I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Bagaimana Nak Jadi Ustaz?

Salam..

Entry kali ni berkaitan keyword carian yang terpapar di akaun nuffnang blog Ustaz Love.. Isunya takde la penting sangat.. Tapi agak menarik untuk dibahaskan..

Walaupun tajuknya “Bagaimana nak jadi ustaz” tapi Ustaz Love akan rangkumkan sekali bagaimana caranya nak jadi ustazah.. adil bagi pembaca lelaki dan perempuan di blog Ustaz Love ni.. Istilah ini Ustaz Love fokuskan untuk panggilan di Malaysia saja (kat Mesir, cikgu pun dipanggil ustaz.. kat Indon, katanya penjual sate pun dipanggil Ustaz).. Jadi, maksud Ustaz Love, istilah Ustaz di Malaysia ni merujuk kepada pengajar2 agama (muallim)..

1. Untuk menjadi seorang ustaz, seseorang itu mestilah seorang lelaki.. kerana orang perempuan tak boleh jadi ustaz.. mereka boleh jadi ustazah je..

2, Mempunyai pendidikan formal di bidang agama.. ini memberi maksud bahawa seseorang itu belajar secara khusus bab2 dalam agama.. Sama ada belajar subjek agama di Universiti, Madrasah, Sekolah pondok dsb.

3. Mempelajari asas ilmu agama Islam seperti Bahasa Arab (termasuk nahu dan saraf), ilmu al-Quran (tajwid, ulum al-Quran, qiraat dsb), ilmu al-Hadith (berkaitan dengan asas2 ilmu hadis seperti ilmu mustalah (ilmu istilah), ilmu rijal (ilmu jarh wa ta’dil) dan yg berkaitan), ilmu Fiqh (termasuk Usul Fiqh, Fiqh Muqaran (perbandingan fiqh mazhab), dan segala mcm disiplin ilmu fiqh), ilmu Usuluddin (akidah) dsb.

4. Menguasai bidang pengkhususan yg diinginkan.. sebagai contoh, jika nak menjadi Ustaz yg mengajar al-Quran, maka kena mahirkan diri dalam ilmu al-Quran.. tak boleh la kalau nak mengajar al-Quran, tapi baca pun merangkak2.. tajwid pun tunggang langgang.. Sebab itu, tak semua Ustaz mahir membaca al-Quran.. sbb Ustaz2 ni pun ada bidang2nya yang tersendiri yang khusus. Mungkin juga Ustaz yang mahir dalam ilmu al-Quran, tidak mahir berkaitan ilmu usul Fiqh.. jadi, jangan ingat Ustaz2 ni alim semuanya..

5. Menamatkan pengajian dalam bidang yang dipelajari.. Ilmu Islam kena belajar sampai khatam.. kalau tak, bakal menjadikan orang yang mendengar pengajaran Ustaz2 tersilap faham disebabkan kekurangan yg ada pada Ustaz2.. Jadi, bagi para pelajar agama, jangan main2 masa belajar..

6. Setelah menguasai ilmu2 ini, kena menjaga penampilan juga.. Sbb dalam masyarakat kita, memang ramai pak turut.. jadi, kalau para Ustaz buat, diorg akan jadikan perbuatan Ustaz tu sebagai hujjah.. Jadi, akhlak dan penampilan perlu selaras.

7. Kena ambil slot mengajar.. kalau tak mengajar, maka takde la istilah ustaz tu.. sbb ustaz ni menyampaikan ilmu.. nak sampaikan ilmu, kena mengajar.. tak kira la kat surau ke, masjid ke, rumah2 orang ke.. dengan mengajar, akan membentuk keyakinan para ustaz ni untuk berhadapan dengan masyarakat.

8. Para ustaz kena bagi masa untuk masyarakat.. Biasanya, ada je orang yg datang nak tanya masalah.. nak ajak gi kenduri ke, baca doa ke, buat solat hajat ke.. jadi, ia memerlukan masa. Bila dah jadi ustaz, maka masa itu bukan milik kita lagi, tapi menjadi milik masyarakat.

Setakat itu saja yg mampu Ustaz Love kongsikan.. berkaitan dgn Ustaz2 pengamal perubatan tradisional / Islam (yg tak belajar agama secara formal), itu lain kali Ustaz Love ulaskan.. Juga berkaitan mereka2 yg belajar agama secara sendiri (ikut kuliah, dengar vcd, tengok dvd, youtube dsb), insyaAllah ada masa Ustaz Love buatkan entry lain.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Comments

Add a Comment
  1. Nak jd ustaz nampak mcm snang..
    tp amanah nye sgt2 brat.. cube try libatkn diri dlm organisasi dakwah & tarbiyyah pn dh tau btape bnyak nye ujian. yg pling utama…ujian dlmn.

    hati kne brsih.. klau x, mudah timbul ujub, riya’ dan sum’ah. ~_~

    1. menjadi pak turut membuka ruang kepada taksub secara berlebihan.. akhirnya menyebabkan perbalahan pada perkara yg tak sepatutnya πŸ˜‰

  2. Ustaz saya sangat minat untuk belajar agama dengan lebih mendalam. Sekarang umur saya 20 tahun. Adakah saya patut ke sekolah tahfiz atau ada cara lain? Saya nak pendapat daripada ustaz.

    1. Untuk mendalami agama, sebaiknya melalui pendidikan formal. Saudara boleh mengambil kursus pengajian agama di IPT atau di madrasah dan pondok pengajian agama.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme