I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Aku Ustaz Ke Kau Ustaz?

Salam..

Tajuk agak kasar.. tapi takde kaitan dengan kehidupan peribadi Ustaz Love.. cuma terlintas je idea, terus jejari runcing ini laju je nak menaip.. Padahal idea pun masih kabur lagi.. Walaupun mungkin susunan agak kelam kabut, point nya dah lama tersimpan dalam kepala otak Ustaz Love ni..

Ustaz Love suka kalau orang bertanya pada Ustaz Love.. bukanlah sebab bleh jadi modal entry ke, nak nampak alim ke (Ustaz Love ni alim kambing je.. janggut panjang je lebih).. sebab dengan pertanyaan demi pertanyaan itu, menyebabkan Ustaz Love akan kembali untuk mengulangkaji apa yg pernah Ustaz Love belajar dulu.. Juga kalau benda tu Ustaz Love tak tahu, Ustaz Love boleh tambah ilmu dengan cara mengkaji dan bertanya kepada yg lebih tahu..

Cuma, ada sesetengah yang tak suka orang bertanya2 ni.. Apatah lagi kalau orang ajak berbahas..

Bila berbahas, memerlukan seseorang itu mengeluarkan dalil dan hujjah yang bernas dan mantap.. bukan main sebut “aku rasa”, “aku pernah dengar”, “kalau tak silap aku” dsb.. Bagi mereka2 yg ilmu ni cuma ada pada kitab (al-‘ilmu fis sutuur – mcm Ustaz Love), maka menggelabah la nak berbahas.. Akhirnya keluar la kenyataan2 berbaur emosi spt tajuk di atas..

Kadang2 manusia tak boleh nak terima, bahawa dirinya sendiri ada kelemahan tertentu.. Apatah lagi kelemahan itu diberitahu oleh orang yg dipandang lebih rendah darjatnya daripada dirinya.. Seperti seorang murid yang menegur kesalahan gurunya, maka gurunya tak mudah2 nak terima pandangan murid2nya.. Budaya mengajar kepada taksub dan taqlid ini telah lama berlegar dalam masyarakat.. dan diwarisi dari zaman ke zaman.. apa guru kata, kena terima.. soal betul salah, itu belakang cerita..

Ini persepsi yg silap.. sbb guru2 juga manusia biasa.. mereka juga makan dan berak.. maksudnya mereka bukanlah malaikat yg maksum (terpelihara daripada dosa).. Kesilapan perlu diperbetulkan agar ianya tak diwarisi sehingga kesilapan itu dianggap satu kebenaran..

Betapa banyak hadis2 palsu dalam kitab2 dan diajarkan oleh guru2 sekian lama.. sehingga walaupun diberitahu bahawa hadis yg disebarkan adalah palsu, tapi tetap berdegil untuk menyebarkannya dengan pelbagai alasan.. bila dipertikai, maka dipersoalkan “siapa yg ustaz sekarang ni?”..

Pun begitu, dalam kita ghairah nak membetulkan apa yg salah, kena melakukannya dengan penuh adab.. sbb dengan adab itu akan melancarkan lagi proses amar makruf yang kita nak lakukan.. umpama nak makan nasik.. sekalipun perut kita dah dipenuhi angin, lapar sangat.. sampai kentut pun dah takde bau (menggambarkan kelaparan yg melampau).. namun, sebaik saja dihidangkan nasik, kita perlu makan perlahan2.. dengan penuh adab.. bukan terus tuang nasik dlm pinggan masuk terus ke dalam mulut.. ia bakal menyebabkan masalah yg lebih besar daripada kelaparan.. iaitu berlakunya kematian akibat tercekik nasik.. 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. salam mutiara..

      adab tu sebenarnya lebih susah.. bak kata hukamak “aku belajar alim selama 10 tahun tetapi aku belajar adab selama 20 tahun”

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme