lebih daripada membuat kebaikan..
mafsadah di atas boleh dikaitkan dengan fitnah orang sekeliling..
kebaikan pula dikaitkan dengan menggembirakan hati suami π
hoho…mksd sy…pmpn yg belum bkahwin dia xde alasan nk ckur bulu kaki…sbb bese pmpn yg ckur bulu kaki nih salu time nk pkai skirt..bla da kawen..laki dia xsuke bulu kaki dia pjg then pmpn br leh cukur..sbb sy ade dgr crmah ckp mcm nih…lau mcm ustaz ckp…sy rase sume pmpn nk ckur bulu kaki ats alasan tkt kne fitnah..ke pdpt sy ni slh?=)
tak semestinya.. sbb bayangkan kalau duduk kat hostel, tiba2 member pempuan nampak bulu kaki yg lebat mcm belukar tu, mungkin juga akan jadi bahan ketawa member2.. ini akan menjatuhkan maruah wanita itu.. Yang dilarang adalah, menunjukkan kelicinan kaki tu.. maklum la, baru lepas cukur, habis nak ditayang kat orang ramai.. π
tujuan wanita mencukur bulu kaki bukan semata2 mengelakkan fitnah, tapi lebih daripada itu, untuk membezakan antara kaki wanita dan kaki lelaki.. π
seeloknye x pyh buang la tkt naik lg pjg,,,,
e2 cume pandagan sy je…
kalau dah memang asal pendek, memang dah fitrah semulajadi.. tapi kalau yg asal pun tumbuh panjang mcm bebulu lelaki, maka lebih baik dipotong.. kalau naik panjang, potong lagi.. rumput kat laman pun kita bleh tebas sebulan 2 3 kali, apa la sangat nak dibandingkan dengan menebas bebulu badan π
eh macam tersama plak entry kita. sya punya bbrapa minggu lepas. hehe.. tak pe2.. tapi kan ustaz, tang bulu kaki tu. sbb kawan sya pernah cakap, kalau orang perempuan nk cabut bulu kaki, kena minta kebenaran bakal suami/suami dulu.. errk.. betul ke ni? huhuhu…
aikk.. kenapa kena mintak kebenaran? Lagi tak logik, nak kena mintak kebenaran bakal suami plak.. sedangkan sebelum bernikah, ketaatan adalah pada ibu bapa, dan bukan bakal suami..
Lagipun kita sedia maklum yang bulu kaki lebat ini adalah lambang kepada lelaki.. begitu juga bulu dada, janggut dan misai.. maka kalau wanita tumbuh bulu2 ni, harus dibuangnya.. malah boleh jadi wajib untuk mengelakkan fitnah dan kerosakan yg lebih besar (suami ceraikan isteri pada malam pertama sbb isteri ada bulu dada.. contohnya) π
oww… begitu plak. ok2. faham sudah. terima kasih untuk jawapan itu. π
sama2 π
hehe… kelakar pula bila membaca entri berbulu ni oppp..bukan berbulu tapi bulu kat badan.
Kebiasannya orgperempuan tak suka ada bulu2 penuh kat badan ni. kalu utk kebersihan dan keselesaan diri tak salah utk kita membuangnya. tp kalu cukur bulu kening memang dilarang sbb ia lebih utk tujuan kecantikkan
Lelaki pun tak suka bulu2 ni.. tapi Ustaz Love kena gak bela bulu janggut.. kalu tak, nanti muka nampak jambu π
laaa, sy pon fikir mcm diorang2 ni jgk. kalo nk ckur blu kaki ke, msai ke, kna tggu kawen n mntk kbnrn suami. rupenye salah fhm, hoho.
kalo mcm ni, blh ckur misai la nih, hak hak hak π
wahh.. ramainya yang salah faham… kalau kena tunggu kahwin baru bleh cukur, tengok2 bakal suami ternampak kain terselak kat betis.. nampak bulu tebal.. mcm mana? Bisa putus tunang dong.. lagipun skrg ni, banyak kes lelaki ‘ter’kahwin dgn pondan..hehe
kalau pempuan ada misai / janggut, wajib dicukur.. kerana misai dan janggut adalah lambang lelaki.. sekarang ni banyak yg dah terbalik.. lelaki cukur misai dan janggut, pempuan plak yg sibuk nak bela misai janggut π
lawak ar tajuk en3 ustaz ni.. pasni byk keyword bulu msuk sini, hukk…
hehe.. asalnya keyword ni pun dah masuk blog Ustaz Love.. jangan masuk keyword “Ustaz Bulu” plak lepas ni dah la.. π
Teringat seorang wanita yg bermisai dan berjanggut yang menjaga parking lot di sebelah KL International Hotel.
agaknya beliau tak dapat kebenaran suami nak cukur misai dan janggut tu kot? hehe π
Orang India tu.
wanita India lagi taat pada suami berbanding wanita Melayu.. sbb bagi diorg, suami tu mcm tuhan π
Haha,ada misai dgn janggut,skali kan?baru je cerita dekat member pasal india nia… π
wahhh..cerita pasai bulu pulak dah..best3..^^
hehe.. bulu pun sebahagian daripada kehidupan manusia gak π
salam.
maaf kalo comment ni menyinggung.
boleh ustaz berikan dalil yang membolehkan seorg wanita tu membuang bulu roma?
sbb sejak dari azali lagi, sy telah di-input-kan bahawa mengubah kejadian Tuhan itu adalah HARAM, termasuk dgn buang bulu nie..
kalo psl suami xsuka isteri tu, sepatutnya masing2 kena redha dgn pemberian Tuhan kpd kita..
Salam Must..
kebanyakan hukum mendatang ini, banyak berdasarkan kaedah usul fiqh.. tak semestinya apa yg tiada dalil itu, diharamkan kita melakukannya.. contoh mudah, naik kereta, makan guna sudu garfu dsb.
dalam perkara membuang bulu ini, kaedah “apabila bertemu dua kemudaratan, maka pilihlah mudarat yg lebih ringan” dan “tidak memudaratkan diri sendiri serta mendatangkan mudarat kepada org lain (la dharara wa la diraar)” adalah terpakai π
Maaf kerana baru terbaca artikel ini… Saya berpendapat wanita memang tidak suka bulu yang ada di badannya sendiri… tetapi amat menyukai bulu yang ada pada suami/pasangan masing-masing. Menurut kata isteri saya bulu yang ada pada suami/pasangan itu lah yg membangkitkan nafsu dan rasa ghairah… setiap geselan yang ada bulu akan membuat si isteri merasa teruja… itulah nikmat yang Allah berikan kepada hambanya… amat malang apabila hambanya tidak menyedari nikmat yang Allah berikan… waullahu’alam
kihkih.. itulah hikmah kejadian yg Allah ciptakan.. kadang2 tak mampu nak difikirkan melalui akal π
ketawa saya membaca pekongsian abg Anwar M Zain..
Mohon untuk share entry ni Ustaz..
insyaAllah, boleh.. takde masalah π
Salam…. lucu juga en3 ini….. tapi sekurang2 nya.. kita boleh berkongsi pendapat….. kebanyakan perempuan tak suka bulu di badan sendiri tapi suka bulu di badan suami…. betul lah pendapat tu…. dan satu lagi … lelaki tak suka bulu di badan isteri…tapi suka simpan bulu dibadan sendiri…. tapi tak adalah sampai panjang berjela2…. contoh suami saya, dia katakan… cukur lah misai awak tu… tapi tak adalah lebat sgt… disebabkan suami melihat saya dijarak yg sgt dekat maka nampaklah… macam misai…….salam…lawak sgt en3 ni
Salam puan zaza..
Satu2nya bulu yg disukai wanita adalah bulu kepala (rambut).. selain daripada tu, kalau boleh semua nak dilicinkan termasuk bulu kening π
saya pon banyak bulu, tapi saya nk buang bulu tu guna laser treatment
bulu2 yg banyak itu boleh diconvert menjadi pahala yg banyak.. bayangkan kalau bulu ketiak lebat, berapa banyak helai bulu ketiak boleh dicabut? dengan niat nak ikut sunnah, insyaAllah, amalan mencabut bulu ketiak itu menjadi amalan yg berpahala π
wah mmalukan beno klo ckp bab blu niy …klu ppuan sbaiknya tya lah ustazah …
bergantung atas persepsi kita.. sbb bab ilmu ni tak perlu nak malu2.. mcm wanita2 di madinah yg tak malu pun nak tanya Nabi s.a.w. isu2 wanita.. π
sape nak buang bulu beli lah epilator…cukur tak best..cabut lagi best..kih3
bagus2.. ada diskaun tak? π
ada diskaun utk ustaz love..mau try ka?haha
err.. diskaun tu untuk pembaca blog Ustaz Love.. π
Salam ustaz .
Saya nak tanya , kening saya lebat sehingga ke dahi . Apakah hukumnya jika saya mencukur bulu kat dahi saya ni ?
Salam nur cahaya..
Kening yg bersambung pada dahi itu harus dicukur, sbb ia merupakan suatu keaiban dan secara fitrahnya, orang tak tumbuh bulu kat dahi π
ohh , terima kasih banyak-banyak π
terima kasih kembali π
ustaz.. kalau buang bulu bahagian sulit mengunakan laser apa hukumnya?
Hukumnya harus..jgn sampai terlaser alat sulit tu dah le..kihkih
Ustaz Love ni btul2 ustaz ke,,betul ke kenyataan yg dkeluarkan adalah BENAR..
arr.. harus rupanya..
ustaz love , bulu tangan kalau lebat bagi seorang perempuan , normal ke ?
Ustaz..mcm mne sye nk huang bulu yg lebat kat saya lagi2 bulu kumis saya jadi tk yakin sbb kawan2 selalu memperli saya sayaa takut nak mencukur sebab akan tumbuh lebih lebat dan kasar..macam mane saya nak buang bulu tanpa tumbuh lagi?mohon pendapat